Apa Itu Cincin Rod? What Is Rod Guide?

Pelbagai nama diberi oleh pemancing tempatan mengikut apa pemahaman mereka atau apa yang mereka dengar dari orang lain namun ia adalah benda yang sama. Ada yang panggil cincin, ada yang panggil Fuji dan ada yang panggil guide. Ia tetap sama iaitu guide. Rod guide terdiri daripada 2 elemen penting iaitu frame dan insert ring material.

Jenama

Terdapat perbagai jenama di pasaran dan yang paling dikenali oleh semua pemancing ialah FUJI. Marketing FUJI amat padu sehingga ramai menolak brand-brand lain walaupun setanding. Antara brand lain yang juga terkenal ialah American Tackle yang telah memenangi pelbagai awards dan juga SEAGuide branc China yang berkualit. Terdapat juga pelbagai jenama oem lain dipasaran yang copy FUJI dan lain-lain namun kami tidak akan sentuh nama brand tersebut.

Bentuk

Rod Guide datang dengan beberapa jenis (style/pattern) kaki yang digunakan untuk tujuan yang berbeza. Contohnya single foot, double foot dan trolling guide.

Bahan Guides

Ada beberapa bahan (materials) yang biasa digunakan dan masing-masing mempunyai kualiti dan harga yang berbeza. Kebiasaanya rod menjadi mahal apabila pemilihan guide yang berkualiti menjadi salah satu aksesori yang wajib.

Frame – steel, stainless steel, titanium
Ring – aluminium oxcide, hardloy, fazlite, Silicon Nitride (SiN), alconite, Silicon Carbide (SiC), Torzite.

Lagi mahal harga guide tersebut lebih baik kualiti guide tersebut. Mengapa ia mahal? Sebab utamanya ialah kualiti bahan yang digunakan dimana yang berkualiti akan membuatkan rod guide tersebut lebih licin dan kurang geseran. Apabila kurang geseran sesi pancingan anda akan menjadi mudah dan lancar.

Dengan adalah teknologi wujud pula guide dengan titanium frame torzite ring ianya terlalu ringan jika hendak dibandingkan dengan 8-9 biji guides torzite bersamaan 1 guide brand biasa.

Penjagaan Rod Guide

Tidak kira bertapa mahal rod guide yang anda pasang jika anda tidak menjaganya dengan baik ia tetap akan rosak. Tidak ada benda dalam dunia ini akan bertahan selama-lamanya.

Jadi amalkan mencuci rod pancing anda selepas setiap sesi pancingan. Cara terbaik ialah walaupun anda berhenti mancing selepas 15 minutes mancing di laut atau muara amalkan bilas sekali sebelum berehat. Sampai dirumah basuh dengan air sabun dan bilas ngan air serta keringkan.

Jika tidah digunakan untuk memancing boleh diminyakkan dengan WD40 untuk menjaga guide dari berkarat kerana lama-lama dibiarkan ia akan dimakan garam, berlumut dan sebagainya.

Punca Rod Guide Rosak

Punca utama rod guide rosak ialah “handling”. Kebanyakkan rod rosak akibat kita sendiri. Terjatuh, terpijak, terkepit, kepanasan melampau, rod berlaga-laga, tidak letak dalam sarung rod dan sebagainya. Lagi kurang kualiti guide lagi cepat ia rosak.

Kebiasaannya frame guide akan mula pudar, berkarat, berlumut dan kemudian makan garam. Ring pula akan teranggal dari frame apabila epoxy yang diletakkan di bingkai frame mula merosot dan menjadi lembut. Apabila lembut ia akan mudah tertanggal dari frame. Kadang-kadang dengan sedikit hentakan sahaja berderai keluar ceramik dari frame guide. Ring pecah disebabkan kualiti material namun bukan itu sahaja antara puncanya. Jika rod oem selalunya akan menggunakan frame jenis steel biasa dan ring jenis aluminium oxcide. Kekurangan aluminium oxcide adalah tidak lasak, tidak tahan terhadap impact atau hentakan secara kuat, ianya akan pecah.

Berharap sedikit informasi berkenaan rod guide ini mampu memberi anda idea. Jika ada salah dan silap harap dibetulkan. Nubis baru nak blajar.

Kredit: Rosli Othman

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Tips Pancing: Mengenal Bahagian Rod Pancing Anda

Untuk pemancing yang baru terjebak dalam dunia pancing amat penting untuk anda memahami asas rod …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.