Apakah Yang Paling Penting Apabila Keluar Memancing?

Sukan memancing telah berkembang amat pesat sejak 5 tahun yang lepas. Kini dimana-mana anda boleh melihat adanya kaki pancing. Dahulu ia lebih pada rekreasi kini ia lebih dari itu kerana ada yang menjadikan ia sebagai punca pendapatan.

Persoalannya sekarang ialah apakah yang yang dicari oleh kaki pancing ini? Ilmu? Berkawan / Tambahkan Kawan? Port mancing? Skills? Kepuasan? Cabaran? Jika benar ia lebih pada rekreasi dan semua sebab diatas mengapa masih ramai yang “TENSION” semasa memancing?

Apa yang pasti setiap pemancing mempunyai sebab yang hampir sama iaitu ketenangan dan hilangkan stress dari kehidupan yang tertekan dengan kerja dan pelbagai masalah lain. Ada pemancing yang memancing untuk tujuan sumber pendapatan mereka untuk menyara/rezeki/makan. Ternyata masing-masing mempunyai sebab yang bagus dari melencong kearah yang tidak positif. Mancing untuk makan, mancing untuk sara hidup atau mancing untuk suka-suka adalah hak masing-masing sambil memastikan ikan kita terjaga untuk generasi akan datang.

Motif artikel ini ialah untuk memberi kesedaran kepada semua dimana kita semua mempunyai sebab tersendiri mengapa kita memancing dan juga memberi satu ruang untuk memahami kita sebenarnya mempunyai HOBI YANG SAMA walaupun berlainan AGAMA, BANGSA, KULIT dan FAHAMAN. Salah-faham, tidak puas hati, prinsip tersendiri, teknik tersendiri, style sendiri adalah lumrah dalam kehidupan kerana kita bukan direka untuk mempunyai sikap dan perangai yang sama. Apa yang perlu kita buat ialah menyedari HOBI KITA TETAP SAMA dan berusaha untuk sama-sama hidup didunia yang penuh cabaran dengan rakan-rakan yang mempunyai jiwa yang sama.

fishing-is-hobby-kanicen-nix

Jika anda ingin berkawan maka komenlah diruangan dibawah pendapat anda dan jangan lupa share artikel ini supaya ia dapat memberi sedikit impak keatas diri sendiri dan kesedaran pada kawan yang paling hampir untuk memahami mengapa mereka memancing sebenarnya. Sedikit usaha mampu membuat sedikit perubahan. Saya percaya anda bagaimana?

Jika anda juga percaya maka gunakan hashtag dibawah untuk tujuan viral dan saya bangga kerana telah berjaya “STRIKE” hati anda dengan umpan Grenti Strike yang baru iaitu – “#HobiSayaMancing” 🙂

Gunakan hashtag dibawah untuk tujuan viral: #hobisayamancing #fishingismyhobby

KOMEN PEMANCING

Mari kita dengar apa pendapat rakan-rakan lain yang suka memancing:

Amir Hafiz Musa: Cari ketenangan dr alam smulajadi n menikmati strike….klu strike la…. Tension sbb xdpt ikan…..kakakaka.. xpon kne buli dgn ikan….hahahaha

Mohd Riduwan Razali: mancing bersama kawan2. kumpau berjemaah pun xpe. adil. mungkin dari segi kelebihan sesebuah port dan spot yg mereka miliki. Tak semua pemancing boleh merasai spesis ikan yg mereka idamkan bergantung pada masa serta kerjaya masing2. Macam tempat tinggal sy sekarang port byk dikuasai oleh spesis snakehead. Hari2 melayan spesis yg hanyir tu agak memboringkan. Tapi hati sy teringinkan port sebarau / tengas ataupun saltwater games. Tension dalam dunia memancing ni bila member bagitau last minit cancel trip.

Kck Proshop: Release tension…n kawan2 semestinya

Nazrin Shah: mancing adalah satu riadah dan senaman. yang penting kita enjoy! mungkin kerana terlalu mengejar target kot. terima kasih Kanicen Nix kerana terima pendapat saya…yang penting kumpaw itu indah..strike point untuk menganjing..hahahaha

Azlan Effandi: nak cari gmbr untk berselfie. ekekeke. semua tertulis tu mmg betui bos..kwn sokong semua cuma tmbah bab selfie je untk test produk..huhu.. klu bab tension ni bnyk faktor bg kwn salah 1 nya
-poyo smpikn xde kwn nk ajak
-bkn angler tegar..ngail ikut2 org..bila kumpau xleh terima
-masa x mgizinkn..tgh sdp2 ngail wife/gf call suruh blk
-blgak sgt smpikn stress balik semula mmkn diri umpama ilmu cetek tapi bila di ajar xnak terima pastu nk ngentan tgk org lain je strike
-xnak explore g cari lubok baru,hrapkn 1 lubok je gasak hari2
-xnak cari ilmu bab maintnce @ sbginya..bila masalah teknikal di lapangan blur n tesion n mcm2 lh bg kwn

Jo Vin Chuah: To relax. But if with the right ppl itll give u stories that will last for a lifetime hahaha. Depends on individual. Ada yg jenis competitive, nak menang kawan yg pancing sekali. Ada yg mati2 nak cari target fish atau nak beat personal record tapi tak dapat. Kebanyakkan tension kerana kumpow. Untuk saya tension bila banyak miss call dan masuk selut ahhahaha Muhd Ridzuwan Ibrahim

Shahril Reel Ismail: Biarkan gambar berbicara. Hahahahaha…….

fishing-gathering-kanicen-nix

Terlalu berharap atas sesuatu,memancing bukan lagi jadi hobi……..bro Kanicen Nix. Bagi saya tangkapan tu belakang cerita,dapat jumpa,sembang x kering gusi sampai lebam pun dah cukup bermakna bro Kanicen Nix.bukan senang nak jumpa,dunia semakin sibuk.

Syed Makhzan: Kalau keluar mancing yg paling penting keseronokan dgn kawan2. Bila dh mancing barulah ilmu, skill n cabaran bermula…sama ada dikongsi atau dipelajari. Bila hobi yg kita gemari nie di lakukan dgn rakan2…barulah dapat kepuasan memancing. Hehee sy mancing sbb minat n sy seronok memancing. Lagi seronok kalau bersama rakan2 yg sama minat. Jd xda sebab utk rasa tension. Soal tangkapan pulak sy anggap rezki. Kalau ada mmg seronok n kalau xda sy cuba lagi. Kalau dh cuba pon xda jgk sy g pasar beli…ekekkee

Amirul Faiz: Kongsi dan tambahkn ilmu ,, nikmati keindahan alam , mancing bersama2 rakan sehobi . . Yg pasti strike tu bonus , kumpaw tu indah ,, wakakakakakaa. Tension ?? Mgkin disebabkan faktor2 luar jgkaan ,, tgk org tapau ikan yg patut di CnR dpn mata ,, Mgkin ad yg bercakap buruk di belakang kita ,, pendapat saya yg 10sen je tuan Kanicen Nix, ehehehehee

Mubin Saat: Kepuasan masta bila kita baling gewang tu masuk dlm air bila kita tarik gewang buat action yg tersendiri tu yg jd puasss dan kawan² ,,,Port ambe xkesah sgt sbb bnyk yg simpan port. tension ,,Klu ambe masta,,yg buat ambe tension gewang ambe sangkuttt reba putus plakkk adoiiiii memang tension gilaaa,,,kena plak gewang kesayangan fuhhh geramm².

Radzi Hafzan: Mencari kawan. Respect antara satu sama lain. So far saya ok setakat ini tuan. Ramai ya sbb tension. Boleh jadi juga ,lebih² g takala strike. Aduhhh asyikkkkkk walaupun kecil.

Taib Azizan: Port mancing klu jmpa yg baling mkn.baling mkn,campak mkn,buang mkn…tu paling syok…kena kwn2 plak 1 kepala mmg enjoy…tp ssh nk jmpa port mancing mcm tu….dah byk kena rogol oleh manusia rakus.. Mkin tension sbb bila turun port mancing tk seperti diharapkan kot…indah kabar dr rupa….sy klu dah bleh baling gewang dgn kwn2 pun dah ok…..enjoy n pengalaman no 1….ikan no.2. Betol sifoo..klu turun mancing targetkan ikan byk…bila turun tk dpt ikan mmg akan 10sion la…cuba bila turun mancing jgn targetkan ikan…tp target keseronokan dan pengalaman…mesti tk kecwa…toi tk sifoo

Pil Rynoz Rynoz: Yg pertama ialah ilmu..buat kajian dulu tentang ikan yg kita target.kenal habitat n diet makanan ikan yg menjadi pertaruhan…yg kedua kawan…kalau takde kawan,suasana takkan jd happening apabila kita berjaya naikkan ikan..at least kalau berjaya naikkan ikan seberat 3 kilo keatas,dpt juga kawan jadi saksi…hihihi…dan yg ketiga adalah kepuasan baik berjaya naikkan ikan ataupun kumpau berdarah….Bila kawan ari2 terbako…tension juga nengoknye…hahahahaha….. #peace #ULcaster

Jalax Suarez: Nk tarik ikan tuan. Kadang2 kalo Guruku Ursin Lempoyang pegi pising sy pon laju nk pegi, bukan setakat dpt ilmu tp kalo ada peluang sy nk sailang ikan dia hahaha

Eric Kok Gimpletons: All the above bro…plus the satisfaction of fish taking your presentation.

Rozan Mian: Yg mncg tension tu mmg semata mata mncg nk kn ikan&kepuasan….bila dpt ikan br dtgnye kepuasan…takut dikecam gi mncg xdpt ikan…cuba kita tgk nelayan..selamba je…ada ikan ke,xde ikan ke still tenang…sbb ia cabaran pd diri kita utk tgk sejauh mana tahap kesabaran kita sbnrnye….klau xsabar cmfrm tension bro. Betul…mncg ni salah 1 terapi diri utk hlg kn tension…tp klau fokus hny utk dpt kn ikan jwbnye tension lh klau xdpt…hahaha..aku dulu pn mcm tu..tp bljr kawal tahap kesabaran..mncg bkn semata mata utk dptkn ikan.

Mohammad Siddiq Hassan: Dapat baling gewang ke dalam air pastu kayuh balik itu dah satu kepuasan klu dpt ikan satu bonus klu x dgn kawan2 sorang2 pon jadi kadang2 bawak anak2 turut sama. Tujuan utama sekarang ni adalah untuk belajar mengenali port, gewang n teknik pancingan. Tension bila gewang putus, bila bini tanye mana ikan atau bila kawan2 sound x dpt ikan hahahaha.

Edrizal Nasrul: Sy trus terang mancing no 1 mst nk merasa strike….ape yg buat kan sy nk g mancing….sbp byk Sgt kwn fb share gmbo ikan bagak2 sape x tercabar….bohong ler kalo Ade org yg x terbako…Pak haji kalo npak amoi skirt pendek pn mst Bernafsu hahaahahah ha a hh….yg selebihnye lbh kpd nk blaja skill Dan dpt knl kwn2…lg best dpt ikan pst balik masak kt kdai makan same2. Ilmu me mancing nie Sgt luas…x boleh blaja ikot Buku.mst kne blaja ngn org Jgk…utk yg Nubis mcm sy harapkn ihsan dr sifu2 je lah nk tunjuk ajar hehehehehe.

Muhamad Fauzi: Tension kalau sp@gewang asyik sangkut ja…lg tension klau sp@gewang naik ke pokok…mmmmm.

Md Zam: ASAS TUJUAN DAN MATLAMAT

(1) Untuk menggalakkan aktiviti memancing sebagai aktiviti riadah dan sebagai jaringan kepada peminat sukan/hobi pancing untuk turut serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan
(2) Untuk merapatkan ukhuwah persahabatan, memupuk persefahaman dan meningkatkan kerjasama ahli termasuk dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan.
(3) Memupuk semangat cintakan alam semulajadi dan menjaga sumber – sumber ikan tempatan khususnya untuk aktiviti memancing
(4) Menggalakkan lagi industri sukan memancing khususnya dan membantu sektor pelancongan negara amnya dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan.
(5) Melatih bakat baru dengan melakukan program-program dan kursus-kursus bimbingan perniagaan dan seumpamanya berkaitan bidang pancing dan hidupan air dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan.
(6) Menganjur dan menyelaras aktiviti memancing serta membantu menggalakkan aktiviti pelancongan dan menjana ekonomi negara dengan dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan.
(7) Menyediakan harga istimewa bagi semua ahli yang mengikuti trip-trip memancing dalam apa jua bentuk aktiviti yang dijalankan oleh pihak pertubuhan.
(8) Untuk memupuk minat dan semangat cintakan negara dikalangan ahli semasa aktiviti dijalankan.

Note: Ayat di atas umpama buat karangan kat sekolah. Hahaha

Ramizi Bin Abdullah: Lepas gian,strike tu kira bonus la.

Lai Malie: Sbg satu xtvt riadah n mendekati alam semulajadi. Strike satu keterujaan, landed hasil tgkpn satu bonus, lepaskan hasil tgkpn dgn slmt ke habitat asal adlh satu kepuasan sambil merakam kenangan utk tatapan dihari kemudian.

Geng Stylo: Menambah lebih rmai sahabat… Klau xde sahabat,kite xkn peroleh ilmu dlm dunia caster… Dalam prsahabatan kte hndaklah saling hormat menghormati…dri situ juga kite dpat kenal rmai sahabat dri serata negeri… 🙂

Kanicen Nix: Pada saya lak… baca la novel nie….hehehe

Mesti ada perasaan nk dpt ikan sbb nk jadikan bahan tok produk. Pergi dgn semangat nk tarik paling tidak seko. Tp kalo tak dpt siap la.. kepala laju je memikirkan pe yg tak betol. kat mana silap nye… Pas pk mesti ade istilah “revenge” nk repeat balik. Kat sini nampak mcm tension…

Mancing mmg sonok dng kwn2 tp kdg2 mancing sorg pon bes sbb nk ketenangan dari suara2 yg memekak je keje. Hahaha… jujur nie.

Yg pasti perasaan nk release tension mmg ada tp kdg2 mmg tension time mancing sbb mcm2 ade dlm kepala. Lagi2 bile tali asik putus (tu la nk pakai halus sgt). SP terbang takpe.. tp jighead terbang menangis. Mahal wooo dan payah nk carik… hahaha!

Setiap trip mancing wlpon dekat mmg niat kat hati nk carik ilmu smbil mengajar dan belajar tidak kire dari otai atau pon dari newbie. This is my style. Ilmu sgt penting for me sbb tu mampu buat mcm2 benda yg tak logik dek akal namun ia terjadi tanpa jawapan yang munasabah.

Bab ckp blkg nie tak perlu kt panjangkan sbb kt semua ckp blkg. Tipu kalo tak ckp. So kt abaikan topik nie sbb lebih baik kt cuba ubah perangai sendiri dari perangai org lain. Silap kat diri lebih beso. Lets change ourself first before changing others. Usah mengaibkan sesiapa terutama skali kwn sendiri… 🙂

CNR ikot pada yang rasa perlu bg sy. Nk mkn amik. Nk CNR buat cara yg betol. Sy buat bile perlu tp mmg da lama tak makan ikan pancingan nie. Hahaha… terasa gak nk makan.. Nyamm nyammmm Harry NK Angler bile nk ajak aku nie?

Bab kesabaran mmg tinggi tp pelik ttp tension skrg nie. Dpt baling gewang ke sp ke mmg okay.. relax tp ttp akan ada masa nye tu kt tension tak dpt control smp la kawan tegur. Masa tu baru tersentak. Eh apa jadi dgn aku… Mane silap nye? Time nie la kwn memainkan peranan… sy dpt byk kwn dari merata-rata tempat…Utara, Timur, Selatan, Sabah, Sarawak, Singapore, Indonesia, Brunei, dan semua nye bgs bgs dan sentiasa saling support. Apa yg pasti new friends new experience.

Tp skrg nie sejujurnye mancing lebih byk tension dari sonok wlpon dpt monster. Kenapa ek? Sy sendiri pon taktaw. Mgkin da bosan dgn game yang sama. Mgkin nk carik pengalaman yg lebih extreme.

apa yg pasti mancing nie hati kene bersih dan sentiasa bersangka baik. Tp kt mmg tak lari dari bersangka buruk. That’s human. Forgive and forget adalah perkara yg terbaik.

Tp yg sy perasan… bile da sentuh air sy lupe benda lain. Lupe segala perkara yg membuatkan sakit pale. Fokus hanya nk pujuk ikan dgn pelbagai kaedah. Contohnye kalo meranduk air mesti laju je kepala fikir mane nk anta gewang. Apa yg perlu di buat dan semua ini adalah based on instinct.

Kesimpulan yg sy dpt bg pada diri sendiri ialah…

I THINK TOO MUCH WHEN FISHING!

Muhammad Azrin: kumpau itu indah strike itu bonus. cukup utk merasa ketenangan apabila sudah mengadap keindahan ciptaan tuhan

Syamsul Anuar Abdullah:

1. Mencari rezeki
2. Mencari ketenangan, melepaskan tekanan & merehatkan otak
3. Menambahkan kenalan & Merapatkan silaturrahim
4. Menambah pengetahuan tentang skill memancing, perkongsian umpan, masa & cara yang terbaik.
5. Dan lain-lain

Saya dibesarkan dengan kepelbagaian aktiviti berkaitan dengan ikan2 terutamanya ikan air tawar, menjadi sebahagian punca rezeki keluarga selama ini. Bila meningkat usia seiring dengan perubahan hidup, hanya aktiviti memancing sahaja yang masih melekat dalam hati memandangkan masa yang agak terhad untuk aktiviti2 lain.

Persoalan sejauh mana kesanggupan pergi untuk merapatkan hubungan dengan kawan2 tu pada saya bergantung kepada masa & keadaan. Mcm skrg ni, kekangan kerja & pengurusan keluarga agak membataskan saya untuk join mana2 trip, cuma kalau ada kelapangan insyaallah saya akan join. Sebab tu juga saya jarang untuk komfirm join mana2 trip terlalu awal takut ada masalah dikemudian hari. Apapun hubungan antara rakan2 mancing tetap mcm biasa. Tiada istilah kecil hati, merajuk & sebagainya.

Saya jarang tension bila mancing, kumpau ke, penat ke, letih ke tapi hati tetap rasa happy je. Mungkin memancing ni antara terapi yang terbaik untuk elak stress. Tgk air je rasa rileks dah otak. Cuma agak tension kalau tetiba sampai port, alatan perang xbawak…hehehe

Lai Itosaiasoka: Cabaran kot sebab lain port lain peel ikan ni…so kat sini kemahiran kita akan diuji, lure apa n teknik macam mana yang buat ikan tertarik…selalunya part ni la yang banyak buat pemancing cepat give up

Mohd Sharifuddin Sharils: Sbg satu xtvt riadah n mendekati alam semulajadi. Strike satu keterujaan, landed hasil tgkpn satu bonus, lepaskan hasil tgkpn dgn slmt ke habitat asal adlh satu kepuasan sambil merakam kenangan utk tatapan dihari kemudian dan juga utk dpt mempelajari ttg teknik,skill dan masa yg terbaik utk mendapatkn strike. Tension bila tali putus dan jighead atau lure kesayangan hilang and bila tali jadi bihun mmg tension tpi kena sabar la ni semua lumrah dlm aktiviti casting ni.

Rezza Muhammad: aku dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi secara x langsung dapat menenangkan diri dari kesebokan kerja.. strike tu bonus kampow tu indah… paling best dapat menikmati pemandangan yang belom tentu org lain dapat nikmati. bila rod patah…. memang tension… sbb xleh nak sambung mancing.. balik je la jawabnye… hehehehe. hahahahha… baik patah hati dari pada patah rod.

Zamisma Abu: Pengalaman dan port. Tension sbb sampai port tgk ada pukat… dan port habis kena rogol beramai-ramai…habis kena tapau. Paling sedih bila pukat tak diangkat…byk anak ikan mati..huhuhu

Nasrullah Mohd Shah: Kepuasan fight dgn ikan bersaiz mega..lpastu amek gambar utk kenangan.. hihihihi

Ahmad Ruzaini Ridzuan: Saya cari ikan untuk dibuat lauk. Catch and release saya tak amalkan kecuali ikan kecil dan ikan yg saya tak mau cam ikan buntal.

إندرا أنيم: Sy mancing untuk mencari pasal dgn org rumah.. asik harmoni jer boring juga

Jai Aries Lonecaster: Cabaran dan kepuasan menipu ikan.. saiz ikan tak jadi masaalah.

Amzar Syazani: Paling stress bila ikan tgh boiling kaw2, tali pulak putus sangkut kt ranting. Nak ikat leader pun hati tak tenang tgk ikan dok main2 atas air. Bila siap ikat leader semua ikan tiba tiba hilang. Hahahahaha

Adlee Firdaus: Bagi saya keluar memancing dgn kawan ni salah satu cara utk merapatkan silaturahim antara satu sama lain. Kadang2 kita mau kluar 2 org saja tapi bila sorang ni bawak rakan2 yg lain secara tidak langsung dpt kenala baru dan dpt kongsi ilmu antara satu sama lain. Kedua, mancing dgn kawan2 ni ada aura dia sendiri sbb bila sorang strike semua semangat dia nk dpt ikan lain mcm. Lpstu tumpang gembira klu kawan dpt ikan. Paling best, dpt spend masa dgn kawan2 yg sama minat dgn kita. Mula2 rasa akward gak sbb baru kenal, dh lama2 trus gila2 sama2..sampai jadi kaki bahan klu kawan2 kumpau atau strike..kekeke

Fareez Remy Farizat: Fish hard enjoy the moment wether kumpaw or got a fish!

Zul Asri Bloodkill: First skali dlm kpla klau kuar mancing ni mesti nk strike ikn. Dlm masa yg sama, bley tingkatkn skills lontaran/mengayakan gewang. “Practice makes perfect” bila kuar mancing ngn kwn² lg seronok, bley berkongsi ilmu bertukar pandangan, lbih² lg time tu ikn xmakan pdhal ikn tu ade je dok boilling/kejar² ank ikn. So lg byk idea² kuar mcmmna nk bgi ikn mkn gewang/sp. Dia nk apa, bentuk udang ka, sotong ka, ketam ka, dia nk warna hijau ka kuning ka merah ka time tu kna guna pndangan kwn² n kwn pn cast gk utk memujuk ikn(kwn yg 1 kpla/1tujuan). Cabaran utk memujuk ikn. Bila semua jenis gewang/sp dh keluar tup² strike, kt situ timbulnya kepuasan berjaya memujuk ikn n memdaratkn ikn. Secara automatic bley dpt pengalaman n kenangan bersama kwn td.

Mican Ahmad: First mesti nak rasa strike. Klw x strike dpt mmber yg taik membahan mmg syoq. Trus hilang kecewa. Tp klw kita x strike mmber lak yg dpt. Mmg angin. Hahaha. Tp niat dlm setiap trip adlah nk tmbh ilmu dan kawan baru. Tu lg bermakna dari hasil yg naik. Just my 2 cent. Peace.

AbdulHalim Saifullah: Kepuasan. Asal dpt campak je pun dah ok. Kalau strike, bonuslah

Basri Sulaiman: Satu kepuasan disamping mendekatkan diri dgn alam ciptaan Tuhan..strike itu indah, kungpow itu cobaan,nak tengok ditahap mana kesabaran seseorg pemancing.

Mohd Nor Fadzuan: Sy kluar memancing kerana ia merupakan satu cara bersedehah.sy slalu sedekah gewang pada ranting2 pokok atau akar2 pokok.dgn cara itu sy mendapat kepuasan maksima.

Nuxman Axl: Strikeeeeee…… Fish Onn.

Pak Long:

1 minat yg mendalam wlupn x dpt ikn
2 dpt mgnl lbh kwn
3 dpt mencr pglmn
4 impian ikn yg besr x pnh hbs2 dlm agn2 hehe

John Pumkins: Dapat mancing

Md Sabree: Feels

Ah Khing Thedisorder: Ambe nk blah dr persekitaran yg memenatkan otak… Just 4 fun.

Ashraf Sadiq-Sigaraga: Fishing just for fun 🙂

Jasreen Just’rain: Style aku g mancing, Klu aku tuan rumah,asalkan member dapat ikan aku dah puas ati.. Kita xdapat pon xpa,sbb dah Slalu dah gasak,Bg la change kat member plak..ayat sejuk hati… Hahahahaha…Klu Dua2 xdapat kita men libas2 rod…haahahahaha

Zul Ali: mencari kepuasan menarik ikn.cabaran sentapan. pot banyk ikan dh bekurang..pi jauh jauh ikan tak da..

Shah Ariel: Saye memancing krana minat.. Pastu nk selfie tnjuk kt kwan.. Kalo bsb tension tu sbb kwan pg xngajak tu yg buat bebulu 1 bdan tuu.. Haahahahaga

Izad Imran: All mention above hehehehe

Lie Zali: tiada istilah tension bagi aku..ada kelapangan,boleh g mancing,kumpau itu normal,kalu dapat hasil,kira boleh la menyengit/menbako kengkawan(tak elok.jangan amalkan sikap ni..kekekekeke)..cuma bila pegi port,,ada pukat ke,apa ke,,biarla..rezeki dia..cari port lain..jangan tension tension..nanti cepat tua bro…hahaahhahahha happy fishing & dare to kumpau…wakakakkakaka peace

A’el Silverrare: Ape pon yg penting PADU

Ibnu Rasyid: Setiap lontaran yg dibuat ibarat setiap masalah dpt di lepas kan. xdpt ikan xpa,normal utk org yang memancing ikan tanpa menggunakan bahan yg boleh dimakan oleh ikan. Main UL sebab cabaran..cabar diri kpd sesuatu yg hampir2 mustahil 🙂

Farhan Fauzi: Sye stress….sye stress

Ramlan Ramli: Kawan…ilmu…kepuasan dengar drag nyanyieeee

Chi Ken Mhj: Yg penting blh g mancing…klu xleh g jd stress.

Aqmal Hafizi: Bagi saya sipuu perasan berada di luar dan mengembara gitu. Rasa hidup. Haha lagi best yg kena redah hutan bagai. Ikan tak dapat saya tak kesah .janji go out there and have fun.

Foong Chee Keat: Yg penting semua enjoy!!

Azwan Wan: Klu sy yg paling penting kepuasan kwn sekomplot..biar sendiri kumpau jnji kwn2 puas…hehe klu kwn yg kumpau abis la kene racun

Pahlawan Padang Pasir: Hmm.. Soalan aras tinggi ni. Just to be honest, when I go to fishing the most important thing is “INNER PEACE”… Just like the Kung Fu Panda pulak daa.. But yes, it’s still my main focus beside knowledge, be myself, satisfying my addicted to fishing/casting.. That’s why, most of my trip I go alone. Of course, the friendship also important.. No denied on that fact in fishing world!  INNER PEACE can be achieved if I’m gone to fishing alone.. Hahaha!

Rizal Ejaybaron: Megail mana ada puas lagi selalu dibakar dalam fb… Nie…. Tak habis.. Punya. Yg saya tau sebelum nak test satu sport, 1 keadaan muka bumi,cuaca, bekalan air yg cukup, sepisis target,umpan dan lure yg ada record terdahulu, pada yg terdahulu atau tekong, dll baru usaha dan tawakal. Pasal kumpau tu ANTARA yg maha kuasa punya kuasa… Sekian. Jg takut pada kumpau, guna kan masa itu untuk relax.

Azman Apot: Saya kaki membottom… Yang pertama Cabaran… Lain lubuk lain pula ragam ikannya… Apa umpan yang sesuai, perhati port2 tertentu ikan berkumpul dan trik2 memancing ikan pilihan… Yang kedua kawan… Memancing untuk berseronok berkongsi hobi yang sama dan keselamatan sekiranya apa2 terjadi… Safety first.

Wave Lolo: Fren and enjoy my fishing day …… that all

Komander Lemon Tea: Bila mancing sbb nok ikan ginilah. Ilmu takdop. Orang nok ikan beso dia pun nok ikan beso.

ANgah MiLa: Fishing for release tension … Kalau dh tk dpt ikan asyik tension .. Baik tk yah mancing … Hahhahaha

Zarul Zars: Tujuan merapatkan silaturahim sesama kaki pancing.

Azlan De Spectre: Silaturrahim dan keseronokan dpt ikan.

Spostobaba Saad Posto: Yg penting perut jgn lapor sifu betul ke hahhahahha

Muhammad Azzaien Mohd Ali: Masalah tension tu sbnrnya xde kaitan langsung samada dpt ikan atau tak.. Sb jika org lain dpt ikan lebih besar dan byk tapi kite dpt kecil ditambah lagi dgn tangkapan yg sedikit pun ade yg boleh tension jugak.. Apatah lg kalo x dpt ikan.. Sb niat memancing mmg nk dpt ikan. Nk cr strike.. Kite sbnrnya yg perlu bijak mengawal hati dari wujud ketensionan itu.. Pokok pangkal kesabaran, usaha dan percaya pada kehendak Allah itu perlu ada kuat dlm hati. So tiada timbul isu tension. Kalo tak boleh juga sila sumpah diri jadi tension knob.. Biar manusia lain yg uruskan tahap ketensionan itu.

Ki Ki: paling penting,keluar mncing…dapat ikan kira bonus…xde kalu…pasar je la ikannye.

Rosle Ahmad: Pd kwn…tension mncng dtg bila g kolam bayar..kita byr berpuluh ringgit dan mengharapkn strike yg berbaloi dgn yg kita laburkn…tp x dpt2..org sebelah byr same dgn kita dpt strike bertalu2..tp kalau mncng di luar ..x dpt strike pun aku happy jer..walaupun ada modal sikit yg aku kena labur…aku pun x tau kenapa..tp itu yg aku rasa…hehe.

Azlan Lan II: Apa yg penting bagi sy aktiviti sukan memancing besama rakan2 dpt mengeratkan lagi silaturahim/berkongsi ilmu bak sikit jgn ke derr. Memancing jgk dpt mengurangkan rasa tekanan ataw pn tension..strike ataw kumpaw pekara biasa bgi sy.

Azman Apot: Ya, kadang2 kita suka bersendirian memancing… More privacy dan rilek… Tapi ngan kawan2 pun seronok juga… Saya ingin cerita sedikit pengalaman pemancing lain di kampung saya…

1. Adik saya dan kawannya pergi memancing di lombong… Ada juga pemancing lain disitu… Tiba2 datang sebuah kereta iswara tanpa nombor… Ada 5orang lelaki keluar dari kereta sambil memegang parang lalu menetak setiap motor pemancing disitu… Sebuah skuter dihumban kedalam lombong… Para pemancing tidak boleh berbuat apa2, hanya memerhati sahaja… Motor 125z adik saya hancur dibahagian depan…
2. Seorang pemancing dari kampung saya… Memancing seorang diri disatu lombong dan mendapat ikan tilapia tidak besar mana pun… Tahu2 sudah koma di hospital… Bila sedar dia melawan dan macam dia mempertahankan diri dari sesuatu… Tidak lama kemudian meninggal… Orang kata dia diserang oleh seekor kerbau tapi apa sebenarnya berlaku tiada siapa tahu…
3. Ada sesetengah tempat pancing yang terpencil… Ada kes kena rompak…
4. Motor pancit pun, bermasalah juga… Kalau seorang diri… Terpaksa redah jugalah sampai kedai motor walaupun jauh…

Ini saja saya hendak cerita… Safety first kawan2… Terimasih.

KESIMPULAN

Setujukah anda kita sebenarnya mempunyai HOBI YANG SAMA dan TUJUAN YANG SAMA?

Jika anda setuju sharelah artikel ini untuk membuat sedikit kesedaran sesama kita. Pusing kemana pun tetap muka yang sama. Lebih baik berkawan dan menikmati aktiviti mancing dengan cara yang sihat. Peringatan untuk diri dan juga untuk rakan-rakan lain yang saya percaya mahu membuat perubahan keatas diri. Saya tetap percaya mampu membuat perubahan anda pula bagaimana?

Jika anda juga percaya maka gunakan hashtag dibawah untuk tujuan viral 🙂

#hobisayamancing #fishingismyhobby

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

ikan seluang menggunakan teknik hanyut untuk ikan yang sukar makan gewang

Teknik Hanyut Mencari Ikan Yang Sukar Makan Gewang

Teknik hanyut? Apakah itu? Pasti ramai yang tak tahu macam mana agaknya cara mudah memancing …

12 comments

  1. Ambe kalau bab memancing memang pantang kalau ada masa terluang. Pastinya tujuan utama sebagai sumber rezeki (untuk spesis tertentu), luangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga. Bila dah turun memancing dan dapat hasil, macam lepas semua masalah yang menyangkut dalam kepala ni. Bab hasil tu banyak ke tak, tak ambik pot sangat. Yang penting enjoy

    • Hehehe.. terbaikkkk bro.. setuju dgn pendapat bro. Tp kdg2 angin kt dtg tu yg buat tension. Mgkin sebab ari2 mancing kot smp da jadik tak syok nk mancing. Patot nye hobi yg syok. hahaha…

  2. Nak mancing ni kompem nak strike punya, tapi tak selalu rezeki tu ade.. Kumpaw tu bese dah, tapi janji dapat cast je bagi melepaskan gian, rasa tak senang duduk dibuatnye.. At least ade benda yg berfaedah untuk diisi pada masa lapang.

    • HAhahaa… tu la.. biasa nye mmg mcm tu. Mesti nk strike. Dan setuju tu dari buat benda tak berfaedah baik mancing. hahaa.. mekasih sudi komen bro 🙂

  3. Muhammad Ridzuwan Ibrahim @ wawan

    Kepuasan sy bile pegi mancing ngn kanicen nix, setiap kali mancing same2, pasti rod beliau yg akan melentur dulu, tak pun trus strike.. Dalam hati, “bile pulak turn aku ni” haha.. Tp yg best ny kanicennix ni, dia akan support moral kite yg down ni, ngn memberi cara2, atau pn penggunaan gewang sesuai pada masa tu, lepas tu nk djadikan cerita strike pulak tu.. Ape lg, tersenyum lebar sampai ke telinga, kanicen pn berkate, “kan ak da ckap, ade tu”.. Hahah *base on true story

  4. Memancing adalah untuk menikmati……mancing ni seni…….bila kita mancing ..kita akan berusaha untuk strike ikan idaman kita….bila strike…sonok sampai puas dan hilang tension kita….
    So seni mancing tu akan bertambah dr masa ke semasa.

  5. Saya ni nelayan air tawar. Jala, jaring, rawai sampai pondok lapang candit pun ade untuk menyara hidup. Tapi baru2 ni teringin nk mancing pb air kuning. Bila dapat sekor dua, rasa geram, lpas tu bwak jala tabur. Memang dpt mcm2 saiz smpai 40cm pn ade. Tp hati tetap xpuas sebab xdpt merasa tarikan ikan. Jd baru sy paham mancing ni bkn semata2 dpt ikan bawak balik. Tapi untuk merasa kepuasan melontar gewang, menarik ikan,dan kalau miss telucut/putus pn takpe. Asalkan dapat memancing, itu dah kira kepuasan bg diri saya walaupun kumpau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.