Teknik Memikat Ikan Belida Menggunakan Soft Baits – Part 2

Assalamualaikum wbt/Salam Sejahtera

komander-lemon-tea-ultralight-fishing-kanicen-nix-sengat

Soalan 1 dari PM – Boleh abang terangkan bagaimana mahu strike Belida di air kedalaman di bawah 5 meter?

Jawapan 1:

1. Selain dari menggunakan Gewang spt minnow bersaiz 7cm ke bawah, blade bersaiz 5cm ke bawah & Viber bersaiz 5cm, saya juga suka menggunakan Softplastic bersaiz 7cm ke bawah.
2. Penggunaan setup UL dan Light amatlah digalakan. Ini kerana gertuan belida di dalam kedalaman air yg dalam amatlah perlahan. Kesensitifan tip joran begitu penting.
3. Jighead bersaiz 3 hingga 7 gram dan bergantung juga pada maks lure sesuatu joran dan kedalaman air.
4. Pendapat saya apabila Belida mengambil nafas dipermukaan air dan untuk melihat kedudukan hampir paling tepat ialah dalam diameter hampir 1 meter dari Belida tenggelam ke dasar. Keawasan mata penting kerana Belida akan membuang gelembung udara kecil pertama dan kedua yg menunjukan ketepatan Belida tersebut berada selepas ia tenggelam sesudah timbul mengambil nafas.
5. Lontar jighead anda melepasi kawasan sasaran Belida berada dan biarkan jighead anda tenggelam ke dasar. Pastikan kedudukan line berada di dalam keadaan tegang, sebelum menggulung kembali jighead anda.
6. Anda hendaklah menggulung kembali jighead dengan kadaran yg amat perlahan sambil diselangselikan lambungan jighead ke atas dgn amat lembut setinggi sekaki, 2 kaki ataupun separuh dari kedalaman air tersebut.
7. Untuk pengetahuan anda kedudukan Belida tidak semestinya di dasar tetapi ada kemungkinan Belida berada di separuh air ataupun 3/4 kedalaman air.
8. Anda juga boleh membiarkan jighead tenggelam hanya pada kedudukan suku air atau separuh kemudian terus digulung dan diselangselikan lambungan jighead dgn amat lembut bg mensasarkan belida yg berada di separuh permukaan ke atas.
9. Ketukan Belida amatlah perlahan dan apabila anda merasa ketukan tersebut pastikan hentakan strike sederhana kuat dibuat. Ini kerana bibir Belida amatlah keras. Ketajaman dan kekuatan jighead yg kuat diperlukan bagi menembusi bibir Belida tersebut.

10. Apabila anda sudah strike Belida, sila pastikan line anda berada di dalam kedudukan yg tegang kerana Belida rajin terbang keluar ke permukaan air. Kedegilan Belida dan kecuaian kita dalam permainan akan menyebabkan Belida berjaya membuang jighead keluar dan melepaskan diri. Kedudukan Rod dan cara kita menangani Rod juga penting bg mengelak Belida terlepas.
11. Saya mencadangkan anda membuat ikatan Rapala Knot diguna pakai di jighead bagi lenggokan aksi jighead dan softplastic lebih natural.
12. Warna Softplastic bergantung kepada pelabagai faktor seperti warna air, cuaca dan waktu anda beraksi. Teori Asas warna wajib dipraktikkan. Bagi waktu awal pagi, lewat pentang saya lbh suka menggunakan warna2 natural spt puteh & hitam. Awal malam pula puteh dan floresent hijau. Manakala di waktu ada matahari warna2 gabungan spt merah, hijau dan juga oren digunakan.
13. Bagi kawasan permainan anda yg mempunyai banyak halangan seperti sungai, tali air ataupun paya, penggunaan Wormhook amatlah digalakan bagi mengelak sangkut. Wormhook yang kosong atau pemberat. Kaedah Texas Rigs & Corilina Rigs boleh diguna pakai dan Softplastic bersaiz 3″.

komander-lemon-tea-ultralight-fishing-kanicen-nix-sengat-ultralight-rod

Credit: Komander Lemoon Tea

Sila share artikel ini jika anda merasakan ia sesuai untuk bacaan rakan-rakan anda.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.