Apa itu XUL dan SUL rating pada rod Ultralight? Saya pernah menulis artikel berkenaan maksud rating UL, SUL dan XUL sekitar tahun 2012 dalam bahasa English. Anda boleh refer artikel di sini:
What are XUL and SUL ratings on Ultralight rods?
Rating pada rod amat penting bagi memastikan kita mendapat prestasi yang optimum untuk jenis pancingan yang sesuai dengannya. Jika silap dilabel boleh memudaratkan rod pancing dan pancingan anda boleh menjadi bosan kerana rod yang dibeli tidak boleh perform seperti yang dikehendaki.
Jika diperhatikan banyak rod masa kini datang dengan rating yang tidak betul. Ada dua punca utama iaitu:
1. Pengeluar tidak tahu apa itu XUL dan SUL.
2. Memenuhi kehendak pengguna dan sengaja melabelnya sedemikian.
Sebagai pembawa trend dan pendidik kami sentiasa berusaha keras untuk memastikan anda sebagai pemancing ultralight faham rating yang ada pada rod ultralight anda.
XUL bermaksud “Extra Ultra Light” dan SUL bermaksud “Super Ultra Light”. Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza dengan rating yang biasa kita nampak iaitu UL yang bermaksud “Ultralight”.
Setiap rating ini ada sebabnya dan ia bergantung pada jenis pancingan dimana tujuan rod itu direka. Ia dibezakan dari elemen seperti line test, berat gewang dan aksi rod tersebut.
1. Rod UL
Mempunyai rating berat umpan (lure weight) maxima 7g. Ini adalah rating kebanyakkan rod ultralight yang ada di pasaran. Dimana jika rating rod anda jatuh sekitar 1-4lb, 1-5lb, 1-6lb, 2-6lb, 3-6lb dan sebagainya ia dikategorikan sebagau UL.
2. Rod SUL
Mempunyai rating berat umpan (lure weight) maxima 4g. Rod SUL mampu membuat lontaran umpan serendah 0.8g sehingga 4g. Tidak lebih dari itu. Jika lebih ia sepatutnya di label UL.
3. Rod XUL
Mempunyai rating berat umpan (lure weight) maxima 3g. Rod XUL pula mampu membuat lontaran umpan serendah 0.5g sehingga 3g. Tidak lebih dari itu. Jika lebih ia sepatutnya di label UL atau SUL.
Jadi, apa yang saya cuba nyatakan di sini ialah berat umpan adalah kunci untuk menentukan rod jatuh ke dalam kategori ultralight yang mana.
Andaikan anda mempunyai rod XUL yang dinilai untuk gewang dari 0.5g hingga 3g dan poundage rod adalah dari 1 hingga 3 paun. Jadi, untuk berat umpan 1/8oz (3.5g) dan 4lbs line rating sebenarnya terlalu tinggi untuk rod yang dilabel begitu.
Rod ultralight dilabel sebagai XUL atau SUL biasanya bukan dikategorikan sebagai rod yang mempunyai aksi yang pantas. Biasanya, ia dilabel sebagai tindakan sederhana atau perlahan atau gabungan kedua-dua seperti sederhana-perlahan atau sederhana-pantas (tetapi tidak begitu pantas).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, luangkan masa untuk membaca sejarah memancing spin fishing, yang sering dipanggil “Threadlining” atau “Hairlining”. Anda boleh membaca asal-usul pancingan ultralight di link ini:
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.