Apakah itu Ultralight Fishing?

Ramai yang tertanya-tanya apakah setup yang paling sesuai untuk Ultralight Fishing. Akan tetapi jawapan kepada soalan sebegini adalah amat subjective kerana pemahaman universal adalah jika ikan yang di pancing adalah lebih besar daripada setup yang digunakan maka ia dikatakan ultralight; pada ikan. Contohnya anda menarik ikan marlin 20kg menggunakan setup 10lbs dikatakan ultralight pada ikan kerana setupnya lebih kecil dari size ikan.

SEBELUM meneruskan membaca INGAT ya, ini sekadar PANDUAN dan ini sekadar EDUCATION. Jangan terlalu stress dan jangan terlalu memberontak jika anda tidak setuju tetapi fahami tujuan kami buat artikel ini. Wikipedia sekadar panduan sahaja ya tetapi klasifikasi ini juga digunakan oleh St. Croix dan jenama besar lain apabila mengeluarkan rod ultralight.

Anda mungkin mahu download buku Waterlog-UL-SPINNING ini untuk dijadikan panduan. Antara buku terawal berkenaan dengan ultralight fishing.

Ada juga kefahaman yang berkata jika menggunakan tali yang halus adalah dikatakan ultralight walaupun reel dan rod tidak balance pada tali yang digunakan. Atau pakai rod yang dilabel ultralight juga dikatakan ultralight walaupun tali melebihi spesifikasinya. Apa pun tiada salah di sini. Ini adalah kefahaman masing-masing. Ia hanya pemahaman individu mungkin berdasarkan penyelidikan mereka sendiri atau seseorang mengatakannya dan ia melekat di dalam kepala anda selama bertahun-tahun. Apa sahaja yang kita tulis di sini pada asasnya untuk tujuan pendidikan / maklumat bukannya bertujuan menunjuk siapa betul atau salah. Ia hanya beberapa rujukan yang boleh anda gunakan untuk memulakan pancingan ultralight. Tetapi sebelum anda meneruskan sila klik link di bawah dan membacanya beberapa kali sehingga anda faham. Maklumat ini hanya untuk rujukan untuk permulaan anda. Maklumat ini telah wujud selama bertahun-tahun tetapi baru-baru ini disebabkan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengubah info yang ada. Semoga maklumat ini yang telah digunakan sebagai rujukan bertahun lamanya oleh orang lain yang tidak dieksploitasi kerana tidak puas hati.

Wikipedia ada menyebut poundage untuk ultralight kebiasaannya dari 1 ke 6lbs yang bertujuan memancing ikan kecil dan terma ultralight digunakan pada spinning / spin-cast dan juga fly fishing dengan menggunakan tali yang halus.

Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Fishing_rod#Ultra-light_rods

Jika maklumat di atas diubah oleh oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab maka anda boleh merujuk kepada screenshot ini (kotak merah) atau anda boleh memuat turun fail pdf yang kami tangkapkan untuk rujukan lebih lanjut di sini. screenshot ini telah kami ambil sejak awal lagi kerana telah menjangka akan terjadi isu-isu tidak puas hati ini. Ultralight Fishing by Wikipedia

Nota: Wikipedia pernah digunakan tempat rujukan sumber maklumat yang boleh dipercayai satu ketika dahulu tetapi disebabkan oleh “sikap” sesetengah individu ia telah menjadi tempat di mana mereka menyerang orang lain untuk tujuan “balas dendam” di mana mereka akan mengedit dan memasukkan maklumat palsu / berat sebelah. Orang-orang ini adalah orang yang menyebabkannya kekeliruan. Namun kajian masih menunjukkan ada artikel-artikel yang hampir kepada tahap faktanya.

Penjelasan Apa Yang Dikatakan

Ayat 1: Ultra-light spinning and casting rods are generally shorter (4 to 5.5 feet (1.2 to 1.7 m) is common) lighter, and more limber than normal rods.

Maksud: Ketika kenyataan dibuat di Wikipedia (ternyata info ini telah di isi sebagai panduan terlalu lama dahulu) rod yang ada di pasaran (market) ketika itu kebanyakkannya 4-5.5 kaki dan rod yang panjang mungkin tidak banyak ketika itu tidak seperti sekarang sebab itu ia bukan common. Jadi sebab itu ayatnya begitu dikatakan ‘generally’. Anda harus faham dengan statement “common dan generally” yang bermaksud ketika itu, situasi pada masa itu, keadaan masa itu”.

Dahulu memang rod nya semua pendek-pendek sahaja kerana masa itu dunia kita masih dipenuhi dengan hutan dan agak sukar memancing dengan rod yang panjang. Jadi pengeluar mengeluarkan rod yang sesuai pada masa itu. Tetapi kini lain kerana dunia telah berubah, hutan telah berkurangan dan lokasi pancing bukan lagi seperti dahulu. Teknologi juga telah berubah jadi permintaan rod yang lebih panjang lebih ideal kerana dapat membuat lontaran ke kawasan yang tidak dapat dicapai oleh rod yang pendek dan pelbagai sebab lain menjadi faktor berubahnya sifat sesuatu rod. Jadi jangan terlalu sempit pemikiran anda.

Ayar 2: These rods usually carry 1 to 6 pound (4.5 to 27 N) test fishing line.

Maksud: “Usually” 1-6lbs bermaksud kebiasaannya melalui common practice yang lebih bermaksud “rules of thumb” yang diterima akal (dipersetujui) oleh segolongan pemancing bukannya seorang atau 2 orang tetapi satu komuniti yang besar yang sangat luas maksudnya.

Contoh: Biasanya (usually) undang-undang jalanraya di negara Asean memandu sebelah kiri jalan ialah common practice (cara biasa yang diterima) yang dibuat oleh kerajaan. Lama-lama ia menjadi ikutan. Bila jadi ikutan ia dijadikan fakta ditulis sebagai undang-undang yang wajib diterima oleh pemandu. Bila dijadikan fakta dan dijadikan satu standard rules (undang-undang) apa akan jadi jika anda melanggarnya? Eksiden? Di saman? Mengakibatkan kemalangan? Jadi segala perkara yang diwujudkan didunia ini adalah ikutan pada mulanya. Selepas itu ia dijadikan practice oleh segolong komuniti yang kemudiannya di sebarkan supaya menjadi ikutan (trend). Selepas jadi ikutan ia akan berubah kepada “ini adalah caranya” yang bermaksud ia fakta. Selepas fakta ia dijadikan satu “authority seperti rules / undang-undang”  statement dimana ia adalah fakta yang wajib diikuti.

Inilah yang kami cuba buat supaya ia menjadi fakta yang telah diperjuangkan oleh pemancing ultralight Europe satu ketika dahulu.

Ayat 3: Originally produced to bring more excitement to the sport, ultra-light spin fishing is now widely used for crappie, trout, bass, bluegill ,Roach, Perch, Bream,Pumpkin-seed, Tench and other types of pan fish.

Maksud: Secara awalnya ia dibuat untuk jenis target ikan yang biasa (widely used) diperairan mereka iaitu crappie, trout, bass, bluegill ,Roach, Perch, Bream,Pumpkin-seed, Tench dan sebagainya. Sebab itu mereka dikatakan pelopor kerana mereka yang cipta game ultralight. Jika kita yang start semua ini mungkin kita boleh letak haruan, lampam, tengas, ikan puyu dan sebagainya. Kita cuma followers.

Tetapi kita boleh  berbuat sesuatu untuk membuktikan kita bawa game ultralight ke level yang lebih extreme dan berbeza yang penuh dengan kepuasan. Ini yang kami cuba buat. Inovasi dari apa yang mereka buat berdasarkan konsep dan pemahaman yang sama tetapi dengan teknologi yang berbeza.

Sejarah Asas

Jepun boleh dikatakan founder dalam kebanyakkan Ultralight (UL) game dan mereka mencipta pelbagai barangan pancing (equipments) berdasarkan game mereka. Dipendekkan cerita apa yang mereka buat sebenar ialah upgrade apa yang Europe/US telah buat berkurun lama. Ultralight spinning (UL) adalah terma yg digunakan di Europe tetapi di Jepun mereka lebih fokus kepada kaedah atau teknik mancing mengikut target ikan mereka yang di gelar finesse game yang bertujuan lebih pada persembahan gewang dan target ikan. Banyak anglers di South East Asia lagi-lagi di Malaysia suka mencampur-adukkan kedua-dua “cara” negara berlainan yang membuatkan mereka confuse dengan apa yang mereka faham dan mahu.

Contohnya: Apabila mereka mancing ikan Trout, peralatan yg mereka guna dibuat khas untuk ikan Trout. Untuk ikan Bass mereka akan menggunakan rod yang dibuat khas untuk ikan bass, untuk ikan Selar mereka menggunakan rod dan game yang mereka cipta iaitu Ajing Game. Dalam game Ajing mereka juga ada mencipta rod yang mempunyai klasifikasi ultralight dan ini membolehkan kita menggunakannya untuk ultralight fishing (Spinning). Bermacam-macam lagi kaedah, game atau teknik mancing mereka cipta berdasarkan ikan yang mereka target. Ini bukan bermaksud Europe tidak menggunakan kaedah Finesse Fishing. Mereka juga menggunakannya based dengan target ikan yang sesuai. Setiap rod (setup) yang mereka keluarkan adalah berdasarkan target ikan mereka dan sesuaikannya dengan game sebenar. Anda harus sedar Jepun suka buat benda-benda pelik dan tidak pernah mahu mengikuti apa yang sedia ada. Mereka sentiasa mahu mencipta sesuatu yang lain dan mereka mahu dunia ikut cara mereka. Sebab itulah wujudnya kefahaman yang berbeza kerana anda mula mencampur-adukkan perkara yang Jepun tidak suka ikut iaitu cara Europe yang lebih simple.

Niat Group Ultralight Anglers

Jadi apa yang kami cuba buat di Malaysia ialah mencipta satu standard rules yang boleh di ikuti oleh semua pemancing dimana rules asas atau rule of thumb ialah 6lbs sebagai ultralight. Sebab itu lah kami buat rules yang agak ketat dengan berlandaskan “balance dan matching” dalam group Ultralight Anglers ini. Slogan pun berbunyi “Maximum Satisfaction. Extreme Experience.” Kita buat lagi extreme dari mereka untuk membuktikan kita di Malaysia mampu menjadi Trend Setter untuk game ultralight yang lebih mencabar.

Ultralight Fishing
Apakah itu Ultralight Fishing

Ramai tidak memahami motif group ini kerana kami tidak pernah share hala tuju group ini sebenarnya. Ramai confused dengan terma UL sebab masing-masing (yang berpengetahuan dalam UL) ada pendapat dan pemahaman sendiri. Tidak siapa pun salah dalam kefahaman ini. Masing-masing ada ideologi tersendiri kerana itu yang disebarkan sejak dahulu lagi tanpa mengambil kira apa itu balance dan matching dan pada masa itu tidak wujud zaman berinformasi seperti sekarang. Jadi tidak perlulah kita berdebat untuk menunding siapa betul dan siapa salah kerana masing-masing menerima info yang disebarkan tanpa mengetahui ia fakta atau auta.

Jadi apakah standard sebenar untuk UL?

Standard spesifikasi Ultralight (UL) ialah berdasarkan 6lbs maximum dan ini merangkumi Rod, Reel dan Tali.

Cuba tanya diri anda soalan ini dan berfikir secara waras:

Apa guna line recommendation (poundage) pada rod? Sekadar suka-suka atau bersebab?  Jika bersebab maka apakah sebabnya?

Rod yang dilabel poundage 1-3lbs, 2-6lbs, 8-20lbs dan sebagainya untuk tujuan apa? Bukankah ia untuk kita memahami skala klasifikasi tali utama yang patut digabungkan untuk sesuatu rod? Bukankah ia untuk kita memahami dan memberi kita panduan untuk mengelakkan dari penggunaan sesuatu yang diluar kemampuan rod?

Ada yang bertanya bagaimana penggunaan leader?

Leader tidak menjadi masalah kerana target ikan berada ditempat-tempat yang amat mencabar jadi pemilihan leader yang sesuai boleh dijadikan sebagai pilihan. Tahukah anda sambungan leader dengan ikatan knot seperti FG Knot sebenarnya mengurangkan kekuatan sebenar tali?

Jika anda tidak tahu maka ini adalah fakta kerana sambungan dengan knot antara tali utama dan leader yang dibuat adalah point yang paling lemah. Even IGFA juga tidak melarang penggunaan leader halus atau yang berpoundage besar. Akan tetapi jika anda ingin kepuasan yang maximum dan pengalaman yang lebih extreme maka leader boleh diturunkan agar dapat kepuasan seperti Trend yang kami cuba terapkan di bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata negara jika ada peluang. Sesuaikan dengan target ikan dan kawasan permainan anda.

Power / Rod & Line Classification

Memahami Power Line Rating adalah amat penting dalam semua rod kerana ia adalah asas yang diberi sebagai panduan untuk pemancing. Ramai pemancing yang masih lagi confuse dengan perbezaan antara power dan action. Dibawah adalah klasifikasi rod yang telah digunakan oleh kebanyakkan pengeluar terbesar di dunia.

1) Ultra-Light (UL)
– Tidak melebihi 6lbs.
– Contoh: 1-3,1-4,1-5,1-6,2-4,2-5,2-6, 3-6,4-6

2) Light (L)
– Tidak melebihi 12lbs.
– Contoh: 2-8,2-12,3-8,4-8,4-12,6-12,4-10,1-7,1-8 dan sebagainya

3) Medium (M)
– Tidak melebihi 18lbs.
– Contoh: 6-15,8-14,8-16,8-17,10-18 dan sebagainya

4) Medium-Heavy (MH)
– Tidak melebihi 25lbs.
– Contoh: 8-20,10-25,10-20,15-25 dan sebagainya

5) Heavy (H)
– Tidak melebihi 30lbs.
– Contoh: 10-30,15-30,18-30,20-30 dan sebagainya

6) Extra-Heavy (XH) 25-50lbs
– Tidak melebihi 50lbs.
– Contoh: 25-50,30-50,20-50 dan sebagainya

7) Ultra-Heavy (UH) above 50lbs
– Melebihi 50lbs dan sebagainya

Sila refer for more info:
http://www.stcroixrods.com/products/freshwater/avid-series-spinning/

Apa yang terjadi ialah banyak rod dilabel sesuka hati untuk tujuan commercial. Adakah salah manufacturer atau salah pada permintaan yang dibuat oleh distributor/supplier? Integriti manufacturer dan supplier adalah amat penting di sini. Kerana itulah banyak rod yang dikeluarkan oleh brand-brand terkenal amat mahal kerana mereka benar-benar mengikut spesifikasi kerana kualiti dan bahan mentah yang digunakan semasa pembuatan adalah mahal.

Bagaimana pula dengan berat sesuatu gewang?

Kebiasaannya, berat gewang yand disarankan (recommended lure weights) akan ikut sama dengan klasifikasi line ultralight rod dimana ia membolehkan anda untuk membuat lontaran dari berat 1/32 (0.8g) oz ke 1/4 oz (7g) maxima. Lebih darinya ia di anggap light game dan ke atas.

Namun kini dengan wujudnya teknologi yang lebih canggih yang boleh memantapkan lagi komposit dalam pembuatan rod maka ada rod ultralight yang boleh membuat balingan gewang lebih ringan serendah 0.5g dan tidak mustahil di masa akan datang mungkin lagi rendah. Kerana inilah harga pembuatan rod makin mahal kerana mahu memastikan rod lebih sensitif.

Poundage Rod

Jadi adakah rod yang dilabel poundage nya seperti: 4-8, 4-10, 6-12, 3-8, 2-12, 1-7 dan sebagainya adakah ia dikategorikan sebagai ultralight walaupun di blank ia di label UL?

Ada yang mengatakan 3-8lbs, 4-8lbs, 4-10lbs adalah dalam kategori ultralight gara-gara rod itu dilabel “UL” oleh pengeluar. Adakah kita di tipu atau pengeluar sengaja membuat label sedemikian semata-mata untuk commercial (keuntungan akibat permintaan di market)? Ada juga yang berkata di US 3-8lbs adalah dikategorikan sebagai ultralight. Bila disuruh tunjuk bukti diam. Sejak bila ada istilah UL di US, di Malaysia dan di Jepun berbeza? Bukankah semua menggunakan blank rod yang diberi rating yang sama klasifikasinya? Apa yang pasti mereka ini gagal memahami apa itu klasifikasi line atau rod. Selagi menolak fakta yang diikuti sejak berpuluh-puluh tahun lamanya selagi itulah mereka jenis ini akan sentiasa terumbang-ambing dan memberontak.

Rule of thumb 6lbs telah lama diikuti oleh negara-negara maju; boleh dikatakan sebelum kita lahir lagi. Hanya kita sahaja masih bertekak akibat ajaran yang tiada fakta. Rule of thumb inilah digunakan sebagai panduan untuk selaraskan dalam pemilihan reel dan tali. Sebab itulah setiap rod dilabel spesifikasi (poundage, berat gewang, etc) untuk tujuan utama iaitu Matching dan Balancing.

Contoh: Jika poundage rod 2-6lbs maka tali utama yang di rekomenkan adalah dari 2 ke 6lbs. Kebiasaannya disini kami sarankan poundage tali utama paling sesuai adalah 2,3,4, atau 5. Elak 6lbs kerana itu adalah maxima untuk rod itu. Tidak salah cuma ambil langkah berjaga-jaga. Kebiasaan rujukan berat gewang juga boleh difahami dari poundage rod dimana jika poundage rod 2-6lbs berat gewang juga boleh di ambil kira dari 2-6gram. Jika rod 1-4lbs maka rod itu seharusnya mampu membuat lontaran dari 1-4gram dengan mudah.

Begitu juga jika poundage rod 2-4 tali utama yang paling sesuai adalah dari 2 ke 4lbs. Jangan melebihi dari apa yang disarankan pada rod kerana ia akan memudaratkan rod dan juga boleh mengakibatkan rod patah (mungkin bukan sekarang tetapi untuk jangka masa tertentu).

Anda harus faham perbezaan antara Rod/Line Classification dan Rod Action. Setiap pengeluar ada “standard” asas yang sama dalam pembuatan dan meletakkan klasifikasi power rod berdasarkan ujian-ujian spesifik yang dijalankan dalam kilang. Dan klasifikasi rod ultralight ini diakui semua rod yang dibuat oleh market leader seperti ST Croix, Megabass, G-Loomis dan brand-brand besar lain yang mengikut asas UL spinning game standard.

Action

Rod Action:

– Slow (S)
– Medium/Moderate (M)
– Medium Fast/Moderate Fast (MF)
– Fast (F)
– Extra-Fast (XF)

or anything in between.

“Action” refers to the speed with which the rod returns to its neutral position

yang bermaksud

“Aksi” merujuk kepada kelajuan yang mana rod itu kembali ke kedudukan neutralnya.

Jadi cuba anda fikirkan sejenak kenapa ada rod datang dengan “Ultralight Action”? Sedangkan tidak wujud aksi/action yang dikatakan “ultralight”. Macam mana kelajuan aksi itu dikira untuk Ultralight? Sejujurnya saya sendiri tidak tahu sebab kalau ikut logik tiada cara. Pada pendapat saya ini semua permainan/kesilapan/disengajakan oleh manufacturer atau mungkin penjual memintanya specs begitu untuk tujuan komersial.

“Every rod powers are engineered to efficiently handle a certain range of lure weights and line sizes”. Bermaksud “setiap kekuatan rod yang dibuat telah dicipta untuk mengendalikan pelbagai jenis berat dan saiz tali dengan sesuai yang telah di tune oleh professional”. Jadi specs pada rod, line dan reel telah di buat oleh engineer yang bertauliah dan telah diselaraskan untuk tujuan game yang sewajarnya. Jadi ini amat penting untuk mencapai matlamat kita sebagai ultralight anglers kerana rod ultralight amat sensitif bukan seperti game-game pancingan yang lain.

Apapun, segalanya adalah berdasarkan pengalaman dan explanation thru best practices. Rods, reel and main line must comply with sporting ethics, rule of thumb and customs. Fahami bahawa setiap rod, reel dan tali yang dibuat telah direka untuk tujuan yang sepatutnya. Jika rating telah diberi pada reel,rod dan tali maka ia telah dicipta untuk tujuan itu sahaja. Penggunaan drag reel yang besar, tali yang melebihi dari kekuatan rod dan penggunaan gewang berat yang melebihi apa yang disarankan boleh mengakibatkan kerosakkan pada setup anda.

Please just remember a certain rod or reel will have been designed to do a certain job. If a rating is marked on the rod or reel then use it for those mentioned, it has been designed for that! Using higher drag reel, casting heavier lures or weights above that of the rating or using heavier lines than recommended may cause failure to the equipment.

Untuk panduan boleh baca Wikipedia about Ultralight. Wikipedia telah mencuba sehabis baik untuk memberi info yang tepat yang boleh dijadikan sebagai panduan. Namun sejak kebelakangan ini ada haters yang ingin menunjuk pandai mengedit apa yang telah dibuat sebagai reference bertahun-tahun lamanya kerana ingin menjatuhkan apa yang kami perjuangkan. Ini adalah sikap orang kita yang busuk hati kerana tidak boleh menerima apa yang telah dibuat oleh Europe/US sejak puluhan tahun melalui best practices. Jadi tidak hairanlah jenis haters ini akan mencuba pelbagai cara untuk mempertikaikan apa poundage sebenar UL. Harap-harap info yang telah diguna pakai sejak puluhan tahun tidak diekploitasikan oleh haters yang tidak bertanggungjawap ini.

Pastikan baca juga blog-blog lain yang telah wujud lebih lama dari kami sebagai info tambahan.

Saiz Reel

Sesuaikan dengan game anda. Itu yang pertama. Jika anda bermain casting maka saiz reel 1000 dan kebawah adalah yang paling ideal kerana ia ringan dan mudah di dapati pada harga yang amat berbaloi. Jika anda ingin menggunakan game ultralight pada laut dalam atau drifting maka sesuaikan reel anda untuk mendapatkan tali yang panjang. Ada yang selalu bertanya reel size 500 dan 1000 je ke dikatakan Ultralight? Senang sahaja nak faham perkara ini. Refer saja pada reel tersebut dan tengok spesifikasi nya. Jika drag recommendation tidak melebihi 6lbs maka ia adalah sesuai untuk game UL. Paling mudah cari reel yang drag nya dibawah 3kg kerana 6lbs = 2.7kg. Mudah kan?

Untuk pengetahuan semua, ada reel yg bersaiz 2000, 2500 tetapi jenis compact dan sebagainya juga sesuai digunakan untuk pancingan ultralight. Contohnya reel yang bersize 2000 tetapi sesuai digunakan untuk ultralight fishing ialah Shimano C2000PGSS, Shimano C2000SSPG, Ultegra Advance C2000HGS, Shimano Cardiff C2000HGS dan banyak lagi model lain ada di pasaran.

RareniumCI4Plus-C2000S

shimano-C2000HGS

Stella-C2000HGS

Shimano-Cardiff-C2000HGS

Jika anda faham balance dan matching anda tidak akan mempertikaikan isu drag ini. Ada yang pernah berbunyi “fahamkah kau akan rule of thumb dalam drag setting?”

Jawapan yang saya beri “Faham dan ia amat mudah iaitu 20-30% kekuatan drag pada reel adalah drag force yang sewajarnya digunakan untuk mengelakkan sebarang isu seperti kerosakkan pada setup. Dan kita boleh membuat ukuran kekuatan drag secara anggaran (plus-minus) dengan menggunakan drag measurement seperti penimbang atau paling mudah menggunakan botol air 500ml atau 1 liter. Dimana 500ml bersamaan dengan 0.5kg dan 1 liter bersamaan dengan 1kg”.

Namun, ini beberapa soalan yang harus anda fikir dengan logik:

1. Berapa ramai yang akan faham perkara ini sebab semua orangkah mempunyai akal dan fikiran yang sama?
2. Berapa ramai yang akan meluangkan masa dan sanggup buat semua ini setiap kali pergi mancing? Dan tidakkah kadang-kadang kita sendiri terusik drag tanpa sengaja atau mungkin terjadinya drag reel yang tersekat dimana jika anda tidak sedar ia boleh memudaratkan setup anda?
3. Untuk apa hendak menyusahkan diri memakai reel yang dragnya lebih kuat dari kekuatan rod, tali dan ikan sedangkan wujudnya reel yang dragnya bawah 2.7kg/6lbs dan walaupun anda ketatkan (full force) drag ia tetap tidak akan merosakkan setup anda lebih-lebih lagi rod anda kerana tali tetap akan keluar?
4. Wajarkah ambil risiko yang belum tentu semua mahu buat dan menambahkan risiko mematahkan rod?
5. Buat apa hendak menggunakan reel yang drag nya lebih besar untuk ikan yang bersaiz 2-3 jari?
6. Dan yang terakhir untuk apa manufacturer mengeluarkan reel yang dragnya lebih kecil? Bukankah lebih baik manufacturer keluarkan satu jenis reel sahaja iaitu sebagai contoh drag reel 10kg lepas itu guna “ajaran” yag kununnnya boleh diguna pakai dalam semua perkara iaitu 20-30% drag setting? Buat apa manufacture nak pening kepala?

Cuba anda tanya soalan ini dan jawap dengan sendiri menggunakan akal dan fikiran sendiri bukan menggunakan info orang lain yang diakalkan.

Anda harus faham tidak semua manusia boleh berfikir benda yang sama. Jika boleh dunia tidak akan berperang seperti mana anda mempertikaikan rule ultralight 6lbs. Anda harus sedar kita main ultralight jadi kenalah guna reel yang ringan dan sesuai dengan game nya. Takkanlah nak pakai reel saiz 3000 atau 5000 untuk casting sedangkan reel size begini mungkin boleh diguna pakai untuk game lain. Guna akal dan fahami tujuan berdasarkan logik dalam pancingan anda. Konsepnya sama seperti pemilihan dan klasifikasi rod dan tali. Fahami konsep UL maka anda akan boleh menerima bahawa 6lbs adalah universal understanding for Ultralight fishing maximum poundage dan ia harus dipadankan dengan setup yang sesuai dan balance. Jika kita main di lautan luas gunalah akal dan fikiran yang logik untuk menyesuaikan setup anda dengan target ikan anda. Jika anda memerlukan reel yang besar macam size 2500, 3000 untuk memasukkan tali yang lebih panjang maka tiada salah disitu. Adjust dengan konsep yang sama dimana asas untuk reel terletak pada dragnya iaitu maxima 6lbs atau 2.7kg system drag.

Kebanyakkan manufacturer akan tulis maxima line capacity dekat spool seperti contoh-contoh dibawah tidak kira mono or braided kecuali diberitahu hanya boleh menggunakan sejenis line sahaja. Kapasiti line ini adalah bertujuan memberi panduan berapa panjang tali anda boleh masukkan kedalam reel. Di sini diameter tali yang dilabel pada box adalah amat penting untuk dijadikan sebagai ukuran. Jangan confusekan diri anda tali LB dan PE. LB adalah kekuatan tali manakali PE adalah diameter tali.

Segala ratings yang diberi oleh manufacturer adalah kesesuaian untuk setup yang bakal diguna. Memahami apa itu Matching dan Balancing setup adalah tanggungjawap kita dan perkara yang paling asas yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam membuat pemilihan setup anda.

Begitu juga dengan BC (bait casting) reel. Konsepnya tetap sama jika anda ingin gunakannya sebagai game ultralight. Setiap reel ada diberi rating dan panduan untuk tali yang sesuai. Dan ada reel yang beri dalam KG jadi gunakan rating itu sebagai panduan. Seperti yang dibincangkan 6lbs tetap menjadi asas ultralight game. Adakah salah menggunakan reel BC yang drag KG nya lebih dari 6lbs atau 3kg? Tidak salah jika anda lebih kepada finesse fishing kerana saya pasti anda boleh membuat lontaran lure-lure yang rendah seperti 1g, 2g atau setinggi 7g. Tetapi adakah reel BC yang dragnya 6kg di anggap UL jika anda masih boleh membuat lontaran gewang-gewang kecil?

Tidak sama sekali. Kerana maxima tetap 6lbs iaitu 2.7kg. Drag 6kg bukan lagi dalam spesifikasi UL. Ada pemancing menganggap mereka boleh mengendalikan drag walaupun dragnya 6kg. Anda TUHAN kah? Boleh agak berapa kekuatan thumb untuk control. Anda letak sahaja thumb sudah tentu drag nya akan melebihi dari yang sepatutnya. Memang kita mampu control dengan adjust drag menggunakan rules of drag setting 20-30% tetapi sesuaikah untuk kepuasan yang maxima dimana balance dan matching sepatutnya dijadikan panduan?

Paling mudah untuk membuat pemilihan reel ialah berdasarkan drag dalam KG. Carilah reel yang mempunyai drag tidak melebihi 2.7kg (6lbs) kerana maxima untuk game ultralight ialah 6lbs. Namun, ini harus disesuaikan dengan poundage tali yang anda guna contohnya jika anda menggunakan tali 2lb dimana ia hanya 0.9kg maka reel yang lebih sesuai harus digunakan jika ikut pada logiknya. Namun disebabkan sukarnya untuk mendapatkan reel yang lebih ideal untuk setiap game berdasarkan setup jadi kita cuba sehabis baik mengikut budget dan kesesuaian. Apa yang penting maxima 6lbs adalah syarat utama dan ini tidak akan merosakkan setup anda.

Untuk memahami bagaimana membuat padanan reel dan tali boleh baca artikel ini:

http://www.ultralightanglers.com/bagaimana-memadankan-tali-pancingan-dengan-reel-anda/

Tali Utama (Main Line)

Cukup mudah sekali untuk memahami tali yang sesuai digunakan. Ikut sahaja specs pada rod yang dibeli. Jika poundage rod tulis 2-6lbs maka tali minimum yang anda bole guna ialah 2lbs dan maximum ialah 6lbs.

Mudahkan?

Kenapa tidak boleh menggunakan lebih atau kurang dari yang disarankan? Senang sahaja. Jika kita menggunakan tali yang lebih kuat dari rod jadi potensi untuk rod patah atau guide ring rosak adalah amat tinggi. Sama juga jika tali terlalu rendah, potensi untuk tali putus adalah amat tinggi sebab rod lagi kuat dari tali. Sebaiknya, lebih elok tali putus dari rod patah.

Matching yang sesuai perlu dilakukan untuk mendapatkan kepuasan yang maximum. Jika balancing dan matching tidak dibuat maka saya berani cakap anda tidak akan dapat merasakan feel yang maximum untuk setup yang anda gunakan.

Leader Yang Sesuai

Leader yang paling sesuai untuk digunakan dalam kategori ultralight ialah kali dgn 2 dgn main line.

Contohnya: Jika guna 6lbs maka leader x 2 = 12lbs. Ini adalah berdasarkan pengalaman kami kerana leader yang lagi besar akan mengurangkan performance pancingan anda dari faktor seperti distance sebab leader yang terlalu kasar membuatkan tali susah untuk keluar dari reel / top tip guide. Ia juga akan menggangu aksi gewang atau soft baits yang digunakan kerana leader yang kasar dan juga berat. Pendek kata performance akan berkurangkan apabila menggunakan poundage yang kasar.

Akan tetapi tidak salah menggunakan leader yang kasar. Sebenarnya anda cuma perlu sesuaikan dengan target fish. Contohnya: Jika main siakap ditempat yang banyak reba (kayu-kayu / berbatu) maka menggunakan poundage leader yang besar seperti 20lb atau 30lb tidak salah. Leader itu seeloknya disesuaikan dengan target ikan dan lokasi pancingan. Kecuali memancing adalah sekadar untuk mendapatkan kepuasan dari tarikkan ikan maka saya sarankan gunalah leader yang lagi halus.

Jadi berapa panjangkah leader yang sesuai?

Ini terpulang pada keselesaan masing-masing kerana bagi saya ia lebih pada lokasi pancingan, target ikan dan kesesuaian pada setup pancingan anda. Di mana ada lokasi anda perlu menggunakan leader yang panjang kerana reba, teritip/batu apabila mancing tepi laut dan ikan yang culas. Adakala anda perlu menggunakan leader yang pendek kerana size guide yang terlalu kecil dan menyukarkan time casting kerana sambungan knot tersangkut-sangkut pada guide. Bagi saya kebiasaannya 6 kaki kebawah kerana ini adalah cara saya dan cara saya sesuaikannya ialah memilih rod yang sesuai dengan target ikan yang saya cari. Pemilihan panjang leader juga akan menganggu persembahan gewang lebih-lebih lagi gewang yang kecil. Jadi amat penting memahami apa itu matching dan balance supaya sesi pancingan anda lebih seronok.

Berat Gewang

Berat gewang dalam ultralight BIASANYA tidak melebihi 7gram. Barulah ia dikatakan micro. Sebaiknya kesesuaian berat gewang anda boleh refer kat rod yang digunakan. Jangan terpedaya dengan pengeluar rod yg melabelkan rod sebagai UL atau Super UL tetapi poundage rod tersebut melebihi standard sebenar UL iaitu maximum 6lbs. Mereka ternyata tidak kesah dan mereka adalah businessman so its all about MONEY untuk mereka. Kadang-kadang mereka berbuat demikian adalah berdasarkan target ikan yang lebih berdasarkan secara general di tempat mereka sendiri contohnya di Jepun kerana mereka lebih specific atau sekadar memenuhi permintaan trend the market.

Informasi Extra

Banyak infomasi yang wujud di internet namun tiada satu pun yang menyentuh secara lebih detail. Sejujurnya tiada siapa yang salah dalam hal ini kerana masing-masing mempunyai kefahaman tersendiri. Informasi yg ditulis oleh owner website adalah berdasarkan pemahaman mereka dan berdasarkan ikan mereka dan yang paling penting mereka share based on technology yang ada pada masa itu. Sila fahami sebelum membuat pelbagai andaian kerana apa yang anda baca dalam English bukan boleh ditukar bahasa dengan Google Translation. Maksud English dan Bahasa adalah lain jadi jangan terima bulat-bulat. Teknologi berubah dari semasa ke semasa jadi pemahaman lama ultralight yang tidak langsung menyentuh apa it balance dan matching tidak lagi boleh diguna pakai kerana dahulu tiada info maka tiada siapa yang salah. Namun dunia kini yang penuh dengan info jangan jadikan ia sebagai alasan untuk anda tidak mahu menerima perubahan yang lebih ideal. Yang pasti Ultralight fishing (UL) still based on Rules of Thumb 6lbs yang harus dititikberatkan dengan setup yang balance and matching.

Contohnya article dari basspro yang memetik ayat seperti dibawah:

“Many anglers make the mistake of mismatching their rod and reel (for instance, buying an ultra-light reel and putting it on a rod with a light or medium-light action). For casting distance and accuracy with small lures, the reel, rod and line must be precisely balanced”.

“Mismatching dan precisely balanced! “

Maksud mereka setup mestilah “BALANCE”. Jika rod 2-6lbs reel dan tali pon seharusnya tidak melebihi 6lbs. Itu adalah maksud mereka.

Cuba tanya diri anda apa akan jadi jika rod 2-6lbs tapi anda masukkan tali 10lbs atau 20lbs? Apakah impactnya ke atas rod dan reel?

Inilah maksudnya “MISMATCHING”. Terang-terang rod tu rekomen 2-6lbs poundage jadi maxima tali yg boleh digunakan ialah 6lbs.

Kekeliruan

Banyak kekeliruan diwujudkan oleh sesetengah penyebar maklumat yang kurang tepat namun ia tidak salah kerana ia adalah pemahaman mereka ketika itu. Salah satu contoh kekeliruan yang wujud ialah ada rod yang berpoundage lebih daripada 6lbs tapi dilabel UL. Kenapa?

Seperti yang saya katakan kekeliruan yang jawapannya tiada siapa yang tahu kecuali pengeluar. Pada pendapat saya mereka ini mengikut trend untuk melariskan rod dengan memesongkan pembeli. Tujuan komersial! Dan ada yang menjual tanpa meneliti fakta ini. Main hentam sahaja.

Guna Setup Ultralight Untuk Kepuasan Yang Lebih!

Anda tidak memerlukan setup yang heavy untuk memancing ikan yang besar. Tidak kira apa spesis ikan yang anda suka, anda boleh jumpa setup ultralight yang sesuai. Dan tidak kira apa kaedah pancingan anda, setup ultralight juga mampu memberi kesesuaian. Apa yang penting ialah cari ilmu dahulu sebelum mencuba sesuatu yang lebih drastik dan lebih mencabar. Dan fahami ultralight bukan untuk ikan besar tetapi ia lebih pada untuk ikan yang setanding dengannya untuk kepuasan sebenar setup yang anda guna.

Kesimpulan

Ramai yang membuat pelbagai andaian berdasarkan ilmu yang mereka pelajari dahulu. Adakah mereka ini salah? Tidak! Adakah mereka ini masih betul? Tidak! Mereka ini cuma tidak berani menerima fakta baru berdasarkan teknologi yang ada pada masa kini. Kefahaman mereka masih berada di landasan lama dan tidak mahu menerima benda baru dalam diri mereka. Sila faham apa yang kami cuba buat disini ialah panduan dan rujukan sebagai pendidikan yang boleh digunakan oleh semua pemancing yang ingin menceburi sukan ultralight fishing.

Cuba tanya diri anda lagi sekali. Apakah tujuan poundage pada rod jika itu bukan untuk dibuat untuk dijadikan panduan supaya anda sepatutnya menggunakan setup yang balance dan matching?

Tanya juga diri anda. Adakah pengeluar rod terbesar dunia seperti St. Croix juga salah melabelkan rod mereka maxima 6lbs adalah dalam kategori ultralight adalah salah?

Jadi, jika anda memahami apa yang kami cuba buat dan merasakan balancing dan matching adalah elemen yang amat penting untuk mengejar kepuasan dalam pancingan ultralight maka anda berada didalam kefahaman yang sama seperti kami.

Ingat semua ini sekadar info untuk tujuan EDUCATION.

Jangan lupa join group kami di:

https://www.facebook.com/groups/ultralightanglers/

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Save

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

Teknik Lontaran untuk Accuracy – Bahagian 3

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bahagian ke-3 artikel ini. Kali ni, saya ingin berkongsi tentang …

10 comments

  1. Mohd Fauzil Kaimah

    Terbaik

  2. Salam tuan, sekadar bertanya saya masih baru berkecimpung dalam dunia UL saya menggunakan reel Shimano Ultegra 1000 2017 drag 3kg iaitu bersamaan 7lb, adakah masih dalam kategori UL atau saya perlu mencari reel sama 6lb atau kebawah, contohnya reel Sahara 500 drag 2.7kg, Nasci 500HG 2.5kg, Symetre 2.0kg, atau reel max 7lb masih boleh digunakan?

    • Kanicen Nix

      Salam bro,

      Seeloknya maintain 3kg kebawah. Lagi elok 2.7kg kebawah supaya lebih balance dan lebih seronok melayan 🙂 Jika dalam group kami akan melarang penggunaan lebih dr 3kg.

      • Ok tuan. Noted. jadi 3kg memadai la ye… terbaik fast respond tuan KN… moga product KN lebih maju!! amiin. #supportlocalbrand

  3. Salam tuan,

    Saya baru mula berjinak-jinak dalam dunia pancingan ul. Bagaimana pulak penggunaan baitcast? Saya menggunakan reel Shimano Citica 201hg ( bearing upgrade air bfs ) dengan kekuatan drag 12lb (5kg) akan tetapi telah dikurangkan mungkin separuh dari kekuatan dari drag asal. Adakah ini masih dikira ul? Atau saya perlu menukar reel lain lagi. Mohon pencerahan tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*