Komplot Kanicen Nix Rod Owner Club 1.0: Kandang Bulan

Yang pertama dalam kelas tersendiri. Komplot ini diadakan pada 20 Mei 2017 bertempat di Politeknik Sabak Bernam. Seramai hampir 10 orang hadir memeriahkan komplot sulung yang diadakan. Peminat-peminat rod dari jenama Kanicen Nix berkumpul untuk satu sesi pancingan santai sambil berkenalan dan berkongsi ilmu pancingan.

kanicen-sengat-leebass-ultralight-rod-gathering

Berkumpul seawal jam 6.00pagi di Bagan Nakhoda Omar, Kami kemudian bergerak secara berkumpulan masuk di perkarangan Politeknik. Sesi sarapan dan ramah mesra sambil menyiapkan alatan pancingan masing-masing. Rata-rata semua menggunakan rod dari variasi Sengat. Target utama adalah tarpon yang menggila di tasik Poli.

Strike demi strike dengan pelbagai variasi ikan memecah suasana hening pagi. Berkongsi umpan killer menjerat Tarpon Poli. Lewat tengahari sesi pancingan tamat dan sesi santai bertukar idea rata-rata semua tidak sabar menanti ketibaan rod baru Sailang “Ikan Kau Ikan Aku” selepas makan tengahari kami bersurai.

kanicen-nix-jokes-cikgu-ramlan

“Camera aku ada mode kecantikan” – Ramlan Ramli

Kandang Bulan

Politeknik Sabak Bernam terkenal denga tasik besar ditengah-tengah Poli. Diberi jolokan Kandang Bulan Kerana ikan bulan disini sangat sihat dan agresif. Pelbagai spesis ikan boleh didapati disini antaranya Mayan, Cichlid, Tilapia, Haruan, Keli, Ketutu, dan Bandang. Tidak pernah menolak ap jenis umpan membuatkan Kandang ini antara syurga pemancing. Akan tetapi tidak mudah untuk mendapatkan peluang memancing disini.

Kanicen Nix Rod Owner Club (KN ROC)

Kelab ini ditubuhkan atas inisiatif Saudara Norzaini Zack dan Onie Kurnia. Ingin mengumpulkan pemilik-pemilik rod Kanicen Nix. Selain memberi pelbagai input untuk keluaran rod-rod dari Kanicen Nix.

Secara rasminya pada tanggal 20 Mei 2017 kelab ini tertubuh dengan 5 orang tunggak utama. Norzaini Zack, Ramlan Ramli, Aloha Syuk dan Onie Kurnia sebagai penggerak utama. Komplot seterusnya sedang diatur. Nantikan Komplot KN ROC 2.0

Artikel oleh: Onie Kurnia

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

sponsorship-kanicen-nix

Ultralight Fishing Event Di Rantau Panjang, Kelantan

Ultralight Anglers dari sekitar Rantau Panjang, Kelantan telah menganjurkan event ultralight pertama di Kelantan pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.