Perkongsian Ilmu Pancing

Kadang-Kadang Mancing Ikan Haruan Boleh Kecewa Dibuatnya

trip memancing ikan haruan

Ada orang cakap senang je mancing haruan ni. Nak cakap salah tak jugak, nak cakap betul pun tak jugak. Bagi saya kadang-kadang boleh kecewa apabila apa yang dicari terlucut depan mata. Lagi geram apabila saiz pula memang saiz idaman. Geram sampai bawak balik motor masih terbayang-bayang di kepala situasi yang terjadi. Aduhhhh… Sepanjang perjalanan balik memang ada rasa tidak puas …

Read More »

Seliat-Liat Ikan Pasti Ada Caranya Jika Ada Kepelbagaian Usaha

wawan-peacock-bass-kanicen-nix-sailang-grenti-strike-soft-plastic

Bila bangun pagi, benda yang pertama sekali terfikir di kepala, nak pergi mancing. Kena pula tak kerja. Tapi nak pergi mancing dekat mana?? Berfikir sejenak. “Hmm pergi Tasik Prima je la”, bisik dalam hati. Apa lagi, mandi, siap-siap, start kereta, terus shoot ke tasik prima. Sampai di Tasik Prima dalam pukul 6.45am, hari masih gelap, so apa lagi, siapkan barang …

Read More »

Teknik Memancing Ikan Tamok

Ikan Tamok? Nama saintifik bagi ikan ini ialah Ellochelon vaigiensis. Dikenali sebagai Tamok(Bahagian Selatan Semenanjung Malaysia), dan Loban(Bahagian Utara Semenanjung Malaysia). Ramai yang beranggapan bahawa ikan ini merupakan ikan yang sama bagi spesis ikan Belanak. Mitos yang mengatakan ikan Tamok adalah ikan Belanak yang telah berubah saiz menjadi besar adalah tidak benar. Bentuk fizikal kedua-dua spesis ini berbeza dan dapat …

Read More »

Syoknya Ultralight Fishing Apabila Anda Mula Ketagih

ikan-sebarau-dua-jalus-hampala-double-stripe-kanicen-nix-sailang-red-eye

Jika ditanya pendapat saya kenapa saya jatuh cinta pada teknik pancingan ultralight? Jawapan yang sangat mudah kerana saya inginkan kepuasan yang simple tanpa memaksa diri ketika mencari strike. Memang agak kekok pada mulanya apabila beralih daripada penggunaan rod heavy kepada ultralight. Macam-macam terjadi contohnya gewang jangan cakaplah, banyak yang jadi korban. Tapi itu semua bukan punca pematah semangat. Banyak juga …

Read More »

Kerja Gila Menarik Ikan Layaran / Sail Fish di Rompin, Pahang Menggunakan Ultralight

Pertama kali mendengar cerita sekitar 2012/2013 dari seorang rakan ada pemancing menarik ikan layaran kat Rompin, Pahang menggunakan tali halus 6lbs. Katanya mat salleh yang buat kerja gila ni datang dari US menggunakan kayak. Wowwww… Biar betul??? Saya agak tertarik dengan cerita ini dan mula membuat research akan kesahihan dimana “betulkah boleh menggunakan tali halus menarik layaran?”. Makin lama membaca …

Read More »

Resepi Masakan Ikan Kesukaan Pemancing

ikan-bujuk-masak-lemak-cili-api

Mancing ni macam-macam seronoknya dan antaranya ialah dapat kawan baru, dapat rasa tarikan tidak kira kecil atau pun besar, dapat menikmati nature dan bermacam-macam lagi. Bagi saya CNR atau bawa balik makan adalah hak individu tetapi apa yang penting ialah adab dengan menghormati semua orang. Saya bukan pro CNR walaupun saya sentiasa amalkan CNR dengan cara yang terbaik tetapi saya …

Read More »

TAK KENAL MAKA TAK CINTA: IKAN HARUAN @ CHANNA STRIATA

Bagi kalangan pemancing di Malaysia khususnya, sudah begitu sinonim dengan ikan haruan dan boleh dikatakan rata-rata pemancing terjebak dengan arena casting disebabkan ikan jenis karnivor ini. Ikan haruan atau nama saintifiknya, Channa striata merupakan ikan air tawar yang mudah ditemui di seluruh kawasan sawah, saliran air, parit, tasik, paya dan kawasan berair di kebanyakan negeri-negeri di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Maka tidak …

Read More »

MARI KENALI IKAN KERAPU (GROUPERS)

Ikan kerapu (groupers) adalah antara ikan air masin yang sering menjadi kegemaran landbase caster. Selain rasa yang sedap, ikan ini juga mempunyai permintaan dan harga yang tinggi pasaran tempatan. Faktor ini yang menjadi tarikan utama kepada pemancing untuk memburu spesis ini dan ada antara pemancing yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk pergi ke tengah lautan bagi merasai tarikan rakus ikan …

Read More »

Apa Kata Pemancing: Mengapa Saya Suka Soft Plastik?

ultralightanglers-soft-plastik-tips-zamisma-abu-kanicen-nix

Saya antara penggemar tegar Soft Plastic dalam teknik casting. Pada saya Soft Plastic lebih bersifat natural apabila digayakan dengan betul. Apa yang penting dalam pemilihan Soft Plastic perlulah sesuai dengan sasaran buruan kerana setiap target ikan ada dietnya tersendiri dan perlu disesuaikan dengan teknik yang kena dengan habitatnya untuk mendapatkan strike. Ada banyak perkara harus diteliti supaya sesi pancingan menjadi …

Read More »

Teknik Memikat Tiger Fish

kanicen-nix-softbaits-tiger-fish-muhammad-zafri

Tiger Fish @ Datnoid merupakan ikan predator/pemangsa yang cukup dikenali di kalangan pemancing,namun begitu spesis ini kian terancam dan mengalami kepupusan. Mendiami kawasan yang bereba dan sangat agresif terhadap spesis-spesis ikan kecil. Diet pemakanan Tiger Fish adalah seperti anak-anak ikan serta anak-anak udang. Cara Tiger Fish menangkap makanan begitu unik iaitu dengan menyedut makanan seolah-olah seperti vakum. Di Malaysia cuma …

Read More »

Responsive WordPress Theme Freetheme wordpress magazine responsive freetheme wordpress news responsive freeWORDPRESS PLUGIN PREMIUM FREEDownload theme freeDownload html5 theme free - HTML templates Free Top 100+ Premium WordPress Themes for 2017 Null24Món ngon chữa bệnhCây thuốc chữa bệnhNấm đông trùng hạ thảo