Cara Mudah Menukar Berat Gewang Dari Oz ke Gram dan Poundage Dari Lb ke Kg

Sehingga kini masih ramai pemancing yang tidak tahu bagaimana hendak menukar kiraan oz, gram, lb dan kg yang di label pada rod, kotak tali dan juga pada reel. Mereka sentiasa berdiam diri dan menjadi punca utama tidak memahami apa yang di label pada rod pancing. Sebenarnya ini adalah perkara yang amat mudah sejak adanya Mr. Google. Informasi begini anda cuma perlu type di Google dan akan terus dapat jawapannya.

cara-menukar-oz-ke-gram

Jadi hari ini kami akan mengajar anda menukar semua kiraan oz, gram, lb dan kg menggunakan Mr. Google.

Bagaimana Menukar OZ ke Gram?

Cara terbaik untuk menukar oz ke gram ialah dengan memasuki laman Google dan type apa yang anda ingin tahu. Contoh type ini: 1/16oz to gram.

Anda akan dapat jawapannya.

Dibawah ini contoh berat dalam gram dan oz (anggaran telah dibuat untuk tujuan memudahkan):

1.77g = 1/16 oz
3.54g = 1/8 oz
5.31g = 3/16 oz
7.00g = 1/4 oz
8.86g = 5/16 oz
10.60 = 3/8 oz
12.4g = 7/16 oz
14.0g = 1/2 oz
15.94g = 9/16 oz
17.71g = 5/8 oz
19.49g = 11/16 oz
21.00g = 3/4 oz
23.03g = 13/16 oz
24.80g = 7/8 oz
26.58g = 15/16 oz
28.00g = 1 oz

Bagaimana Menukar Lb ke Kg?

Begitu juga dengan penukaran dari lb ke kg atau sebaliknya. Cara yang sama boleh digunakan. Contoh masuk ke laman Google dan type: 6lbs to kg.

Anda akan dapat jawapannya.

Dibawah ini adalah contoh lb ditukar kepada kg (anggaran telah dibuat untuk memudahkan):

1lb = 0.45kg
2lb = 0.91kg
3lb = 1.36kg
4lb = 1.81kg
5lb = 2.27kg
6lb = 2.72kg

dan seterusnya.

Berharap info ini dapat memberi anda sedikit panduan dan tidak lagi mengalami kesukaran untuk memahaminya apa yang dilabel pada rod pancing anda.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

ultralight-anglers-tali-yang-dimasukkan-pada-paras-yang-betul-daiwa-ltd

Punca Tali Bersimpul / Wind Knot Pada Setup Spinning

Meehun atau Bihun atau Tali Berbelit atau Tali Bersimpul atau Wind Knot terjadi hampir pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.