Ultralight Fishing Rod: Kanicen Nix – LEEBASS

Memperkenalkan rod pertama ultralight “Kanicen Nix – LEEBASS” yang direka khas, di tune dan dikeluarkan secara pukal oleh pemancing Malaysia. Rod ini direka khas untuk pemancing ultralight yang mementingkan pengalaman yang extreme dan kepuasan yang maxima.

about-leebass-specification
about-leebass-specification

Latar Belakang

Disebabkan fenomena ultralight fishing yang dipopularkan oleh Kanicen Nix, industri mancing telah bertukar angin kepada Ultralight Fishing. Ia telah menjadi revolusi kearah pembuatan rod “LEEBASS” yang direka khas untuk memenuhi kehendak pemancing tanah air. Direka khas untuk newbies dan berkonsepkan flexibility, sensitif, balingan tepat dan yang paling penting liat adalah ciri-ciri rod ini dibuat. Rod ini telah direka dengan seni ultralight oleh Kanicen Nix selaku Trend Setter Ultralight Fishing di Malaysia.

Kenapa Rod Ini Dibuat?

Rod ini dibuat adalah kerana trend dan jiwa sebagai seorang pemancing ultralight. Berpandukan pemerhatian dan proses pembelajaran yang memakan tahun, pereka rod ini menyedari bahawa tidak semua pemancing memahami apa itu ultralight fishing.

Mereka membeli rod, reel dan aksesori yang lain tanpa mengambil tahu cara membuat padanan yang wajar. Menambahkan cerita, mereka menggunakan setup yang sama untuk segala jenis ikan dimana bukan itu cara yang sesuai untuk pancingan ultralight. Dengan isu-isu sedemikianlah rod “LEEBASS” diperkenalkan dimana perkataan itu diambil dari bahasa Melayu “LIBAS” dan diubah suai supaya memenuhi citarasa dalam pembikinan rod.

leebass-brand-view
Leebass – Kanicen Nix

Rod ini direka khas untuk ikan-ikan diperairan kita dan juga rod ini direka khas untuk pemancing yang suka menggunakan sebatang rod untuk semua jenis ikan. Pendek kata rod ini boleh digelar sebagai “all-rounders” rod. Rod yang berkonsepkan Bass fishing yang mempunyai poundage ultralight namua ia liat dan sesuai untuk digunakan menarik ikan-ikan yang bersize mega, bermain dilokasi pancingan yang agak mencabar seperti reba-reba kayu, berbatu dan sebagainya.

Spesifikasi Rod

products-leebass-table
products-leebass-table

Carbon Blank: 30T (IM6 – 32 million modulus which is 1st generation). Yang bertujuan untuk keliatan dan pada masa yang sama memastikan tip nya sentiasa sensitif. Tip nya yang sensitif membantu dalam balingan gewang dengan mudah dan tepat.

Aksi Rod: Fast Action – Yang bertujuan untuk ketepatan balingan dan mudah untuk mempersembahkan gewang.

Handle: EVA – Pemegang rod yang berkualiti gred AAA memenuhi citarasa pengguna. Ringan dan selesa adalah idea yang disesuaikan untuk rod yang memerlukan tenaga untuk menarik ikan. Keselesaan amat penting apabila bertarung dengan ikan. Disebabkan ringan ia membantu dalam merasa ketukan ikan yang bersize kecil.

Guides: Cincin SIC replika FUJI digunakan untuk menjaga tali utama dan memantapkan lagi prestasi penggunaan. Jumlah cincin guide sebanyak 8 membantu dalam ketepatan balingan. Ia juga membantu pengaliran tali yang keluar dari reel yang pelbagai size. Dan tidak juga lupa ia membantu apabila bertarung dengan ikan bersize mega dan berat secara konsisten.

Reka Design: Hitam dan Emas adalah kombinasi warna yang menampakkan rod LEEBASS ini Elegant. Ditambahkan dengan aksesori-aksesori emas membuatkan rod ini memenuhi citarasa yang modern dan trendy.

Leebass-Rod-Preview
Leebass-Rod-Preview

Rod ini telah dicuba dengan pelbagai jenis ikan seperti Tarpon, Peacock Bass, Temensis, Red Tail, Kerapu, Siakap, Senangin Taiwan, GT, Patin, Pari, Mangrove Jack, Snakeheads dan pelbagai spesis ikan yang lain. Rod ini telah membuktikan kelenturan dan ketahanan menahan impak asakan yang bertalu-talu oleh ikan yang bersize mega. Rod LEEBASS amat sesuai digabungkan dengan reel yang bersize dari 300 ke 1000 kerana panjangnya 6 kaki. Rod yang direka khas untuk membantu dan memudahkan apabila bertarung dan menaikkan ikan dimana kesemua aspek yang direka pada rod ini adalah amat sesuai untuk pemancing all-rounders.

Ujian Lapangan

Rod ini telah dibuat ujian lapangan selama 8 bulan. Sebanyak 4 prototype telah direka dan dibuat ujian lapangan untuk memastikan rod ini sesuai untuk pemancing di Malaysia. Setiap rod prototype melalui pelbagai ujian untuk memastikan rod ini diterima dan sesuai. Pelbagai fasa QC (Quality Check) telah dilalui dan rod telah diubah suai untuk kepuasan.

Kesimpulan

Mengikut kata pereka rod ini iaitu Kanicen Nix; “rod ini adalah percubaan kami yang pertama. Pelbagai isu dan pelbagai rintangan telah kami lalui supaya dapat memahami cara terbaik untuk mengeluarkan rod. Bermula dengan fasa reka-bentuk rod, ujian lapangan yang tiada henti, rekaan yang memenuhi keperluan, pelbagai spesis ikan, memahami keperluan market dan pelbagai faktor-faktor lain meringkaskan pembuatan rod ini. Ia sangat mencabar namum kepuasannya tiada kata-kata yang mampu menghuraikannya”.

Beliau juga berkaya “Kami telah mencuba sehabis baik kerana kami percaya pereka rod yang terbaik adalah pemancing itu sendiri kerana kami memahami aspek yang diperlukan untuk membuat rod yang bagus. Kami memahami mancing adalah hobi yang menyeronokkan dan LEEBASS telah direka dengan maksud yang sedemikian”.

KANICEN NIX – LEEBASS ROD REVIEW

HARGA: 10/10
WARNA: 10/10
AKSESORI: 8/10
KEKEMASAN KESELURUHAN: 8/10
PEMBUNGKUSAN: 7/10
STOCK: 10/10
INFORMASI PRODUK: 10/10
CUSTOMER SERVICE: 10/10
WEBSITE: 10/10

TAHNIAH! Adalah perkataan yang paling sesuai kerana berani.

Kami merumuskan bahawa rod LEEBASS Kanicen Nix ini amat memuaskan hati kerana ia adalah percubaan yang pertama untuk rakyat Malaysia yang mengambil risiko dalam pembuatan rod. Segala ratings yang diberi diatas adalah berdasarkan pengamatan kami dan juga berdasarkan komen-komen jujur yang diberi oleh pereka rod dan juga pengguna rod.

Rod yang dijual pada harga RM220 adalah harga mampu milik untuk rod ultralight. Walaupun ia adalah produk rod pertama namun harga yang dijual memenuhi segala keperluan pemancing. Aksesori diberi 8/10 adalah kerana cadangan yang diberikan oleh pengguna yang mengharapkan FUJI original daripada replika FUJI digunakan pada guides dan reel seat untuk memantapkan lagi rod itu. Manakala melalui komen yang diberi oleh pereka, rod yang dibuat secara pukal tidak 100% kemas keseluruhannya walaupun ia tidak menganggu prestasi rod punca Kekemasan Keseluruhan hanya diberi 8/10. Pembungkusan juga tidak begitu memuaskan kerana cover rod yang biasa sahaja. Mungkin cover yang lebih berkualiti akan menampakkan lagi kemeriahannya.

Untuk informasi yang lebih lanjut sila layari: www.kanicen.com

Akhir kata dari pereka rod “Kanicen Nix – LEEBASS”…

Kami akan berusaha keras untuk memantapkan lagi rod-rod yang bakal kami buat pada masa akan datang. Ini adalah percubaan pertama dan kami tidak sangka dengan sambutan yang amat tinggi kerana hingga ke hari ini masih ramai yang bertanya dan ingin memiliki rod Leebass ini. Diharap kesemua pembeli-pembeli amat berpuas hati dengan rod ini dan terus menyokong produk keluaran rakyat Malaysia.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Tips Pancing: Rod Lembut vs Rod Keras?

Arguement tentang rod lembut poundage tinggi dengan rod keras poundage rendah memang umpama isu CNR …

14 comments

  1. Shamsul Ariff b. Ramli

    Boss Rod UL untuk BC tak ada ke Boss?
    Saya penggemar UL tapi x minat dgn spining reel.

  2. Jika nak order rod Leebass UL ne utk penghantaran dekat Brunei bagaimana? Atau ada dealer dkt Brunei dh?

  3. Salam Sejahtera ,

    Nak order nak cari sapa , Area Sungai Petani , Kedah.
    Kalau boleh nak order sekali ngan SP .

    • Hi bro…

      Leebass da lama habis stock. Tgu generasi kedua. Mgkin dlm beberapa bulan lagi. Tapi akan ade rod lain dlm bulan 5 nie. Soft baits pm sy kat FB yer bro. Mekasih support 🙂

  4. Salam bos..sy dh lama follow video bro kat youtube..sy dah cuba ultra light..ternyata mmg mmberi kepuasan maksima..drpd video2 bro la sy beralih ke u.l..

    Bro ada lg x rod u.light 1-4 atau 2-4lbs???
    blh x buat pemegang rod tu full..maknanya x nampak blank la kt bawah tu..lg menarik sy rasa..
    blh bg no.fon x?? Sy nak order 1

    • Wslm bro…

      Mekasih support kami disini. 🙂

      Buat masa skrg takde lagi rod brand sendiri berpoundage mcm tu lagi. Saya lebih pada general supaya semua orang bole guna produk local brand. Lagipoun tali bawah 4lbs amat sukar nak dapat. Pemegang full akan saya usahakan bile tiba masanya dan tengok pada kesesuaian pada target fish and game. Mekasih atas cadangan bro 🙂

      PM kat FB bro sebab semua order melalui phone telah kami stop akibat hilang semua details order disebabkan phone jadik tidak stabil. Order akan kami buka apabila rod mula masuk production. Mekasih support 🙂

  5. salam bro,sesuai tak guna rod ni untuk eging sotong?

  6. Bro,Saya nak order mcm mana hantar pegi sarawak?

    • Hi bro,

      Leebass da lama habis stock bro tapi kami dalam process buat rod generasi kedua Leebass. Akhir tahun mungkin akan siap. Tapi sebelum itu akan ada lagi satu rod yang bakal keluar akhir bulan 9 ni. Rod Sengat.

      PM saya kat Facebook. FB: Kanicen Nix

      Mekasih sudi support 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.