DIY IDEA-Video: Cara-Cara Membuat Casting Jigs

Kebanyakan kita ramai yang meminati landbase jiging dan agak sukar untuk mendapatkan jig yang ringan bersesuaian dengan pancingan ultralight. Kalau ada pun, harganya boleh merobekkan poket. Daripada pengalaman sendiri saya kongsikan cara mudah untuk membuat microjig. Kos untuk membuat jig ini tidak melebihi RM2.00 untuk sebiji begantung pada materials yang anda beli dan ingin gunakan.

Untuk permulaan nasihat saya ialah mencari pengalaman membuat casting mico jigs. Selepas mempelajari cara yang sesuai maka anda boleh membeli materials yang lebih berkualiti ikut pada kemampuan anda. Yang penting ialah memahami proses pembuatannya supaya tidak merugikan pada awal pembelajaran.

casting-micro-jigs-oleh-zamisma-abu

Di sini saya kongsikan teknik paling mudah untuk membuat micro jigs yang sesuai untuk pancingan ultralight. Kesemua bahan yang saya gunakan adalah amat mudah didapati dimana-mana. Dengan sedikit kretiviti anda boleh membuat mici jigs yang berkesan untuk target ikan yang anda cari.

bahan-bahan-membuat-micro-jigs

Bahan-Bahannya:

  1. Klip Kertas / Paper Clip
  2. Batu ladung jenis lonjong (4gram) / Sinker (4g)
  3. Playar / Plier
  4. Split Ring
  5. Hooks
  6. Stiker Kilat / Flash Sticker
  7. Bebulu Kilat
  8. Hammer

Cara membuatnya amat ringkas dan boleh siap dalam masa tak sampai 5 minit untuk sebiji jig.

cara-memotong-klip-kertas

Cara-Cara Membuat Casting Micro Jig:

  1. Potong paper clip bahagian yang membengkok dan rapatkan kedua-dua sisi sehingga membentuk bulatan kecil.
  2. Masukkan paper clip tadi ke dalam lubang batu ladung sehingga bahagianda hujung.
  3. Ketuk sehingga leper batu ladung tersebut dan kawal bentuknya supaya sesuai dengan apa yang anda mahu.
  4. Gunakan pisau atau kertas pasir untuk gosok ratakan bahagian tepi.
  5. Potong flash sticker sesuai untuk saiz jig dan tampal pada permukaan jig. Potong bahagian lebihan dan gunakan lighter untuk ratakan bahagian tepi. Kalau nak tahan lama boleh sapukan epoxy.
  6. Boleh masukkan hook yang telah anda sediakan.

casting micro jigs yang telah siap

Video Ringkas Cara Membuat Micro Jig

https://www.youtube.com/watch?v=Tk1WaM6ZkCY

casting micro jigs yang bleh di ubah suaihasil ikan haruan menggunakan casting micro jigs

Selamat mencuba dan kurangkan pembaziran semasa memancing.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

2 comments

  1. Apa jenis mata kail dan saiz y sesuai untuk jig ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.