PENGALAMAN MEMANCING DI EMPANGAN TIMAH TASOH

Pengalaman memancing di empangan Timah Tasoh yang cukup menyeronokkan.

Assalamualaikum wbt semua,

OK guys, seperti yang korang ketahui, empangan timah tasoh telahpun menjadi bualan pemancing-pemancing di sebelah utara yang ingin menduga ikan peacock bass dan kini menjadi salah satu destinasi yang wajib untuk dilawati sekiranya anda inginkan pengalaman tarikan peacock bass. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa spesis ikan yang turut mendiami di kawasan ini selain peacock bass (dia kan pendatang) antaranya ialah belida, toman, sebarau, lampan, talapia, haruan, bujuk dan banyak lagi. So, pada ruangan kali ini aku nak share pengalaman memancing di Empangan Timah Tasoh, Perlis.

 

 

SEJARAH EMPANGAN TIMAH TASOH

 

Berdasarkan Wikipedia, nama empangan Timah Tasoh diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan empangan ini dimulakan pada tahun 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992. Projek ini telah menelan belanja sebanyak RM77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP).

 

Tahukah anda??

 

Di dalam dasar empangan ini, terdapat sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Tasoh yang ditenggelami semasa pembinaan empangan ini. Terdapat beberapa bangunan yang masih ada di dasar antaranya masjid, rumah, sekolah, rumah ibadat dan tanah perkuburan malah terdapat sungai yang masih mengalir dalam tasik ini. Menarik bukan, itulah antara hebatnya ciptaan tuhan. Pengorbanan rakyat setempat terutamanya penduduk Kampung Tasoh demi memastikan kelangsungan bekalan air kepada rakyat Perlis.

 

AKTIVITI MEMANCING

 

Berdasarkan makluman yang aku terima dari sahabat Perlis Caster, sebelum membiaknya Peacock Bass, empangan ini merupakan tarikan utama peminat hampala a.k.a sebarau yang bersaiz mega, walau bagaimanapun, setelah peacock bass menjadi majoriti di kawasan berkenaan, sudah agak sukar untuk melihat kehadiran ikan sebarau, masih ada saki baki spesis tu di sana tapi kebanyakan besaiz sederhana.

 

Empangan ini juga menjadi sumber utama nelayan setempat mencari pendapatan, dimana kebanyakan nelayan mensasarkan ikan lampam untuk dijadikan pekasam, disebabkan lampam pun dah kurang, Peacock Bass pun dah jadi pekasam, ini kalau orang amazon tengok, mahu terliur diorang haha.

 

Apa boleh buat kan, yang lepas menjadi sejarah, yang penting sekarang ini, empangan ini sudah pun dipenuhi ikan pemangsa yang sangat pelahap dan memberi lawan yang mengasyikkan bagi pemancing. Berdasarkan makluman dan pemerhatian, kebanyakan pemancing akan mula aktiviti memancing seawal jam 6-6.30 pagi sama ada boating atau landbase disebabkan waktu itulah kemuncaknya ikan PB aktif    (frenzy) mengejar anak-anak ikan. Letupan demi letupan air dapat disaksikan juga korang berada disitu sejak awal pagi, menggigil tangan dibuatnya, lagi gigil kalua tak bawak rod haha.

 

Bagi yang berminat untuk boating, korang jangan risau kerana banyak bot-bot yang boleh disewa di jeti, ada juga yang sediakan bersama tekong. Antara tekong yang boleh dihubungi adalah:-

 

  • Dikput        – 013-815 2042
  • Uzair               – 019-571 7099
  • Own               – 017-542 8467
  • Amirul Kumpow – 014-226 2410
  • Shidi Nordin – 011-3306 7405

 

Terdapat beberapa kawasan landbase yang menjadi tarikan utama antaranya kawasan kubur, jeti dan berhampiran resort Timah Tasoh. Elakkan memakai pakaian tebal kerana disitu kawasan terbuka dan sangat terdedah dengan cahaya matahari, kalau boating, sendiri boleh faham ler macam mana terik cahaya.. sebab tu start mancing awal haha. Selain itu, korang juga kena spare sesalinan pakaian, disebabkan landbase disini semua kena randuk macam gambar kat bawah ni ha.

 

SUMBER : PERLIS CASTER

 

GEWANG PILIHAN

 

Antara gewang-gewang yang menjadi pilihan saya untuk memikat PB Timah Tasoh adalah seperti berikut:-

  1. CLOUSER

NOTA : Kalau berminat boleh pm tekong uzair, sambal boating sambil COD..hehe

 

2. SPINNER CLOUSER (UZAIR CRAFT)

 

 

3. MINNOW

 

Aku cadangkan ampa gunakan saiz 50s dan warna silver, aku guna tu ja selalu..hihi

 

4. Vibre/Blade

 

 

5. Pensil

 

6. SOFTPLASTIC GELI-GELI

 

 

Sudah semestinya antara SOFTPLASTIC WAJIB yang perlu ada dalam tackle box anda..kalau xda ceroi la hahaha..gunakan 4 warna di atas ..insyaAllah akan ada sambutan nanti.

 

NOTA : Bagi yang berminat untuk dapatkan SOFTPLASTIC GELI GELI, jangan lupa boleh PM Kanicen Nix atau pada semua authorized dealer. Serius mencakup.

 

CNR ATAU TAPAU

 

Bab ini agak sensitif sikit, bagi aku la kan, benda ni terpulang kepada prinsip korang sendiri sebab masing-masing ada hujah. Bertekak, bergaduh pun tiada kesudahan…haha.

 

PENUTUP

 

Sebelum aku tutup ruangan kali ini, aku sangatlah mengalu-alukan korang cuba menduga peacock bass di Empangan Timah tasoh. Selain dari tarikan pancingan, di Perlis juga korang boleh rasa masakan ala-ala thai yang sangat paduu antaranya daging bakar dan tomyam. Hehe. Ok setakat ini saja pengalaman yang aku nak share pada korang, semoga ianya memberi manfaat yang berguna pada korang semua. Yeahhhhhh…

Check Also

PEMILIHAN SOFT FROG MENGIKUT KEADAAN SPOT

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Lama bener saya tidak up artikel dalam ruangan website ini, bukan sahaja kering …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.