Teknik Penjagaan Soft Baits Yang Betul

Soft baits atau lebih dikenali sebagai SP (Umpan tiruan plastik) telah menjadi salah satu umpan mancing yang amat efektif dan amat digemari oleh pemancing di Malaysia malahan ia telah dikatakan bakal menjadi umpan yang paling sesuai untuk memikat ikan. Namun walaupun ramai yang tertarik dengan soft baits tidak ramai yang memberi perhatian kepada cara penjagaan yang sesuai.

grenti-strike-soft-baits
grenti-strike-soft-baits

Ramai yang komplen bahawa soft baits (SP) mereka cair, warna SP bertukar warna lain apabila bercampur dengan SP kaler lain, SP mahal tapi cepat rosak, dan bermacam-macam lagi alasan untuk melepaskan geram.

Ada juga yang komplen “SP bapak mahal tapi senang cair, tapi SP Grenti Strike tidak pernah cair. Terbaiklah barang bro”.

Tetapi adakah ini salah pengeluar atau salah pemancing?

Jawapannya ialah salah pemancing 100%.

Mengapa?

SP atau soft baits diperbuat daripada bahan yang amat mudah cair. Letak di tempat yang panas kalau tidak cair akan jadi apa? Kita manusia jika terdedah pada matahari pun akan rasa panas yang amat sangat. Mesti kulit kita rentung. Umpama dibakar. Inikan pula bahan berasaskan plastik/getah mestilah cair. Besi kalau didedahkan pada panas yang amat sangat juga akan lebur. Begitu juga SP Grenti Strike jika terdedah lama ia akan cair juga dan yang paling penting kita tidak akan tahu bahan yang digunakan oleh pengeluar. Mungkin keluaran pertama kedua ianya tidak akan cair tetapi keluaran yang lain mudah cair. Ini semua perkara yang kita tidak mampu membendungnya. Jadi sebelum membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas sila fahami segala benda yang anda guna untuk memancing dan lebih baik belajar cara mencegahnya dari kerugian.

Anda tidah tahu bagaimana caranya? Jom belajar sama-sama…

Proses penjagaan soft baits sebenarnya tidak mengelirukan atau merumitkan. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti memerlukan masa yang banyak namun sebenarnya ia akan menjadi mudah jika anda ikut tips penjagaan soft baits yang bakal saya share dibawah.

1. SP Cair Kerana Terdedah Pada Panas

Ini adalah benda yang pertama setiap pemancing biasa buat. Ramai pemancing suka biarkan SP mereka terdedah tanpa sebarang perlindungan. Contohnya letak di dashboard kereta, letak di dalam kereta sama ada didalam seat belakang atau di but kereta.

soft-baits-damage
soft-baits-damage

Betulkan caranya?

Sebenarnya salah. Haba di dalam kereta dengan cuaca yang tidak menentu sekarang adalah punca utama SP kita mudah cair atau rosak. Seeloknya keluarkan SP anda dari kereta dan letakkan samaada di dalam rumah atau dikawasan yang berangin. Elakkan terkena cahaya matahari atau berdekatan dengan kawasan yang berhaba.

soft-baits-yang-cair
soft-baits-yang-cair

Mungkin ada jenis SP (Grenti Strike contohnya) jika dibiarkan pada cuaca yang panas tidak merosakkan pada masa itu tetapi lama-kelamaan ia akan cair juga. Percayalah. Setiap SP yang berlainan brand lain materialsnya. Atau perubahan cuaca panas ke sejuk yang mendadak juga boleh mengakibatkan ia cair namun ini biasa berlaku untuk satu jangka masa yang tidak tentu.

2. SP Bertukar Warna

Tidak ada SP brand apa pun di dalam dunia ini yang boleh dicampur-adukkan. Setiap SP dibuat oleh campuran bahan mentah yang berlainan, tujuan yang berlainan; jadi jika tercampur akan terjadi reaksi / tindak balas kimia antara SP berjenama lain malah walapun jenama SP yang sama tetapi jenis yang berlainan juga akan memberi tindak balas kimia yang boleh merosakkan SP itu.

umpan-tiruan-rosak-akibat-campur-aduk
umpan-tiruan-rosak-akibat-campur-aduk

Salah satu perkara yang biasa terjadi apabila SP dicampur-adukkan ialah SP bertukar kepada warna yang lebih dominan. Contohnya SP yang berwarna putih, pearl white atau warna flat biasanya akan menyerap kaler lain.

3. SP Yang Telah Diguna Dicampur-aduk

Anda juga harus mengelakkan SP yang telah di pakai bercampur-aduk. Ini kerana SP yang telah digunakan biasanya telah terdedah bakteria yang ada di dalam air dan jika dicampur dengan SP yang masih belum digunakan ia akan merosakkan SP yang lain.

jangan-campur-aduk-soft-baits
jangan-campur-aduk-soft-baits

Namun, ada jenis/brand SP yang ada didalam market menyediakan packing ziplock yang datang sekali dengan bahan cecair istimewa yang mampu memberi perlindungan kepada SP yang telah digunakan walaupun dicampur dengan SP yang belum digunakan.

Biasanya SP keluar Berkley memberi kelebihan sebegini. Ini adalah teknologi mereka yang masih menjadi tanda tanya bagaimana mereka mampu berbuat sedemikian. Banyak lagi brand lain dimana SP nya harus di simpan dalam bekas plastik SP itu sendiri. Jika tidak ia akan cair ataupun rosak. Perlu diingatkan bahawa tidak semua SP begitu. Ada yang tidak boleh dicampur setelah dipakai. Sila baca segala panduan yang diberi.

Kesimpulan

Penjagaan SP atau soft baits dengan cara yang betul adalah amat penting untuk mengelakkan ia rosak. Lagi-lagi jika anda membelinya dengan harga yang amat mahal. Setiap SP yang berlainan brand menggunakan bahan yang berbeza. Murah tidak bererti tidak bagus atau mahal bukan bererti bagus. Walaupun yang mahal mudah cair namun ia tetap ada kelebihan yang tidak anda ketahui. Luangkan masa untuk memahami SP yang anda beli supaya segala pembelian akan lebih value for money. Paling tidak luangkan masa memahami cara penjagaan supaya tidak mengalami kerugian akibat kecuaian sendiri.

penjagaan-soft-baits-cara-yang-betul
penjagaan-soft-baits-cara-yang-betul

Tidak kira apa brand pun SP itu atau bertapa hebat pun SP itu jangan sesekali campurkannya. Lebih baik elakkannya kerana kita tidak tahu kandungan toksin yang ada di dalam air. Dan kita manusia pun tidak mampu menahan panas terik inikan pula barang yang berasaskan plastik/getah. Umpan gewang hard baits pun boleh cair. Jadi gunalah akal yang ada untuk memberi perlindungan yang sepatutnya.

Di harap segala tips yang diberi di atas mengenai teknik penjagaan soft baits yang betul mampu memberi sedikit kesedaran dan memberi ilmu yang berguna.

TIPS TAMBAHAN DARI RAKAN PANCING

Tips by Fatihatulikhlas Khaleel:

Ade beberapa amalan yang boleh di cuba untuk pengguna sp.

1. Mengasingkan sp yang telah di gunakan dengan yang belum digunakan. Simpan di tempat berasingan.
2. Menggunakan individual pack bagi setiap sp. Cara ini terbukti menjaga integrity sp tersebut.
3. By using individual pack (plastic bag), your are not just keep your sp intact but also keeping our earth less polluted if you recycled your plastic bag. I reused my medicine packaging etc for my individual pack.

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.