MARI KENALI IKAN KERAPU (GROUPERS)

Ikan kerapu (groupers) adalah antara ikan air masin yang sering menjadi kegemaran landbase caster. Selain rasa yang sedap, ikan ini juga mempunyai permintaan dan harga yang tinggi pasaran tempatan. Faktor ini yang menjadi tarikan utama kepada pemancing untuk memburu spesis ini dan ada antara pemancing yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk pergi ke tengah lautan bagi merasai tarikan rakus ikan pemangsa ini.

Kredit Photo : Google

Kebiasaannya ikan ini mempunyai saiz mulut yang agar besar, mempunyai corak di badan (corak bergantung pada jenis kerapu) dan berbadan gempal. Ikan ini merupakan jenis pemangsa dan bergerak secara kumpulan, cara memakan mangsa adalah dengan menyedut/menelan terus mangsa yang berhampiran.

Habitat ikan ini lebih mengemari kawasan yang berstruktur seperti batu, tambak/tembok laut, reba kayu dan juga tukun laut. Sama seperti siakap, kerapu memilih kawasan ini sebagai kawasan menyerang hendap diet pemakanannya seperti udang, sotong, anak ikan dan ketam kecil. Selain menjadikan kawasan tersebut sebagai kediaman, kerapu jadi akan meluru masuk ke kawasan tersebut apabila terasa diancam dan bersembunyi.

Oleh yang demikian, pemancing harus memastikan gewang di hantar ke kawasan rumahnya bagi memujuk dan menggoda kerapu untuk membaham gewang anda.

 

Sedikit peringatan, pastikan peralatan anda mampu menahan kekuatan dan asakan sang kerapu. Antara peralatan yang anda perlu berikan perhatian ialah rod, tali utama dan tali leader, ini adalah kerana kerapu akan melarikan gewang anda ke “rumah” beliau dan kemungkinan tinggi tali anda akan bergesel pada batu-batu yang boleh menyebabkan tali utama anda akan putus. Bagi pengemar UL, pastinya ikan ini akan membuatkan drag reel anda menjerit walaupun bersaiz kecil, kerana sifat agresifnya akan membuatkan anda akan ketagih untuk mencuba lagi. Cuma pastikan teknik dan setup anda betul dan tepat untuk memikat ikan pemangsa ini.

Terdapat pelbagai pilihan umpan seperti hard lure dan softlure. Bagi hard lure, secara peribadi saya mencadangkan anda mencuba jenis crank dan bagi penggemar softplastic (SP), padankan SP anda dengan jig head yang sedikit berat supaya dapat tenggelam ke dasar dan menggetuk batu-batu yang selalunya menjadi kediaman rasmi si kerapu.

 

 

PEMILIHAN WARNA GEWANG DAN SOFTPLASTIC?

 

Bagi pemilihan warna gewang dan SP mengikut kekeruhan air akan saya akan kongsikan pada ruangan akan datang.

NOTA : Informasi yang dikongsikan adalah berdasarkan pandangan peribadi yang diperolehi secara latihan / pengalaman ketika di lapangan, perkongsan ilmu dengan sahabat-sahabat yang lain dan juga bacaan dari segala bentuk media. Sekiranya terdapat perbezaan pandangan atau penambaikan pada ruangan ini, bolehlah dikongsikan di bahagian komen agar ilmu yang dikongsikan lebih tepat dan menarik untuk dibaca.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.