Lembaga Hitam – Dam Talang Yang Berpenghuni

Sudah banyak cerita pelik dan misteri yang saya dengar mengenai Dam Talang, Kuala Pilah Negeri Sembilan akan tetapi kami bernasib baik setakat ini tidak pernah terkena kacau. Semua ini bertukar apabila kami sekumpulan plan nk overnite kat lokasi.

Trip kami start seawal 5:30am Sabtu, 14 February 2015 berkumpul di rumah salah seorang kawan yang bernama Sidek. Kami bergerak seawal yang boleh dan membuat keputusan untuk breakfast dekat salah satu restoren kampung di pintu masuk ke Dam Talang. Setelah bersarapan kami bertolak masuk ke lokasi pancing dan seperti biasa kami memulakan aktiviti mencari mama toman.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah waktu mandi dalam pukul 9 malam dimana masa mandi saya terasa ada benda yang memerhati saya. Seram sejuk dibuatnya namun kuatkan hati terus jugak mandi dan saya pendamkan perkara tersebut sebab tidak mahu ada isu panik.

Kami berniat untuk membaung pada waktu malam namun setiap sorang memberi alasan letih dan sebagainya. Jadi nak taknak terpaksa kenselkan bottom baung.

Setelah masak dan makan malam kami berborak sambil mencari mood untuk tido dan dalam pukul 1 pagi semuanya telah mula nyenyak tido. Sehinggalah pukul 4:30 pagi apabila seorang kawan bernama Lan yang tido sebelah saya bangun dari hendak pergi kencing katanya. Sejurus selepas kencing dia datang tido sebelah namun tidak sampai beberapa minit dia tersentak apabila ternampak satu lembaga hitam yang melintas sepantas kilat di dapur. Saya juga ternampak namun diamkan diri. Dia toleh keatas saya dan dia tahu saya juga nampak lembaga hitam itu. Kami buat tak tahu dan terus tido.

Kawasan Dapur Tempat Kami Masak dan Makan
Kawasan Dapur Tempat Kami Masak dan Makan

Keesokkan harinya selepas bersarapan kami mula memboating. Dalam boat saya ceritakan hal ini kat kawan satu boat. Semua agak terkejut akan tetapi mereka tahu kawasan Dam Talang ini memang keras. Cerita ini kami bawa sehingga waktu makan tengahari dimana kami semua berjumpa semula di pondok kediaman kami. Lepas itulah cerita ini mula terbongkar. Rupa-rupanya bukan saya dan Lan sahaja yang ternampak, kawan saya si Zai juga ternampak lembaga hitam ini malam tadi di sekitar tempat mandi malam tadi sejurus selepas saya mandi. Patutlah terasa lain macam. Bukan itu sahaja, si Zai dan kawan-kawannya juga terhidu haruman bunga di salah satu teluk di dam semasa mancing. Tegak juga bulu roma bila dengar cerita macam ni.

Ditambahkan cerita, ada seorang kawan yang juga pernah ternampak lembaga hitam ini dibelakang seorang kawan lain yang membottom waktu malam lama dahulu. Rupa-rupanya lagi banyak cerita lain yang ada.

Pengalaman ini agak biasa untuk kami namun tetap seram sejuk juga dibuatnya. Apa yang penting tidak seorang pun dari kami panik atau terkena perkara yang tidak diingini.

Nasihat kami kepada geng-geng yang suka mancing disana berhati-hatilah. Jangan riak dan jangan suka keterlaluan. Jika bercadang nak overnite pastikan ditemani oleh kawan-kawan lain setiap kali nak mandi, mancing atau nak terkecing. Jika ternampak sesuatu lebih elok diberitahu secepat yang boleh dengan berbisik atau secara perlahan supaya kawan-kawan yang lain tidak mengambil risiko memancing seorang diri. Jangan amik risiko yang tidak berbaloi.

Pengalaman ini membuatkan kami akan lebih berhati-hati.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.