Belajar Teknik Mengambil Gambar Yang Cantik

Fotografi dan dunia pancing adalah berkait rapat sejak dahulu lagi. Perjalanan pemancing ke alam semulajadi sama ada jauh atau dekat adalah wajib di dokumenkan untuk kepuasan dan sebagai memori. Dan semua orang tahu bahawa hak untuk riak mesti disertakan dengan bukti fotografi.

Teknologi kamera digital dan smartphone bergerak amat pantas, lebih murah dan mempunyai fungsi yang lebih hebat jika dibandingkan 20 tahun lepas. Kini hampir semua orang memiliki kamera oleh itu, semua orang boleh menjadi jurugambar.

Walaupun kebanyakan gambar yang di ambil ketika trip mancing boleh dikatakan bagus, mengapa tidak sehingga mengambil gambar yang lebih baik? Kreatifkan shoot gambar dengan posisi yang lebih menarik dan sesuai. Mengambil gambar sebenarnya tidaklah rumit seperti yang difikirkan. Dengan mengikuti dan mengamalkan cadangan dan tips berikut, anda akan mula menjadi seorang photographer yang bagus. Pastikan anda berhati-hati agar tidak terlalu leka dengan mengambil gambar daripada memancing. 🙂

idy-cullen-temensis-kanicen-nix-grenti-strike-elastico

Di samping memancing saya mencuba sebaik yang boleh untuk mengambil gambar yang menarik sebab itu jika anda perhatikan semua album saya penuh dengan gambar-gambar pelbagai sudut dan kadang kala satu sudut di ambil beberapa kali. Namun semua gambar yang di ambil bukanlah yang terbaik kerana saya bukan photographer yang sebenar; hanya mencuba yang terbaik. Kita selalu diusik oleh kaki photographer kerana keupayaan kita sebagai pemancing seolah-olah tidak habis-habis mengambil gambar yang sama berulang-ulang kali – senyuman besar, lengan terhulur dan beberapa jenis gambar diambil kunun-kunun sudut yang terbaik. Sejujurnya ini adalah perkara biasa dan boleh difahami – majoriti gambar pemancing adalah lebih kurang sama. Tetapi ia tidak perlu cara ini jika anda ingin membuat perubahan.

Disini saya ingin share beberapa tips mudah yang bertujuan untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengambil gambar ikan yang lebih baik. Cuba ikut tips ini satu per satu nescaya anda akan melihat hasil yang positif. Untuk memberi anda sedikit inspirasi di sini saya akan menggunakan beberapa imej dari jurugambar yang mengambil gambar memancing lebih baik daripada dari sudut yang berbeza.

Tip 1: Gunakan Kamera Yang Baik dan Bersih

Pada abad ini tiada alasan untuk menggunakan kamera yang kurang kualitinya. Kebanyakan kamera digital di pasaran hari ini kebiasaannya datang dengan 5 Megapiksel atau lebih, di mana ia lebih cukup dari teknologi sebelum ini. Cuba fikir dengan logik; anda melabur ratusan atau ribuan ringgit untuk mencari ikan tropi seumur hidup. Apabila tiba masanya, jika anda tidak boleh mendapatkan gambar yang baik, tidakkah ini amat merugikan?

clean-fishing-camera-lens cleaning-fishing-camera-lens clean-smartphone-camera-lens clean-smartphone-camera-lens-for-fishing

Sebaik sahaja anda mempunyai kamera pastikan lens kamera berada dalam keadaan yang bersih supaya rakan atau orang yang mengambil gambar anda paling tidak mampu mengambil gambar yang cantik. Memancing boleh menjadi sukan yang kotor dan ini boleh mengakibatkan kamera menjadi kotor dengan mudah kerana 80% daripada gambar-gambar yang tidak berkualiti adalah disebabkan oleh kesan jari pada lens, habuk, minyak dan pelbagai perkara lain. Ia hanya mengambil masa yang cepat untuk mengelap dan gambar anda akan menjadi jauh lebih baik.

Tip 2: Dapatkan Pencahayaan Yang Betul

Mata kasar posisi yang diambil ia mungkin kelihatan jelas, tetapi sebenarnya apabila gambar di ambil ia tidak menampakkan pencahayaan yang betul. Untuk mendapatkan sudut matahari yang anda pilih adalah amat penting ketika hendak mengambil gambar ikan. Keseronokan mendaratkan ikan anda mungkin agak lalai untuk memastikan tentang kedudukan matahari. Bandingkan dua gambar di bawah untuk pemahaman:

wawan-kanicen-nix-grenti-strike-elastico-good-lighting

Kedudukan matahari di belakang membuatkan ikan hampir tidak kelihatan. Apabila mengambil gambar pastikan anda menghadap matahari dan pastikan juga bayang-bayang tukang mengambil gambar tidak menganggu sesi pengambaran. Berikut adalah contoh gambar yang hebat tetapi bayang-bayang yang ada hampir menyebabkan gambar menjadi tidak menarik.

Sebaik sahaja anda telah menguasai asas-asas tentang pencahayaan, anda boleh mula bereksperimen dengan sumber cahaya, bayang-bayang dan beberapa sudut. Kadang-kadang anda boleh mencuba dengan cahaya dibelakang, dimana kadang-kala jika kena caranya ia benar-benar boleh menghasilkan gambar yang amat cantik dan berkualiti. Setelah anda yakin anda telah berjaya mengambil gambar yang baik, tiba masanya untuk menjadi kreatif. 🙂

aaron-temensis-kanicen-nix-grenti-strike-elastico

Tip 3: Memahami Sudut Yang Menarik

Kebiasaanya termasuk saya sendiri selalu hanya memegang ikan ke tepi, pada 90 darjah ke kamera, tetapi teknik ini boleh meletihkan. Rakan-rakan photographer lain selalu juga mengusik saya mengenai teknik saya mengambil gambar ikan yang sama berulang-ulang kali, tidak menyedari (atau berpura-pura tidak sedar) bahawa setiap gambar adalah ikan yang berbeza. Satu lagi petua yang penting apabila bergambar ialah dengan membayangkan anda tidak mengambil gambar itu untuk diri sendiri. Fikirkanlah semata-mata ia sebagai gambar dan adakah orang-orang lain yang tidak pernah mengambil berat tentang ikan akan berfikir bahawa gambar yang diambil adalah bagus?

Untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa, bermain-mainlah dengan sudut ikan. Dapatkan yang rapat ke mulut, sirip atau corak sisik dengan memegang tangkapan anda pada sudut yang lebih sesuai atau fokuskannya ke arah kamera.

pakwan-kanicen-nix-grenti-strike-flashy thava-kanicen-nix-grenti-strike-curlee wawan-kanicen-nix-grenti-strike-curlee zamisma-kanicen-nix-grenti-strike-flashy

Tip 4: Fikirkan Tentang Komposisi

Apabila anda mengambil gambar memancing, atau mana-mana gambar, pastikan anda bermain-main dengan komposisi layout gambar anda atau objek dan view pengambaran anda. Untuk membantu anda membayangkan apa yang seharusnya dibuat, gambar dibawah dipecahkan kepada 3 × 3. Letakkan subjek anda pada salah satu garis yang bersilang dan cuba shoot gambar dengan keadaan tidak bergerak.

komposisi-layout-gambar-kanicen-nix-leebass

Jangan terlalu bergantung pada syarat diatas ia hanya panduan. Cuba ambil beberapa shots dengan subjek anda berada diluar garisan dan lihat bagaimana hasilnya. Dibawah adalah contoh-contoh gambar yang diambil oleh pemancing-pemancing lain:

kanicen-nix-grenti-strike-sutun-komposisi-menarik

Tip 5: Jadikan Gambar Anda Lebih Menarik Dengan Warna

Sebelum anda keluar memancing, cuba ambil beberapa gambar dengan pakaian yang berbeza. Kebanyakan pemancing mungkin tidak pernah berfikir tentang bagaimana mereka kelihatan apabila mereka pergi memancing dan kebanyakkan mereka mungkin lebih berminat untuk pastikan aktiviti mancing mereka sentiasa kering dan bersih. Tetapi hakikatnya adalah pakaian yang sesuai menjadikan gambar yang lebih baik daripada yang lain. Sebagai contoh, gambar dibawah ini nampak amat kabur dan kurang menarik kerana cuaca panas membuatkan pakaian nampak tidak menarik dimana ia tidak menampakkan gambar ikan itu hidup (gambar hanya hiasan).

kanicen-nix-grenti-strike-cahaya-yang-menghalang-gambar-cantik

Bandingkan bahawa dengan warna dalam gambar-gambar berikut dari kawan-kawan pancing yang lain. Apa yang tidak dapat dinafikan bahawa pakaian yang berwarna-warni menambah kepada kesan pengambaran yang cantik dan ini termasuk jika anda menggunakan setup pancing yang menarik warnanya:

gecko-nice-fishing-image nice-photo-with-striking-shirt

Tip 6: Gunakan Pantulan

Apakah perkara yang anda sentiasa dapat apabila anda pergi memancing? Bukan ikan… tetapi air! Terdapat bermacam-macam perkara yang boleh anda lakukan ketika hendak mengambil gambar di sekitar air, dan salah satu yang paling jelas dan paling mudah ialah memegang ikan anda di atas permukaan air dengan secara tidak langsung mendapat manfaat daripada pantulannya. Ia adalah satu taktik mudah, tetapi amat berkesan!

tengas-nankairel-stream-fishing fish-with-reflection

Tip 7: Bermain Dengan Fokus Anda

Ini adalah salah satu taktik kegemaran saya tetapi ia bukan mudah untuk mendapatkan titik shooting dengan kamera digital atau kamera telefon mudah, jadi jangan bimbang jika anda tidak boleh melakukannya. Jika anda mempunyai kamera dengan zoom, cuba berdiri lebih jauh dari subjek anda daripada yang anda biasa buat kemudian zoom betul-betul ke subjek anda iaitu ikan. Jenis taktik ini dipanggil ‘fokus pada subjek’ di mana subjek anda berada dalam fokus gambar tetapi latar depan dan latar belakang kelihatan kabur.

Saya bukan jurugambar profesional dan saya pasti terdapat beribu-ribu orang-orang yang boleh menjelaskan teknik fokus pada subjek dengan lebih baik. Terdapat juga banyak cara lain yang anda boleh lakukan iaitu dengan menukar peralatan anda, tetapi ini bukan masanya. Berikut adalah contoh yang bagus apa yang saya maksudkan. Anda boleh melihat bahawa wajah hanya kepala ikan benar-benar dalam fokus dan selainnya termasuk gambar pemancing adalah sedikit kabur. Mereka ini menggunakan peralatan profesional, jadi jangan terlalu bimbang jika anda tidak boleh mendapat kesan yang sama. Yang penting gambar anda ambil harus kelihatan baik, setuju?

kanicen-nix-photoshooting-fokus-subjek fokus-pada-subjek-photoshooting

8. Ikan Dengan Muka Fotogenik

Akhir sekali, ini akan membantu untuk mereka yang pandai menampakkan diri sentiasa menarik dalam gambar semasa menangkap ikan. Sekarang saya tahu kita semua bukan model glamor tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh bermain-main dengan aksi muka dan rupa kita. Cuba buat air muka (ekpresi) yang berbeza, dapatkan kawan-kawan anda di dalam gambar, sembunyikan wajah anda atau jika anda memang hodoh (yang pasti tiada siapa yang hodoh) pastikan anda berada di luar fokus.

kanicen-nix-fotogenik fokus-pada-ikan-kanicen-nix-grenti-strike

Kesimpulan

Ramai pemancing tidak meluangkan masa untuk belajar mengambil gambar-gambar yang cantik supaya dapat dijadikan kenangan. Dan ini termasuklah saya sendiri. Terasa kerugian yang amat sangat kerana banyak ikan tropi telah berjaya dinaikkan namun akibat tidak memberi sedikit fokus pada teknik pengambaran dalam gambar-gambar yang diambil dahulu kini terasa ketidakpuasan hati.

Untuk itu cubalah sebaik yang boleh dengan mempraktikkan semua tips di atas untuk mengambil gambar yang lebih cantik supaya kenangan dan kepuasan dapat diluahkan melalui gambar. Cuba setiap satu tip untuk setiap trip sehingga anda benar-benar memahaminya. Kemudian baru melangkah ke teknik yang berikutnya. Dengan cara ini anda akan dapat memahami teknik pengambaran yang menarik.

Tips pengambaran mancing yang paling simple ialah:

1) Jangan memegang ikan di hadapan badan anda, pegang mereka ke sisi anda dan ini menjadikan latar belakang yang lebih baik dan kelihatan lebih besar.
2) Berlutut, pegang ikan atas air, di luar area yang sesak di mana anda boleh mengelakkan ikan terjatuh ke dalam bot.
3) Sangkutkan kamera pada leher anda supaya mudah dicapai secepat yang boleh dan letakkan barangan lain di dalam beg yang sesuai.
4) Tinggalkan phone anda di rumah atau gunakan tali untuk mengantungkannya di leher.
5) Belajar menggunakan apa sahaja jenis kamera sebelum anda menangkap ikan.
6) Tunjukkan kawan-kawan anda cara menggunakan kamera supaya gambar kelihatan bagus.
7) Ambil gambar ikan yang perlu sahaja bukan untuk setiap ikan!
8) Pastikan matahari di hadapan, pada sudut 45 darjah. Tunjukkan warna yang lebih baik.
9) Pastikan ikan menyentuh air. Tunjukkan ikan berada dalam persekitaran mereka menjadikan mereka kelihatan lebih besar.
10) Fokus pada mata ikan dan segalanya akan kelihatan menarik.
11. Buat sedikit eksperimen dengan kamera dengan beberapa sudut seperti cium ikan, lepaskan ikan, dari belakang, separuh air. Bergambar cara lawak dengan gaya tersendiri.
12) Dan yang paling penting ialah pastikan ikan dijaga rapi. Ini adalah segala-galanya.

Selamat memburu dan selamat bergambar. 🙂

Note: Segala gambar yang diambil dan digunakan adalah hiasan semata-mata. Ada gambar yang digunakan kami tidak mengenali individu tersebut tetapi kami merasakan ia adalah gambar yang menarik. Jika anda adalah individu tersebut dan tidak menyukai apa yang di share sila hubungi kami. Akan kami keluarkan gambar anda. Maaf atas segala kesulitan.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

2 comments

  1. MUHAMAD HAZLAM BIN AZMI

    Hy cik,apakah kegunaan snap swivel untuk umpan katak sahaja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.