Teknik Hanyut Mencari Ikan Yang Sukar Makan Gewang

Teknik hanyut? Apakah itu? Pasti ramai yang tak tahu macam mana agaknya cara mudah memancing ikan sungai bersisik yang memiliki saiz badan dan mulut yang kecil. Jom baca artikel kali ini bagaimana saya mempraktikkan teknik hanyut yang mudah dan cepat untuk memikat ikan yang culas.

Antara spesies yang banyak mendiami Sungai Langat, Hulu Langat adalah Seluang, Tengas Daun dan Masai. Saiz biasa yang kita boleh temui sekitar 5-12cm dan saiz-saiz ini jugalah yang sedap dibuat lauk kerana rasanya manis. Suka saya ingatkan spesies ini mempunyai tulang-belulang yang halus dan banyak. Jadi kena lebih peka bila menjamah.

Selain menjala, teknik yang mujarab dan cepat untuk memancing ikan-ikan ini adalah teknik menghanyutkan umpan. Asas teknik ini sama seperti bottom menggunakan batu kecil dan mata kail halus. Cuma kali ini tidak perlu tunggu lama. Teknik hanyut umpan ini juga hampir sama dengan fly fishing.

Check Also

PEMILIHAN SOFT FROG MENGIKUT KEADAAN SPOT

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Lama bener saya tidak up artikel dalam ruangan website ini, bukan sahaja kering …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.