Seronoknya Memancing Ikan Jaguar Cichlid / Kerapu Lombong

Ramai masih tidak kenal dengan ikan kerapu lombong atau dikenali juga sebagai Jaguar Cichlid di Malaysia. Nama latin ikan ini ialah Nandopsis managuense juga di kenal dengan nama Managua Cichlid, Aztec Cichlid, Managuense Cichlid dan termasuk ke dalam Family Cichlidae. Jaguar Cichlid merupakan ikan dari kelompok American Cichlid yang berasal dari benua Amerika dimana habitat aslinya berasal dari Amerika tengah mulai dari Honduras ke Nikaragua. Nama Managuense sendiri berasal dari nama dana Managua di Nikaragua.

Saiz dewasa ikan ini akan berukuran 35cm (jantan) dan 30cm (betina) dan ada yang boleh mencapai ukuran sehingga 50cm. Ikan Jaguar cukup cepat membesar sehingga mencapai ukuran sekitar 15cm dan apabila ia telah mencecah saiz itu pertumbuhannya akan menjadi lambat atas faktor yang tidak diketahui.

Ikan jaguar Cichlid ini termasuk ikan cichlid yang amat agresif dan amat teritorial sebab itu ia amat seronok untuk di pancing. Ia amat pantang jika ada ikan lain atau benda lain yang memasuki kawasannya. Ia akan menyerang tanpa segan situ. Di sinilah ikan kerapu lombong ini menjadikan ia amat seronok di pancing. Warnanya yang bertompok-tompok menjadikan ia amat cantik apabila bergambar.

Bagaimana hendak memancing ikan ini? Mari baca artikel dibawah ini:

http://www.kanicen.com/soft-bait-grenti-strike-santapan-jaguar-cichlid/

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

kanicen nix grenti strike curly tail white

Teknik Memburu Haruan Runtu

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar ikan Runtu yang juga dikenali sebagai Haruan Runtu. Ia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.