PEMILIHAN SOFT FROG MENGIKUT KEADAAN SPOT

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Lama bener saya tidak up artikel dalam ruangan website ini, bukan sahaja kering idea malah sering kumpau kahkah…baiklah pada coretan kali ni saya akan ceritakan sedikit pasal katak lembut (SOFT FROG), jangan ingat lelaki sahaja yang lembut, katak pun ada hokayys. Seperti biasa, ruangan kali ni semestinya ada kaitan dengan ikan kegemaran saya iaitu haruan. Hehe…seperti yang semua maklum, soft frog adalah merupakan salah satu umpan yang wajib ada dalam tackle box pemburu si kepala ular ini. Selain dari aksi yang menawan, ianya juga berharga rendah dan mampu milik serta paling penting menyelamatkan nyawa katak hidup. Di zaman ini, terdapat pelbagai jenis bentuk, warna dan jenama soft frog yang wujud dipasaran. Semuanya bergantung pada keperluan pemancing itu sendiri sama ada untuk memilih buatan luar atau dalam Malaysia.

 

TIPS MEMILIH SOFT FROG

 

1. KAWASAN LADANG SAWIT

Sekiranya pemancing gemar memilih ladang sebagai spot utama, anda perlulah memilih soft frog yang tebal dibahagian hadapan. Ini adalah kerana pelepah-pelepah sawit akan menjadi igaun ngeri pada pemancing sekiranya soft frog anda tersangkut pada duri pelepah. Sekiranya pemancing menyentak terlalu kuat, 90% kebarangkalian soft frog anda akan terkoyak. Melayang duuiittttttt. Bagi pandangan peribadi, saya selalunya menggunakan soft frog handmade daripada rakan-rakan, selain dari menyokong bisnes mereka, kita dapat custom soft frog mengikut cita rasa sendiri. Baru berbaloi..kihkih.

 

2. KAWASAN HEAVY COVER

Bagi kawasan heavy cover, saya menyarankan untuk menggunakan soft frog yang tidak mempunyai blade/spinner kerana ianya akan menyebabkan action sf terganggu akibat blade/spinner tersangkut pada teratai atau samai. Pada pandangan peribadi saya, lebih baik menggunakan soft frog yang mempunyai timah dibawah body(seperti dalam gambar) dimana timah ini berfungsi untuk memberatkan sf supaya lontaran jauh dapat dihasilkan. Untuk makluman, blade/spinner yang ada pada sf turut berfungsi untuk memberatkan gewang, so bila berat baru senang nak longcast..Haaa tepokk…

 

SUMBER : GOOGLE

 

3.  KAWASAN LAPANG SEPERTI TASIK ATAU LOMBONG

 

Sejujurnya agak sukar untuk memujuk ikan haruan yang mendiami kawasan lapang menggunakan umpan topwater disebabkan selalunya ikan akan berada di bahagian dasar bila cast ditengah kawasan lapang dan juga mendiami bahagian tebing kawasan lapang. Oleh yang demikian, lebih baik menggunakan soft frog yang dipasangkan buzzbait bagi menghasilkan bunyi bising yang akan menggangu dan menarik perhatian ikan-ikan yang mendiami kawasan lapang seperti tasik atau lombong terbiar. Selain itu, saya selalunya menggunakan soft frog yang lebih lembut kerana kebanyakan ikan-ikan yang berada dalam kawasan lapang ini tidak begitu bersungguh apabila membaham umpan topwater.

 

SUMBER : GOOGLE

 

TIPS BARU

 

Jeng.Jeng.Jeng saya ingin kongsikan dua (2) tips baru untuk anda cuba. Saya dah beberapa kali mencubanya di kawasan lapangan dan membuahkan hasil yang mantap. Tips ini khas untuk anda pembaca website ini, iaitu:-

(a)       Menggunakan minyak yang berbau katak (TAHYUL)

Pada mulanya, saya hampir tidak percaya pasal minyak katak ni, serius tak logik. Kebetulan saya ada terjumpa di kedai mincing, terus beli untuk mencuba nanti dan seriussssss bau sebijik macam katak. Minyak ini dilumurkan pada bahagian atas body sf kemudian saya titikan sedikit minyak ke dalam body untuk pastikan minyak ini akan menitik semasa saya karau soft frog perlahan-lahan diatas air. Brand yang saya gunakan adalah Matsumoto Bau Katar daripada Thailand. (Biasalah siam eja katak, dia eja katar sepatutnya katak). Saya cuba di spot yang culas dan akhirnya berjaya dapatkan haruan mega.

(b)        Menggunakan dua (2) spinner/blade pada softfrog

Tips ini saya perolehi dari sahabat baik saya. Dia sering menggunakan dua (2) spinner/blade pada softfrog beliau dan yang hairan asyikkkkk dia ja yang strike apabila kami komplot. Saya melakukan sedikit kajian di internet kerana musykil dengan tips yang beliau berikan dan hasil dapatan saya di internet, sebenarnya cara ini telahpun dipraktikkan di negara jiran kita, Indonesia. Fungsi double blade ini adalah untuk menghasilkan lebih percikan air pada permukaan air dan hasilkan bunyi yang bising untuk menarik perhatian haruan. Cubaaaaalaahh……kalau strike nanti tolong up hasil di komen yaaaa..

 

SUMBER : GOOGLE

 

KESIMPULAN

Kekadang saya setuju dengan kenyataan bahawa rezeki itu Tuhan yang tentukan, baling apa pun ikan makan bila ada rezeki namun perlu jua kita ingatkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman turut akan membantu kita dalam mencari rezeki. Oleh yang demikian, elok sekiranya kita memahami sifat ikan, fungsi gewang-gewang yang kita gunakan agar ia dapat membantu kita memilih umpan yang tepat di tempat yang tepa

Check Also

ikan seluang menggunakan teknik hanyut untuk ikan yang sukar makan gewang

Teknik Hanyut Mencari Ikan Yang Sukar Makan Gewang

Teknik hanyut? Apakah itu? Pasti ramai yang tak tahu macam mana agaknya cara mudah memancing …

2 comments

  1. Terbaik, terima kasih sifu atas perkongsian ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.