Local Brand: Pahit Manis Pembuatan Jump Frog Oleh Cgo Lure

Kami di Ultralight Anglers diberi kesempatan untuk membantu rakan yang berusaha keras untuk memajukan produk lokal iaitu Cgo Lure. Segala info dinyatakan sendiri oleh pengusaha Cgo Lure sendiri sebaik yang boleh untuk memastikan segala info dapat memberi pembaca mengenali beliau dengan lebih dekat.

1. Sejarah Diri

Saya mula melibatkan diri dalam sukan memancing ni bermula dari saya kecil lagi. Saya tak pasti dari umur berapa saya mula memancing dan siapa yang mula-mula mengajar saya memancing. Yelah,masa tu masih kecil kan.haha Tapi apa yang boleh saya ingat masa tu saya suka memancing ikan puyu. Ikan yang mudah untuk saya jumpa di sekitar kampung. Sebagai seorang kanak-kanak yang dilahirkan di kampung pastinya saya terdedah dengan suasana parit di kampung. Mungkin disebabkan ikan puyu yang mudah dilihat bermain didalam parit membuatkan saya berminat untuk cuba menangkapnya dengan cara memancing.

2. Pengalaman Memancing

Bagi saya semua pengalaman saya semasa memancing adalah pengalaman yang cukup indah,cukup bermakna. Sama ada saya memancing bersama rakan-rakan, sendirian ataupun bersama keluarga. Setiap kali dapat pergi memancing adalah hari-hari indah bagi saya.

Pemberi semangat apabila memancing ialah rakan-rakan, keluarga dan juga pengguna umpan tiruan saya sendiri. Mereka adalah pencetus semangat untuk saya terus berada didalam sukan memancing ini.

3. Sejarah Pembuatan Lure

Tarikh 19.08.2014 adalah hari pertama saya mula membuat umpan tiruan. Pada masa itu saya tiada sebarang ilmu dalam cara untuk membuat umpan tiruan tersebut. Saya bermula hanya dengan rasa minat yang mendalam setelah melihat gambar jumpfrog buatan tangan seorang anak tempatan yang di muat naik ke dalam laman sesawang Facebook. Bermula dari hari itu saya menanam niat untuk belajar dan menghasilkan umpan tiruan buatan tangan saya sendiri. Pada mulanya niat membuat umpan tiruan ini hanyalah untuk mengisi masa lapang disamping mencari sedikit ilmu baru bagi diri saya sendiri. Dalam pada masa yang sama dapat saya gunakan bagi mencari atau memburu ikan haruan yang menjadi salah satu dari ikan yang gemar saya pancing. Kemudian ia bertukar menjadi punca pendapatan saya.

Terus terang saya katakan,bagi membuat jumpfrog yang mampu melompat dengan sempurna adalah amat sukar untuk dihasilkan. Ini kerana di awal penglibatan saya dalam bidang pembuatan umpan tiruan ini,saya menemui banyak kegagalan. Yang mana lebih dari 50 biji jumpfrog yang saya hasilkan tidak mampu untuk melompat (jump) diatas permukaan air. Ia membuatkan saya hampir berputus asa. Ini adalah antara kenangan pahit yang terpaksa saya tempuhi. Tetapi dengan adanya minat serta kata-kata semangat dari guru saya membuatkan saya terus berusaha dan cuba melakukan yang terbaik bagi menghasikan jumpfrog yang mampu untuk melompat. Akhirnya dengan usaha gigih dan berterusan, yang manis itu muncul juga.

Saya mengambil masa selama lebih kurang setahun bagi membuat dan mempelajari serta memahami tentang selok belok penghasilan jumpfrog ini sebelum mula dipasarkan.

Sekarang saya telah menghentikan pengeluaran jumpfrog bagi memberi laluan kepada umpan yang diberinama CgoBirdie. Nama Birdie ini saya perolehi dari WhatsApp Group guru-guru saya iaitu group Perfect JumpFrog Crafter. Aksi CgoBirdie boleh dikatakan hampir sama dengan JumpFrog. Ia akan melompat diatas permukaan air secara automatic bilamana kita membuat karauan. Tetapi apa yang menjadikan CgoBirdie ini istimewa dihati saya adalah kerana reka bentuknya yang sangat unik dan ia mempunyai permukaan muka hadapan yang bulat,berbeza dari reka bentuk permukaan muka JumpFrog yang berbentuk rata.

Untuk CgoBirdie yang pempunyai muka hadapan bulat ini,saya menghabiskan masa sekitar dua tahun bagi mencari dan memahami cara untuk membuat ia melompat dipermukaan air. Setelah saya menguji keberkesanan dan berpuashati dengan aksinya barulah saya mula pasarkan sekitar bulan Jun 2016.

4. List Produk

Buat masa sekarang Cgo Lure hanya mengluarkan 3 jenis umpan. Antaranya

1 – Cgo Birdie (melompat di permukaan air)
2 – Cgo J1 Mini (tenggelam)
3 – Cgo J2B Mini Bait (tenggelam)

– Cgo Birdie
Terdapat 4 ukuran panjang, bermula dari 3cm 3.5cm 4cm dan 4.5cm
Anggaran berat bagi 4 size ini sekitar 4 hingga 8 gram.
Size 2.5cm dan 5cm masih ada dikeluarkan tetapi jumlahnya amat terhad. Ini kerana pembuatannya adalah lebih sukar disebabkan ukurannya yang terlalu kecil dan besar.

Cgo Birdie disertakan dengan mata kail double hook dan akan dipasang dawai sebagai anti sangkut. Juga terdapat O-split ring bagi memudahkan pengguna menukar mata kail yang mengalami sebarang kerosakkan setelah lama digunakan.

Ikan sasaran bagi Cgo Birdie adalah dari keluarga kepala ular (snakehead). Antaranya adalah Ikan Haruan dan IkanToman.

– Cgo J1 Mini
Panjang sekitar 2.5cm ke 3cm dan anggaran berat sekitar 5 ke 6 gram.

Cgo J1 Mini disertakan dengan mata kail single hook dan akan disulam dengan bulu bagi menambah tarikkan pada umpan tersebut. Juga disertakan O/split ring bagi memudahkan penukaran mata kail dilakukan.

Terdapat pelbagai jenis ikan sasaran bagi Cgo J1 Mini. Antaranya adalah Ikan Bulan, Ikan Raja, Ikan Haruan, Ikan Belukar Pasir dan juga Ikan Siakap.

– Cgo J2B Mini Bait
Panjang sekitar 2.5cm ke 3cm dan anggaran berat sekitar 5 ke 6 gram.

Bagi Cgo J2B Mini Bait mata kail bermata tiga akan digunakan dan O/split ring juga akan dipasang.

Ikan sasaran bagi Cgo J2B Mini Bait adalah seperti Ikan Haruan, Ikan Siakap, Ikan Belida dan juga Mayan Cichlid.

5. Pengalaman Dengan Customers

Kenangan pahit saya dengan pelanggan hanya satu,ia adalah bilamana tempahan yang telah dibuat tidak dituntut. Ini sememangnya menyukarkan saya untuk berurusan dengan pelanggan lain dan melambatkan pembuatan umpan bagi tempahan berikutnya.

Kenangan manis bersama pelanggan semestinya bilamana mereka mampu mendapatkan ikan mengunakan umpan yang saya hasilkan. Ia benar-benar memberi kesan yang positive kepada saya. Walaubagaimanapun saya sedar dan faham bahawa itu adalah hasil usaha keras mereka dan rezeki yang telah ditetapkan. Umpan saya hanyalah asbab dan bukanlah jaminan untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lumayan.

6. Market

Buat masa ini umpan dari Cgo Lure dijual secara atas talian/online oleh saya sendiri. Yang mana setiap urusan jual beli dan pembayaran dibuat atas talian. Tetapi bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal saya masih boleh untuk datang dan ambil sendiri dirumah saya di Kampung Jenjarom Selangor. Bagai mana pun temujanji perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan umpan telah sedia untuk diambil.

Harga bagi sebiji Cgo Birdie adalah Rm35 dan tambahan pos Rm5 dikenakan bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia dan Rm10 bagi Sabah dan Sarawak.

Harga bagi Cgo J1 Mini dan juga Cgo J2B Mini Bait adalah Rm7 untuk sebiji. Tambahan Rm8 dikenakan bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia dan Rm12 bagi Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun harga ini tidak akan kekal selamanya. Kemungkinan kenaikkan harga akan berlaku sekiranya harga bahan mentah bagi menghasilkan umpan tiruan ini terus meningkat.

7. Idola

Mayme, berasal dari nagara jiran iaitu Thailand dan beliau adalah seorang pemancing wanita.

Berpewatakkan menarik dan sexy bukanlah apa yang ingin saya perkatakan. Tetapi apa yang menarik minat saya adalah cara pancingan beliau yang bersahaja dan tidak kekok untuk berada dimana sahaja lokasi memancing sama ada menaiki bot atau sekadar menyusuri parit dan longkang. Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah apabila beliau mampu membawa set pancingan beliau kedalam sebuah pasaraya untuk menjamu selera dan meneruskan perjalanan memancing tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Ini membuatkan saya berfikir sekali lagi adakah saya benar-benar meminati sukan memancing ini dan mampukah saya menjadikan set pancingan saya sebahagian dari diri saya sendiri.

8. Komunikasi

Disebabkan segala urusan pembuatan dan penghantaran umpan tiruan ini saya lakukan sendiri maka pengeluaran umpan ini amatlah terhad. Kepada yang berminat untuk memiliki atau mengunakan umpan tiruan hasil buatan dari tangan saya ini disarankan untuk menghubungi saya terlebih dahulu menggunakan aplikasi WhatsApp di atas talian +6019-353-4280 atau anda boleh menggunakan link ini untuk terus ke WhatsApp peribadi saya.

http://www.wasap.my/60193534280

Anda juga boleh melayari laman Facebook saya atas nama “Ten Cgo Street Caster” atau menggunakan link ini untuk terus ke account Facebook saya.

https://www.facebook.com/TENcgo

Akhir Kata

Akhir kata ribuan terima kasih saya ucapkan kepada saudara Kanicen Nix diatas tawaran,peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk saya memperkenalkan diri dan juga memperkenalkan umpan tiruan buatan tangan saya kedalam artikel ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru-guru handmade saya,rakan-rakan seperjuangan,sahabat-sahabat pemancing,isteri serta ahli keluarga saya yang telah banyak membantu,menyokong dan memberikan kata-kata semangat untuk saya meruskan pembuatan umpan tiruan ini.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pengguna umpan tiruan buatan tangan saya diatas sokongan padu dan berterusan dari anda semua. Tanpa anda siapalah saya.

Semoga dengan adanya sokongan anda semua mampu untuk saya dan sahabat seperjuangan terus menapak dan mencipta kejayaan serta menaikkan nama Malaysia di peringkat yang lebih tinggi dalam pembuatan umpan tiruan buatan tangan ini.

Kesimpulan Dari Pihak Ultralight Anglers

Apa yang pasti pembuatan handmade jump frog dan gewang amat memerlukan fokus dan ketekunan. Ia bukan sesuai yang boleh dibuat dengan mudah dan cepat. Setiap sample yang dibuat akan dibuat ujian lapangan dan jika gagal ia akan dibuang begitu sahaja. Segala proses pembuatan juga harus dibuat dari fasa awal. Ia amat rumit dan amat sukar. Jadi nasihat kami kepada semua pembeli ialah bersabar dan memahami situasi yang dilalui oleh pihak Cgo Lure supaya dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dan memuaskan hati pembeli.

Yang pasti pihak Cgo Lure sentiasa berusaha untuk memuaskan hati semua pembeli.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

DIY-Tutorial-Cara-cara-Membuat-Jighead-Tanpa-Menggunakan-Dawai-ultralight-fishing

DIY TUTORIAL: Cara-Cara Membuat Jighead Buatan Tangan Tanpa Menggunakan Dawai

Jighead handmade tanpa menggunakan dawai dengan hanya menggunakan snap batu ladung dan matakail sahaja. Buatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.