Memahami Ultralight Fishing Vs Finesse Fishing

Dua terma yang selalu disalah gunakan oleh pemancing di negara kita. Ramai yang suka menganggap Finesse fishing adalah ultralight. Ternyata fahaman ini membawa pelbagai isu seperti tidak puas hati di kalangan pemancing ultralight yang mengemari bait casting (BC) sebagai game mereka.

finesse-fishing-vs-ultralight-fishing

Mengapakah ini terjadi?

Sejak fenomena ultralight fishing (UL) yang lebih menggunakan spinning sebagai setup pancingan pelbagai fahaman telah di sebarkan. Ada yang bercakap finesse adalah ultralight dan ada yang sanggup bergaduh sesama sendiri kerana mempertahankan fahaman masing-masing. Masing-masing ego. Adakah mereka ini salah?

Pada pendapat saya kedua-duanya tidak salah. Finesse fishing boleh disesuaikan untuk game ultralight jika anda mengikuti line/rod klasifikasi yang telah di buat iaitu 6lbs dan kebawah. Namun anda harus faham bahawa jika setup 4-10 atau 6-12 dan sebagainya juga dikatakan Finesse untuk bait casting (BC) kerana BC adalah lebih kepada penggayaan gewang, teknik pancingan mengikut kesesuaian target ikan. Ia lebih kepada down-sizing sesuatu jenis umpan dan pengubahsuaian kepada spool dan accessories lain.

Dalam semua jenis pancingan, Finesse fishing adalah pancingan yang terlalu banyak kekeliruan kerana ia sangat luas maksudnya. Finesse fishing secara amnya bermaksud menggunakan rod yang rendah poundage nya, tali yang lebih rendah poundage nya, dan gewang yang lebih kecil. Namun ia tidak berhenti disini sahaja kerana dalam finese fishing ia sebenarnya lebih mendalam lagi dari itu.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan finesse untuk crankbait besar, spinnerbait, jerkbait dan sebagainya. Anda boleh menggunakan tali 20 pound dan sinker besar untuk teknik seperti drop shot. Ini juga dikatakan finesse fishing kerana anda sesuaikan setup anda mengikut target ikan dan kesesuaian lokasi pancingan.

Bagi saya, teknik finesse fishing adalah lebih kepada persembahan. Ia adalah berkenaan perkara yang anda lakukan apabila ikan tidak makan seperti biasa dimana ia mungkin disebabkan oleh cuaca, tekanan memancing, keadaan air dan seribu sebab-sebab lain yang kita tidak mungkin akan faham secara keseluruhannya. Pendek kata, sebagai pemancing saya sentiasa bersedia untuk pancingan finesse apabila perlu.

Kebanyakan pemancing berfikiran tidak terbuka dan selalunya mempunyai fahaman dengan menggunakan gewang yang kecil atau ringan ia sudah boleh di ambil kira sebagai finesse atau ultralight, tetapi salah satu kunci untuk menyedari maksud finesse fishing sebenarnya melibatkan lebih daripada saiz umpan sahaja. Apabila saya rigging untuk finesse fishing, saya juga mengambil kira warna dan bunyi umpan untuk disesuaikan dengan warna air dan ini membolehkan saya mengetahui dalamnya lokasi pancingan. Jika tasik yang di diami oleh toman maka saya akan menggunakan (menyesuaikan mengikut cabaran yang saya hendak) tali yang lebih kasar dan di sini mungkin akan menjejaskan pemilihan rod. Jadi, anda lihat, istilah ” finesse fishing” merangkumi banyak variasi dimana banyak pemancing tidak memahami atau pernah mengetahuinya.

Sesuaikah Bait Casting Untuk Ultralight Game?

Ini adalah amat subjektif. Terpulang pada individu yang ingin menggunakan BC untuk ultralight fishing. Apa yang pasti anda harus bersedia untuk mengeluarkan modal yang banyak untuk memperolehi reel yang benar-benar direka khas untuk ultralight game. Jika anda menggunakan reel jenama X yang mempunyai drag lebih dari 6lbs (3kg ke atas) tetapi mampu membuat lontaran gewang seringan 4g; tidak bermaksud ini adalah ultralight; ia adalah lebih kepada finesse game kerana drag anda sudah melebihi 6lbs untuk game ultralight.

Jika anda meminati BC maka anda harus bersedia untuk beberapa perkara dibawah:

  • BC adalah mahal jika dibandingkan dengan spinning. Bukan semua orang mampu.
  • Bukan mudah/boleh untuk membuat lontaran gewang yang ringan sehingga 0.5g seperti reel spinning.
  • Harus mempunyai modal yang banyak jika anda melalui proses bird-nest (meehun) kerana tali yang halus bukan mudah untuk dileraikan dan sudah pasti ia amat mudah untuk putus.
  • Tidak ada lagi setup ultralight untuk BC di reka secara meluas. Malah pemancing hebat dari serata dunia juga menggunakan spinning untuk ultralight fishing mereka kerana mereka sedar akan banyak kekurangan BC vs Spinning dalam game ultralight. Mereka tidak ego untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

Kesimpulan

Usah cepat panik dan confuse dengan terma Ultralight (UL) dan Finesse. Kedua-duanya adalah berbeza. Finesse adalah terma yang digunakan untuk Bait Casting (BC) dan UL adalah terma yang digunakan untuk spinning. Ultralight game tetap 6lbs dan kebawah. Fahami apa itu line/rod classification dahulu sebelum anda bercerita dan ingin menceburi ultralight fishing.

Sila baca info ini untuk memahaminya:

http://www.ultralightanglers.com/apakah-itu-ultralight-fishing/

Bukti Wikipedia yang menyatakan UL adalah 1-6:

https://en.wikipedia.org/wiki/Fishing_rod#Ultra-light_rods

Untuk artikel berkenaan ultralight:

http://www.ultralightanglers.com/category/ultralight-fishing/

Bagi saya, jika anda peminat BC untuk game ultralight maka titik permulaan dalam persediaan untuk finesse fishing ialah memahaminya terlebih dahulu perbezaan antara ultralight dan finesse. Ini termasuk memahami line/rod klasifikasi untuk ultralight tetap 6lbs tidak kira spinning atau BC. Tidak ada istilah “untuk BC 4-8 tu sebenarnya UL atau rod yang di label UL walau pun berpoundage tinggi dari 6lbs”. Ini adalah pemahaman orang yang “BUTA” apa itu klasifikasi line dan rod. Mudah dipermainkan oleh pengeluar yang hanya mengutamakan sales.

Tidak kira apa game kegemaran anda samada BC atau spinning carilah ilmu yang betul dari membuat andaian sendiri atau mendengar pendapat mereka yang tidak pernah mencuba atau khatam akan sesuatu fahaman. BC atau spinning adalah sama sahaja jika anda cuma mengejar kepuasan semata-mata. Kita hanya mancing untuk keseronokan jadi enjoy lah sebaik yang boleh sambil menyumbang serba-sedikit ilmu yang betul kepada perkembangan sukan memancing di negara kita.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

12 comments

  1. Komander Lemon Tea

    Inilah susahnya bila kwoledge kurang… Tidak paham perbezaan maksud Ultralight ngan Finesse Fishing…. Haiii… susah budak2 skang nim…

    • Kanicen Nix

      Hahaha… takpe… kt sebagai peneraju mesti bersedia utk mendidik… selagi ade usaha selagi itu ada jalan nya ๐Ÿ™‚

  2. anneh u champion la

  3. Bukan mudah/boleh untuk membuat lontaran gewang yang ringan sehingga 0.5g seperti reel spinning.
    sokong 200% bab nie…kadang, kadang lagi jauh lontar dengan tangan.

    • Kanicen Nix

      Hehe.. mekasih bro… ramai yg tidak faham perkara ini. Sebab inilah Japanese/Europe tidak mereka cipta BC for ul secara meluas. Mereka tahu kekurangannya dgn teknologi yg ada skrg nie. Tp apa pon tidak mustahil satu hari nnt. ๐Ÿ™‚

  4. Salam semua…bolehkah bertanya…adakah reel spinning saiz 1000 tetapi mempunyai kekuatan drag lebih 6lbs dikira ultralight fishing jika dipandankan dengan joran 2-6lbs?. Sebagai contoh jika saya menggunakan reel Penn Conflict CFT1000 yang berkekuatan drag 9lbs dan joran Okuma Nemesis 2-6 lbs, adakah saya masih dalam ultralight fishing. Mohon pencerahan. Terima kasih

    • Kanicen Nix

      Hi bro,

      Tidak balance dgn rod dan tali. Max ultralight ialah 6lbs jadi seeloknya maintain dengan max drag yang sepatotnya iaitu 6lbs atau 2.7kg maxima. Namun sukar untuk jumpa reel yang betul-betul memenuhi keperluan kita. Jadi yang paling hampir dengan 6lbs ialah 3kg masih lagi bole disesuaikan.

  5. Terima kasih atas penerangan. Saya cuba dapatkan reel yang sesuai. Set yang saya gunakan tersebut adalah untuk pancingan air masin jadi kalau drag reel yang hanya 6lbs takut sukar untuk kendalikan ikan yang dipancing. Saya ingatkan dulu reel spinning saiz 1000 semua semua sesuai untuk pancingan ultralight. Ada tak cadangan reel ultralight yang sesuai untuk pancingan air masin terutama untuk jigging? Maaf saya bertanya.

  6. Terima kasih atas penerangan. sy ingin bertanya boleh ke kita suaikan. rod yang rendah poundage nya dan drag yang rendah tapi kita suaikan dgn tali 20lb. adakah itu di kira ultralight

    • Kanicen Nix

      Jika ikot pemahaman dulu pemancing takkan kire apa itu ultralight. Da guna reel kecik atau rod kecik atau tali kecik mereka da anggap semua ini ultralight. Tapi cuba tanya diri mengapa ada line recommendation pada rod? Apa tujuan ia dibuat kalau bukan untuk di ikut?

      Jadi for me bile setup tidak balance dan di matchingkan dengan kesesuaian yang betul ia tetap bukan ultralight.

      harap dapat jawap soalan bro. Sorry bebel lebih just nk bg pandangan heheehe ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*