Ikan Besar Menggunakan Setup Ultralight. Mustahil Menjadi Tidak Mustahil!

Satu ketika dulu majoriti pemancing tidak akan percaya bahawa setup ultralight di bawah 6lbs mampu menjinakkan ikan yang lebih besar. Pelbagai cerita dan pelbagai andaian telah dibuat untuk menyangkal kewibawaan seseorang pemancing ultralight yang mampu menaikkan ikan bersaiz monster. Bagi mereka ia adalah penipuan dan ia tidak masuk akal. Sehingga kini masih ada yang tidak percaya walaupun pelbagai bukti telah ada di beri.

Mengapakah ini berlaku?

Terdapat beberapa sebab mereka-mereka ini masih curiga dan yang paling menyedihkan apabila mereka mula menyebarkan cerita yang berlandaskan “fitnah” meracuni pemikiran pemancing-pemancing lain. Ini adalah sikap yang tidak sihat jika anda sekadar bercakap diri anda suka dengan “sport fishing” tetapi sebenarnya anda lebih berpolitik untuk memusnahkan sukan yang murni ini.

Antara sebab yang ketara mereka ini tidak percaya adalah:

1. Tidak pernah memahami setup yang mereka guna. Mengapa rod/reel/tali itu diberi spesifikasi tertentu dan disebabkan ini mereka tidak faham akan kegunaan sesuatu rod, reel dan tali. Apabila tidak faham maka mereka ini tiada ilmu.
2. Tidak pernah cuba mencari kelainan dalam jenis pancingan yang mereka ceburi. Dari awal sampai sekarang mereka masih di jenis pancingan yang sama.
3. Tidak pernah merujuk atau membaca artikel yang ada di Internet mahupun di Majalah.
4. Tidak pernah cuba bertanya dengan pemancing-pemancing yang lebih arif.
5. Tidak pernah bergaul dengan pemancing-pemancing lain dan ini membuatkan mereka ini masih berada dibawah tempurung.
6. Menganggap diri sudah hebat dan tahu akan segala-galanya. Ilmu diri sendiri lebih hebat tiada siapa dapat tandingi. Diri tu lebih betul dari orang lain.
7. Tidak melalui proses penurunan yang sekata membuatkan ilmu tidak mencukupi. Rata-rata pemancing kini mengejar “kehebatan” dan bukan ilmu. Apabila mereka tidak mampu, mereka mula menyebarkan cerita tidak mungkin “dia” boleh tarik ikan sebesar itu dengan menggunakan tali yang halus sedangkan diri sendiri yang tidak betul.
8. Mengejar populariti adalah salah satu sebab mereka-mereka ini menjadi bongkak dan lupa memancing adalah untuk keseronokan.
9. Lebih suka kondem orang lain dari sendiri mencubanya terlebih dahulu.
10. Tidak mencari pengalaman untuk cuba dan terus mencuba.

Dan bermacam-macam lagi sebab lain…

Mengapakah wujudnya semua masalah-masalah di atas?

Jawapannya adalah amat mudah iaitu: ILMU DAN PENGALAMAN!

Tiada Ilmu tiada Kreativiti.
Tiada Pengalaman tiada Skills.
Tiada Ilmu tiada Akal untuk kepelbagaian.
Tiada Pengalaman tiada Kemajuan.
Tiada kedua-duanya, tiada IMAGINASI.
Tiada Imaginasi jawapnya tiada jiwa pemancing.

Bagaimanakah Caranya Untuk Mendaratkan Ikan Yang Besar?

Sejujurnya cara saya adalah memahami setup ultralight yang saya gunakan. Setiap setup yang saya gunakan seawal 60lbs ke 30lbs saya mula memberi lebih fokus untuk:

1. Memahami kekuatan tali yang digunakan.
2. Memahami kebolehan reel yang digunakan.
3. Memahami kesesuaian rod yang digunakan.

Setiap setup yang saya gabungkan, akan saya pastikan gunakannya selama yang boleh iaitu paling kurang 6 bulan. Akan saya gunakannya menarik pelbagai jenis ikan di pelbagai lokasi tidak kira kolam atau lapangan pancing liar dan sebanyak ikan yang boleh tidak kira saiz. Proses ini sama untuk setiap kali saya menurunkan poundage. untuk poundage asas Ultralight iaitu 6lbs saya mengambil masa selama 1 tahun 8 bulan lamanya (anggaran kasar). Bagi saya asas adalah amat penting supaya dapat memahami segala yang mungkin terjadi sebelum membuat penurunan. Jika asas kuat maka segalanya akan menjadi kukuh dan lebih confident. Dan ini hanya boleh dikecapi jika ilmu dan pengalaman diselaraskan.

Disini saya akan mula membuat log tangkapan supaya saya dapat memahami perkara-perkara yang ingin saya fahami iaitu:

1. Jenis ikan yang berjaya didaratkan.
2. Setup yang digunakan.
3. Keadaan air.
4. Keadaan cuaca.
5. Sebab tali putus.
6. Kesesuaian umpan.
7. Waktu pancingan.
8. Teknik pancingan.
9. Teknik pengayaan gewang.
10. Berat & Panjang (jika perlu/sempat).

Melalui log inilah saya dapat belajar segala perkara yang diperlukan untuk memikat ikan dan sambil memahami setup yang saya gunakan. Ia memberi saya pengalaman yang tidak boleh didapati dimana-mana.

Pengalaman ini mengajar saya menjadi sabar apabila melayan ikan. Pengalaman ini mengajar saya memahami pergerakan ikan. Pengalaman ini mengajar saya habitat ikan. Pengalaman ini mengajar saya asakan padu ikan. Pengalaman ini mengajar saya teknik yang sesuai untuk mendaratkan ikan. Pengalaman ini mengajar saya biar putus tali yang penting ilmu yang saya dapat apabila putus. Pengalaman ini mengajar saya MUSTAHIL MENJADI TIDAK MUSTAHIL.

Rekod Dunia Dengan Tali Halus

2-pound-line-world-record
2-pound-line-world-record
Huge marlin world-record catches on ridiculously thin lines
Huge marlin world-record catches on ridiculously thin lines
Huge marlin world-record catches on ridiculously thin lines-team-work
Huge marlin world-record catches on ridiculously thin lines-team-work

Ultralight Fishing Video

Barramundi 3.2kg – Ultralight 1lb Berkley Fireline Crystal

GT 4kg++ – Ultralight 1lb Berkley Fireline Crystal with Leebass Ultralight Rod

Red Tail 10kg – Ultralight 6lbs Berkley Fireline Crystal with Leebass Ultralight Rod

Red Tail 6kg – Ultralight 6lbs Berkley Fireline Crystal with Leebass Ultralight Rod

Senangin Taiwan 3kg – Ultralight 6lbs Berkley Nanofil with Leebass Ultralight Rod

GT – Ultralight Berkley Fireline Crystal with Ultralight Rod

Grouper 4kg++ – Ultralight 1lb Berkley Fireline Crystal with Leebass Ultralight Rod

Banyak lagi video-video yang anda boleh tengok di:

https://www.youtube.com/user/fishingsifu/videos

Gambar Dengan Ultralight Fishing

red-tail-on-ultralight
red-tail-on-ultralight
siakap-on-ultralight
siakap-on-ultralight
wawan-grouper-on-ultralight
wawan-grouper-on-ultralight
wawan-gt-on-ultralight
wawan-gt-on-ultralight
wawan-senangin-taiwan-on-ultralight
wawan-senangin-taiwan-on-ultralight
pacu-on-ultralight
pacu-on-ultralight
ketutu-on-ultralight
ketutu-on-ultralight
keli-on-ultralight
keli-on-ultralight
haruan-on-ultralight
haruan-on-ultralight
budak-sekolah-rendah-mj-on-ultralight
budak-sekolah-rendah-mj-on-ultralight
zam-pb-on-ultralight
zam-pb-on-ultralight
nankairel-red-tail-on-ultralight
nankairel-red-tail-on-ultralight
jai-patin-on-ultralight
jai-patin-on-ultralight
idy-temensis-on-ultralight
idy-temensis-on-ultralight
idy-pb-on-ultralight
idy-pb-on-ultralight
cepoy-patin-on-ultralight
cepoy-patin-on-ultralight
azizi-taiwan-senangin-on-ultralight
azizi-taiwan-senangin-on-ultralight
patin-8kg on ultralight
patin-8kg on ultralight

Pengalaman Pahit Manis Sendiri

Saya masih ingat sekitar tahun 2009/2010 (jika tidak silap) apabila dikecam dengan teruk apabila menggunakan setup ultralight dan berjaya mendaratkan patin belasan dan puluhan kilo. Seawal tahun 2010/2011 PB menjadi ikan yang paling saya gemari. Sebanyak 45 trips boating di hampir seluruh Perak membuatkan saya dapat pelbagai ilmu. Rata-rata pada masa itu ramai menyangkal tidak mungkin ultralight mampu menarik ikan Peacock Bass adalah antara cabaran yang saya lalui. Akan tetapi Idy Cullen antara boatmen tersohor (antara orang pertama yang terjebak ultralight fishing dengan peacock bass bersama saya) dan Uncle Benny (antara orang yang banyak memberi tips) yang menjadi saksi segala tangkapan monsters yang saya dapat pada masa itu. Namun tiada siapa yang mempercayainya walaupun terdapat pelbagai bukti dengan wujudnya kawan-kawan yang mancing bersama. Buat video pun mereka tidak percaya sampai mengatakan saya nak berlagak sedangkan niat saya hanya untuk mengajar dan share ilmu. Perhatikanlah segala video saya betul-betul anda akan mula memahami saya mengajar teknik melayan ikan bukan bertujuan mencari populariti. Saya tidak mengalah, saya tetap meneruskan perjuangan untuk membuka mata pemancing-pemancing yang menyangkal kesahihannya. Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang itu sudah pasti. Jadi saya teruskan sahaja perjuangan dengan bantuan kawan-kawan yang tetap bersama saya. Apa yang pasti kini mereka-mereka ini yang pada mulanya mengutuk secara majoritnya telah berkecimpungan dalam sukan ultralight umpama “ludah ke langit terkena muka sendiri”.

Patin-22kg on ultralight
Patin-22kg on ultralight
Patin-16kg on ultralight
Patin-16kg on ultralight
toman-3.2kg-on-ultralight
toman-3.2kg-on-ultralight
temensis-on-ultralight
temensis-on-ultralight
haruan-1.9kg-on-ultralight
haruan-1.9kg-on-ultralight
pacu-3.6kg on ultralight
pacu-3.6kg on ultralight
gt-on-ultralight
gt-on-ultralight
kanicen-gt-on-ultralight-1lb
kanicen-gt-on-ultralight-1lb
kanicen-pb-1lb-on-ultralight
kanicen-pb-1lb-on-ultralight
pb-1lb-53cm-on-ultralight
pb-1lb-53cm-on-ultralight
siakap-barramundi-3.2kg-1lb-on-ultralight
siakap-barramundi-3.2kg-1lb-on-ultralight
toman-4.5kg-on-ultralight
toman-4.5kg-on-ultralight

Kini usaha telah membuahkan hasil. Kebanyakkan pemancing kini mula dan mahu mencuba sukan ultralight fishing ini. Ia telah menjadi fenomena yang tidak dapat dihentikan. Dengan adanya blog-blog pemancing seperti www.ultralightanglers.com ini; pemancing yang “lapar” mengejar ilmu dapat membuat rujukan untuk memperbaiki ilmu yang sedia ada.

Anda harus ingat selagi tidak mencuba jangan sesekali menyangkal kebolehan orang lain. Pemancing yang tiada tangan mampu menarik ikan inikan pula kita diberi tangan dan segala anggota dalam keadaan yang baik. Siapa anda untuk mengatakan ia tidak benar? Jika Tuhan mengatakan ia rezeki kamu maka ia akan datang. Syaratnya ialah “mencuba menjadi pemancing yang bersih” dari pelbagai faktor. Ubahlah sikap anda yang suka menyangkal dan suka menabur cerita yang tidak relevan kepada pembangunan sukan memancing ditanah air kita.

Untuk kaki pancing nasihat saya ialah “memancing adalah sukan yang bersih dan sejenis sukan yang makin menjadi popular untuk semua orang bukan sahaja untuk lelaki malah untuk kaum perempuan sekali”. Janganlah berpolitik dan menabur fitnah semata-mata ingin meletakkan diri di atas dan menjatuhkan orang lain. Perangai ini amat MEMALUKAN.

Sokonglah semua kawan-kawan kita yang berusaha keras untuk memajukan sukan ini. Jika tidak suka jangan ikut dan tutuplah mulut anda. Buat apa yang anda rasa sesuai dengan jiwa anda. Tiada orang yang melarang.

Kesimpulan

Tiada apa yang mustahil dalam apa jenis pancingan sekali pun. Dimana ada usaha yang betul disitu ada rezeki dan ruang untuk kejayaan. Apa yang penting ialah mencari ilmu dengan steps yang sesuai dan mencari pengalaman on-the-field bukan setakat membaca atau tengok orang lain buat lalu membuat kesimpulan yang boleh merosakkan sukan memancing di negara kita.

Anda juga harus sedar bahawa ikan dinegara kita makin pupus dan berkurangan akibat pembangunan yang menjadi punca utama lokasi-lokasi pancingan rosak dan penangkapan ikan yang tiada kawalan. Saiz ikan mega adalah hampir menjadi mustahil untuk dipancing. Jadi disini wujudnya sukan ultralight memberi peluang kepada anda untuk menarik ikan kecil dengan setup yang sesuai dan merasa “karen” dan lentokkan rod.

Dan yang paling penting, anda harus faham bahawa sukan ultralight bukan bertujuan menarik ikan besar. Ia sepatutnya disesuaikan dengan target yang sesuai dengannya. Tidak salah untuk mencuba menarik ikan yang besar atau terkena ikan besar jika anda mempunyai ilmu dan pengalaman yang sesuai. Jika tiada ilmu dan pengalaman maka bersedialah mengalami pengalaman yang menyakitkan seperti patah, putus, rosak dan sebagainya. Ultralight setup adalah amat sesuai digunakan untuk semua jenis ikan yang anda cari kerana kehalusan tali akan membantu anda mendapatkan strike rate yang lebih tinggi. Anda boleh mengurangkan peratus kekumpawan anda.

Jangan sesekali lupa bahawa penurunan poundage yang sekata akan mendidik dan memberi anda pengalaman yang anda perlukan untuk mendaratkan ikan besar. Belajarlah merangkak dahulu sebelum berjalan. Fahamilah konsep ultralight fishing dan percayalah segalanya akan menjadi mudah. Turunkanlah poundage sekata contohnya dari 30lbs ke 28lb, 25, 22, 20, 18, 15, 12, 10, 8, 6 dan seterusnya. Jangan sesekali turun dari 30 atau 20 ke 6lbs terus. Anda tidak akan memahami apa yang saya fahami. Anda tidak akan dapat pengalaman yang sepatutnya diperlukan dalam proses sedemikian. Walaupun anda berjaya mendaratkan ikan besar, ilmu anda tetap berada ditahap yang sama. Jangan jadi umpama, “sembang je lebih tapi ilmu didada tiada”.

Segala jenis pancingan amat membantu antara satu sama lain. Jangan sesekali memandang rendah akan cara orang lain memancing kerana itu adalah cara mereka dan itu adalah keseronokan mereka. Hormatilah semua supaya anda dihormati. Hargailah cara orang supaya orang menghargai cara anda. Dan didiklah kawan-kawan lain ilmu yang ada. Murah rezeki dapat pahala.

Selamat mencuba Ultralight Fishing.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Letupan Ikan Toman Keluar Dari Sarang Seperti Ada Hutang

Ikan Toman atau di kenali sebagai Giant Snakehead dalam bahasa saintifiknya Channa Micropeltes adalah sejenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.