7 Tips Untuk Mengelakkan Kecederaan Semasa Memancing

Memancing telah menjadi salah satu aktiviti yang paling digemari di serata dunia tidak kira umur dan jantina. Di kelilingi dengan air dan kehijauan membuatkan kita sentiasa ingin mendekati khazanah dunia. Kebanyakan kita meminatinya lebih kepada hobi manakala ada yang lebih tertumpu pada pendapatan. Memancing dikatakan antara sukan rekreasi dan sepatutnya relax tetapi ia sebenarnya adalah antara aktiviti yang menggunakan fizikal dan boleh mendatangkan kecederaan jika tidak berhati-hati.

Jom kita perhatikan antara kecederaan biasa apabila memancing dan bagaimana hendak mengelakkannya:

1. Gelojoh

Masalah: Ini adalah antara sikap yang paling bahaya dan biasa terjadi dikalangan pemancing. Ramai menjadi mangsa dalam isu ini apabila diri sendiri atau rakan gelojoh apabila mancing. Pantang nampak ikan boiling mereka ini akan membuat lontaran tanpa mengawasi keadaan sekeliling. Antara yang perkara serius pernah terjadi ialah mata treble sangkut dimuka, di kepala dan lagi teruk terkena mata.

cedera-semasa-mancing-terkena-gewang

Cara Mengelakkannya: Sebagai pemancing mereka harus sedar mancing adalah hobi jadi seharusnya menikmati dengan cara yang sepatutnya. Kegelojohan boleh mengakibatkan kecederaan serius pada diri dan orang lain. Untuk mereka yang mempunyai rakan berperangai seperti ini pastikan anda sentiasa berada dalam jarak yang selamat. Jauhi mereka apabila mereka cuba menghampiri apabila mancing.

2. Lemas

Masalah: Jarang-jarang terjadi tetapi boleh mengakibatkan maut. Ramai pemancing yang tidak suka mengamalkan sikap memakai jaket keselamatan. Terlalu confident boat tidak akan terbalik atau tenggelam adalah antara sikap yang perlu dibuang. Ada juga sangat confident boleh berenang jadi jaket tidak penting. Maut tidak mengenal itu semua.

Cara Mengelakkannya: Belilah jaket keselamatan yang sesuai. Ingatlah orang yang menyayangi kita (ibu, ayah, isteri, anak-anak). Janganlah terlalu mementingkan diri dan lupa tanggungjawap. Jangan salahkan takdir jika diri sendiri tidak betul. Terdapat banyak jaket keselamatan di kedai murah dah yang mahal. Belilah ikut pada situasi dan kesesuaian poket dan lokasi pancing. Ingat NYAWA TIADA NILAI. Jika barang pancing boleh dibeli dengan ribuan ringgit jangan kata tidak pada life jacket yang berharga sekitar RM180-RM300. Adakah ini nilai nyawa anda?

Dan sebagai pemancing belajarlah berenang. Jangan ambil risiko semata-mata kerana seekor ikan atau gewang yang tersangkut.

3. Tergelincir dan Jatuh

Masalah: Banyak pemancing suka memakai selipar sahaja apabila memancing. Ini adalah sikap yang sangat tidak perihatin pada diri. Mereka jenis yang tidak mengutamakan keselamatan. Selipar amat licin dan mudah buat kita terjatuh akibat licin. Jatuh di tempat yang rata mungkin tidak mendatangkan sebarang isu tetapi jika ada tunggul, benda tajam atau batu boleh membuatkan kematian. Kita main air jadi tidak semua kawasan kering dan tidak semua kawasan bersih atau selamat. Paku atau benda tajam berada dimana-mana. Tertusuk paku boleh mengakibatkan kecederaan dan jatuh boleh juga mengakibatkan terseliuh atau patah.

Cara Mengelakkannya: Pakailah kasut yang sesuai dengan cara pancingan anda. Kasut croc, kasut “phua chu kang” atau jenis yang mempunyai tapak yang bagus boleh mengelakkan tergelincir dan terjatuh. Jika mancing secara landbased kasut yang mempunyai tapak yang bagus akan membantu. Dan jika anda suka meranduk air maka jenis yang mudah kering lebih sesuai digunakan. Tidak perlu mahal tapi yang sesuai sudah memadai.

4. Hidrasi

Masalah: Dehydrate atau hidrasi adalah perkara yang amat serius sehingga boleh mengakibatkan pengsan kematian akibat strok dan kes-kes lain seperti perubahan DNA dimana penuaan pra-matang dan kanser kulit. Waktu yang paling bahaya bermula dari seawal pagi 10:00am hingga 4:00PM.

Cara Mengelakkannya: Elakkan berada dibawah matahari terlalu lama. Sentiasa basahkan badan, kepala supaya tidak terlalu panas yang boleh mengakibatkan strok. Minum air sebanyak yang boleh. Pakai cap, topi, baju lengan panjang atau pelindung kulit untuk mengelakkan sunburn.

5. Pendarahan

Masalah: Kita mungkin secara tidak sengaja terpotong tangan semasa membuat persediaan barang pancing atau semasa menangani ikan. Kecederaaan yang paling biasa ialah terkena mata pancing dan jika tidak bernasib baik terkena pada urat yang boleh mengakibatkan pendarahan tidak mahu berhenti.

Cara Mengelakkannya: Cara terbaik ialah mengelakkan cara pengendalian kita dan penyediaan tools yang sesuai. Pakailah alat yang sesuai seperti tangguk dan jenis playar yang sesuai untuk mengendalikan semua jenis ikan tidak kira kecil atau besar disamping dapat menjaga ikan dengan cara yang betul. Usah menjadi hero cuba menaikkan ikan menggunakan tangan. Lebih baik trip success dan bebas dari kecederaan dari trip success tapi mengalami kecederaan yang teruk.

Anda juga harus memastikan segala setup anda berada dalam keadaan yang selamat. Pastikan rod, gewang, mata kail dan segala benda yang boleh mendatangkan bahaya disimpan dan dijaga dengan baik. Pastikan ia sesuai untuk digunakan.

6. Di Patuk atau Di Gigit

Masalah: Jarang-jarang berlaku tetapi tidak perlu mengundangnya. Ular yang berada rapat dalam semak/rumput tidak mungkin kita dapat melihatnya dengan mata kasar kita yang sentiasa fokus dengan ikan. Penyengat seperti tebuan tanah atau lebah juga boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian jika diserang bertalu-talu.

Dan jangan lupa ikan juga boleh mendatangkan kecederaan jika tidak di tangani dengan cara yang betul. Walaupun ikan telah berjaya didaratkan dan keletihan namun sesetengah ikan masih mampu membuat kejutan yang boleh mengakibatkan kecederaan semasa meronta untuk melepaskan diri dan jika tidak bernasib baik anda mungkin akan di gigit atau gewang / mata kail yang ada di mulut ikan mungkin akan terlucut dari mulut ikan dan terkena pada anggota badan anda.

elak-mengigit-hasil-tangkapan

Cara Mengelakkannya: Pakailah pakaian yang sesuai seperti seluar panjang dan baju berlengan panjang ditempat-tempat yang ada potensi wujudnya haiwan liar. Memakai kasut tinggi juga boleh membantu jika ada serangan jenis haiwan bahaya yang berada ditanah.

Cara terbaik menangani ikan ialah dengan menggunakan tangguk bukan dengan tangan lebih-lebih lagi ikan yang besar kerana ia masih boleh memberi kejutan dengan tenaga yang masih ada. Kebiasaan gigitan biasa terjadi semasa kita berada dalam keadaan yang kelam-kabut / keriangan hendak menaikkan ikan dan disinilah biasanya kita akan lalai. Setelah mendaratkan ikan kita akan terdedah pula pada risiko-risiko lain. Dan disini amat penting untuk anda menggunakan playar / forceps semasa menangani gewang atau mata kail di mulut ikan. Usah mengambil risiko meletakkan diri anda terlalu dekat dengan ikan.

7. Jangkitan

Masalah: Hampir majoriti pemancing tidak kisah dengan gigitan ikan, terkena sengatan, luka terkena mata kail yang berkarat, pendarahan, ruam, bakteria, lebam, bengkak atau terkena benda-benda lain semasa memancing yang boleh menyebabkan jangkitan. Ramai tidak sedar kita bukan lagi hidup dalam dunia yang bersih tanpa penyakit. Jangkitan bukan sahaja boleh berlaku pada diri sendiri tetapi juga pada rakan-rakan, family, adik-beradik dan sebagainya. Akibat sikap tidak memperdulikan kebersihan bayangkan anak anda mungkin terkena jangkitan akibat sentuhan yang boleh membahayakan nyawa. Tahukah anda bahawa gigi ikan adalah tempat pembiakan yang terkenal dengan bakteria?

Cara Mengelakkannya: Cegah adalah cara terbaik dari terkena sebarang jangkitan sebab itu amat penting cegah dahulu sebelum terkena. Gunalah playar / forceps semasa membuka gewang dari mulut ikan. Jika terkena sebarang gigitan/sengatan cubalah mengubatinya secepat yang boleh dari terkena jangkitan. Dan yang paling penting bersihkan diri sebelum balik (jika boleh) atau jangan sentuh sesiapa sebelum membersihkan diri. Jika ada anak pastikan anda tidak menyentuh mereka kerana budak kecil akan lebih senang terkena jangkitan. Hampir semua lokasi pancingan, ikan yang anda sentuh, rakan pancingan anda, benda yang anda pegang semasa mancing, air sungai (yang kini biasanya bertoksin dan terdedah dengan penyakit seperti kencing tikus) dan sebagainya tidak lagi bersih. Penuh dengan toksin, bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan.

Kesimpulan

Kecederaan semasa memancing boleh berlaku dimana-mana sahaja tanpa sebarang notis tidak kiralah berhati-hati sebaik mana pun. Namun, walaupun ia sekadar hobi yang relax dan lebih pada rekreasi tidak bermaksud anda boleh leka. Jadi pastikan anda sentiasa memberi lebih perhatian untuk memastikan keselamatan lebih terjamin. Lebih baik selamat dari cedera. Lebih baik trip yang enjoy dan balik dengan hasil yang banyak dari trip yang menyakitkan. Pastikan sentiasa membawa kawan bersama apabila memancing yang boleh membantu apabila cedera. Dan pastikan juga telefon anda sentiasa ada line dan tidak habis credit. Tidak lupa juga pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri supaya dapat menghindarkan diri dari sebarang jangkitan yang boleh membahayakan orang tersayang. Seeloknya belilah First Aid kits standby awal-awal. Paling tidak proses awal/asas mengelakkan jangkitan dapat dihindari.

Jadi sentiasa bersedia, utamakan keselamatan dan enjoy dengan cara yang sepatutnya.

Anda pernah cedera semasa memancing? Sudi berkongsi dengan kami tentang kecederaan memancing terburuk anda?

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Cara Memilih Dan Pentingnya Cermin Mata Polarized Semasa Memancing

Memilih cermin mata polarized yang betul adalah amat penting untuk dapat melihat ikan semasa memancing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.