Kerja Gila Menarik Ikan Layaran / Sail Fish di Rompin, Pahang Menggunakan Ultralight

Pertama kali mendengar cerita sekitar 2012/2013 dari seorang rakan ada pemancing menarik ikan layaran kat Rompin, Pahang menggunakan tali halus 6lbs. Katanya mat salleh yang buat kerja gila ni datang dari US menggunakan kayak. Wowwww… Biar betul???

Saya agak tertarik dengan cerita ini dan mula membuat research akan kesahihan dimana “betulkah boleh menggunakan tali halus menarik layaran?”. Makin lama membaca makin banyak terjumpa bukti-bukti yang tidak masuk akal dan timbul semangat berkobar-kobar untuk menjadikannya satu cabaran dan satu realiti. Menarik ikan besar menggunakan setup ultralight sudah menjadi salah satu cara saya meracuni pemikiran pemancing untuk mencuba pancingan ultralight sejak tahun 2009/2010 lagi kerana saya percaya dengan kontrovesilah akan terbuka hati pemancing untuk mencuba. Namun, sentiasa saya ingatkan pancingan ultralight bukan untuk ikan besar.

Sejak mendengar cerita layaran dengan ultralight saya mula teruja dan mahu berbuat sesuatu supaya dapat melakukannya. Saya mula memaksa dan melatih diri menarik ikan-ikan yang kasar menggunakan setup ultralight sebagai persediaan. Agak banyak juga perbelanjaannya dan pelbagai species telah berjaya didaratkan semasa proses ini. Bukan satu kerja yang mudah namun tiada apa yang mustahil. Konfiden diri dan ilmu makin bertambah dari masa ke semasa dan membuatkan diri terasa lebih tenang dalam menangani asakan ikan-ikan yang bersaiz monster.

kanicen-nix-sailfish-ultralight-sailang

Mungkin anda tertanya mengapa mengambil masa bertahun lamanya sebelum mencuba?

Sejujurnya ia bukan mengenai sama ada dapat mendaratkan ikan layaran atau tidak tetapi persoalannya ialah sama ada dapat menyelamatkannya atau tidak kerana saya tidak ada plan untuk membawanya kembali sebagai makanan. Ia lebih pada sport fishing fish dan melepaskannya kembali dengan selamat adalah pilihan saya. Jadi saya mengambil masa untuk memahami proses CNR yang sesuai untuk memastikan dapat kepuasan berganda apabila dapat melepaskannya kembali tanpa membunuhnya.

Trip Pertama – Gagal

Sehinggalah tahun lepas (2016) saya mula membuat percubaan pertama tetapi gagal akibat tali pancing yang bersilang dengan pemancing lain dan putus sebelum sempat melayan. Walaupun dapat merasa kejap asakannya jauh disudut hati telah timbul satu semangat mengatakan “macam boleh”. Terus saya minta Abang Muhdameer Limat yang lebih dikenali sebagai Abang Amir dari team MK Brigade, Melaka membuat booking trip layaran untuk tahun hadapan (2017).

Trip Kedua – Success Tetapi Tidak Berpuas Hati

Setahun telah berlalu dan segala persediaan telah saya buat untuk menguji ikan layaran dengan setup ultralight. Tiba harinya (10/09/2017) kami bertolak menuju ke perairan Rompin, Pahang dengan boat Riduan Rompin dikemudi oleh Tekong Mat Ketum dan awak-awaknya Abang Mad. Saya dan geng-geng dari MK Brigade Abang Amir, Md Zam, Safwan Asri, Mohd Qamarul dan 2 rakan baru yang lain turut serta.

Di awal pagi kami mencari umpan ikan tamban dan selar yang sangat disukai oleh ikan layaran. Selepas mencari umpan kami mula bergerak ke lokasi yang dikatakan lubuk ikan layaran. Cuaca agak suram dari pagi dan kami menunggu berjam-jam lamanya namun tiada seekor pun yang mahu mengambil umpan. Saya bersenjatakan 2 setup ultralight dengan rod prototype Kanicen Nix – Sailang di isi tali 4lbs dengan reel Quantum Smoke 10 dan reel Shimano. Elok berkhayal menikmati pemandangan laut biru yang luas tiba-tiba terdengar jeritan drag dan saya mula menahan asakan tetapi tidak sampai 10-15 saat leader putus digigitnya. Kecewa tetapi semangat makin berkobar-kobar kerana bertambah kuat hati mengatakan “boleh”.

Saya kembali ke belakang boat dan Abang Amir memberi saya satu lagi setup lain yang telah dihanyutkan dengan umpan ikan tamban. Sebaik saya memegang rod itu tali mula keluar dengan lajunya dan kata Abg Amir ikan layaran kalau macam ni. Dia memberi panduan biarkan selama 15-20 saat sebelum membuat sentapan strike. Tujuannya ialan membiarkan ikan layaran itu menelan umpan. Sejurus lepas strike bermulalah aksi melayan ikan layaran. Pecutan padu ikan layaran membuatkan saya tergamam sekejap dan apabila ia mula membuat aksi seperti menari di atas air membuat saya terpegun dengan kepuasan dapat menyaksikannya.

Lebih sejam perlawanan yang penuh kesengsaraan barulah berjaya menaikkan ikan layaran itu. Kami mengambil segala ukuran panjang dan menimbang berat ikan layaran. Agak kecewa kerana penimbang rosak kerana setiap kali menimbang kami tidak dapat berat yang sama. Ikan  selamat dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.

Apa pun hati cukup gembira kerana akhirnya berjaya mendaratkan ikan terpantas dunia dengan setup ultralight yang dikatakan mustahil. Walaupun kesemua jari saya membengkak dan badan terasa sakit yang amat sangat tetapi kepuasan dapat mendaratkan ikan layaran ternyata menjadi pengubatnya.

Sehari selepas trip layaran saya mula membelek semua gambar dan video yang ada. Dan agak kecewa kerana banyak gambar dan video yang diambil agak kucar-kacir dan tidak memenuhi kehendak IGFA. Hati mula bergolak kembali untuk misi “repeat”.

Planning Trip Repeat

Tanpa berlengah saya berusaha membuat booking namun tidak ada satu pun tarikh weekend yang masih kosong dan saya mengambil keputusan membuat trip ikan layaran pada hari bekerja untuk mengelakkan terlalu banyak boat yang boleh mengurangkan peluang untuk strike. Pelbagai situasi saya lalui sebelum dapat membuat tempahan dimana ada bot yang tidak berani memberi sebarang jaminan kerana katanya ikan layaran kini telah pergi terlalu jauh dari lokasi biasa dan mungkin tidak akan dapat peluang. Namun saya tetap berdegil untuk mengambil risiko.

kanicen-nix-sail-fish-challenge-ultralight-game

Hati kian memberontak untuk meneruskannya dan saya mula membuat beberapa panggilan mengajak geng-geng ultralight. Ternyata ajakan terus mendapat sambutan dan saya menggunakan tekong yang sama untuk membuat kerja gila ini sekali lagi kerana mereka faham apa yang kami kejar dan cuba usahakan.

Kesemua yang turut serta ialah kaki-kaki peminat pancingan ultralight iaitu Ibnu Rasyid, Alan Kajang, Hairz Zer, Norzaini Zack dan Hakim. Sehari sebelum menaiki bot kami membuat beberapa rehearsal (memberi tugasan) supaya kali ini kami dapat segala gambar dan video yang boleh digunakan untuk memenuhi kehendak IGFA.

kanicen-nix-sail-fish-ikan-layaran-with-friends

Trip Ketiga – Success

Pada hari kejadian 5/10/2017 (Khamis) kami bersarapan dan mula menaiki bot sekitar pukul 8:00 pagi dan terus menuju ke unjam untuk mencari umpan seperti ikan tamban dan ikan selar. Selepas sejam berusaha tibalah masa menuju ke lokasi yang agak jauh kerana kali ini Tekong cakap kita akan ke Pulau Berhala mengambil masa selama sejam plus minus. Kata tekong ikan semua berada di sana. Tibanya di lokasi terdapat beberapa boat lain yang juga turun mencari ikan layaran. Kali ini cuaca yang bagus memberi kami kelebihan dan dapat melihat ratusan ikan layaran menunjukkan layarnya sambil bermain di permukaan air mengejar anak-anak ikan. Rakan-rakan lain yang pertama kali turun teruja melihat indahnya suasana ikan layaran bermain air.

Setup yang digunakan ialah:

Rod: Prototype Kanicen Nix – Sailang
Mainline: 4lbs line
Reel: Quantum Smoke 10
Leader: 22lb Prototype Burn International
Fish: Sail Fish / Layaran
Umpan/Bait: Tamban & Selar – Fringescale Sardinella & Yellowstripe Scad

Tanpa berlengah kami mula mencapai rod pancing dan membuat lontaran. Tidak sampai 10 minit rod Zack mula mendapat sambutan dan bermulalah aksi ikan layaran menari di atas air. Hampir 10 minit melayan tiba-tiba rod saya pula mendapat sambutan dan bermulalah perlawanan siapa lagi kuat. Masa inilah mental kena kuat, hati kena kental dan minda kena positif kerana segala kesakitan dan kesengsaraan akan mula dirasai. Terasa menyesal pun ada namun terpaksa meneruskannya demi mengejar misi mencabar diri.

Anda boleh saksikan video ini selebihnya:

Apakah Tujuan Sebenar?

Semua ini adalah untuk percubaan buat world record. Tapi yang dapat hanya kesakitan. Hahaha :D.  World record untuk ikan layaran ialah 64kg dengan mainline 4lbs dan 50kg dengan 2lbs. Ternyata jauh lagi perjalanan. Selepas berhempas pulas selama 1 jam 40 minit dan melawan segala kesakitan, berat ikan yang dapat di daratkan ialah 25kg sahaja. Selepas pulang dari trip layaran kami berjumpa dengan Mr. Chris (IGFA Representative) selaku person in-charge di Malaysia untuk world record, baru kami dapat tahu ikan layaran kita tiada yang besar-besar seperti di lautan Atlantic. Kata Mr. Chris “tidak ada bukti sahih yang berjaya ditunjukkan oleh sesiapa mengatakan ikan layaran diperairan kita lebih dari 50kg. Semuanya hanya anggaran cakap mulut”. Agak terkejut tetapi pengalaman Mr. Chris memancing ikan layaran sejak tahun 80’an membuatkan kami percaya. Ikan layaran kita hanya sekitar 30-40kg plus-minus dan kebanyakkan hanya belasan kilo sahaja. Jadi jika anda ada niat untuk membuat world record ikan layaran di perairan Malaysia boleh lupakan. 😛

Dan satu lagi info penting ikan WAJIB ditimbang di atas darat. Timbang atas boat disqualified. Jadi potensi untuk membunuh seekor adalah amat tinggi jika ingin mengejar IGFA record kecuali ikan air tawar dimana kawasan darat tidak jauh dari lokasi mancing kebiasaannya.

Pengalaman & Tips

Di sini ingin saya share pengalaman yang ada untuk mereka yang ingin mencuba. Apa pun pastikan fahaminya dahulu dan pastikan niat anda tidak terpesong. Anda harus faham Ultralight bukan untuk ikan besar tetapi jika anda ingin mencubanya pastikan be ready untuk tanggung segala risikonya.

Segala tips-tips di bawah ini saya berharap akan dapat memberi sedikit idea dan inspirasi untuk anda jika ingin menduganya. Ingat semua ini pengalaman yang saya sendiri lalu yang dapat saya ingat dan rumuskan untuk tujuan didikan. Lain orang lain cara; lain orang lain pengalaman; lain orang lain skills dan lain orang lain situasi.

1. Laut Luas

Laut luas jadi kesabaran adalah kunci kejayaan. Jangan tergesa-gesa untuk membuktikan diri anda hebat atau tergesa-gesa ingin mengalahkan ikan. Anda menggunakan setup ultralight bukan setup heavy game jadi betulkan mentaliti supaya berada di landasan yang betul. Kita bukan mancing ikan karang jadi tidak perlu cemas.

2. Larian Pertama

Amat mudah untuk mengetahui sama ada ikan layaran telah memakan umpan anda dimana tali akan keluar dari spool dengan laju. Apabila ikan layaran sudah memakan umpan, kira dalam 15-20 saat sambil melepaskan tali sebelum membuat sentapan strike. Pastikan drag anda berada dalam kekuatan yang minima (anggaran dalam 20-30% maxima) kerana menggunakan setup ultralight adalah tidak wajar membuat sentapan kuat dengan drag force yang kuat. Pada masa membuat strike inilah ikan akan melompat membuat aksi menari di atas air. Dan betul gelaran yang diberi “the dancing fish”. Jadi pastikan anda merakam moment ini. Larian pertama (First shoot) biasanya 100m sekelip mata dan jika menggunakan setup UL faham-faham la yer.

kanicen-nix-layaran-ultralight-sailang

3. Drag Force

Pastikan setting drag force tidak terlalu kuat kerana ini adalah cara dari mengelakkan tali anda putus. Ikan terpantas dunia jadi impact akibat lariannya boleh membuatkan tali putus dengan mudah. Kebiasaanya umpan anak ikan yang digunakan akan ditelannya. Pada masa ini kita layan sahaja kekuatan ikan dengan force drag yang sesuai jadi tidak perlu risau sama ada ia solid hook up atau tidak. Anggaran drag sekitar 20-30% maximum. Lagi jauh ikan shoot, lagi banyak tali anda keluar dan lagi tinggi force drag anda kerana akan ada lebih geseran. Ini anda kena faham dan longgarkan drag apabila perlu.

Jika anda masih tidak faham akan drag sistem pastikan baca artikel dibawah ini:

https://www.ultralightanglers.com/apakah-ukuran-drag-yang-betul-untuk-reel-bagi-pancingan-ultralight/

4. Memahami Rod Ultralight

Punca utama rod patah adalah disebabkan kesilapan diri sendiri kerana hampir 97% kes patah adalah disebabkan “handling” oleh pemancing.

Anda boleh refer artikel ini untuk pengetahuan:

https://www.ultralightanglers.com/kenapa-rod-ultralight-mudah-patah/

Jadi apabila menggunakan rod halus syarat utama ialah tiada paksaan, tiada hentakan dan tiada lifting. Rod ultralight BUKAN dibuat untuk tujuan ini. Jika ingin membuat semua ini pastikan anda mempunyai pengalaman dan memahami segala perkara asas dengan setup yang digunakan.

kanicen-nix-sailang-ultralight-rod-bending-sail-fish

Contoh: Jika ikan menekan ke bawah hold sahaja rod anda dalam posisi melurus kebawah dan jangan sesekali membuat aksi “lifting”. Apa yang penting pada masa ini jangan melawan, jangan memaksa dan jika drag anda ketat cepat-cepatlah longgarkan ke paras yang tidak membebankan tali.

5. Permainan Drag

Apabila ikan sudah mula slow renangannya (tidak bermaksud ia tidak kuat lagi) dan sudah berhenti melakukan aksi-aksi agresif ketatkan sedikit drag dan cuba gulung tali anda sedikit demi sedikit. Masa ini adalah proses yang menyakitkan kerana tali tetap keluar sebab ikan berat. Jadi proses gulung-menggulung keluar-masuk tali ini sangat memerlukan kesabaran kerana ia bersebab. Sebabnya ialah ia umpama teknik “mengetuk” supaya ikan layaran mengikut arah yang anda mahu ia ikut dan ia juga bertujuan untuk meletihkannya. Jika anda tidak mempunyai kekuatan dan ketahanan percayalah anda akan tewas kerana sekali gulung 3 kali ia keluar dan proses ini akan berlanjutan umpama tiada kesudahannya.

6. Memudahkan Proses Memujuk

Proses melayan ikan layaran akan menjadi lebih mudah jika bot mengikut ikan tersebut. Inilah yang kami buat supaya proses menggulung tali masuk ke reel menjadi kurang bebanan sedikit dan tiada isu habis tali. Bukan tak sakit yer masa ini; proses ini memang sangat sakit. Badan saya mula mengalami krem. Kekuatan minda juga amat penting. Proses memujuk ini sahaja boleh memakan masa dari 45 minit sehingga lebih sejam lamanya.

7. Larian Kedua

Jika ikan yang terkena pancing anda tidak pernah menjadi mangsa pemancing lain maka bersedialah kerana anda tentu boleh saksikan larian padu beberapa kali lagi. Biasanya selepas 30 minit perlawanan ikan akan mula relax tapi masih amat kuat. Selepas 45 minit ikan layaran akan mengalah dan mula menghampiri bot bukan untuk menyerah diri tetapi untuk merehatkan diri mengumpul tenaga. Bila tenaga kembali pulih dan mula nampak kelibat kita ikan layaran itu biasanya akan membuat larian jauh sekali lagi. Dan bermulalah kembali proses yang sama gulung-menggulung tali. Bertahan la yer. Pastikan drag anda tidak terlalu ketat dan biarkan ia lari. JANGAN SESEKALI MEMAKSA atau cuba membuat aksi lucah melawannya kembali kerana dengan setup ultralight anda akan tewas akibat kesilapan. Bersabarlah.

8. Masalah Tidak Dijangka

Sejam pun berlalu dan pada masa ini jika anda menggunakan reel yang tidak tahan lasak maka akan sukar lagi proses menahan asakan ikan. Saya menggunakan reel Quantum Smoke 10 yang mempunyai kekuatan drag maxima 3kg yang pada awalnya saya amat konfiden. Tidak sekali pun saya terfikir ia akan memberi masalah tetapi tiba-tiba reel ini tersekat-sekat pengayuhnya (handle). Bayangkan penat lelah selepas berhempas-pulas lebih dari sejam tiba-tiba jadi pula benda ini… Arghhhh… Pening…

Pada masa ini terfikir perkara yang hampir sama pernah terjadi dahulu dan dengan tindakan pantas apabila bot membuat reverse mengikut ikan layaran saya membuka pengayuh (melonggarkannya) dan mengetatkan kembali. Dan meminta rakan menuang sedikit air kerana terasa reel sudah amat panas. Ternyata tepat keputusan yang saya buat; reel kembali normal walaupun ada terasa sedikit goyang seperti bengkok namun reel tidak tersangkut lagi.

9. Back to Basis

Apabila ikan mula menunjukkan tanda-tanda tidak lagi melawan (anda boleh rasa semasa membuat proses gulung-menggulung) dan mula menjadi lemah; masa ini anda boleh mengetatkan drag sikit demi sikit. AMAT PENTING. Jangan gelojoh, jangan over-excited dan jangan anggap diri telah menang. Fahamkan situasi serta fokus pada segala-gala perkara walaupun kecil dan elak buat keputusan kurang cerdik. Back to basis dimana “kesabaran” akan membantu anda sentiasa fokus pada situasi dan sentiasa faham kemampuan setup yang anda guna. Layan ikan layaran itu selagi boleh dan bertahanlah dengan kesakitan badan yang anda lalui masa ini.

10. Perjuangan Terakhir

Perjuangan terakhir adalah satu lagi proses yang paling sukar dalam semua ini kerana ikan akan mula lemah dan berada hampir dengan bot. Masa ini ikan akan terasa cemas dan mula menekan ke bawah (air jernih jadi ikan masih kelihatan). Pada masa ini juga kita telah melalui pelbagai tekanan, kesakitan dan mental pun mula berada dalam keadaan yang kurang stabil kerana terlalu lebih dan sakit.

Menggunakan setup UL memang tiada istilah pump ikan jadi kesabaran, ketahanan dan pengalaman sebelum ini akan membantu anda pada masa ini. Sejauh mana anda faham rod yang anda guna, sejauh mana anda faham tali anda guna, sejauh mana anda faham dengan sistem drag reel anda, sejauh mana anda percaya dengan kekuatan ikatan knot anda, sejauh mana anda dapat “FEEL” setiap bunyi yang ada pada setup anda dan sejauh mana anda faham segala-galanya berkenaan dengan setup anda akan menjadi faktor kejayaan kerana INI YANG PALING SAKIT prosesnya.

Dalam video anda akan dapat perhatikan satu scene di mana saya memaksa menaikkan ikan dengan lentukan rod yang menyeramkan tetapi FAHAMKAN yer pada masa ini drag saya tidak ketat dan tali sentiasa keluar dari reel. Perjuangan pada masa ini adalah siapa lebih lama mampu bertahan. Pada awalnya ikan tidak mahu menyerah kalah dan akan sentiasa menekan ke bawah tanda tidak mahu berputus asa. Target saya ketika ini ialah hendak menaikkan kepalanya ke permukaan air sahaja kerana semua ikan akan tewas apabila ia tidak dapat bernafas dengan cara biasa lebih-lebih lagi setelah melalui pertarungan yang meletihkan jadi lagi cepat ia akan menyerah kalah.

11. Fahami Game Anda

Apabila ikan mula tewas pastikan anda bersedia untuk melakukan proses yang paling penting iaitu proses sebelum catch and release (CNR). Jangan tergesa-gesa naikkan ikan dahulu kerana pada ketika ini ikan sudah pasti keletihan. JANGAN GELOJOH. Biarkan ikan di dalam air sehingga ia kembali kuat barulah anda naikkan untuk sesi pengambaran dan lakukan secepat yang boleh. Maxima 5-8 saat dan masukan ikan itu kembali ke dalam air supaya ia dapat bernafas kembali. Apabila ia kembali kuat anda boleh melakukan satu lagi sesi pengambaran tetapi minimakan masa prosesnya dari 3-5 saat maxima.

kanicen-nix-layaran-ultralight-fishing-underwater-shot

Ultralight adalah game melayan dan meletihkan ikan jadi fahami game anda dan fahami apa yang perlu dilakukan selepas berjaya mendaratkan ikan. Jangan cuma pandai layan tetapi tidak tahu cara yang sesuai untuk memastikan ikan sentiasa selamat jika anda memilih untuk melepaskannya kembali.

Ikan yang saya daratkan selamat dilepaskan tanpa sebarang masalah. Tekong amat memahami cara CNR yang betul jadi belajarlah dari mereka.

Nota: Jangan jadi Pro CNR jika anda tidak praktikkan cara CNR yang betul. Belajar dan perbaikilah segala perkara yang penting untuk memastikan proses tangkap dan lepas dilakukan dengan cara yang betul.

12. Persediaan Teratur

Persediaan setup yang sesuai amat penting untuk memastikan kejayaan berada di pihak anda. Anda memerlukan rod yang sesuai, reel yang dalam keadaan yang baik, tali yang masih baru dan aksesori (terminal tackles) yang masih baru seeloknya. Pastikan anda membawa beberapa unit setup (reel, tali, leader, rod) sebagai backup supaya tidak membuang masa jika putus/rosak.  Antara perkara lain yang perlu anda pertimbangkan ialah tali utama wajib minima 300 yards (274 meter) untuk menangani larian pertama yang kadang-kadang mencecah 150 meter.

13. Support & Memahami

Anda memerlukan rakan-rakan yang memahami untuk melalui semua proses ini kerana tidak semua pemancing boleh faham apabila terpaksa menunggu terlalu lama untuk tiba turn mereka. Boleh jadi mereka tidak akan dapat peluang langsung jika cuaca tiba-tiba tidak mengizinkan seperti apa yang terjadi pada tahun lepas (2016) dimana saya tidak mendapat peluang untuk menduganya. Namun sebagai pemancing saya faham situasi ini kerana yang penting kita semua happy dan saya dapat sedikit pengalaman hasil dari tangkapan rakan-rakan lain. Dan yang bagusnya jika anda mempunyai rakan pancing yang memahami mereka akan memberi peluang pula pada anda. Trip repeat pertama tahun lepas (bulan 9/2017) mereka (team yang sama tahun 2016) pula memberi saya peluang untuk mencuba. Inilah dikatakan support dan memahami. Bukan hanya kerana isu “aku bayar kot” jadi lantaklah orang lain. Rakan pancing begini bukan senang untuk ditemui.

Support juga diperlukan semasa anda berlawan dengan ikan layaran kerana masa ini kesakitan dapat diredakan jika ada rakan yang sanggup berbual dengan anda. Support moral dari rakan-rakan sangat penting. Kerana mereka yang positif akan memberi dorongan, nasihat supaya anda tidak melakukan aksi-aksi lucah yang boleh memutuskan tali atau mematahkan rod.

Semua ini adalah TEAM WORK.

14. Percaya Pada Usaha

Percaya pada diri. Percaya pada pengalaman. Percaya pada ilmu. Percaya pada usaha. Dan percaya pada Tuhan. Jangan percaya pada kawan yang suka cakap “putus putus putussssss”. Jika jumpa spesis ini terajang masuk air terus. Hahaha… 😛

Dan jika mahu menduga ikan layaran pastikan bersenam dulu yer.

3 Perkara Dapat Dibuktikan

1. Self Challenge

Saya lakukan semua ini kerana ingin mencabar diri dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan lain yang ingin mencuba sesuatu yang dikatakan tidak masuk akal. Percayalah tidak kira siapa anda kita semua mampu melakukannya jika ada usaha yang wajar.

kanicen-nix-layaran-25kg-ultralight-game-rompin-pahang

2. Drag Kecil

Isu drag adalah antara perkara yang tiada sudahnya apabila melibatkan game ultralight. Tetapi saya dapat buktikan walaupun ikan besar saya masih mampu mendaratkannya dengan menggunakan drag 3kg sahaja. Semua ini memerlukan pengalaman, skills dan “HATI”. Jangan gelar diri anda kaki ultralight game jika takut kalah pada ikan dan tidak faham apa tujuan balance dan matching. Fahami “art of ultralight fishing” baru anda tahu kemampuannya. Usah kondem jika anda sebenarnya tidak berilmu dan berhati kecil macam tikus takut kalah pada ikan bersaiz 2 jari. Usah malukan diri jika anda takut. Lebih baik berdiam diri dan teruskan cara anda tanpa mengecam sesiapa. Semoga anda enjoy sukan memancing ini dengan hati yang bersih.

Nota: Kepada followers lain mohon maaf jika ayat agak keras tetapi ini kadang-kadang perlu untuk mereka yang ego, sombong dan tidak menghargai orang yang berusaha memberi sumbangan untuk tujuan sukan yang lebih seronok.

3. Ultralight Bunuh Ikan

Ramai mengatakan pancingan ultralight ‘membunuh ikan” kerana terlalu lama melawan. Ternyata pandangan ini adalah pandangan negatif dan tidak faham. Jika tidak pernah bermain ultralight game jangan membuat andaian. Jika tidak tahu cara dan teknik yang betul jangan membuat andaian, jika sekadar mencuba ultralight sekali dua jangan bercakap seperti anda tahu semuanya dan jika tidak menjiwai game ultralight lebih baik jangan berkata apa-apa kerana ia akan merosakkan mentaliti pemancing lain yang membawa kearah negatif.

Game ultralight cuma meletihkan ikan bukan menghentak ikan sehingga patah rahangnya, bukan memaksa kederat ikan sehingga ia menjadi lemah sehingga patah-riuk. Saya sudah buktikan pendapat itu adalah salah bukan sekali tetapi 2 kali berjaya mendaratkan ikan layaran dan dilepaskan dengan selamat. Yang bunuh ikan ialah “DIRI SENDIRI” kerana tidak memahami cara yang sesuai untuk menyelamatkan ikan apabila hendak melakukan proses CNR. SEMUA teknik pancingan bunuh ikan jika tidak kena caranya. Nasihat saya ialah betulkan diri dengan ilmu dan praktikannya dengan cara yang betul setiap kali mancing supaya ia menjadi satu amalan. Bila ia menjadi amalan ia akan lebih mudah, ringan dan dilakukan tanpa stress.

kanicen-nix-sail-fish-ikan-layaran-catch-and-release-cnr

Hasil Rakan-Rakan Lain

Trip ini bukan semata-mata untuk mencari world record tetapi juga untuk membuka mata beberapa rakan-rakan lain akan kemampuan setup ultralight depan mata mereka sendiri. Sebelum ini hanya di dalam video dan gambar kini mereka menyaksikan sendiri apa yang terjadi termasuk tekong dan awak-awak.

Ada juga yang mungkin was-was pada mulanya tetapi segala persoalan terjawap apabila saya berjaya mendaratkan ikan layaran ini. Tidak ada istilah berputus asa atau menyerah kalah. Kali ini rezeki menyebelahi saya dan semua rakan-rakan lain yang juga dapat mendaratkan ikan layaran ikan terpantas di dunia.

Walaupun mereka menggunakan setup heavy game namun mereka merasai kekuatan ikan layaran dan bagaimana ikan itu melawan apabila ada hentakan dan regangan lebih kuat dari ultralight. Mereka nampak perbezaan ultralight game setup dan heavy game setup dimana penggunaan ultralight setup mampu menjinakkan tanpa paksaan jadi ikan tidak merasa sebarang tekanan/regangan atau hentakan kuat. Tetapi apabila menggunakan setup heavy game ikan layaran memberi tentangan yang amat kuat kerana ada force drag yang lebih kuat dan rod yang lebih keras namun inilah seronoknya heavy game dapat merasa kekuatan sebenar ikan layaran.

Trip layaran ini telah membuka mata mereka akan kemampuan ultralight, dapat melihat perbezaan setup ultralight dan heavy game, persepsi mereka tentang melayan ikan besar dengan ultralight setup telah berubah sama sekali setelah menyaksikan depan mata sendiri dan yang pasti ilmu yang diperolehi tidak mungkin boleh didapati dimana-mana. Live show memberi mereka ilmu yang jauh lagi bermanfaat dari sekadar membaca.

Testimoni Dari Pengalaman Satu Bot

Hairz Zer

Pertama kali dalam sejarah 34 tahun hidup aku tgk sendiri depan mata mcmane org boleh tarik layaran dgn tali 4lb rod halus gile. Kerja gila mmg tak masuk akal. Luar biasa. Super extreme. Selama ni aku igt mancing ni hobi je. Bila duduk ngan kanicen baru faham ada perjuangan. Ada matlamat. Ada hala tuju. Nak bawak nama malaysia ke persada dunia mancing ke seluruh pelusuk bumi. Menyediakan platform buat generasi akan dtg anak2 melibatkan diri dgn sukan memancing yg lebih beretika dan sihat. Mewujudkan satu komuniti sihat dan positif berkongsi ilmu, belajar dan mengajar, kerjasama.

Dengan uL ni la aku belajar matching and balancing. Baru tau nak baca rod dgn kesesuaian tali, action, game. Dgn uL baru tau kategori game dari UL smpi heavy game. Baru tau mcmane nak cari reel yg sesuai dgn game dan drag. Takde la mancing puyu pakai tali 50lb kan. hahaha…

Dgn adanya platform UL ni la ramai dikalangan pemancing sebenarnya mula belajar nak sesuaikan rod reel dan tali.

Aku join trip uL layaran sbb kanicen. Sbb aku tau aku akan belajar sesuatu. Bukan poyo nak tunjuk sape terer. Bila duduk dgn org yg ada sikap mendidik ni lain. Dia tak sibuk nak bgtau org dialah yg paling terer mancing.

Dari kecik lg klu dah jiwa mancing ni mmg tipu la tak simpan impian nak dpt lesen besar kan. tak sangka aku boleh tarik layaran dgn ilmu tunjuk ajar posisi mcmne nak handle rod, mcmne nak handle drag. Apa yg patut buat bila layaran lari, bila dia lompat, bila dia dah penat.

Aku yakin sgt2 Allah akan tunjuk aku jalan belajar dgn org yg paling sesuai dan layak. Kanicen la orgnya.

Trip layaran lebih kepada dengar cakap, ikut arahan, patuh pemimpin, kerjasama, kekuatan teamwork, positif, tak guna kepala otak sendiri, input dan paling best dpt mancing ngan kanicen.

Kesimpulannya, bila kita taat pemimpin dlm dunia mancing ni, lebih dari layaran pun bole tarik jgnkan set 2-6 malahan set-set lain.

Sebab kepercayaan yg terbentuk bukan pasal kita terer tp pasal taatnya kita pada tunjuk ajar dan kepercayaan org yg layak dan sepatutnya.

Jadi kenapa aku masih bersama kanicen? Kerana aku nak bersama dalam memperjuang dan merialisasikan matlamat visi dan misi kanicen nix membawa dan mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia dgn platform yg sgt2 luar biasa dlm dunia mancing, ultralight fishing 🙂 🙂

Hidup kanicen 🙂

RJ Singam

A failed success- my story of an epic trip

I got a call from Kanicen asking me if I wanted to come along for a fishing trip, and the target, the majestic beautiful sailfish. I jumped on the opportunity immediately and one day later we were on our way to the small town of Rompin. Fast forward to the day of fishing. We set out early in the morning and after a hearty breakfast of “nasi dagang” we got onboard the boat and headed out to sea in search of the lightning fast and acrobatic sailfish. The target for the day, land one sailfish using an ultralight set-up. More specifically, using the new sailang 2-6 lb rod. To be completely honest, I was a bit sceptical and curious to see whether or not it was possible. 1 hour into the trip, after numerous attempts of getting the sailfish to bite, we finally had a fish on and there was no mistaking the signature scream of the reel. We were sure it was a sailfish at the end of the line and the fish later confirmed it by jumping clearly out of the water and hypnotising us with its beautiful dance mid air.

Armed with a sensitive but robust rod, Kanicen started showing his patience and master class skills in reeling in the beast at the end of his line. I was in shock and awe watching how slowly but surely, Kanicen was bringing the fish in using an ultralight set up. A good hour and a half later, the fish was finally landed. The fish was beautiful. I remember all of us were scampering around getting pictures and measurements for an attempt at the world record of landing a sailfish using an ultralight set up. As soon as were done, we revived the fish and set it free to fight once again. From this trip, I learnt that:

1. Using an ultralight set up, it is possible to land a sail fish. However, if you cannot withstand 1 and a half hours of torture, do not try it.
2. Despite fighting the fish for that long, if you practice the correct techniques, the fish will survive.

And last but not least, why did I say this trip was a failed success? We failed in setting the world record, but we were successful in proving that it was very much possible to land a beast of such proportion on an ultralight rod. We were successful if proving that the Sailang is of excellent quality. Lastly we were also successful in proving to the ultralight community that nothing is impossible.

Muhdameer Limat (Abg Amir)

Pertama kali mengikuti trip layaran di rompin dengan ada nya tester-tester dan masta-masta ultralight yang hebat terdetik dihati ingin membelajari teknik-teknik dan skil0skil pengunaan set-set ringan/ul. Dapat belajar dari segi pengunaan reel, tali dan rod yang mampu bertahan dari bebanan ikan yang besar.

Ajakan sifu UL tuk brmain ikan besar dengan set UL membuatkan saya tak keruan. Apabila saat yang ditunggu umpan di ragut ikan.. Salah satu joran UL ditarik ikan dari situ saya dapat belajar bagai mana kendali kan set UL melawan ikan bersaiz xl. Dan salah satu yang saya tak bole lupakan semangat kawan-kawan memberi sokongan.

Dari mula ikan strike smpi ikan dapat di tumpaskan dari situ saya dapat belajar cara-cara mengunakan set UL. Byk ilmu yang saya dapat. Kesabaran tolong menolong antara pemancing tekong dan awak-awak yang membuatkan kejayaan mendaratkan ikan bersaiz xl.

Feedback Dari Facebook

Anda boleh lawati dengan click video dibawah untuk membaca segala komen yang ada:

Sail Fish / Layan Dengan Ultralight by Kanicen Nix

The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams. Believe in yourself! Have faith in your abilities! There will be obstacles.There will be doubters. There will be mistakes. But with hard work, there are no limits. After 1 hour 40 minutes finally landed this beautiful sail fish.Rod: Prototype Kanicen Nix – SailangMainline: 4lbs lineReel: Quantum Smoke 10Leader: 22lb Prototype Burn InternationalFish: Sail Fish / LayaranUmpan/Bait: Tamban & Selar – Fringescale Sardinella & Yellowstripe ScadCredits: Skipper Mat Ketum and Mad, Kanicen Nix Pro Staff Ibnu Rasyid and friends Md Zam, Muhdameer Limat, Mohd Qamarul, Safwan Azri Ismail, Hairz Zer, Mohd Norzaini Zack, Hakim, Rj Singam and few others for the team work. Not to forget videographer/photographer Alan KajangPlease don't do this without proper experience assistant and knowledge.#kanicennix #ultralightfishing #trendsetter #ultralightangling #ultralightanglers #mancing #joran #fishing #catchandrelease #fishinglife #pancing #fish #animal #instagramfishing #nature #sailang #seafishing #saltwater #saltlife #bigfish #sailfish #layaran #rompin #pahang #malaysia #monsterfish #monsterVideo by: Alan Kajang

Posted by Kanicen Nix on 23hb November 2017

Here’s some of the feedback received:

Kata-Kata Akhir

Ingat kita main ultralight game (bukan set kasar, tali kasar atau reel besar) jadi janganlah terlalu gelojoh. Sabar dan fokus pada segala perkara (walaupun kecil) kerana ini yang akan menentukan kejayaan anda. Semua ini memerlukan segala pengalaman yang anda telah ada sebelum ini dengan ikan-ikan lain. Jadi gunakan. Fahami rod anda, fahami tali anda, fahami drag anda dan fahami segala apa yang boleh menjadi punca kesilapan yang dapat dielakkan.

Moga melalui artikel ini saya dapat berkongsi pengalaman dan dapat share beberapa tips yang juga boleh digunakan di mana-mana. Tapi ingat, ini bukan ultralight game yang kami cuba buat dan didik. Semua ini sengaja kami buat untuk bako line sahaja. Sengaja mengacau minda orang. Sengaja mengacau ketenteraman anda sama ada di ofis atau di rumah. Hahaha :P. Jika tidak di racun bila lagi mahu mencuba game ultralight kan?

Saya mencuba semua ini sebab inginkan pengalaman dan memang sentiasa suka berbuat sesuatu yang luar-biasa dan lain dari yang lain. Semua ini adalah untuk self-challenge. Dan melalui pengalaman ini moga saya dapat memberi INSPIRASI kepada anda dan dapat digunakan untuk tujuan didikan.

Yang pasti trofi ini mungkin menjadi satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Selagi ada hati untuk berusaha pasti ada jalan dan kejayaan.

Good luck pada yang ingin mencuba 🙂

kanicen-nix-sail-fish-ikan-layaran-team-efforts

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.