Tiger Fish @ Datnoid merupakan ikan predator/pemangsa yang cukup dikenali di kalangan pemancing,namun begitu spesis ini kian terancam dan mengalami kepupusan. Mendiami kawasan yang bereba dan sangat agresif terhadap spesis-spesis ikan kecil.
Diet pemakanan Tiger Fish adalah seperti anak-anak ikan serta anak-anak udang. Cara Tiger Fish menangkap makanan begitu unik iaitu dengan menyedut makanan seolah-olah seperti vakum. Di Malaysia cuma terdapat 2 jenis Tiger Fish iaitu Spesis Indonesian Tiger Fish dan American Tiger Fish.
Warna Tiger Fish kuning keemasan beserta belang hitam yang sangat jelas menjadikan ikan ini menjadi pilihan pengemar ikan hiasan dalam akuarium.
Trip kali ini saya mencuba memikat Tiger fish ini dengan menggunakan soft baits. Pelbagai brand telah saya gunakan namun soft baits dari jenama Kanicen Nix – Grenti Strike ternyata memberi kesan positif. Ikan ini amat tertarik dengan soft plastik yang berkaler oren mungkin kerana ia nampak seakan-akan anak udang di dalam air. Ternyata sentapan pertama ikan ini amat kuat dan padu. Ikan ini amat rakus menyerang soft bait yang saya guna. Pada awalnya saya beranggapan mungkin “luck” dapat strike ikan Tiger fish ini namun setelah membuat beberapa trip repeat dan dalam waktu yang sama saya menggunakan pelbagai jenis gewang dan soft plastik tetapi hanya umpan keluaran Kanicen Nix juga menjadi pilihan.
Antara sifat yang saya perhatikan semasa memburunya ialah ia suka menghendap di celah-celah reba / kayu-kayu menunggu mangsa. Setiap kali saya membuat lontaran ke arah reba tanpa berlengah ia terus membuat serangan padu dan tarikannya amat kuat lebih-lebih dengan setup ultralight, kepuasan tidak dapat diungkap lagi.
Saya mengamal tangkap dan lepas kerana ikan ini amat sukar untuk ditemui dan berharap satu hari nanti masih ada peluang untuk saya memancingnya.
Credit: Muhammad Zafri
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.