Perkara Asas Yang Anda Harus Faham Sebelum Memburu Tarpon?

Tarpon atau lebih dikenali sebagai ikan bulan di negara kita adalah salah satu spesis ikan yang amat digemari oleh kebanyakkan pemancing-pemancing ultralight. Ikan ini dikategorikan sebagai salah satu ikan “game fish” yang amat disukai diseluruh dunia. Di asia ia di kategorikan sebagai Indo-Pacific Tarpon dimana saiznya tidaklah sebesar Tarpon di lautan Atlantic. Indo-Pacific Tarpon di Asia saiznye cuma berskala maxima 3-5kg seperti yang pernah di perkatakan. Akan tetapi sehingga kini tiada bukti sahih akan berat sebegitu pernah di tangkap diperairan kita.

Tarpon kini menjadi igauan pemancing-pemancing ultralight kerana ia setanding dengan setup yang digunakan. Ikan yang amat suka membuat akrobatik dan amat licik membuang gewang dimulutnya membuatkan pemancing ultralight tidak senang duduk mencari gewang yang paling sesuai.

Di sini kami ingin share gewang-gewang yang biasa kami guna untuk memburu sang bulan yang licik ini. Dengan sedikit skils dan teknik yang sesuai anda mampu menewaskannya. Apa yang penting ialah anda harus memahami beberapa faktor utama iaitu:

1. Diet Ikan Bulan

Memahami diet bulan amatlah penting. Saiz gewang yang terbaik adalah dari 5cm dan kebawah. Ini kerana makanan utama ikan bulan adalah anak-anak ikan yang bersaiz anak jari. Jika menggunakan saiz gewang yang lebih besar peluang untuk memikatnya adalah amat tipis. Kecuali ikan bulan itu bersaiz mega dari 40cm dan ke atas. Ini tidak bermaksud bulan bersaiz kecil tidak tertarik pada gewang besar tetapi peluang untuk membuat hook up adalah amat tipis. Kebiasaannya menggunakan gewang yang besar boleh menakutkan sang bulan.

2. Kaler Air

Air keruh membuatkan semua ikan agak sukar untuk mengesan gewang yang digunakan. Ini adalah faktor utama membuatkan bulan agak sukar untuk di pikat. Air yang paling seronok memancing bulan adalah seperti air nescafe-O seakan-akan hitam tapi jernih. Masa ini bulan amat agresif dan akan lebih frenzy.

3. Kaler Gewang

Kaler gewang amat subjektif sebenarnya kerana tiada bukti yang kukuh mengatakan kaler ini sesuai untuk air macam ni dan sesuai untuk waktu begini. Semua ini masih samar-samar. Apa pun kami share berdasarkan pengalaman kami dimana air keruh kaler yang sesuai digunakan adalah kaler natural seperti hijau, kuning, putih, pearl white, merah hati dan hitam. Ia seakan-akan lumut atau seakan-akan anak ikan apabila bercampur dengan air keruh. Manakala kaler yang striking seperti pearl white, oren, florescent, pink, atau warna-warna striking yang lain amat sesuai apabila air jernih, hitam, kehijauan, atau air seakan-akan air klorin.

Pastikan anda refer post ini untuk kefahaman lebih lanjut:

https://www.ultralightanglers.com/gewang-killer-tapi-tidak-menjadi-kenapa/

4. Teknik Karauan

Teknik karauan juga amat subjektif kerana ikan bulan tukar perangai hampir setiap masa. Adakala ia amat agresif apabila air amat sesuai dan adakala walaupun air sesuai ia kurang agresif. Perkara ini adalah diluar pengalaman dan pengetahuan kami. Apa yang penting ialah anda harus berimaginasi. Teknik jerk slow adalah paling asas apabila mengunakan gewang. Kombinasi yang anda boleh cuba adalah seperti:

Untuk soft baits, spoon, suspending minnow anda boleh cuba:

Jerk-Lepas-Jerk-Lepas atau Jerk 2/3 kali-Lepas-Jerk 2/3 kali-Lepas. Teknik ini boleh digunakan side cast atau ala-ala drop shot.

Fishing-with-classic-floating-jerkbait
Fishing-with-classic-floating-jerkbait
soft-baits-jerk-technique-ultralight-anglers
soft-baits-jerk-technique-ultralight-anglers

Untuk popper dan pensel:

Pop-Lepas-Pop-Lepas atau Pop 2/3 kali-Lepas. Ulanginya. Tidak perlu pop terlalu kuat untuk bulan kerana percikan air yang kuat mungkin membuatkan ia takut. Apa pun adjust mengikut keadaan.

popper-retrieve-action-ultralight-anglers
popper-retrieve-action-ultralight-anglers
popper-retrieve-technique-ultralight-anglers
popper-retrieve-technique-ultralight-anglers

Pensel-Karau 2/3 kali-Lepas-Karau 2/3 kali-Lepas. Jika boleh bagi sedikit percikan air supaya bulan nampak ada mangsa.

5. Faktor Lain

Amat penting untuk menggunakan kaler baju yang sesuai kerana bulan amat sensitif dengan keadaan sekeliling. Elakkan memakai pakaian yang striking seperti merah, oren, hijau epal dan etc. Pemilihan baju seperti biru laut, gelap dan putih lebih ideal.

pakai-sesuai-memburu-tarpon-ultralight-anglers
pakai-sesuai-memburu-tarpon-ultralight-anglers

Lebih bagus jika anda boleh menyorok belakang pokok supaya ia tidak perasan anda. Pastikan kurang membuat pergerakkan yang agak agresif kerana ia akan sedar anda berada disitu. Faktor-faktor ini amat penting jika ikan telah mula culas.

6. Melayan Ikan Bulan

Tip 1: Apa yang pasti teknik mengawal drag dan tujukan tip rod ke air adalah cara yang terbaik untuk mendaratkan bulan. Ini adalah teknik paling asas yang harus diketahui. Drag yang anda set haruslah dipadankan dengan sesuai semasa melayan bulan. Drag yang terlalu ketat atau tip rod terlalu tinggi akan membuatkan ikan bulan membuat aksi akrobatik dengan mudah.

Tip 2: Dan satu lagi tip yang lebih menyeronokkan ialah menggunakan momentum rod untuk mengawal ikan. Teknik ini memerlukan praktis dan ilmu mengenai setup yang anda gunakan. Setiap rod mempunyai aksi dan kekuatan yang berlainan. Jadi memahami adalah cara terbaik untuk melayan spesis seperti ikan bulan ini. Drag reel tetap memainkan peranan disini tetapi ia akan dibantu dengan aksi atau panjang rod yang ideal untuk melayan ikan bulan dari meloloskan diri dari gewang. Disarankan rod moderate atau slow untuk membuat aksi sebegini kerana ia mampu menahan asakan dan segala aksi akrobatik jika kena caranya. Momentum rod semasa melayan ikan inilah yang akan memberi kepuasan. Apa pun masa adalah faktor untuk anda mempelajari teknik menggunakan momentum rod kerana ini lebih berdasarkan atas kepekaan seseorang pemancing dengan setup yang digunakan. So take your time and try to learn the basic.

Apa pun semua ini memerlukan pemancing berada on-the-field. Pemancing itu sendiri harus melalui pengalaman ini. Tak lalu takkan kemana. Yang penting setiap pengalaman diperolehi jangan sesekali melupakannya. Lain orang lain cara. Lain padang lain belalang. Serupa juga lokasi pancing ini ada bermacam-macam faktor yang membezakannya dimana lain tempat lain gewang atau diet nya.

Jadi Gewang apakah yang sesuai untuk Tarpon?

Sila baca post di page ini:

https://www.ultralightanglers.com/gewang-tarpon-yang-killer/

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.