Review: Softplastic Kanicen Nix Geli-Geli

Bila orang terdengar atau terbaca perkataan geli-geli, mungkin gambaran yang sedikit lucah atau kelakar akan terpampang di minda sesetengah orang. Tahniah kepada mereka yang tidak terfikir akan benda-benda sedemikian kerana berada dalam kelompok yang sangat ‘rare’ atau jarang-jarang ada.

Apa pun, itulah yang menerjah pemikiran saya apabila Kanicen Nix memberitahu saya produk terbaru beliau selepas ini akan diberi nama Geli-geli. Kali pertama saya melihat rekabentuk Geli-geli, barulah saya nampak dengan jelas di mana yang dikatakan ‘geli-geli’ tersebut. Bahagian hujung ekor hingga ke bahagian tengah softplastic inilah yang menjadi daya tarikan khasnya untuk ikan-ikan pemangsa. Hanya dengan sedikit goyangan dan getaran sahaja, ekor softplastic ini akan tergedik-gedik manja bagaikan diminta untuk dibelai dan diberi perhatian.

Panjang keseluruhan Geli-geli ialah 5.7cm, dengan berat sekitar 1g. Terdapat empat jenis warna yang ditawarkan buat masa sekarang iaitu merah jambu @ pink, oren, hijau muda @ charteuse green, dan putih mutiara @ pearl white. Keempat-empat warna ini juga telah diadun dengan bahan khas untuk menjadikannya ‘luminous’ atau dalam bahasa mudahnya, ‘glow in the dark’ selepas menyerap cahaya. Satu kelebihan yang sangat penting untuk mereka yang ingin memancing pada waktu malam. Softplastic Geli-geli juga mempunyai bau @ scent seperti udang kering yang akan menaikkan kadar ‘strike’.

Initials atau tanda nama Kanicen Nix @ KN juga telah diletakkan di bahagian tengah badan softplastic. Bak kata iklan di televisyen, “Pastikan Ori, baru beli!”. Sekiranya ada tanda KN, bermakna produk yang anda guna itu adalah yang asli.

Untuk makluman, rekabentuk Geli-geli adalah rekabentuk asli yang dibuat oleh saudara Kanicen Nix sendiri. Beliau telah berhempas pulas selama 2 tahun sebelum produk ini dipasarkan kepada pembeli. Ramai yang menyangka bahawa Geli-geli adalah produk OEM yang telah di’rebrand’ semula. Hakikatnya, ribuan ringgit telah dilaburkan untuk menghasilkan rekabentuk dan acuan @ mold untuk produk ini. Jadi, kita sebagai pembeli yang bijak perlu melihat dan menilai sendiri usaha anak Malaysia yang ingin memartabatkan dunia pancingan dengan menghasilkan produk rekaan sendiri. Bukan proses yang mudah untuk menghasilkan rekabentuk sendiri. Terlalu banyak modal, masa, dan pengorbanan yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan prototaip sebelum hasil akhir yang terbaik dapat diperolehi.

Jadi, ikan apa yang makan atau tertarik dengan softplastic Geli-geli ni?

Saudara Kanicen Nix sendiri bersama team beliau telah berhempas pulas selama 2 tahun menjalankan ujian lapang di perairan negara kita. Boleh dikatakan hampir SEMUA ikan pemangsa tertarik dengan lenggokan manja Geli-geli. Antaranya ialah Haruan, Peacock Bass, Bujuk, Siakap, Kerapu, Belida, Baji, Bulan, Tilapia, Sebarau, Sikang, Arowana, Baung, Alu-alu, Ketutu, Siakap Merah, Jenahak, dan banyak lagi.

Cara nak menggayakan Geli-geli?

Terdapat banyak kaedah untuk menggayakan softplastic Geli-geli, di antaranya ialah:

1. Jighead
2. Texas Rig
3. Carolina Rig
4. ‘Jika’ Rig
5. Dropshot Rig
6. Weightless Rig
7. Trailer untuk jig, chatterbait, rubberjig, spinnerbait

Kanicen Nix Geli-geli ialah softplastic yang mempunyai aksi ‘jerk action’. Kita perlu membuat sedikit goyangan pada tip rod untuk memberikan aksi tambahan pada softplastic ini.

Antara teknik karauan kegemaran saya menggunakan Geli-geli ialah:

1. Karauan sederhana + jerk
2. Karauan sederhana + jerk + pause(berhenti seketika)
3. Karauan sederhana + lift rod ke atas dan biarkan softplastic jatuh ke dasar
4. Karauan perlahan + seret ke dasar
5. Karauan perlahan + seret ke dasar + jerk
6. Karauan laju + jerk

Pelbagaikan teknik karauan anda untuk disesuaikan dengan target ikan. Sebagai contoh, kebiasaannya ikan bulan gemar membuat sambaran ketikan softplastic sedang jatuh ke dasar. Jadi, karauan sederhana + jerk + pause amat sesuai. TETAPI, ada kalanya kita memerlukan penggunaan teknik karauan yang lain kerana ikan bulan amat terkenal dengan perangainya yang suka tukar mood. Jadi, kena cuba teknik-teknik lain yang dirasakan perlu.

Perkara paling penting ialah, jangan hadkan imaginasi anda. Gabungkan teknik-teknik karauan yang anda tahu atau ikut firasat hati anda sendiri berdasarkan kreativiti anda. Semakin lama anda memancing, semakin banyak pengalaman yang akan anda dapat.

Berkenaan warna pula, saya sering ditanya warna apa yang paling ‘killer’. Bukan saya tak mahu jawab soalan ‘cepucemas’ ni. Kalau ikutkan hati saya, keempat-empat warna ni saya pernah dapat ‘strike’. Bagi saya, pemilihan warna yang sesuai ni bergantung pada warna air, dan diet ikan itu sendiri di kawasan tersebut. Contohnya, di kawasan air yang keruh, saya akan elakkan guna warna yang natural seperti putih kerana warna ini akan tenggelam dalam warna air yang keruh. Saya akan guna warna yang terang seperti pink atau oren kerana warna ini akan menjadi lebih menyerlah ketika keadaan air keruh.

Rumusan keseluruhan

Secara peribadi, saya memang menyukai dan menggunakan softplastic Geli-geli setiap kali saya turun memancing. Rekabentuk Geli-geli bagi saya versatil dan banyak teknik ‘rigging’ yang boleh saya praktikkan. Saya yakin dan percaya produk ini memang sesuai untuk digunakan oleh semua pemancing di negara kita. Buktinya, anda boleh buat carian di internet terutamanya di Facebook, Youtube atau Instagram, dan lihatlah sendiri hasil-hasil tangkapan menggunakan Kanicen Nix Geli-geli. Harga RM12 sepeket untuk 10pcs bagi saya amatlah berbaloi.

Akhir kata daripada saya, majulah sukan memancing untuk negara, dan sokonganlah produk tempatan. Siapa lagi nak sokong kalau bukan kita.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Check Also

ikan-bujuk-dengan-soft-bait-kanicen-nix-grenti-strike-geli-geli

Penggunaan Softbait Grenti Strike Sememangnya Lain Macam Penangannya

Di Hulu Langat, Bujuk yang juga dikenali sebagai Forest Snakehead dalam bahasa inggeris atau nama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.