Mengapa Tali Pancing Cepat Putus?

Artikel kali ini menjawap rakan-rakan pancing yang bertanyakan beberapa soalan berkenaan tali pancing yang biasa mereka guna. Kebanyakkannya tidak puas hati kerana tali yang mereka pakai mudah putus dan reput.

Soalan 1: Tali Apa Yang Best

Jawapan saya sungguh mudah iaitu beli tali yang proven dari brand yang proven kerana rod anda lagi penting dari tali dari brand yang tiada pangkal-hujung ceritanya. Rating brand-brand besar biasanya lebih tepat dan mereka tidak akan meletakkan diri mereka di ruang yang boleh menjadikan masalah pada brand mereka. Dan paling penting ialah mereka mempunyai engineer yang specialized dalam technology pembuatan tali yang sentiasa membuat RND (research and development) dan menghabiskan duit untuk menghasilkan tali yang mantap dan sesuai dengan pancingan kita. Mereka juga telah memastikan tali yang dikeluarkan itu tahan lasak, smooth (mudah) apabila membuat casting dan mampu bertahan untuk jaga masa yang agak memuaskan mengikut ratingnya.

Jadi tali apa yang best?

Bagi saya brand tidak menjadikan persoalannya kerana lain pemancing lain cara dan lain pemancing lain kehendak. Pemilihan tali perlu disesuaikan dengan gewang yang anda pakai dan target ikan yang anda cari. Biar balance dan matching dengan setup supaya semua memudahkan dan anda boleh membuat cast dengan relax tanpa sebarang force untuk menghantar gewang. Jadi pilihlah tali yang kena pada setup secara keseluruhan. Ini memerlukan pengalaman. Try and error adalah cara terbaik untuk memahaminya.

Contoh 1:

Anda pakai tali 6lb tapi cast gewang 1g. Adakah logik? Memang boleh tapi adakah ia sesuai? Inilah maksud saya pemilihan tali harus kena dengan cara pancingan.

Contoh 2:

Anda mancing di kawasan berbatu-batu jadi sesuai ke pakai braided? Atau mono lagi sesuai? Memahami kesesuaian penggunaan jenis tali amat penting.

Soalan 2: Mengapa Tali Pancing Cepat Putus?

Tali apa yang tidak cepat putus apabila dah bermain game ultralight?

Semua tali halus dan semua tali akan putus tidak kira hebat mana pun kualitinya. Lagi tepat poundage sesuatu tali itu lagi cepat ia putus tetapi ingat tali yang dibuat dengan budget yang murah juga akan cepat putus dan ini lebih teruk kesannya. Sebab itu banyak brand-brand yang muncul tiba-tiba ratingsnya main ikut suka kerana ingin memenuhi permintaan. Kebiasaan tali pancing rebrand yang dibuat tanpa RND dan sebarang production yang betul; biasanya ambil dari source yang tidak diketahui, rebrand dan jual. Ada tali pancing yang tahan lasak seperti tidak mahu putus langsung atau lambat putus seperti tidak kena pada rating yang diberi maka percayalah peratus tinggi ia bukan rating sebenar. Jadi rajin-rajinlah bandingkan dengan tali pancing dari brand lain dan fahamkan mengapa tali itu dibuat begitu. Pasti ada sebabnya.

Contoh tali yang dijual dan biasanya di rebrand oleh seller.

tali yang di jual secara longgok

Pelbagai brand tali pancing yang berkualiti tinggi telah lama wujud di pasaran namun agak sukar untuk ditemui di sekitar Asia Tenggara kerana adanya barangan dari China yang murah dan dijual merata-rata tanpa menghiraukan betul atau tidak ratingsnya. Pemancing kita lebih cenderung menggunakan produk yang dijual murah tanpa sebarang RND. Mereka lupa produk yang dibuat dengan technology  sudah pasti jauh beza dari segi kualiti, sensitiviti, ketahanan dan lain-lain. Lebih-lebih lagi game ultralight ia memerlukan elemen-elemen ini kerana kita mancing ikan kecil jadi tahap sensitiviti tali pancing harus berada di tahap maxima.

Sesetengah tali pancing yang dibuat dengan kualiti yang bagus biasanya ia akan di selaputi dengan materials protection (macam lilin) untuk melindungi tali dari mudah reput dan melancarkan tali keluar dari spool. Biasanya brand-brand besar sahaja akan buat begini kerana ia amat mahal.

coated fishing line for better fishing lilin coating lindungi tali

Sebab apa tali cepat putus?

Sebabnya ialah lokasi pancingan kita dan cara penjagaan tali.

  • Anda cast di kawasan berkeladak seperti air payau / sungai yang kotor / longkang yang kotor sudah pasti kotoran akan melekat kat tali dimana ia akan merosakkan serta melukakan tali.
  • Anda cast di kawasan berbatu-batu seperti jeram sudah pasti tali bergesel-gesel dengan batu dan sudah pasti akan rosak tali dan menjadi berbulu-bulu.
  • Anda cast di kawasan jeram tahukah pasir-pasir yang hanyut di dalam air adalah punca utama tali luka? Lagi cepat tali rosak sebab pasir-pasir halus memasuki ruang yang ada pada tali hasil dari tali mengembang ketika masuk ke dalam air.
  • Anda cast di kawasan bersemak-samun, rumput macam-macam jenis manakan pula ia tidak luka. Sudah pasti jika 50 meter anda cast dan karau sambil ia bergesel pada rumput maka 50 meter tali itu akan rosak.
  • Anda cast di kawasan berkayu, bereba mengandaikan tiada apa terjadi pada tali. Sudah pasti tali anda bergesel-gesel dan berbulu-bulu dibuatnya.

Hari-hari rutin sebegini anda rasa tali akan tahan lama? Ditambah dengan sikap majoriti pemancing yang tidak pernah check keadaan tali dimana mereka akan pakai sehingga putus. Bermacam-macam lagi faktor lain juga akan membuatkan tali pancing akan cepat putus namun contoh situasi yang diberi diatas adalah yang paling asas.

Soalan 3: Macam Mana Nak Jaga Tali Pancing?

Kebanyakkan pemancing selepas mancing terus simpan. Tidak ada istilah nak bersihkan tali, rod atau reel. Selagi tali tak putus memang akan buat taktaw je. Silap-silap da putus pun buat tak taw. Ikat leader terus mancing balik sebab terkejar ikan yang lari membawa gewangnya. Hahaha 😛

Apa yang pasti tali halus lebih pening cara penjagaannya.

Bagi saya cara yang terbaik ialah:

  • Setiap jenis game saya akan pakai tali lain. Lagi-lagi game jeram (stream fishing) yang paling banyak merosakkan tali pancing akibat geseran dan pasir-pasir halus.
  • Bila mancing di air masin atau payau yang bercampur-campur airnya perkara asas yang saya biasa buat ialah bilas sejurus lepas guna. Walaupun sehat selama 15 minit untuk makan saya tetap akan bilas untuk mengelakkan air masin (garam) melekat pada tali punca tali mereput akibat hakisan. Guide rod yg keras tu pon boleh terhakis dengan air masin / air payau; ini kan pula tali benang. Berfikirlah dengan logik.
  • Sampai sahaja di rumah saya akan basuh tali pancing dengan air sabun. Biasanya saya akan masukkan ke reel lain. Sambil karau sambil basuh jadi perlukan orang lain untuk membantu.
  • Tak kira macam mana pun penjagaan tali ia tetap akan putus sebabnya hari-hari masuk air pelbagai lokasi dan pelbagai jenis air seperti payau, masin, longkang, paya, sungai yang penuh dengan pelbagai toksin dan bendasing. Jadi tidak hairanlah tali pancing akan rosak. Benang bukannya besi untuk tahan lama. Umpama kita di rendamkan ke dalam air sudah tentu akan kembang kecut. Silap-silap paru-paru masuk air lagi teruk jadinya. Sama juga dengan tali da hari-hari masuk air memang akan kembang dan akan masuk macam-macam benda celah tali tu punca buat tali pancing reput dan putus dengan mudah.

Jadi nasihat saya untuk kaki-kaki UL game check tali setiap hari selepas guna. Pastikan try sentap-sentap tali pancing itu tengok putus atau tidak. Jika putus dengan mudah maksudnya tali itu sudah mula rosak akibat faktor-faktor seperti yang dinyatakan di atas. Jadi sentap sampai ke area ia sukar untuk diputuskan. Baru pasang leader jika perlu.

tali-mancing-reput-akibat-penjagaan-kurang-baik

Ada beberapa perkara anda harus tahu iaitu tidak semua tali boleh di pakai di semua perairan. Jika tali pancing itu direka khas untuk air tawar maka air tawar lah game nya. Dan lagi satu perkara anda perlu tahu ialah tali halus yang mengikut specs yang diberi akan mudah putus kerana poundage nya hampir atau tepat seperti yang di labelkan. Nasihat saya ialah belilah tali yang proven bukan dari source yang tidak tahu pangkal-ceritanya untuk game yang lebih seronok dan paling penting lindungi rod anda.

Harap dapat huraikan persoalan sesetengah orang cakap tali cepat putus sebab tali sesuatu brand tidak bagus. Sebenarnya sebab utama ialah KITA yang silap. Tidak reti menjaga tali pancing dan memahami cara penggunaan yang sesuai. Jadilah bijak apabila memilih brand-brand tali lebih-lebih lagi untuk game ultralight fishing kerana KITA MENCARI GETARAN dan untuk memperolehi getaran tali pancing haruslah yang proven dan sensitif.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

warna-tali-pancing-berdasarkan-air

Adakah Ikan Dapat Melihat Tali Pancing? Pentafsiran Dari Penyelidikan dan Kenyataan Yang Dibuat Oleh Pengilang

Amat berbesar hati apabila dihubungi oleh Fix.com berkenaan dengan artikel yang ada di dalam blog …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.