Aku Mancing Sebab Nak Dengar Drag Reel Sahaja

Pernahkah anda berbisik pada hati anda tujuan anda memancing? Apakah yang anda cari sebenarnya apabila memancing?

kanicen-nix-sengat-mancing-kerana-ingin-dengar-drag-reel

Terdetik hati ini menulis artikel apabila bertembung dengan rakan pancing lain yang agak konfius dengan politik mancing yang wujud pada masa kini. Di tanyanya soalan pada saya yang berbunyi;

Rakan Pancing:

“Bang saya ada benda nak tanya abangla kalo tak keberatan nak menjawap. Apa tujuan sebenar abang mancing? Abang lebih pada hasil tangkapan atau abang saja nak mancing suka-suka atau mancing ada tujuan lain?”

Saya:

Apa yang pasti brader ini agak stress apabila bertanya kerana ada benda yang menganggu pemikirannya. Dan saya pun tanya dia kembali “Napa bro ada isu ke? Ada masalah ke time mancing atau ada masalah lain yang bro tak boleh nak handle?

Rakan Pancing:

Jawapnya “Takda la bang cuma saya stress sangat tengok kawan-kawan mancing yang asik nak riak dan asik nak cari popularity dan yang paling saya meluat kutuk orang lain. Tak semua yang saya kenal mancing sebab nak seronok-seronok dan lebih pada enjoy. Semua macam ada masalah mental la bang. Tertekan saya mancing dengan dia orang”.

Saya:

“Okay saya faham maksud bro. Apa yang bakal saya cakap ini mungkin akan buat ramai terasa dan mungkin akan buat bro juga sakit hati. Jadi jangan terasa dan jangan salah anggap. Saya mancing sebab satu je bro.”

Rakan Pancing:

“Apa dia bang? Boleh share?”

Saya:

“Boleh bro. Ilmu tok semua. Saya mancing satu sebab je bro. Saya mancing sebab nak dengar bunyi drag reel sahaja. Takda benda lain. Bunyi drag tu buat saya rasa tenang, buat saya rasa berjiwa dan buat saya lupa segala masalah yang ada. Itu je bro sebab saya mancing”.

Rakan Pancing:

“Biar betul bang. Tak sangka tu jawapan abang”.

Perbualan ini membuatkan rakan pancing saya puas dengan jawapan dan hilang segala benda yang bermain di kepalanya. Tampak muka menjadi lebih tenang dan hilang stressnya.

Apa yang pasti dunia pancing kini makin rosak dengan politik sendiri dan agenda-agenda yang merosakan mentaliti rakan pancing yang lain. Pernahkah anda terjumpa jenis-jenis pemancing yang begini?

1. Jenis yang riak setiap kali dapat ikan?
2. Jenis yang bongkak apabila menjadi popular.
3. Jenis yang kerjanya kondem orang lain.
4. Jenis yang kerjanya fitnah orang lain.
5. Jenis yang akal pendek kerana percaya akibat cerita yang dibawa.
6. Jenis yang mancing hanya kerana batak like.
7. Jenis yang menganggap diri terlalu hebat mancing.
8. Jenis yang suka menganjing mungkin dalam darah ada DNA anjing.
9. Jenis yang sembang besar sedangkan mancing setahun sekali.
10. Jenis yang mancing segala-gala dia hebat.
11. Jenis yang mancing kerana mengejar nama.
12. Jenis yang mancing sambil mendabik dada perasan hebat.
13. Jenis yang mancing kena layan macam idola.
14. Jenis yang mancing tapi sekadar pakar teori.
15. Jenis yang mancing tidak beradap.
16. Jenis yang mancing smart tapi suka buang sampah merata-rata.
17. Jenis pemancing yang suka buat tuduhan melulu.
18. Jenis pemancing yang putus asa akibat fitnah.
19. Jenis pemancing yang menganggap diri terlalu berilmu.
20. Jenis pemancing mulut longkang.
21. Jenis pemancing suka meludah orang lain.
22. Jenis pemancing yang kunun-kunun penunggang agama.

Dan bermacam-macam jenis pemancing lain…

Apakah yang bakal jadi dengan hobi murni ini jika kita semua mempunyai rakan yang macam ini? Apakah yang bakal terjadi jika perangai ini menular ke generasi akan datang lagi-lagi kat anak sendiri?

Keputusan terletak pada tangan anda. Mancing untuk berpolitik atau mancing sebab ia hobi yang murni dan menenangkan jiwa. Saya pilih mancing untuk mendengar jeritan reel. Itu sahaja.  Kita turun mancing nak tarik ikan sahaja. Bile ikan tak makan mule la panas satu badan.. geram je… pastu dok pikir.. pe hal lak ikan nie tak mkn…. mule la godek2 carik sp atau gewang killer bagai.. try punya try tak gak makan… menggelegak satu badan da nie… tetibe… pakai tah ape benda nye sp/gewang makan lak die… adehhh.. tersenyum geli hati… tp PUAS… akhirnya… drag berbunyi… hahaha 😀

Saya pilih bunyi drag. Moga anda juga memilih jalan yang betul.

Saya akhiri dengan video bunyi drag apabila di strike mama toman:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Save

Save

Kanicen Nix

Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.

Check Also

pemancing-moden-dan-pemancing-otai

Pemancing Otai vs Pemancing Moden Umpama Team Manchester United vs Liverpool vs Chelsea vs Manchester City vs Arsenal

Dunia pancingan kini bertambah rancak dengan lahirnya pelbagai golongan yang terjebak dalam aktiviti memancing tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.