Langkah Paling Mudah Untuk Servis Reel Spinning Anda?

Dengan adanya pelbagai informasi di Internet kebanyakkan pemancing lebih suka membuat maintenance reel sendiri, menukar bearings, menambah performance pada gears dan bearings dan tidak lupa sentiasa memastikan reel mereka sentiasa cantik. Saya berharap informasi dibawah akan menarik minat dan memberi sedikit kebaikkan dalam usaha anda untuk membuatkan reel anda sentiasa dalam keadaan yang sempurna.

Apa yang pasti dengan sedikit pengetahuan, sedikit masa dan kesabaran, anda boleh memastikan reel anda berada dalam keadaan tip-top dan yang paling penting dapat mengurangkan perbelanjaan untuk servis.

Apa yang bakal saya share adalah beberapa prosedur penyelenggaraan asas yang saya lakukan pada reel spinning saya sendiri. Berapa kerap anda ingin membaraikan reel anda itu bergantung kepada berapa kerap anda menggunakannya dan berapa banyak penyalahgunaan mereka mengambil dengan setiap trip mancing serta berapa cerewet anda akan prestasi sesuatu reel. Perlu diingat bahawa informasi ini bukan bermaksud untuk dijadikan manual yang perfect dalam penyelenggaraan reel, ia hanya panduan asas. Walaupun setiap reel spinning beroperasi pada prinsip-prinsip asas yang sama namun materials setiap pengeluar atau model mungkin berbeza daripada apa yang terdapat pada reel yang berlainan brand.

reel-pfleuger-patriach-9525
reel-pfleuger-patriach-9525

Step 1: Ruang Servis Reel Yang Sesuai

Amat penting mempunyai ruang servis reel yang bersih, terang dan selesa. Lebih ideal jika anda mempunyai bangku kerja yang sesuai; jika tiada jangan risau kerana saya sendiri menggunakan computer table saya sebagai tempat untuk servis. Background yang putih bagus untuk kontra bahagian-bahagian kecil yang susah untuk dilihat. Elakkan bekerja di kawasan karpet atas sebab-sebab yang sama.

reel-maintenance-table
reel-maintenance-table

Step 2: Tools Yang Diperlukan Untuk Reel Maintenance

Benda pertama yang akan buat ialah meletakkan semua benda yang saya rasa mungkin akan memerlukannya SEBELUM start servis reel. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

1 ) Set pemutar skru (kedua-dua plus dan minus)
2 ) Playar
3 ) Pisau
4 ) Abu Garcia Reel Lube, Penn Reel Lube, Daiwa Reel Oiler (apa-apa brand minyak reel / pelincir)
5 ) Gris (Cals untuk gear / drags dan Daiwa Blue/Abu Garcia Lube untuk lube sederhana)
6 ) Minyak kekili (Rocket Bahan Api untuk galas)
7 ) Corrosion X, WD-40 (degreasing, pelindung logam dan pembersihan)
8 ) Berus gigi (pembersihan)
9 ) Kain buruk yang bersih
10 ) Bekas plastik kecil
11 ) Rajah skematik Reel / Reel schematic diagram
12 ) Beg ziplock kecil

Adalah amat penting untuk ambil perhatian penggunaan khusus setiap pelincir. Tiga atau lebih jenis mungkin kelihatan seperti keterlaluan tetapi setiap satu mempunyai tujuan yang khusus dan ia hanya digunakan untuk skop penggunaan yang di maksudkan. Gris adalah pelincir melekat yang penting untuk gear utama. Apa-apa pelincir yang lebih ringan akhirnya akan cair dan tidak akan memberikan pelinciran. Pada hujung spektrum berat adalah minyak reel. Ini adalah barangan kelikatan yang rendah dan yang dimaksudkan untuk meresap ke dalam pelindung bearings. Corrosion-X adalah pelincir umum yang mempunyai manfaat yang besar untuk melindungi logam terhadap hakisan. Saya menggunakan Corrosion-X pada semua bahagian logam di luar reel dan beberapa bahagian dalaman yang saya rasa mungkin mengalami hakisan garam. Oleh kerana saya jenis yang suka membaraikan reel hampir setiap trip, jadi saya hanya menggunakan Corrosion-X jika perlu sahaja.

schematic-diagram-reel-pfleuger-patriach-9525
schematic-diagram-reel-pfleuger-patriach-9525
playar
playar
pisau
pisau
screw-drivers-plus-minus
screw-drivers-plus-minus
wd-40
wd-40
abu-garcia-reel-lube
abu-garcia-reel-lube
corrosion-X
corrosion-X
daiwa-reel-oiler-reel-greaser
daiwa-reel-oiler-reel-greaser
reel-lube-all-brand
reel-lube-all-brand

Step 3: Membersihkan Drag

Kebanyakan reel spinning mempunyai drags yang terletak di tengah-tengah spool. Untuk membuka drag itu dari spool anda perlu menggunakan screw driver bebentuk plus (minus untuk reel saya). Drag washers biasanya dilekatkan di tempat dengan klip jenis spring (heksagon). Anda boleh mengeluarkan klip itu dengan menggunakan kuku atau alat yang lebih sesuai untuk mencungkilnya keluar secara perlahan. Pastikan spring itu tidak melenting terbang 🙂

bail-arm-spring-pada-reel
bail-arm-spring-pada-reel
gambar-knob-locker-yang-telah-dileraikan
gambar-knob-locker-yang-telah-dileraikan
gambar-spool-yang-telah-dileraikan
gambar-spool-yang-telah-dileraikan

Sebagai asas, reel spining kebiasaannya mempunyai 2 jenis drag sistem yang lebih kecil manakala reel yang lebih besar mungkin mempunyai beberapa sistem drag sistem. Saya menggunakan Pfleuger Patcriach 9525 dimana ia mempunyai 2 metal washers dan 2 carbon washers seperti gambar di atas.

Jadikan satu amalan untuk meletakkan bahagian anda buka mengikut susunan apabila mengeluarkannya. Lebih-lebih lagi dengan drag washers yang anda keluarkan. Jika anda tidak mengikut susunan yang betul berkemungkinan tinggi drag anda mungkin tidak berfungsi untuk potensi yang sepenuhnya. Bersihkan kawasan spool dimana washers diletakkan dengan kain yang lembab. Lapkan metal washers dan bersihkan fiber/carbon drag washers sampai kering. Jika anda menggunakan drags kering, biarkan ia di udara kering sebelum pemasangan semula. Jika mereka memerlukan pembersihan, anda boleh rendamkannya di dalam pencuci gas putih untuk de-grease kan (membuang / membersihkan gris) mereka sebelum pengeringan. Gas putih mungkin mempunyai kesan yang buruk ke atas beberapa bahan yang berserat jadi sila berhati-hati.

Tetapi jika anda suka drag basah, maka anda boleh letak balik gris pada drag (Gris Abu antara yang bagus) selepas pembersihan dan mengeringkannya. Cara saya ialah menyapu sedikit girs pada jari telunjuk dan ibu jari dan kemudian mengosok fiber washers itu dengan menggunakan kedua-dua jari. Umpama menyapunya dengan gris dengan sekata. Kemudian pasang kembali washers itu dengan susunan yang betul dan pastikan spring klip itu juga dipasang dengan teliti. Pastikan klip itu berada dalam posisi yang betul. Cuba goyangkan spool itu dan jika metal drag washers itu tidak jatuh dan bergerak bebas maka segalanya berada dalam keadaan yang betul.

Step 4: Membersihkan Line Roller

Line roller adalah salah satu elemen yang terpenting untuk reel spinning. Oleh kerana ia terletak diluar dan terdedah maka untuk rosak atau jem adalah perkara yang amat mudah terjadi. Line roller yang kotor boleh menyebabkan tali pancing anda berbelit dan mengakibatkan karauan yang kasar. Dan jika line roller tidak berfungsi maka ia boleh menyebabkan tali bergeser dan akhirnya putus. Jangan risau kerana line roller selagi ia tidak dimakan karat atau air masin maka ia cukup mudah untuk dibersihkan. Dengan hanya mengeluarkan skru yang memegang roller antara bail arm dan mekanisme bail spring anda sudah boleh membersihkannya. Skru juga bertindak sebagai gandar roller. Bahagian-bahagian roller pada Pfleuger Patriach (dari kiri ke kanan) di tunjukkan dalam gambar dibawah.

gambar-bail-arm-line-roller-yang-telah-dileraikan
gambar-bail-arm-line-roller-yang-telah-dileraikan

Kebanyakan reel spinning yang murah (reel bajet) tidak mempunyai line roller dan biasanya mereka menggunakan logam atau sesendal seperti plastik. Disebabkan washers adalah begitu kecil ia mungkin akan tersangkut dibahagian lain kerana pelincir. Pastikan ini tidak hilang kerana ia sangat penting untuk kelancaran line roller. Perhatikan arah mana roller berpusing sebelum anda membukanya. Kebanyakan spinning reel yang lebih baru mempunyai beberapa jenis ciri iaitu twist – buster (pengelak berbelit) yang dibina didalam roller dan fungsi yang betul bergantung kepada orientasi yang betul. Rujuk kepada skema jika perlu.

Masukkan semua bahagian yang dibuka ke dalam bekas kecil gas putih (atau gunakan Corrosion-X/WD-40), kacau dan biarkan ia untuk seketika. Ini akan membersihkan dan membuang segala gris lama. Bersihkan kawasan bail arm di mana terletaknya roller dengan menggunakan kain bersih, pastikan kain itu bersih dan bebas daripada apa-apa kotoran lagi-lagi pasir. Pastikan anda fokus dan amat teliti kerana hanya sedikit kotoran dalam roller boleh membuat reel berasa kasar semasa mengarau.

bersihikan-gris-dan-minyak-lama-dengan-corrosion-x
bersihikan-gris-dan-minyak-lama-dengan-corrosion-x
bahagian-yang-boleh-spray-dengan-wd-40
bahagian-yang-boleh-spray-dengan-wd-40

Anda boleh meletakkan bearing pada pencungkil gigi yang kecil dan memeriksa putaran bearing itu. Letakkan setitik minyak pada bearing dan pada semua bahagian-bahagian lain dan pasang semula. Pastikan line roller berputar dengan bebas dan tiada sebarang bunyi kasar.

cara-memeriksa-bearings
cara-memeriksa-bearings

Step 5: Membersihkan Bail Arm dan Bail Spring

Membuka bail arm adalah amat mudah. Setelah line coller dibuka, terdapat hanya satu screw yang masih memegang bail itu dan dengan membuka screw itu anda akan dapat meleraikan bail tersebut.

gambar-bail-arm-line-roller-yang-telah-dileraikan
gambar-bail-arm-line-roller-yang-telah-dileraikan

Nota Penting:

Segala info yang diberi diatas adalah berdasarkan cara saya service reel saya. Pengalaman mengajar kita cara terbaik untuk menyusun proses yang lebih mudah. Saya rekomen anda service ikut berperingat. Sub-servis part by part. Jangan buat semua sekali gus kerana ia akan membuatkan anda keliru. Contohnya: Anda boleh meleraikan line roller terlebih dahulu dan bersihkannya dahulu, lepas tu pasangkan balik seperti biasa sebelum membuka part yang lain. Cara begini adalah lebih selamat dan tidak menyusahkan. Jika ada lebihan screw atau parts proses mencari cara untuk memasangnya kembali akan menjadi mudah kerana anda hanya buka satu section dari reel anda. Selamatkan?

Reel Pfleuger Patriach 9525 saya agak mudah untuk di servis kerana tiada banyak parts yang rumit. Kebanyakkan reel teknologi sekarang agak simple dan mudah diuruskan. Segala area yang boleh diletakkan minyak telah saya label di dalam semua gambar. Semua reel mempunyai asas yang sama.

Amat penting apabila anda cuba membuat side bail spring. Pastikan ia tidak terpelanting apabila anda cuba membukanya. Bail spring terletak dibelah yang sama dengan line roller. Kebiasaannya ia di tutup dengan casing yang bertujuan menjaga bahagian itu. Gambar di bawah menunjukkan bail spring cover yang telah dibuka dan yang telah dileraikan.

gambar-rotor-bail-arm-spring-yang-telah-dileraikan
gambar-rotor-bail-arm-spring-yang-telah-dileraikan

Bahagian penutup bail spring itu adalah plastik keras. Elakkan guna white gas untuk membersihkannya yang boleh membuatkan bahagian plastik itu rosak. Biasannya bersihkan dengan air sudah lebih dari cukup.

Apa pun anda mungkin ingin meluangkan masa untuk memahami bagaimana bail arm berfungsi supaya anda faham mekanismnya. Selepas itu anda boleh mula memasangnya semula seperti yang sebelumnya. Pastikan segalanya berada dalam posisi yang sama supaya reel anda berfungsi.

Step 6: Membersihkan Gear

Jika reel anda masih memberi karauan atau bunyi kasar selepas servis berpandukan langkah-langkah di atas, anda mungkin perlu mengeluarkan pemutar dan meleraikan segala reel anda dan periksa gear utama reel anda. Berkemungkinan besar anda perlu menukar bahagian-bahagian yang memberi bunyi kasar. Kebiasaannya bearing gear yang akan rosak terlebih dahulu. Apa pun pastikan anda membukanya dengan susunan yang teratur supaya anda dapat memasang balik dengan keadaan yang sama.

gambar-shaft-yang-telah-dileraikan
gambar-shaft-yang-telah-dileraikan
gambar-gearings-yang-telah-dileraikan
gambar-gearings-yang-telah-dileraikan
gambar-reel-yang-telah-dileraikan
gambar-reel-yang-telah-dileraikan
gambar-shaft-dan-gearings-yang-telah-dileraikan
gambar-shaft-dan-gearings-yang-telah-dileraikan
gambar-dalam-bahagian-gearings
gambar-dalam-bahagian-gearings

Jika tiada bunyi kasar pada gear mungkin anda tidak perlu membukanya. Akan tetapi jika anda membuat keputusan untuk membukan dan servisnya maka pastikan ikut prosedur yang teratur. Setelah membukanya buang gris dan minyak lama. Mungkin anda boleh menggunakan white gas untuk membersihkannya. Kemudian griskan kembali gears yang ada dengan menggunakan gris yang direkomenkan.

Setelah siap pasang kembali dengan turutan yang betul.

Step 7: Membersihkan Bahagian Lain

Sebelum memasang kembali semua anda juga perlu menyelenggara bahagian-bahagian luar yang kebiasaannya ramai yang terlepas pandang. Semburkan pelincir seperti Corrosion-X antara pengayuh dan knob kerana ia melancarkan lagi putaran semasa mengarau. Jika knob dan pengayuh anda tersangkut-sangkut maka anda perlu membuka atau merendamkannya di dalam gas putih supaya anda dapat meleraikan kotoran yang ada. Biarkan ia kering dan letakkan pelincir seperti Corrosion-X.

gambar-handle-yang-telah-dileraikan
gambar-handle-yang-telah-dileraikan

Kesimpulan

Prosedur penyelenggaraan di atas adalah berdasarkan Pfleuger Patriach 9525 saya dan kebiasaannya ia adalah sama untuk semua reel spinning yang lain. Konsep yang sama boleh juga digunakan untuk reel jenis lain. Apa yang penting segala info diatas bukan untuk reel yang telah dibuang ke dalam laut. 🙂

Apa yang penting ialah selepas setiap kali menggunakan di air masin atau air tawar, bilas sekali dengan air bersih supaya garam atau kotoran yang melekat pada reel tidak mula menghakis. Selepas anda sampai di rumah bilas reel anda dengan air sabun yang suam. Ini juga adalah baik untuk tali pancing juga. Pastikan bilas reel anda dengan air segar pada tekanan yang sangat rendah. JANGAN sesekali dalam apa jua keadaan, serta merendam reel ke dalam air atau membasuh di bawah tekanan air yang tinggi kerana ini akan memaksa air masuk ke dalam sistem gear dan sistem gear yang boleh membuatkan reel anda rosak. Selepas siap membasuhnya, lap reel anda dengan kering menggunakan kain yang bersih dan sembur (dari jarak yang jauh sedikit untuk mendapatkan semburan yang halus untuk tujuan membuat lapisan nipis) permukaan reel dengan WD-40 dimana ia akan bertindak sebagai pelindung. Pastikan tidak terkena pada tali anda. Kalau boleh pastikan setiap kali membuat servis reel anda buka tali dan simpan di bekas tali yang lain.

Buka drag knob, tarik keluar spool reel dan bersihkan segala permukaan atas dan bawah spool. Batang main shaft itu kemudiannya sapukan minyak gris sedikit. Pastikan drag knob longgar semasa anda memasang kembali untuk menjaga tekanan drag washers apabila ia tidak digunakan. Menggunakan minyak reel yang bergred tinggi atau minyak mesin jahit, sapukan sedikit minyak pada knob handle/pemegang, line rollers, bail arm springs, handle dan kemudian pastikan mengelap lebihan minyak yang ada.

Jika perlu dari semasa ke semasa buka side-plat dan sapukan gris gear dan bearings. Full servis amat penting jika anda terendam reel, jatuh di atas pasir atau terdedah lama kepada air masin. Di nasihatkan paling tidak sekali setiap 6 bulan adalah lebih bagus bergantung kepada penggunaan. Buka setiap parts reel anda dan rendamkannya di dalam bekas. Bilas dengan air segar dan biarkan ia kering di bawah matahari. Pastikan anda memerikasa semua gears dan bearings dari kerosakan. Gantikan parts yang rosak jika ada. Pasang semula dan letakkan sedikit gris (jangan terlalu banyak) pada semua bahagian yang bergerak. Terdapat banyak bahagian pada reel dan amat mudah untuk membuat kesilapan apabila memasangnya semula. Jika anda tidak yakin dalam proses maintenance reel anda anda sendiri, saya cadangkan anda menghantarnya ke kedai untuk perkhidmatan penuh oleh juruteknik reel berpengalaman.

Jika anda tidak akan menggunakan reel anda untuk tempoh masa yang panjang, digalakkan menyimpannya di dalam sarung reel atau beg reel kerana ia telah direka khas untuk melindungi reel anda. Kebanyakkan isu rerosakan dan hakisan berlaku apabila gear telah disimpan untuk tempoh masa yang lama tanpa dibersihkan.

Dan yang paling penting saya mencuba sehabis baik untuk memberi informasi bagaimana hendak servis reel. Jika ada typo atau tersilap guna guna terms sila info. Artikel ini akan di update dengan info yang lebih padat apabila idea mula mencurah.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Betul Ke Ultralight Fishing Tiada Kaitan Dengan Drag?

Betul ke ultrlaight fishing tiada kaitan dengan drag? Jika soalan ini ditanya puluhan tahun yang …

14 comments

  1. Tak amik upah ke utk service reel?
    Dah baca tak nampak complicated sangat la huhu.. pape pun thanks kongsi ilmu..

    • Hi bro,

      Kami belum start lagi buat servicing semua sbb tak cukup tangan nk handle byk perkara lain tp mungkin masa akan datang.

      Sama2 🙂

  2. bang jual line roller ngga yg 1 set ama bail arm yang ukuran 10 soalx reel yg aku punya line rollernya patah.. pisah ama bail arm… klo ada kabarin yah bang lewat email…

  3. Gimana gan biar saat menarik ikan reel bunyi kriiing kringg
    Bisa aja sih bunyi dgn cara mengendorkan kunci depan pda reel,tapi saat menarik ikan itu reel loos atau tdk ad penarikan,mohon info biar lebih keren aja hehe

  4. Kedai mana jual corrision x tuan.
    Kalau reel bajet biasanya line roller takde bearing hanya 1 washer saje dan roller sahaja.kalau roller x pusing lepas letak minyak apa nak buat tuan sbb ini boleh menyebabkan tali braided haus dan putus serta berat kayuhan.

    • Salam bro,

      Maaf lmbt reply.

      Corrosion payah da nk jmp skrg.

      Biasanya kalo roller tak pusing sebab da berkarat atau bearing da jem. Ada jenis reel murah die pakai bush je. So jem tu perkara biasa. Kena contact pengeluar reel tu mintak spart parts tok reel tu.

  5. om kalo minyak atau oil reel pancing yang di gambar beli dimana ya om kalo ada infonya om buat kita di jakarta

    • Mungkin bro boleh cuba cari di kedai pancing di Jakarta dulu. Jika tiada mungkin bro boleh cuba di Ebay.com 🙂

  6. Mencari bearing line roller utk Biomastet C5000 yg original

  7. Penulisan yang Sangat membantu.. teruskan usaha untuk sahabat mancing mania semalaysia.. keep it up..
    Untk reel oerhead dan baitcasting pula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.