Cara Memilih Dan Pentingnya Cermin Mata Polarized Semasa Memancing

Memilih cermin mata polarized yang betul adalah amat penting untuk dapat melihat ikan semasa memancing lebih-lebih lagi untuk pemancing yang lebih ke arah teknik casting. Tetapi memakai cermin mata bukan sahaja itu tujuannya; ia lebih dari itu. Pernahkah anda terlihat atau tahu rakan-rakan anda yang mengalami kecederaan apabila mata pancing tersangkut pada mata yang boleh mengakibatkan bahaya dan membawa kecederaan teruk?

Ini adalah satu perkara yang amat serius dan ia boleh dicegah dengan mudah jika anda memakai cermin mata yang sesuai. Sebagai pemancing yang aktif, saya menjumpai hampir semua jenis pemancing dari pemancing biasa ke pemancing yang berpengalaman.

choosing-polarized-sunglasses

Sesetengah pemancing sebenarnya tidak mahu memakai cermin mata hitam kerana mereka merasakan ia hanya untuk orang yang ingin berlagak. Secara peribadi saya benar-benar tidak faham akan sikap ini tetapi percayalah tanpa memakai pelindung mata anda mungkin akan terdedah untuk terkena perkara-perkara sebegitu. Menjadi buta adalah risiko yang tidak berbaloi untuk di ambil. Sekarang mungkin anda menyedari salah satu alasan yang baik untuk memakai cermin mata semasa memancing dan mengambil langkah-langkah positif yang wajar untuk melindungi diri.

Namun, bukan itu sahaja alasan yang baik, ada lagi alasan lain untuk anda memakainya selalu semasa memancing dan memahami jenis dan warna apa yang sesuai untuk dipilih.

Bagaimanakah ia Berfungsi?

Air adalah seperti cermin, apabila ia melibatkan pantulan/refleksi, silauan keras dari matahari memerlukan cermin mata yang ada ber polarized untuk memotong silau ini. Cahaya dari matahari bergerak ke segala arah, tetapi apabila ia menyentuh permukaan rata, ia menjadi polarisasi, dan ia bergerak dalam arah yang lebih seragam, mendatar. Penapis khas yang digunakan untuk kanta pada cermin mata menghalang cahaya ini dan seterusnya mengurangkan silau.

Warna Polarized Apakah Yang Sesuai?

Polarized-SunglassesPemilihan kanta warna polarized itu bergantung kepada lokasi di mana anda memancing. Saya mendapati bahawa jika anda memancing di kawasan tasik / lombong atau sungai cermin mata polarized saya akan memilih kanta berwarna kelabu. Ini akan membolehkan anda melihat segala-galanya di antara mata dan bahagian bawah tasik, sungai dan lain-lain. Secara peribadi saya suka kanta berwarna amber (warna seakan-akan cokelat / warna mulai dari kuning kecokelat-cokelatan, kuning emas, kuning muda, sampai dengan kuning tua. Amber terdiri dari 75% warna kuning dan 25% warna merah) dalam kebanyakan situasi tetapi jika anda bijak dalam menyesuaikan warna kanta anda dengan cara pancingan maka sesi pancingan anda akan jadi lebih produktif. Terdapat beberapa sebab untuk memilih jenis kanta seperti yang dinyatakan dibawah ini:

Kanta Amber / Cokelat

amber-brown-lens-polarized-sunglasses

  1. Kanta amber lebih cerah warnanya dan sesuai penggunaannya dalam keadaan cahaya yang lebih rendah dan lebih gelap. Warna kanta amber amat sesuai jika keadaan matahari yang tidak konsisten dimana terang sekejap dan mendung sekejap maka kanta polarized amber adalah amat sesuai untuk kedua-dua keadaan.
  2. Sebahagian besar tasik, lombong dan sungai akan berwarna coklat atau kuning. Semua alga yang mati dan berpasir akan menjadikan lensa amber/cokelat ini menjadi pilihan yang paling ideal.

Kanta Kelabu

grey-polarized-Lens-Sunglasses

dark-grey-lens-polarized

Walau bagaimanapun, saya juga suka memakai kanta kelabu yang sangat gelap dalam banyak keadaan. Jika anda tahu bahawa matahari akan keluar sepanjang hari dan mata anda berasa penat dari memancing setiap hari, kanta-lensa gelap ini akan membuatkan anda berasa sangat selesa pada pendapat saya. Mereka lebih baik digunakan di sungai dan jeram di mana bahagian bawahnya adalah berbatu-batu.

Kanta Kuning / Vermilion / Rose

red-rose-vermilion-polarized-sunglasses

yellow-polarized-lens-sunglasses

Warna kanta cahaya ini bagus untuk hari-hari yang berawan / mendung, tetapi biasanya akan terlalu lemah (tidak sesuai) untuk digunakan pada hari-hari yang cerah. Kanta jenis ini akan benar-benar membuat anda berasa gembira, dunia seolah-olah lebih cerah pada hari-hari mendung ketika anda memakai lensa polarized ini.

Kanta Oren

orange-polarized-Lens-Sunglasses

Kanta oren adalah warna di antara merah, cokelat dan kuning. Kebiasaannya ia amat sesuai dalam keadaan cuaca yang suram dan mendung. Tidak sesuai untuk cuaca yang panas dan terang.

Kanta Biru

blue-lens-polarized-sunglasses

Kanta biru melindungi mata dari silau dan membantu menentukan kontur. Ia juga meningkatkan persepsi warna. Sesuai digunakan untuk pancingan lautan biru yang cerah dengan cahaya matahari yang terik.

Cermin Coating Vs Cermin Tanpa Coating

coating-amber-polarized-Lens-Sunglasses

Salutan (coating) pada cermin akan memberi anda lebih banyak faedah dimana anda dapat melihat di mana sahaja anda mahu tanpa sesiapa dapat melihat mata anda. Ia mempunyai tujuan dan akan benar-benar membantu untuk mengurangkan silau. Cermin atau salutan kilat akan membantu memotong silau dengan memantulkan lebih banyak cahaya jauh dari mata anda, oleh itu, ia akan membantu anda melihat dengan lebih baik.

Kesesuaian Dengan Muka

Semasa memilih cermin mata polarized, anda harus mempertimbangkan salah satu faktor yang paling penting iaitu sesuaikan dengan wajah anda. Pastikan tiada cahaya (atau cahaya minimum) yang masuk di celah tepi cermin mata anda. Sebarang cahaya yang masuk akan menjejaskan keupayaan anda untuk melihat, kerana adanya pantulan pada wajah anda ke atas kanta/lensa.

Contoh kesannya sama seperti ini dimana bagaimana anda dapat melihat ke luar rumah dengan mudah pada cuaca yang cerah dan bezakan dengan pergi ke luar dan cuba untuk melihat kedalam rumah. Anda mungkin tidak dapat melihat di dalam rumah anda sama sekali kerana ada gangguan cahaya. Jadi piih cermin mata yang sesuai dan jangan biarkan cahaya di bahagian belakang cermin mata masuk di celahnya.

Jenis Kanta

Material kanta adalah faktor lain yang perlu dipertimbangkan ketika memilih cermin mata memancing yang betul. Berikut adalah pilihan yang ada:

Kaca: Walaupun ia adalah bahan kanta yang paling berat, tetapi ia menawarkan kanta yang paling jelas dan ia juga menawarkan rintangan yang paling banyak dari pilihan yang disenaraikan di sini.

Akrilik: Ini adalah cermin mata yang murah dimana anda boleh membelinya di stesen minyak atau kedai-kedai yang menjual barangan murah. Kanta jenis ini memberi kanta yang paling kurang jelas dan boleh mengakibatkan mata anda rosak akibat kurangnya protection. Biasanya harga jenis kanta begini sekitar RM10-RM70.

Polikarbonat / Kanta Poliuretana: Ia ringan, tahan calar dan bahan-bahan yang paling biasa untuk cermin mata polarized yang bermutu tinggi. Ia tahan lasak pada hentakan (impact resistance) dan merupakan pilihan yang terbaik untuk perlindungan keseluruhan untuk mata anda apabila memancing ikan.

Kesimpulan

Memilih dan memahami tujuan memakai cermin mata polarized amat penting jika anda seorang pemancing yang aktif. Selain mengelakkan kemalangan yang tidak diingini ia juga dapat membantu dalam pelbagai perkara lain. Pilihlah kanta yang sesuai dengan cuaca dan cara pancingan anda supaya lebih efektif.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

Perkara-perkara remeh yang perlu diberi perhatian ketika memancing

Dalam memancing, ada kalanya kita sudah terbiasa dengan beberapa perkara penting yang dianggap remeh. Tetapi. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.