Fishing Rod Tips: Memahami ROD PE

Hari ini nak cerita pasai rod PE. Mohon baca sampai habis sebelum membuat sebarang spekulasi. πŸ˜…

Terbaca di facebook ada yg kata rod jigging semua guna PE. contoh pe 0.4 -1.0..PE 1 di katanya Kekuatan backbone mana kala PE 0.4 pula kekuatan tips. Ada pula yang kata PE 0.4-1.0 tu sama dengan 4-10lb berdasarkan kiraan PE1 x10= 10lb. Sambil baca hampir nak ketawa. Tak pernah lg jumpa dekat website atau blog atau mana2 bagi tahu macam tu. Tak tahu lah pula kalau ada sifu-sifu yang bercerita mcm tu dekat dia atau pemikiran dia sendiri.

Tuan-tuan rating PE dkt rod tu adalah rating diameter tali yang sesuai untuk rod tersebut. Rating PE digunakan oleh angler angler Japan dahulunya namun sekarang meluas di serata dunia menggunakan rating PE. Apa yang kelainan geng geng anglers japan ni buat dia cari kelainan. Biasa mat Jepang ni takkan tiru mat saleh semua tu. So dia cipta PE. PE ni adalah thermoplastic yang di ubah menjadi benang pancing. Kebanyakkan tali PE dari japan berdiameter halus tetapi breaking pointnya kuat mengikut kualiti tali PE tu.

Contoh rod PE 0.4-1.0 diameter tali yang sesuai mengikut ukuran PE (GOUW) adalah 0.10mm hingga 0.165mm. Manakala breaking poin pula mengikut jenama tali atau kualiti tali tu. Mengikut jenama tali ada di atara 12lbs ke 20lbs. Nak main tali PE ni tuan tuan main ikut diameter. Pasai apa penting ikut diameter pasai cutting point tali tu dalam ayaq mempengaruhi gaya jig atau lure yang kita mainkan dengan rod PE tersebut tidak mudah di bawa arus. Jepun minat main ikut diameter haluih haluih sebab tu depa cipta tali PE dan sesuaikan dengan rod PE. Tali PE tak ikut diameter Japan kebanyakkan tali tu mai dari China. Diameter tak bleh nak percaya. Janji barang depa laku sudah.

Cerita pasai pe 0.4-1.0 di katakan PE 1.0 tu backbone dan 0.4 tu tips. Ok mari kita lihat apa tu sebenarnya backbone. Backbone adalah tulang belakang rod atau rod spine orang putih paggil.

Guna apa backbone ni?

Backbone ni dia nak cari posisi di mana sambungan kepingan kepingan yang di gulung menjadi sebatang rod itu berada. Nanti tengok gambaq bleh faham kot. Bila dah dapat backbone rod tu di tanda supaya di bahagian itu akan diletakkan guide atau cincin la org kita panggil. Kalau rod bc cincin dia di bahagian atas backbone. Kalau spinning di bahagian bawah backbone. Ada lah cara-cara org nak cari backbone rod. Buleh rujuk dekat youtube HOW TO FIND ROD SPINE. Senang faham kalau tengok bideo. Cerita dalam ni susah nak faham nnt faham kot lain payah..😜 ok tu backbone.

Hat dia kata kekuatan tips 0.4 tu pulak mcm mana. Dia ada kekeliruan di situ. Saya bagi contoh. Kalau rod tips bleh tahan takat 0.4 mcm dia kata agak agak bleh dak tuan tuan pakai tali lebih pada 0.4? Kalau lebih ikut logic akai patah la rod tu bila pakai tali PE 1.0. Itu ikut kenyataan kawan tu lah. Sebenarnya kekuatan tips tu xda kena mengena ngan 0.4 tu. Kalau dia faham apa tu PE dia takkan ckp mcm tu sama juga ngan rod LB 10-20lb. Tak bleh la pakai lebih dari 10lb kalau dikatakan tips tu 10lb ja bawah 20lb. Pakai lebih dari 10lb patah la rod tu ikut logic akai. Sebenarnya itu adalah panduan kepada tuan tuan untuk memilih tali yang sesuai untuk rod tu.

Kenyataan bawah backbone atau power atau sebagainya itu adalah SALAH dan tidak tepat sama sekali. Manakala atas tip tu adalah kekuatan yang di maksudkan lenturan sebenarnya tu apa yang saya faham maksud dia. Bila depan dia haluih dia kata depan tu adalah power (0.4) tadi pun SALAH. Rod power di ukur berdasarkan diameter tips dan butt.

Contohnya kalau tengok blank dia akan bagi tau jenis material seperti high modulus graphite. Tips 0.9 (atas), butt (bawah) 4.0. Rekomen line weight adalah 2-6lb. Power ultra light. Lure weight pula 2-7g. Action Fast. Panjang 6’0″. Itu antara contoh sesuatu blank di berikan spec.

Selepas ujian di lakukan oleh manufacture tali yang sesuai untuk rod tu dah di nyatakan 2-6lb. Nak pakai dalam range itu adalah rekomendasi pengeluar. Kalau lebih dia mmg tak rekemen sebab bleh memudaratkan rod keluaran dia. Mesti patah bila force terlalu lebih dan sebagainya. Bab patah xmau cerita khusut keadaan. hehe

Baca website www.rodbuilding.org dia akan tunjuk bagaimana kekuatan rod tu di kira berdasarkan material, ketebalan tips dan butt, action, power. Mcm mana diaorg buat calculation semua ada. Rajin rajin la membaca mesti jumpa.

Jika kita tidak tahu jangan kita sondoi mcm tahu. Kita rajin rajin bertanya dan membaca serta mencari rujukan. Bukan sekali dengar terus percaya tanpa usul periksa. Jika fitnah yang di taburkan kita percaya tanpa usul periksa apa akan berlaku?

Jadi selidik dahulu cari orang yg berpengalaman dari kita yang berlimu pengetahuan tentang sesuatu pekara.. Bab agama cari lah org yg mahir bab agama mcm ustat.. Bab mancing cari lah yg pakar bab mancing. Bab kereta carilah pomen dan sebagainya.

Sekian coretan dari nubis. Jika ada terkasar bahasa nubis mohon maaf.

P/s : susah nak betulkan apa yang org dah lama faham tak betul nak bagi betul.. πŸ˜…

Moga memberi manfaat.

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Tips Pancing: Mengenal Bahagian Rod Pancing Anda

Untuk pemancing yang baru terjebak dalam dunia pancing amat penting untuk anda memahami asas rod …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.