Bagaimanakah Cara Mengukur Bearing Reel Pancing Anda?

Bearing datang dalam bermacam saiz mengikut saiz reel dan juga bergantung pada reka bentuk sesuatu reel pancing yang dibuat oleh pengeluar. Kebiasaannya reel pancing yang berkualiti dan berjenama akan ada panduan saiz bearing yang digunakan untuk tujuan memudahkan pengguna jika ingin mencari bearing. Ia juga akan memudahkan untuk penjual bearing mengetahui saiz bearing yang dicari seperti 5x11x4 atau 3x10x4.

Tetapi tahukah anda bagaimana cara untuk kita mengukur bearing tersebut? Di sini ada beberapa cara yang biasa digunakan iaitu mengukur bearing dengan menggunakan tool caliper. Ada 2 jenis tool caliper; ada yang manual dan ada yang digital bergantung pada kesesuaian diri masing-masing.

Kiraan dengan menggunakan Caliper digital biasanya akan lebih tepat ukurannya. Ini kerana kita akan mendapat bacaan seperti 4.98mm dan 10.8mm atau 3.81mm. Jadi disini mungkin timbul persoalan bagaimana untuk mengetahui saiz bearing yang kita perlu beli jika bacaannya begitu?

Cara yang biasa digunakan untuk tujuan panduan ialah dengan membundarkannya. Contoh ukuran 4.98mm itu jika dibundarkan akan jadi 5mm manakala 10.8mm jika dibundarkan akan jadi 11mm dan 3.81mm juga jija dibundarkan akan jadi 4mm. Jadi disini ukuran akan dapat 5×11×4.

Sekarang kita telah mendapat ukuran bearing yang ingin dicari. Bagaimana pula ukuran bearing dirujuk contoh ukuran 5x11x4; macam mana nak tahu ukuran dia? Kiraan pada bearing di ukur mengikut ID × OD × W. Sila rujuk gambar contoh di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut.

ID = inside diameter
OD = outside diameter
W = wide

Ukuran yang digunakan adalah dalam mm ( milimeter).

ID × OD × W = 5 × 11 × 4.

Berharap tips mengukur bearing reel ini dapat memberi anda sedikit panduan. Moga bermanfaat.

Terima kasih 🙂

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

tali-mancing-reput-akibat-penjagaan-kurang-baik

Mengapa Tali Pancing Cepat Putus?

Artikel kali ini menjawap rakan-rakan pancing yang bertanyakan beberapa soalan berkenaan tali pancing yang biasa …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.