Mengapakah Rod Pancing Diberi Rating dan Apakah Tugas Utama Rod Pancing?

“Poundage rod saya 6-12lbs (5.4kg) tetapi ia patah apabila saya mengangkat ikan tak sampai 2kg dari air. Mengapa boleh jadi macam ini?” seorang rakan bertanya kepada saya…

Ini fakta bukan mitos. Line rating (poundage) yang diberi pada rod tidak menunjukkan berapa berat ikan anda boleh angkat. Rating diberi sebagai panduan untuk memilih kekuatan klasifikasi line yang boleh digunakan untuk sesuatu rod dengan drag yang bersesuaian untuk tali yang dipilih. Rating direka untuk mencapai tahap lengkungan yang sesuai (working curve) pada rod tanpa melebihi/dekat dengan kekuatan maxima (lock-up point) yang boleh diterima oleh sesuatu rod.

Ramai berpendapat rating yang diberi pada rod tidak perlu diikuti kerana mereka “TAHU” dan cukup “BIJAK” untuk control drag mereka. Pendek kata mereka tahu apa yang mereka buat. Tetapi ego beginilah punca mengapa banyak rod patah dan menjadi punca utama performance sesuatu rod tidak dapat dirasai sepenuhnya.

ultralight-anglers-kanicen-nix-ultralight-fishing-rod-ratings

Apakah Tugas Utama Rod Pancing?

Untuk penjelasan lebih lanjut rod harus direka untuk mencapai dua tugas utama iaitu:

1. Tugas pertama rod ialah bertindak sebagai penyerap kejutan/hentakan. Dimana rod harus melengkuk dan melentik (flex) kembali apabila ikan cuba untuk melarikan diri atau melompat. Penyerapan kejutan ini membantu untuk menahan mata kail anda dari bengkok/patah atau membantu dalam mengelakkan tali anda dari putus.

2. Tugas kedua rod ialah memberi sedikit kekuatan untuk mengangkat (lift). Ini yang dikatakan aksi lengkungan dimana rod yang melengkung akan kembali pada posisi asal iaitu lurus/tegak. Di sinilah rod membantu pemancing dalam membuat strike dan juga memberi pemancing kelebihan menggayakan gewang yang digunakan. Titik penguncian (lock-up point) adalah garis di mana rod tidak akan/boleh/sesuai melengkuk melebihi titik point bahaya yang akan mengakibatkan patah.

Inilah pentingnya balance dan matching apabila anda membuat pemilihan setup lebih-lebih lagi untuk game ultralight yang sememangnya sangat sensitif. Memilih rod, reel, tali dan gewang bukanlah main tembak sahaja tetapi perlu menitik beratkan segala perkara yang penting untuk mengelakkan masalah atau untuk meningkatkan performance setup yang anda pilih. Balance dan matching bukan sahaja pada setup tetapi juga pada teknik anda, style anda memancing, lokasi, target ikan, berat gewang yang akan digunakan, dan bermacam-macam lagi sebab lain yang mempengaruhinya.

Contohnya anda membeli rod pancing gara-gara ada pemancing yang cakap “terbaikkkk rod ini”. Tapi apakah yang terbaik? Sebab dia dapat ikan menggunakan rod itu? Adakah sebab dia faham tujuan sebenar rod itu direka? Atau dia sekadar hentam sahaja kerana bagi dia syok dapat rasa rod itu melentuk dan anda pun terpengaruh dengan andaiannya? Apakah yang difahaminya?

Pemancing yang suka kata “tidak penting pun balance dan matching tu” adalah jenis pemancing yang “BIJAK” bercakap tanpa faham. Ego dan bongkak adalah sebab utama jenis pemancing begini wujud kerana mereka lupa apa itu rendah diri dan sentiasa belajar. Jenis pemancing begini biasanya tidak berani mencabar diri untuk maju lagi jauh dan jenis begini sentiasa komplen, sentiasa kritik dan sentiasa menganggap dirinya betul. Jadi abaikan usah buang masa dengan mereka. Wish them best of luck and stay orthodox.

Rating Rod

Terdapat pelbagai masalah dengan ratings yang diberi pada rod. Rod yang direka oleh pasaran US menggunakan sistem rating rod yang berbeza dengan kebanyakkan negara pengeluar yang lain. Rating US biasanya menggunakan 2 rating line iaitu rendah dan tinggi. Contohnya 2-6lbs, 4-10lbs, 8-17lbs dan sebagainya.

Rating ini akan menunjukkan panduan penuh dari lengkungan rod ke titik point maxima (lock-up point). Dalam kebanyakan situasi; poundage tertinggi pada rod adalah kurang sesuai untuk tujuan pancingan praktikal. Contohnya rod yang berpoundage 2-6lbs; 6lbs adalah tidak sesuai untuk digunakan untuk tujuan memancing kerana ia adalah titik point maxima sesuatu rod yang hampir dengan titik bahaya.

Kebaikan rod yang melabelkan minima dan maxima (rendah dan tinggi) ialah ia memberi anda panduan yang lebih tepat akan kemampuan rod yang anda beli dan ini akan memudahkan anda membuat keputusan bijak dalam pemilihan tali, drag reel, aksesori atau pun gewang.

Cara Menguji

Terdapat beberapa cara untuk menentukan line breaking strain (tahap ketegangan putus tali) yang sesuai untuk sesuatu rod. Apa pun cara ini bukanlah tepat tapi boleh digunakan sebagai panduan untuk tujuan didikan sahaja. Ingat yer sebagai didikan untuk ilmu sahaja.

Cara Pertama:

Jalankan beberapa test menggunakan beberapa jenis tali yang berbeza, pasangkan reel anda seperti biasa seperti anda ingin memancing dan pasangkan penimbang digital di hujung tali. Tarik turun penimbang anda sehingga rod mempunyai lengkung yang baik / sesuai dengan aksi rod. Baca berat pada penimbang dan ini akan memberi anda sedikit panduan maxima drag yang boleh ditetapkan pada reel yang anda guna.

Biasanya rules of thumb untuk penetapan drag ialah 25% dari tahap maxima ketegangan tali (line breaking strain). Kali 4 tahap maxima lengkungan rod. Sebagai contoh jika berat lengkung maxima sesuatu rod adalah 8kg maka tali yang boleh anda gunakan ialah sehingga 32kg (sekitar 70lb) dengan setting drag 8kg.

Disini juga anda boleh membuat anggaran (ingat anggaran ya kerana kita tiada alat yang boleh membuat kiraan yang tepat jadi semua ini hanya panduan sekadar ilmu tambahan) rod yang anda gunakan berapa maxima poundagenya (pastikan lengkungan mencapai titik point maxima). Walaupun kurang tepat tetapi anggaran akan membantu anda membuat pemilihan sama ada ia sesuai dengan cara pancingan anda.

Untuk info lebih lanjut dalam menentukan drag yang sesuai sila baca artikel ini:

http://www.ultralightanglers.com/apakah-ukuran-drag-yang-betul-untuk-reel-bagi-pancingan-ultralight/

Cara Kedua:

Lagi satu cara yang boleh digunakan sebagai panduan ringkas (sekadar logik) untuk menentukan poundage sesuatu rod ialah dari berat gewangnya (lure weight) yang di label pada rod.

Contohnya pertama: Rod poundage 1-6lbs

Jika rod anda di label poundage 1-6lbs maka berat gewang yang boleh dilontar dengan mudah (tanpa bersusah payah) ialah dari 1-6g atau kadangkala ada plus-minus dimana ia masih lagi boleh menerima lebih 1g berat gewang menjadikan rod itu boleh melontar berat maxima 7g tanpa sebarang masalah.

Contoh kedua: Rod poundage 1-4lbs

Berat gewang yang boleh di lontar dengan mudah ialah dari 1-4g atau minima 1g dan maxima plus minus 5g dengan mudah. Jika tidak mudah maka ada yang tidak betul sama ada rod tersebut atau balance dan matching anda.

Contoh ketiga:Lure weight – 0.7g – 5g

Jika ada rod yang dilabel lure weight 0.7g – 5g tetapi melabelkan poundage rod 1-3lbs maka rod ini mungkin mempunyai flexibiliti (keupayaan) di bahagian tip nya untuk menghantar gewang seringan 0.7g. Anda boleh mencuba semua ini untuk membuktikannya. Tetapi maxima 5g untuk rod berpoundage maxima 3lbs adalah agak keterlaluan kerana ia akan memudaratkannya.  Rod seperti ini biasanya/seharusnya dilabel 4lbs atau 5lbs.

Jadi lepas ini jika anda membeli rod pastikan anda perhatikan label lure weight yang diberi dan jadikan ia salah satu faktor sebagai panduan sebelum membeli. Tahap sensitiviti rod bergantung berapa berat/ringan gewang yang boleh dilontarkannya. Jika maxima lure weight 6g maka poundage rod sepatutnya berada sekitar maxima 5lbs atau 6lbs. Jika berat gewang yang keterlaluan dari poundage rod maka anda boleh menjangkakan rod itu akan lebih kejung atau keras atau kasar pembuatannya.

Jika rod di label 0.7g lure maka anda boleh jangkakan rod itu amat sensitif. Tetapi ingat ya tidak semua pembuatan rod itu mengikut spesifikasi. Kebanyakan label “main letak” sahaja mengikut market trend / permintaan dari penjual. Disinilah bezanya rod yang mempunyai RND dan bezanya brand-brand ternama yang berusaha keras untuk memuaskan hati pengguna dengan melakukan pelbagai on-field testing untuk membuktikan rod mereka dijual dengan tahap kualiti yang dibuat dengan teknologi terbaru. Sebab itu rod yang ada brand biasanya lebih mahal dan kualitinya jauh lagi bagus dari rod murah kerana mereka bukan OEM atau rebrand.

Usah bandingkan brand mahal dengan brand murah kerana itu bukan caranya dan tidak mungkin anda sebagai pengguna tidak akan dapat memahami teknologi yang ada pada sesuatu rod. Anda biasanya akan diberi dengan info yang boleh anda faham sahaja. Rod yang mahal sudah tentu lebih banyak kelebihannya dari segi accessories, blank, guides dan sebagainya.

Kesimpulan

Setiap rod diberi rating untuk dijadikan sebagai panduan untuk anda merasakan performance sebenar sesuatu rod. Ia juga diberi untuk tujuan supaya anda tidak melebihinya kerana ia mampu memberi kesan negatif yang boleh mengakibatkan kerosakan. Pengeluar rod mempunyai cara yang lebih tepat dalam menentukan spesifikasi sesuatu rod kerana mereka mempunyai alatan yang sesuai.

Game ultralight adalah amat berseni buatannya dimana rod dibuat dengan lebih halus, mempunyai tahap sensitiviti yang amat tinggi dan blank yang amat nipis sudah tentu tidak mampu menerima impak yang lebih dari apa yang disarankan.

Jadilah pemancing yang bijak dan gunakanlah “balance dan matching” apabila anda memilih dalam menyesuaikan setup pancing anda. Sukan ultralight akan lebih menarik jika setup anda balance dan matching. Ini kerana keseronokkan sebenar hanya akan datang apabila anda dapat merasai tahap maxima sensitiviti rod dengan penggunaan reel dan tali yang sesuai sehingga getuan/ketukan halus ikan bergetar dihujung tip rod anda.

Sepanjang hidup sebagai pemancing hanya 3 kali saya pernah patahkan rod dan setiap rod yang patah adalah kerana saya memaksa rod dengan tidak mengamalkan balance dan matching semasa membuat on-field testing dimana kami akan memaksa rod itu tanpa batasan. Tetapi tidak pernah sekali pun rod saya patah jika balance dan matching dijadikan sebagai asas.

Rod yang ada problem biasanya akan patah selepas sekali atau 2 kali guna. Tetapi jika anda telah gunakan rod itu untuk jangka masa seminggu atau sebulan dua dan patah; maka ia bukan sebab rod tetapi silap anda sendiri. Mungkin rod anda disimpan dengan cara yang tidak betul, terkena sesuatu contoh gewang, jighead yang melanggar blank semasa casting atau dibiarkan di dalam kereta / panas terlalu lama / kerap. Atau masalah yang paling biasa pemancing buat ialah tidak mengamalkan balance dan matching. Hentam sahaja.

Jarang sekali rod patah akibat mengikut specs tetapi jika sikap pemancing yang tidak mengendahkan semua ini maka tiada apa yang mustahil.

Anda boleh membaca artikel dibawah punca utama rod patah:

http://www.ultralightanglers.com/kenapa-rod-ultralight-mudah-patah/

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

memahami-habitat-pemakanan-ikan

Adakah Habitat Pemakanan Ikan Setiap Lokasi Berbeza?

Tergerak hati ingin menjawap dengan lebih detail soalan dari salah seorang rakan Facebook saya apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*