16 Tips Mudah Untuk Memikat Ikan Tilapia Menggunakan Umpan Tiruan

Fenomena ultralight fishing kian menjadi-jadi dan banyak pemancing ultralight terbangun dari tidur dan mula mencari ikan-ikan kecil yang kena pada game ultralight. Kini hampir majoriti ikan kecil menjadi sasaran pemancing ultralight dan ada yang mengalami kesukaran dalam menjerat beberapa jenis spesis ikan antaranya ialah ikan tilapia.

Ramai bertanya soalan macam mana nak mancing talapia? Jom baca apa yang perlu anda tahu apabila anda ingin mencari ikan talapia menggunakan umpan tiruan seperti soft bait, spoon dan gewang.

kanicen-nix-talapia-tilapia-on-grenti-strike-brudu-softbait

Tips memancing ikan talapia / tilapia dibawah ini adalah melalui pengalaman saya sendiri. berharap ia akan dapat memberi idea dan ilmu apabila anda mempraktikkannya. Bagi saya apa yang penting ialah seperti berikut:

1. Perhatikan diet sekeliling. Yang paling utama ialah saiz anak-anak ikan yang boleh dijadikan sebagai makanan utama ikan di situ.
2. Perhatikan kaler air yang akan mempengaruhi warna badan anak-anak ikan di situ. Jadi pemilihan umpan biasanya/harus seakan-akan anak ikan.
3. Perhatikan kawah / sarang (jika nampak) yang dibuat oleh ikan talapia kerana ikan talapia amat pantang jika sarangnya di ganggu.
4. Perhatikan kawasan air keluar masuk di mana tumpuan utama anak-anak ikan.
5. Perhatikan serangan-serangan ikan lain kerana keagresifan ikan bergantung pada faktor-faktor ini.
6. Perhatikan tahap culas ikan di situ. Jika culas elak memakai pakaian yang menonjol kalernya, elak terlalu expose diri anda pada ikan dan menyorok sedikit.
7. Pelbagaikan teknik anda. Jangan asik menggunakan teknik sama yang tidak dihiraukan ikan.
8. Pelbagaikan kelajuan (tahap speed) karauan / jerking / atau kombinasi ini. Jangan asik sama. Tidak semua ikan aktif atau agresif. Ada hari ia pasif.
9. Pilih kaler umpan yang sesuai dengan diet sekeliling.
10. Pilih saiz umpan yang sesuai dengan diet sekeliling.
11. Kurangkan pergerakkan kerana ikan akan terganggu ada benda lain yang bukan biasa dilihatnya.
12. Gunakan rod yang sesuai untuk mengayakan umpan anda. Tidak semua rod perfect untuk mengayakan umpan anda dengan lebih efektif.
13. Gunakan fluorocarbon 100% kerana ikan culas akan menjauhi umpan anda apabila ia terperasan tali / leader anda.
14. Elakkan penggunaan aksesori yang berlebihan seperti jighead yg besar, mata yg besar, snap yang besar dan lain-lain untuk jenis ikan yang sensitif dan culas.
15. Perhatikan di mana anda berdiri kerana membelakangkan cahaya matahari akan menyebabkan bayang-bayang anda menuju ke arah ikan dan ini akan membuatkan ikan terasa terancam.
16. Perhatikan di mana anak-anak ikan bermain kerana ikan predator sentiasa berada berdekatan dgn mangsa.

Dan paling penting “GUNALAH GRENTI STRIKE” wakakakakaka πŸ˜›

memancing-ikan-talapia-tilapia-menggunakan-softplastik-grenti-strike-brudu

memancing-ikan-talapia-tilapia-menggunakan-softplastik-grenti-strike-brudu-hijau-zafri

memancing-ikan-talapia-tilapia-menggunakan-softplastik-grenti-strike-brudu-oren-zafri

memancing-ikan-talapia-tilapia-menggunakan-softplastik-grenti-strike-brudu-amzar-wat

Share dengan kami jika anda ada tips memancing ikan talapia / tilapia menggunakan umpan tiruan seperti soft bait, soft plastik, microspoon atau gewang untuk memudahkan rakan-rakan lain yang belum lagi berjaya naikkan ikan talapia.

Jika anda merasakan artikel “16 Tips Mudah Untuk Memikat Ikan Tilapia / Talapia Menggunakan Umpan Tiruan” ini bagus sila share. Mekasih πŸ™‚

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Letupan Ikan Toman Keluar Dari Sarang Seperti Ada Hutang

Ikan Toman atau di kenali sebagai Giant Snakehead dalam bahasa saintifiknya Channa Micropeltes adalah sejenis …

4 comments

  1. Assalamualaikum untuk umpan tu kena karau perlahan ke atau kena biar je ikan sambar

    • Wslm bro,

      Biasanya karau perlahan-lahan, jerk slow slow tapi ada situasi bergantung pada lokasi dia perlu laju. Kena try beberapa tempo karauan tok sesuaikan dengan lokasi pancingan yang berbeza.

  2. Fakta benarπŸ‘πŸ˜πŸ˜ terbaik..semoga strike talapia semua ye😁😁😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.