Pengalaman Pahit Manis Ultralight Fishing

Ultralight fishing telah wujud ratusan tahun lagi namun di Malaysia trend ultralight baru sahaja menjadi satu fenomena yang tidak dapat dibendung lagi. Banyak pemancing-pemancing yang bergelar otai telah lama mencubanya namun ia tidak pernah dipopularkan sehinggalah beberapa tahun yang lepas.

Nama saya Kanicen Nix dan ramai beranggapan nama itu adalah nama popular / samaran tetapi ia adalah nama saya yang sebenar.

Pengalaman saya tidak lah sehebat otai-otai yang berada diluar namun saya telah berusaha keras untuk memajukan sukan ultralight ini di Malaysia. Bukan bertujuan untuk mencari nama, bukan bertujuan mencari populariti tetapi selepas mencubanya sendiri pada tahun 2005 saya dapati ia amat sesuai dengan jiwa. Sejak dari itulah saya berusaha mencari ilmu secara diam kerana diri amat segan untuk bertanya orang lain. Ilmu yang adalah hasil dari usaha yang tidak pernah kenal erti jemu dan memerhatikan orang lain. Kini setelah bertungkus lumus hampir beberapa tahun saya jadikan ia sebagai satu passion dan mencuba untuk mencari rezeki yang halal dengan keluaran produk atas brand pertama rakyat Malaysia.

Reel spinning saya yang pertama adalah pada tahun 1986 semasa berumur 9 tahun. Dibeli dengan set combo ntah apa brandnya. Yang pasti saya membelinya akibat hasutan dengan duit yang dicuri dari kocek ibu saya. Memori penggunaan reel itu masih samar-samar lagi tetapi saya amat pasti saya tidak menggunakannya secara casting. Saya gunakannya dengan pelampung baling tidak jauh kerana tidak tahu fungsi sebenar reel itu.

Saya memang berjiwa seorang pemancing yang amat tegar. Sejak umur masih tidak kenal erti dunia saya telah mula mencari lauk untuk dibawa balik akibat kesusahan family kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Pendek kata semua ikan dapat saya “TAPAU”. Hampir setiap hari balik je dari sekolah saya akan memancing atau berkubang dalam air mencari ikan.

Pada usia awal saya tidak pernah mengerti apa itu pancingan yang sesuai. Jika anda berumur 30an dan yang duduk di kampung sudah pasti batang buluh dan bemban menjadi pilihan untuk memancing kerana itu adalah fesen zaman-zaman kita dahulu. Itu jelah yang wujud dan mampu dicari masa itu. Yang pasti segala teknik memang main bantai. Sejak mengenali reel spinning pilihan tali kasar, kuat dan reel sebesar yang boleh menjadi pilihan supaya dapat menarik ikan untuk dijadikan lauk. Masih kuat lagi ingatan saya semasa berada diatas boat, tali braided saya yang berpoundage 60lbs dan 30lbs yang masih lagi saya simpan sehingga kini. Reel GT 2000 Banax dan Penn 450ssg menjadi pilihan saya ketika itu kerana pengaruh dari kawan digabungkan dengan rod sebesar lengan.

banax-gt2000-penn-450ssg-streamer-olympic200
banax-gt2000-penn-450ssg-streamer-olympic200
abu-cardinal-702-centre-stamina-drag
abu-cardinal-702-centre-stamina-drag

Semuanya berubah apabila saya mula mengenali seorang abang dari Kedah pada tahun 2005. Pengalaman diatas boat pada masa itu telah membuka mata saya untuk mula memahami erti sebenar memancing. Walaubagaimanapun pada masa itu amat susah untuk menjumpai setup reel dan tali yang berpoundage ultralight. Lebih-lebih lagi saya tidak pernah terjumpa dengan rod yang berada di klasifikasikan sebagai ultralight iaitu 6lbs dan kebawah.

Trend 6lbs dan kebawah dan di balance kan dengan setiap aksesori yang digunakan baru sahaja dipopularkan. Sebelum ini ia hampir tidak pernah di praktikkan oleh sesiapa kerana pemahaman universal ultralight ialah ikan lebih besar dari setup ia di anggap ultralight. Dan lagi satu pemahaman sebelum wujudnya teknologi dan Mr.Google ialah ultralightnya hanya pada rod yang di label 2-6lbs sudah dikira ultralight walaupun menggunakan tali  dan drag reel yang lebih besar dari 6lbs. Kami faham ini adalah pemahaman dahulu dan ini apa yang difahami kerana zaman dahulu perkara ini tidak pernah dititik beratkan dan tiada info-info yang boleh dicari seperti sekarang. Namun perkara ini pernah dibuat oleh negara-negara Europe sebelum kita lahir lagi.

Sebelum ini juga ramai yang tidak memahami apa itu “Matching dan Balancing”. Pendek kata setiap setup yang digabungkan hanyalah bantai semata-mata. Rod yang berpoundage rendah seperti 8-17lbs digabungkan dengan tali 20 ke 40lbs adalah pilihan pemancing termasuklah saya sendiri satu ketika dulu. Akan tetapi disebabkan trend ul ini ia telah menjadi salah satu punca pemancing mula memahami setup yang mereka gunakan. Mereka mula sedar akan pentingnya setup yang balance dan matching.

Perjalanan ultralight secara serius telah bermula seawal tahun 2007 apabila saya membeli reel UL pertama Abu Cardinal Centre Drag (kini di Pure Fishing di hantar untuk spare parts. Sudah bertahun menunggu tetapi masih tiada partsnya) tapi masa tu masih tidak berilmu. Tapi saya masih ingat lagi nasihat seorang abang dari Kedah itu “belajarlah dengan cara yang betul. Lalulah process penurunan poundage yang sekata untuk dapatkan ilmu. Jangan sesekali lupa ultralight ini adalah seni yang harus dilalui secara perlahan-lahan. Jika tidak, awak tidak akan dapat menjiwainya tidak kira hebat dan besar mana pun ikan yang awak tarik. Ultralight bukan untuk orang yang hebat tetapi untuk orang yang mengejar kepuasan melayan ikan”. Sehingga sekarang saya share info ini dengan semua pemancing yang berminat dengan sukan ultralight. Dahulu saya lebih bersikap diam diri yang hanya duduk memerhati kerana tiada kepentingan atau tujuan dan lebih kepada solo trip.

Sehinggalah tahun 2009/2010 (kalau tak silap tahunnya) saya terjumpa kaki ultralight pertama iaitu Ahmad Aswadi. Dari situlah bermulanya perkembangan ilmu dari segi teknikal mengenai setup. Kami mula menjadi kawan rapat dan selalu share idea dan ilmu sesama sendiri. Kami adalah dua pemancing yang amat berbeza cara tetapi mempunyai minat yang sama iaitu ultralight. Saya jenis pemancing yang agak agresif, berani buat kerja gila, berani mencuba benda yang tidak masuk akan, yang entrepreneur dan optimistik. Orang cakap tak boleh saya akan tunjukan boleh. Orang cakap sini heavy cover mane boleh tarik saya akan buktikan saya boleh. Saya suka buktikan “impossible become possible”. Itulah sikap yang saya ada sejak usia muda lagi. Tidak pernah berpuas hati selagi tidak mencuba dan menjayakannya. Saya jenis yang menyahut cabaran bukan secara negative tetapi lebih pada ingin membuktikan kita manusia mempunyai akan dan fikiran jadi mesti ada cara jika usaha kena pada caranya.

Bagi saya; selagi saya tidak berjaya saya akan usaha sampai dapat. Pelbagai research on the field kebiasaanya menjadi pilihan saya mencari jawapan. Bagi saya trial and error adalah jawapan yang paling tepat. Selepas mendapat jawapannya saya akan ulanginya sebanyak yang boleh untuk memastikan ianya betul dan ilmu ini yang saya gunakan untuk menyebarkan ke followers dan rakan-rakan yang ingin mencuba ultralight.

Pada March 2010 saya tubuhkan group pada mulanya ia dikenali sebagai Group Pancing Ultralight di Facebook yang hanya ada beberapa orang sahaja secara secret group sehinggalah membuat keputusan buka kepada orang ramai sekitar tahun 2011/2012 dan membuat group baru serta pertukaran nama kepada Ultralight Anglers. Tujuan group ini adalah untuk mendidik dan memberi info dalam pancingan ultralight. Sambutannya tidak begitu menggalakkan kerana ramai yang skeptikal. Ramai yang mempersoalkan saya dalam pelbagai aspek. Pendek kata segala benda yang saya buat dapat tentangan, kecaman dan pelbagai tomahan yang kurang manis. Namun perlahan-lahan kami improvise dan maju kehadapan sehinggalah sekitar tahun 2013/2014 apabila ia menjadi satu fenomena yang tidak dapat dibendung lagi. KINI ultralight game menjadi pilihan utama untuk ramai kaki-kaki pancing yang suka melayan ikan.

“Fishing is Imagination”.

Tiada Kesabaran Tidak Imaginasi! Tiada Imaginasi Tiada Feel. Tiada Feel Tiada Ilmu. Tiada Ilmu Tiada Teknik. Tiada Teknik Tiada Hasil. Tiada Hasil Kumpaw Je Dapat! 🙂

Pahit manis perjalanan ini makin bertambah apabila trend ini mula menjadi ikutan. Terlalu banyak fitnah telah saya terima dan lalui namun hasil sokongan kawan-kawan dan adanya didikan agama dan kasih sayang saya masih bertahan dan bersabar.

Dibawah ini adalah kutukan-kutukan yang pernah saya terima ketika melalui process mempopularkan sukan ultralight ini di Malaysia:

“Wei ko tgk mamat dua orang tu… pakai spinning mesti kaki tapau”

– Perkara ini terjadi di air kuning perak apabila ada 2 orang mamat yang datang tempat dimana kami (Idy Cullen dan saya) berehat. Masa beredar mereka berbisik sesama sendiri dan menuduh kami kaki tapau gara-gara menggunakan spinning. Saya juga pernah dikutuk oleh 3 orang budak dikawasan Puchong apabila mereka menuduh saya tapau toman untuk buat kari. Memang lawak. Sedangkan masa tu saya sibuk dok test gewang dan sp. Yang bestnya saya siap CNR setiap ikan yang saya dapat. Mereka? Kumpaw! Gaya lebih dok mendewakan setup yang mereka pakai.

“mana boleh tarik pb pakai 1lb… penipu”

– Beliau ini dianggap king of PB kerana selalu keluar majalah tetapi sayang, ilmu hormat kebolehan orang lain tiada di dalam dirinya. Mungkin ego dan menganggap diri hebat punca beliau menjadi begitu. Satu ketika dahulu saya menghormati beliau tetapi sekarang saya rela tidak kenal dengan orang macam ni. Idy Cullen juga pernah mengalami situasi apabila menegurnya tapi tidak dilayan langsung. Maklum la “RETIS” tapi umur masih mentah. Bila kawan saya cakap “pergi boating dengan dia la tengok sendiri”, terus diam. Sehingga sekarang brader ni masih kutuk saya dibelakang kerana tidak berpuas hati dengan trend ultralight ini dan puak-puak mereka ini sentiasa menjadi racun. Bagi saya hanya pengecut yang bercakap belakang.

“bro gua mgail ikan sepat pn pakai tali 3paun.tu pn tkut putus..tkan lu mgail pakai tali 1paun kot..gua pun bnk beli tali mcm lu la bro. – Di copy terus dari Youtube.”

– Saya pernah cabar terus ikot komplot tapi tiada respond sejak itu.

“22kg patin pakai 4lb? betol ka nie? Jgn kencing la bro…”

– Yang ni pun saya cabar balik. Siap bagi bukti 6 orang yang berada disitu dengan bukti video. Sejak tu kena block. Malu sendiri kot.

“ade orang ckp tarik patin pakai 1lb, aku tarik 2lb dengan tangan pun putus. penipu… puiiii laaa”

– Seorang boatman yang rezeki juga datang dari saya kerana selalu saya rekomen kawan-kawan amik dia. Yang ni pada mulanya berkawan akan tetapi sekarang tak tahu statusnya setelah saya cabar dia boating bersama. Saya siap cakap anytime bagitau je bila dan ikan apa nak ditarik pakai 1lb tetapi hilang tanpa berita dan tiada maaf dipinta setelah memburukkan saya. Yang pasti setelah dicabar status itu telah di deletenya. Ini semua terjadi akibat ada seorang dan satu group pembawa fitnah yang mengejar nama dengan memburukkan nama saya dengan setiap orang dijumpainya tapi diri sendiri main UL baru sebulan dua. Ntah apa dibencinya pun tak tahulah. Jumpa borak or komplot pun tak pernah.

“Itu sifu ka? Puiiii la sifu….”

– Seorang tokey kedai di teluk intan yang kurang akal gara-gara saya tak pegang rod jenama mahal (ribuan ringgit) yang ada kat kedai dia sedangkan rod tu dah lama ada dalam koleksi saya. Dan kebodohannya bertambah apabila dia di racun oleh beberapa orang pemancing yang lain yang juga kurang akalnya. Tidak pernah bersua muka tapi boleh bercerita. Ada dua rakan mancing lain masuk ke kedainya dengan niat nak membeli rod tetapi membatalkan niat kerana cara tokey kedai yang angkuh dan cakap besar ditambahkan pula perangai menghina saya. Tidak pernah sekali pun saya menganggap diri ini sifu. Saya orang biasa seperti anda.

“4-8 tu ul la… kanicen tu bodoh”

– Ni salah seorang cikgu yang bercakap. Seorang pendidik yang memalukan mak ayah yang mengajar anak-anak orang lain. Bila seorang cikgu bercakap begini maka apa jadi kat anak murid? Dulu dia ni kutuk segala jenis pancingan tapi akhirnya diri sendiri yang main. Ludah ke langit kena muka sendiri tapi tak pernah sedar diri walaupun telah ramai yang tegur. Ada lagi 2-3 orang lagi cikgu juga membuat fitnah. Yang pelik saya tidak pernah komplot dan berjumpa mereka. Jika berdiri depan kenal muka pun tidak. Bukti kukuh ada tapi saya ambil sikap biarkan dahulu kerana mengaibkan bukan sikap saya.

“aku lagi lama main ul. Sebelum group ul tu ade aku da main. sebelum kanicen main aku da main ul. aku sebelum main casting aku main fly dulu”

– Itulah ayat dia. Umur lagi rendah dari saya tapi bercakap seolah-olah ilmu lagi tinggi. Tapi mancing sebulan sekali belum tentu. Cakap belakang memang hebat. Tidak kira berapa tahun anda memancing tetapi jika tiada sikap hormat orang dan tiada adap maka orang macam ini tidak akan kemana. Dan bukan bermakna lagi lama main ul lagi hebat, bukan bermakna lagi lama main ul dia pembawa trend. Pembawa trend adalah orang yang berani ke depan dan sanggup terima segala cacian. Jika sekadar duduk di belakang lebih baik duduk diam-diam. Tak support pon takpa jangan cari dosa kering.

“apa yang hebat sangat dgn grenti strike nie… bagus sgt ke…”

– Pelik orang macam ni. Bukti telah banyak produk keluaran rakyat Malaysia ni berkesan untuk ramai pemancing. Ntah apa yang di dengkinya tak tahu lah.

“Wei ko tgk mamat dua orang tu… pakai spinning mesti kaki tapau”

– Perkara ini terjadi di air kuning perak apabila ada 2 orang mamat yang datang tempat dimana kami (Idy Cullen dan saya) berehat. Masa beredar mereka berbisik sesama sendiri dan menuduh kami kaki tapau gara-gara menggunakan spinning. Saya juga pernah dikutuk oleh 3 orang budak dikawasan Puchong apabila mereka menuduh saya tapau toman untuk buat kari. Memang lawak. Sedangkan masa tu saya sibuk dok test gewang dan sp. Yang bestnya saya siap CNR setiap ikan yang saya dapat. Mereka? Kumpaw! Gaya lebih dok mendewakan setup yang mereka pakai.

0

1

2

3

4

Pelbagai bukti saya ada namun tidak pernah sekali pun saya berniat untuk mengaibkan mereka. Pelbagai fitnah telah saya terima namun saya masih bertahan. Sepatutnya kita semua bergabung tenaga dan berusaha bersama untuk memajukannya supaya produk tempatan boleh pergi lagi jauh. Produk luar negara jika bermasalah tidak pernah memekak tapi bila produk rakyat sendiri yang tiada problem pun dikutuk dan dihina. Kalo rasa diri hebat apa kata buat sendiri dan tunjukkan diri itu hebat. Setakat cakap semua orang boleh buat.

Tidak kira apa pun saya masih bertahan. Kini ahli di group telah mencapai 7,000 orang dan kami menggorak langkah mewarnai dunia pancingan ultralight bukan sahaja di Malaysia tetapi serata Asia Tenggara dan negara-negara lain. Telah ramai pemancing ultralight yang berilmu wujud seperti cendawan hasil dari didikan dan ilmu yang mereka perolehi dari group FB dan blog Ultralight Anglers kami.

Misi saya ialah untuk memajukan sukan ultralight ini sebagai hobi bersama seiring dengan memajukan produk keluaran Malaysia brand Kanicen Nix sebagai produk sukan ultralight yang harus diguna. Kini Singapore telah menjadi negara luar yang pertama secara official mengikuti trend ini. Brunei, Vietnam, Indonesia, Philippines dan banyak lagi negara=negara lain bakal mengikutinya. Trend siapa? Rakyat Malaysia.

Untuk keterangan lanjut produk Kanicen Nix sila visit website: www.kanicen.com

Produk mampu milik Kanicen Nix yang telah menjadi salah satu pilihan pemancing-pemancing ultralight di Malaysia dan kini ia bakal menerjah ke pasaran luar negara. Kami kini sedang melalui process re-packaging untuk memantapkan packaging dengan yang lebih sesuai supaya setanding dengan produk-produk lain. Selepas melancarkan LEEBASS – Ultralight Rod sebagai produk pertama rakyat Malaysia saya menggorak selangkah kehadapan sebagai pengeluar rod. Percubaan pertama yang success dengan sokongan dari kawan-kawan yang tidak pernah saya kenal. Walaupun rod tidak secantik rod pengeluar lain namun mereka menerimanya dengan bangga kerana memiliki produk rakyat Malaysia. Terima kasih sebab menyokong saya. Moga abang-abang dan adik-adik yang membeli diberkati dengan rezeki selalu.

about-leebass-specification
about-leebass-specification
Leebass-Rod
Leebass-Rod

Kami berharap sentiasa mendapat sokongan dari semua pihak supaya dapat meletakkan nama kita rakyat Malaysia dipeta dunia dalam arena pancing. Tiada yang mustahil.

Perjalanan masih lagi jauh dan saya pasti fitnahan dan segala kutukan tidak akan berhenti. Tapi saya percaya kejayaan akan makin menghampiri. Setiap kutukan akan saya anggap sebagai rezeki yang makin bertambah.

Tujuan saya mempopularkan trend 6lbs dan ke bawah adalah kerana zaman kini amat susah untuk kita mencari monster. Jadi pancingan ultralight adalah downsizing daripada poundage besar sebagai ganti untuk mencari kepuasan melayan ikan sebesar tapak tangan. Tidak pernah sekali pun berniat dihati untuk meracun atau menghasut orang lain melupakan jenis pancingan yang lain. Malah selalu saya pesan kepada pemancing supaya jangan sesekali melupakan ilmu dan meninggalkan pancingan lain kerana ia semua saling membantu.

Akhir kata, tiada apa kebaikkan yang kita dapat dengan memburukkan orang lain. Usahlah membenci sesama kita manusia lagi-lagi kita pemancing di Malaysia pusing mana pun akan bersua juga. Jika anda terasa diri hebat sangat dan apa yang saya buat ini salah mari berdebat face to face. Tidak perlu menyalak dibelakang tapi apabila berdepan menjadi pengecut. Kalau tak suka tak payah follow. Tidak payah bercerita sesuatu yang tidak betul faktanya kerana ia lebih kepada fitnah. DOSA!

INGAT INI “FAHAMI MOTIF KAMI DAHULU SEBELUM BERCERITA”. Kami ada sebab buat begini.

Yang pasti saya telah berusaha keras memberi sumbangan yang ikhlas untuk kemajuan produk tempatan dan paling tidak pun dapat memajukan sedikit dunia pancingan dinegara kita. Saya TIDAK KEJAR NAMA DAN POPULARITI. Saya kejar sesuap nasi kerana saya orang susah. Youtube, Facebook dan Majalah amat penting untuk tujuan marketing. Tanpa media sebegitu tidak mungkin produk saya mampu tersebar ke seluruh negara. Fahamilah kenapa. Ia hanya bertujuan marketing.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan yang mengenali dan menyokong usaha memajukan sukan ultralight dinegara kita. Terima kasih juga kerana membeli produk keluar Kanicen Nix. Tanpa anda semua siapalah kami. Moga tuhan memberkati dengan rezeki dan kesihatan sekeluarga kepada semua yang membantu.

ultralight-anglers-kanicen-nix
ultralight-anglers-kanicen-nix

Mohon maaf jika post ini tidak seronok untuk dibaca yang penuh dengan emosi gara-gara sakit hati dengan sikap sesetengah pihak. Namun ia adalah pengalaman dan luahan dari hati saya. Mungkin tidak dapat meluahkan segala-galanya secara teratur namun saya telah mencuba yang terbaik untuk mengatur setiap perkataan supaya tidak menyakiti sesiapa. Jangan dengar cerita sebelah side sahaja yang kunun-kunun dia bercerita benar. Jika anda adalah salah seorang yang membenci saya apa kata PM saya dan luahkan kat saya kenapa anda membenci? Pernah ke saya buat silap pada anda? Jika ada saya sanggup meminta maaf secara publicly. Jika tidak anda readykah untuk berbuat demikian untuk membersihkan nama saya?

Note:

“Wei ko tgk mamat dua orang tu… pakai spinning mesti kaki tapau”

– Perkara ini terjadi di air kuning perak apabila ada 2 orang mamat yang datang tempat dimana kami (Idy Cullen dan saya) berehat. Masa beredar mereka berbisik sesama sendiri dan menuduh kami kaki tapau gara-gara menggunakan spinning. Saya juga pernah dikutuk oleh 3 orang budak dikawasan Puchong apabila mereka menuduh saya tapau toman untuk buat kari. Memang lawak. Sedangkan masa tu saya sibuk dok test gewang dan sp. Yang bestnya saya siap CNR setiap ikan yang saya dapat. Mereka? Kumpaw! Gaya lebih dok mendewakan setup yang mereka pakai.

5
Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*