Mengenali Ikan: Kerandang / Toman Bunga / Emperor Snakehead

Ikan Kerandang juga dikenali sebagai ikan toman bunga merupakan spesies ikan berkepala ular atau berada dalam keluarga snakehead. Ia adalah spesis snakehead yang mempunyai perwatakan yang amat garang dan territorial. Ikan yang amat cantik tetapi jangan terpedaya dengan kecantikannya kerana ia merupakan spesies bergigi tajam dan agresif.

Taksonomi

Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Channidae
Genus: Channa
Scientific Name: Channa marulioides (Bleeker, 1851)
Common Name: Emperor Snakehead
Nama Lokal: Kerandang, Toman Bunga, Jelai

Ikan Kerandang berkongsi persaudaraan dengan spesis snakehead yang lain seperti ikan Haruan, Bujuk, dan Toman. Ikan Kerandang dikelaskan dengan nama saintifik Channa marulloides yang juga dikenali sebagai Emperor Snakehead.

Ada beberapa panggilan tempatan lain untuk ikan Kerandang iaitu: Jahai, Jelai, Jaloi, Kuang dan sebagainya mengikut tempatan masing-masing.

Berbeza dengan ikan snakehead lain, ikan kerandang ini lebih tirus dan mempunyai badan yang panjang dan struktur badan yang padu menjadikannya antara spesis snakehead yang paling garang dan ganas.

Ikan toman bunga biasanya mendiami sungai-sungai dikawasan hutan, tasik dan kawasan berpaya berair gambut, dan kawasan-kawasan kandungan PH airnya yang rendah, sama seperti ikan Haruan dan ikan Bujuk.

Ikan ini juga boleh ditemui sekitar kawasan sungai pergunungan. Dan biasanya di kawasan yang jernih dan hitam corak dibadannya akan kelihatan lebih cantik. Ikan Kerandang dikatakan ada peminat tersendiri dan ia mempunyai nilai yang tinggi dalam industri akuarium kerana rupa bentuknya yang cantik dan kesukaran untuk mendapatkannya. Ia merupakan spesies yang paling cantik dalam keluarga snakehead atau genus Channa. Lebih banyak batik atau corak dibadannya lebih tinggi harga jualan. Pernah terdengar ada yang menjual sehingga Rm2,000 seekor.

Diet utamanya ikan Kerandang ialah anak-anak ikan, udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing. Ia amat suka dengan mangsa yang bermain permukaan air. Amat pantang jika ada yang memasuki kawasan jajahannya. Ia pasti menyerang dengan ganas jika ada umpan atau makanan yang jatuh ke lubuknya.

Ikan Kerandang dikatakan mengalami kepupusan baru-baru ini akibat aktiviti nelayan yang berlebihan kerana harganya yang mahal. Ia makin tukar ditemui dan hampir hilang dari lubuk-lubuk yang biasa dikatakan syurga Kerandang.

Selain Malaysia, ikan Kerandang juga boleh didapati di selatan Kalimantan, Thailand dan Sumatera, Indonesia.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

4 comments

  1. Daripada pengalaman memeliharanya.

    Ikan kerandang spesis yang berbunga putih ini,ada tiga jenis beza warnanya setiap seekor, iaitu dipanggil kerandang kuning,hitam dan merah..antara yang paling susah didapati ialah kerandang Merah dan hitam.Manakala yang biasa kita lihat adalah kerandang kuning..

    Yang paling menarik Spesis ikan ini ada keunikkannya tersediri..iaitu ia boleh berubah warnanya,apabila jika ia tidur atau berdiamkan diri warnanya akan menjadi gelap atau semua badannya menjadi warna hitam cuma yang nampak hanya bunga putih itu sahaja.jika kita kejutkan dia dan mula aktif,ia akan bertukar menjadi warna asalnya.jika kerandang kuning ianya akan kelihatan belang kuningnya itu..manakala hitam dan merah sama seperti itu..

    itu saja saya ingin kongsikan..

    terima kasih..

  2. Kenapa ikan sy mcm mengelupur terbalik berut keatas selepas sy leta aquardine? Normal atau dah nk almarhom??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.