Mengapa anda harus memiliki rod keluaran brand Malaysia Kanicen Nix – Sengat

Salam semua

Mengapa anda harus memiliki rod keluaran brand Malaysia Kanicen Nix – Sengat?

kanicen-nix-sengat-ultralight-rod

Saya tertarik dengan beberapa soalan datang dari beberapa orang pembeli dan yang ingin membeli rod Sengat yang juga membuka mata saya serba-sedikit (dapat ilmu baru dari hasil perbincangan) dan dalam waktu yang sama saya dapat memberi jawapan sebab-sebab mengapa rod Sengat di reka sedemikian.

Sebab 1: Market value

Direka bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa yang mahukan kepuasan dalam pancingan dengan kepelbagaian teknik boleh diaplikasikan. Jadi kami mengeluarkan rod untuk disesuaikan dengan pengalaman secara majority sambil memastikan rod Sengat dapat memberi kepuasan yang sepatutnya.

Sebab 2: Rod Yang Di Tune Sepenuhnya

Sengat adalah rod yang mempunyai aksi “moderate fast” jadi jika ia terlalu panjang pemancing akan mengalami kesukaran untuk melontar gewang dan jika terlalu pendek game nya tidak sesuai dengan target fish rod ini dibuat. Kami mengambil berbulan lamanya untuk membuat keputusan dan memilih panjang yang sesuai. Rod yang terlalu panjang dengan aksi moderate fast akan menyukarkan balingan dan memberi wobbling yang tidak stabil. Sengat telah di tune sebaik yang boleh dengan mengabungkan dengan aksesori yang sesuai dan di balancekan sebaik yang boleh.

Sebab 3: Kesesuaian Dengan Target Ikan

Rod ini adalah rod pertama yang direka khas untuk Indo-Pacific Tarpon. Tidak ada lagi rod lain yang pernah dibuat untuk tujuan ini. Kebiasaannya kita menggunakan Trout atau Bass rod. Kini kita “Malaysian” telah mengambil langkah untuk membuktikan kita juga mampu membuat sesuatu yang sesuai dengan ikan kita. Jadi ukuran panjang rod, aksi rod, accessories dan segala elemen yang ada pada rod telah dibuat untuk disesuaikan dengan target ikan yang mampu untuk menahan momentum pelbagai asakan ikan lebih-lebih lagi ikan tarpon (dan lain-lain ikan) apabila strike.

Sebab 4: Game Soft Plastik

Rod “moderate fast” action adalah amat sesuai untuk game “Soft Plastic” kerana setiap getaran dan kayuhan akan dapat di rasai pada tip rod. Dengan adanya umpan seperti “Grenti Strike” maka ia telah memenuhi keperluan anglers yang kini lebih suka dengan soft plastic. Namun pada yang meminati top waters lure, section handle yang kuat membolehkan anda menggunakan gewang top water yang sesuai sizenya. Size yang ideal adalah 5cm dan kebawah dengan berat 5g maxima untuk mendapatkan performance yang sesuai. Aksi moderate fast membolehkan anda mengawal momentum asakan ikan dan meletihkan ikan secepat yang boleh.

Sebab ke 5: Pelbagai Ujian Lapangan

Kami telah membuat pelbagai ujian lapangan dengan prototype pertama lebih dari 2 tahun. Prototype demi prototype telah dibuat oleh manufacturer sehingga ia memenuhi kriteria yang kami mahu dalam pembikinan rod Sengat. Ujian lapangan telah dibuat supaya dapat memastikan rod ini bukan sahaja sesuai untuk kami tetapi untuk semua pembeli secara majority. Ia satu cabaran kerana bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Sebab ke 6: Sesuai Pelbagai Lokasi Pancingan

Panjang rod yang dibuat amatlah sesuai untuk hampir semua lokasi pancingan. Malahan kami juga membuat ujian lapangan bukan sahaja landbased tetapi juga boating. Sungai, jeram, tasik, kolam, lombong dan macam-macam lokasi telah kami teroka untuk membuat ujian lapangan.

Sebab ke 7: Jarak & Ketepatan (Distance & Accuracy)

Jarak dan ketepatan casting adalah antara faktor yang paling utama untuk pemancing ultralight. Jadi kami kena sesuaikan dengan pemancing yang inginkan distance dan pemancing yang mementingkan accuracy. Apa yang pasti rod moderate fast tidak boleh menandingi jarak seperti rod fast action kerana aksi rod yang lembut dan wobbling akan menyukarkan pemancing yang baru. Namun accuracy boleh diperolehi jika kita mula memahami fungsi rod sepenuhnya. Rod Sengat telah dibuat untuk accuracy yang amat memuaskan. Accuracy adalah antara faktor paling penting apabila kita memburu tarpon dan juga ikan-ikan lain. Rod telah di tune dengan aksesori yang dipilih hasil dari ujian lapangan bagi tujuan memenuhi keperluan pemancing iaitu jarak dan ketepatan.

Sebab ke 8: Sensitiviti

Tahap sensitiviti rod Sengat adalah amat adiktif (addicting). Setiap karauan anda akan merasai pergerakan gewang/soft plastic anda walaupun berat hanya 0.5g. Jadi ini akan membantu anda dalam mendapatkan lebih strike dan kepuasan yang lebih tinggi dari rod yang lain.

Sebab 9: Balance & Matching

Balance dan matching adalah faktor yang kami perjuangkan dari awal kami memulakan perjalanan ultralight fishing. Panjang, aksi, target ikan, lokasi permainan, umpan yang digunakan dan kesesuaian dengan pengguna adalah perkara yang bukan mudah untuk di tune. Ia memerlukan kepakaran dan kesungguhan.

Sebab 10: Custom Design dan Premium

Rod yang direka khas (Custom Design) dengan kualiti premium setanding produk berjenama. Rod sengat ialah hasil kerja keras kami selama 2 tahun melakukan ujian lapangan, pemilihan blank, accessories dll. Rod ini dikeluarkan dalam jumlah yg amat terhad, 250 batang untuk spinning, dan 50 batang untuk BC.

Kami bukan rebrand dan kami bukan ambil rod yang sedia ada. Kami design rod ini 100% dan kami buat RND sebaik yang boleh supaya ia dapat memenuhi keperluan cara pancingan kita di Malaysia dan negara di sekeliling. Setiap blank yang kami buat ujian lapangan telah di produce oleh manufacturer mengikut kehendak kami. Perbezaan dari prototype pertama ke prototype lain jelas memenuhi keperluan kami. Segala titik peluh usaha kami selama lebih 2 tahun tiada nilainya. Terlalu banyak proses dan telalu banyak belanja. Bukan free dan bukan mudah.

Apa yang pasti sebagai pereka rod saya telah membuat perubahan dan telah memulakan langkah untuk pengeluar lain juga mengikut langkah kearah pancingan yang lebih fokus. Kami mengambil risiko untuk membuktikan orang Malaysia MAMPU dan BOLEH menuju ke arah standard pengeluar yang lebih lama berada di pasaran. Jadi jika anda orang Malaysia yang bangga menjadi rakyat Malaysia usah kecam jika tidak menyokong. Hargailah usaha kami dan sedekahlah sedikit doa untuk segala sumbangan yang telah kami buat supaya kami dapat menjadi satu brand yang kuat.

Harap dpt membantu. Terima kasih 🙂

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

line-classification-klasifikasi-tali-utama

Memahami Klasifikasi Line atau Klasifikasi Rod Pancing Anda

Isu pemahaman klasifikasi tali utama atau klasifikasi rod (line/rod classification) masih lagi diperdebatkan oleh sesetengah …

8 comments

  1. Rod sengat sangat2 sensetif walaupun ikan ikan kecil yang makan..
    Rugi kalau tak beli..
    Betul2 buat saya ketagih..

  2. Tumpanh tanya,kat mne boleh beli?rod sahaja atau reel sekali?

  3. Hai bro,
    Dimana saya boleh dapatkan produk² ni yer.
    Saya tinggal di Telok Panglima Garang,Selangor.

    • Kanicen Nix

      Salam bro

      Boleh try g Fisher Tackes kat Shah Alam seksyen 15 (Kedai Ah Seng) atau JT Anglers kat Alam Megah Shah alam.

      Mekasih 🙂

  4. KAT MANA BOLEH DAPAT ROD UNTUK BC DI AREA ALOR SETAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*