Tips Memancing Di Kolam / Lubuk / Tasek Yang Kecil

Jika anda seorang pemancing yang menikmati aktiviti memancing maka anda tidak akan cerewet dengan lokasi pancingan kerana bagi anda setiap kawasan yang berair ada potensinya. Kumpaw itu indah namun jika usaha yang logik dan menggunakan cara yang betul maka potensi untuk mendaratkan ikan adalah perkara yang tidak mustahil.

Anda tidak perlu membuang masa ke lautan luas untuk memastikan trip memancing anda adalah menyeronokkan dan mempunyai hasil yang bagus. Terdapat pelbagai hidupan seperti ikan yang berenang sewenang-wenangnya di dalam kolam / lubuk / tasek berhampiran dengan rumah anda. Ikan seperti Tilapia/Talapia, Cichlids Belang, Kerapu Lombong, Keli, Haruan, Peacock Bass atau Toman adalah jenis-jenis ikan yang biasa ditemui dimana-mana sahaja. Ikan-ikan ini suka tinggal di sekitar struktur seperti kayu jatuh, ranting-ranting, tunggul yang tenggelam, rumput-rumput dan samai, yang memberikan mereka tempat tinggal dan perlindungan. Pastikan anda mencuba kawasan yang ada jeti atau titi kecil; anda mungkin akan terkejut dengan hasilnya.

Perkara pertama yang harus dibuat sekarang ialah adjust setup yang sesuai untuk pancingan di kolam / lubuk / tasek ini. Apa yang penting memancing dikawasan seperti ini ialah TIDAK menggunakan rod yang lebih panjang dari 6 kaki (tidak wajib tetapi ia adalah yang paling ideal). Pertaruhan terbaik anda untuk berjaya dengan misi ini ialah dengan menggunakan rod fast action dan dengan spinning reel untuk memudahkan lontaran dikawasan yang sempit dan dekat. Rod sepanjang 5’6 juga adalah antara yang sesuai dikawasan yang sukar untuk rod yang panjang.

Ikan kolam / lubuk / tasek terkenal dengan perangai mereka; potensi untuk membuat strike sepanjang hari adalah amat tipis lebih-lebih lagi menangkap mereka semasa panas tengahari. Anda harus target casting seawal pagi atau petang kerana pada masa ini ikan akan menjadi amat aktif. Dan yang paling penting, anda juga perlu memastikan yang anda memikat mereka dengan apa yang mereka mahu. Maksudnya umpan yang sesuai harus digunakan. Ikan kolam / lubuk / tasek tertarik dengan worms (cecacing) sinking, jig, crankbaits dan shallow crankbaits. Jika anda tahu kolam anda penuh dengan ikan keli pastikan anda tidak lupa untuk menambah umpan yang khusus untuk ikan keli!

Hanya kerana kolam / lubuk / tasek kecil, tidak bermakna keputusan pancingan anda tidak memuaskan. Ikut panduan pancingan kolam / lubuk / tasek kami untuk mendapatkan results dan pastikan anda mempunyai smartphone yang sesuai untuk berselfie.

tips-asas-memancing-di-kolam-lubuk-tasek
tips-asas-memancing-di-kolam-lubuk-tasek

Di harap tips di atas dapat memberi sedikit tips untuk anda memancing dengan lebih berimaginasi.

** Gambar yang digunakan (taken from fix.com) di atas telah diubahsuai mengikut ikan dan kefahaman di perairan kita.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

PEMILIHAN SOFT FROG MENGIKUT KEADAAN SPOT

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Lama bener saya tidak up artikel dalam ruangan website ini, bukan sahaja kering …

2 comments

  1. Bagaimanakah cara cara casting ikan keli dan talapia??
    Apakah lure yang sesuai?
    Tq

    • Kanicen Nix

      bergantung pada kawasan bro. ada kawasan pakai sp pon ok… ada kawasan pakai gewang pon bole.. jd benda ni lebih pada memahami diet dan habitat kawasan yang di pancing. study area tu pastu try and error. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.