Memancing Cara Hero Melayu, Tamil dan Cina. Hobi Kita Adalah Sama

Zaman teknologi merubah pelbagai perkara di dalam dunia yang penuh dengan cabaran. Begitu juga dalam industri pancing. Dahulu kita mancing setakat dapat dan bawa balik untuk dijadikan lauk tiada peluang untuk bergambar kerana kamera terlalu mahal dan diluar kemampuan kita. Namun, kini dengan adanya smart phone, camera ala-ala GoPro segala bukti hasil dapat di rekodkan untuk digunakan sebagai salah satu cara mencari keseronokan dengan share di Facebook atau mana-mana media social untuk tontonan rakan-rakan di alam maya yang hampir secara majoritinya tidak pernah bersua-muka.

Sejak dahulu lagi kita di Malaysia hidup dengan pelbagai kaum dan agama yang boleh dikatakan aman dan sentosa. Tetapi negatif telah mula memakan diri orang kita mungkin kerana politik, mungkin kerana didikan atau mungkin kerana perangai sendiri yang lupa ajaran asas ibu-bapa, cikgu di sekolah dan juga asas agama yang runtuh.

Memancing-Cara-Hero-Melayu-Tamil-dan-Cina-Kita-Pemancing-1-Malaysia

Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah kita sebagai rakyat yang berbilang kaum yang dahulunya umpama isi dengan kuku harus mancing tanpa politik dan hati yang busuk?

Jawapannya mudah jika anda menghargai semua “Legend-Legend” ini yang telah mewarnai hidup kita sebagai penonton.

1. Mancing Cara Movie Do Re Mi

Cerita P.Ramlee yang terkenal bukan sahaja dikalangan bangsa Melayu tetapi jugak semua bangsa lain dan juga serata dunia. Mengapa cara Do Re Mi?

Kerana mereka sentiasa melawak, sentiasa ketawa, sentiasa happy, sentiasa tolong menolong tidak kira apa pun berlaku, sentiasa bahan-membahan (bukan mengaibkan) dimana yang terkena akan menunggu peluang untuk membalas balik dan semua benda mereka buat sama-sama walaupun bakal mendatangkan bala. Inilah sikap yang kita patut ada antara satu sama lain dikalangan pemancing. Kita enjoy tidak kira apa pun. Mengapa mereka menjadi “LEGEND” sebab mereka spontan menjadi manusia yang ingin menghiburkan semua penonton. Jadi mengapa kita tidak jadi contoh pada rakan-rakan lain yang follow dan berada dalam friend list kita?

Meh tengok lagi walaupun anda dah tengok ribuan kali. Mereka tidak membosankan. Fahami cerita ini dan anda akan paham mengapa ia boleh dikaitkan dengan pancing:

2. Mancing Cara Movie Tamil

Bila cerita tamil je mesti semua akan tersenyum terbayangkan ntah aksi lucah apa pulak hero tamil nak buat kali ni. Stunt mengarut apa pulak la hero nk buat. Gaya hero macam mana pulak dia akan buat kali ni lagi-lagi kalau RajiniKanth berlakon. Lagu-lagu yang penuh dengan irama, macam-macam scene naik bukit turun bukit, guling-guling, dan penuh warna-warni bakal membuatkan cerita menjadi lebih ceria. Start je dari awal mesti riuh menunggu aksi-aksi yang bakal dijadikan sebagai bahan untuk ketawa tanda kepuasan seronoknya cerita tamil.

Begitu jugalah mancing. Adanya bangsa lain menceriakan dunia pancing dengan pelbagai gelagat macam dalam cerita Kabali. Kita mancing mesti nak tunjuk hero dan buat aksi-aksi yang lucah semata-mata nak carik ikan. Dapat ikan besar mulalah aksi kunun-kunun bergaya dengan bangga. Share kat Facebook dengan riak tunjuk hero. Kan seronok macam ni dari berpuak-puak. Dan ingat bukan Indian sahaja suka tengok cerita tamil malahan sekarang Melayu, Cina dan Jepun pun masuk panggung wayang sekali sebab ia ada kelainan yang mewarnai dunia filem.

Cuba fikirkan mengapa orang yang sudah berumur macam Rajinikanth masih boleh berlakon dengan awek-awek muda dan dijadikan hero macam umur 30an?

Sebabnya mudah kerana ramai lagi otai-otai masih berbisa dan boleh lagi membimbing generasi baru yang boleh mengambil alih dunia pancing ini dengan cara yang betul. Jadi hormatlan orang yang lagi tua tidak kira apa pun status nya. Mereka masih berbisa dan sudah pasti berilmu.

Meh tengok cerita tamil nie dan fahami motif nya:

https://www.youtube.com/watch?v=PU5WwelKGvA

3. Mancing Cara Movie Cina

Movie cina je mesti kita terbayang “KUNGFU”. Jackie Chan, Jet Li, Bruce Lee yang membawa pelbagai watak seperti Wong Fei Hong dengan Kungfu Mabuk. Mula-mula hero mesti kena buli, mula-mula hero mesti perangai nakal macam setan. Ada je isu dia buat tetapi lepas tu dialah penyelamat dengan Kungfu Mabok. Dan tidak lupa cerita Kungfu mesti ada terbang sana, terbang sini barulah dinamakan kungfu.

Begitu jugalah dalam pancing. Awal-awal mancing kita tidak bagus. Kita ada perangai macam hebat sangat dan macam semua tahu. Nakalnya memang lain macam sikit. Lepas tu jumpa “GURU” “MASTER” kena balun baru senyap sikit dan mula mengorak langkap belajar ilmu yang betul. Dapat je ilmu time tu lah dia akan tunjuk skills nya.  Carik ilmu dengan orang yang berpengalaman dan train sebaik yang boleh untuk mengasah ilmu tu. Dan jangan cari ilmu satu tempat sahaja. Carilah pengalaman di pelbagai tempat macam cerita Kungfu terbang sana sini. Mancing satu tempat tidak akan mengajar anda apa itu “lain padang lain belalang”. Mancing seharusnya melibatkan perjalanan, trip keluar kawasan apabila dapat peluang. Jangan duduk satu tempat dan berharap akan jadi pemancing yang hebat.

Meh tengok cerita Kungfu ni pula. Fahami motif cerita ini:

https://www.youtube.com/watch?v=TlsLqxhaGzk

Kesimpulan

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Setiap bangsa, agama dan dari pelusuk dunia mana pun masing-masing mewarnai dunia pancingan kita dengan pelbagai cara dan dari pelbagai sudut yang tidak semua boleh lakukan. Apa yang pasti penghujungnya tetap mancing untuk seronok tidak kiralah bertapa hebatnya anda dengan pancing matlamat utama adalah keseronokan dan kepuasan. Fahamilah kita ni pemancing bukan kaki politik. Kita mancing kerana ia hobi kita bukan sebab kita ni hebat atau mencari populariti. “The Rock” pun yang jauh lagi famous pun hobinya mancing. Jadi janganlah rosakkan hobi mancing kerana agenda anda sendiri.

the-rock-fishing-kanicen-nix

Jadi hargailah semua rakan-rakan anda tidak kira bangsa dan agama. Kita semua sama. Kita semua pemancing.

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Save

Save

Save

Check Also

ikan seluang menggunakan teknik hanyut untuk ikan yang sukar makan gewang

Teknik Hanyut Mencari Ikan Yang Sukar Makan Gewang

Teknik hanyut? Apakah itu? Pasti ramai yang tak tahu macam mana agaknya cara mudah memancing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.