Kawal perasaan teruja ketika memancing

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua anglers. Pertama sekali, minta maaf kerana lama sangat saya tak menulis artikel. Macam biasalah, sibuk dengan kerja dan memancing.

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya rasa kita perlu amalkan ketika memancing. Tips ini sangat penting untuk mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini yang saya akan huraikan sebentar lagi. Kita lihat dulu kes di bawah:

“Ketika kita sedang memancing(casting), ada ikan besar menyambar gewang kita di atas permukaan air. Kalau tengok dari segi percikan air, agaknya ikan bersaiz 2-3 kilo jugalah(Nota: timbang guna mata selalunya tak betul haha). Cepat-cepat kita karau semula gewang untuk buat lontaran seterusnya. Kita berasa sangat teruja ketika itu. Badan mengigil tiba-tiba, lutut terasa lemah, tangan menjadi menggeletar, dek suntikan adrenalin oleh badan kita. Kita pun cepat-cepat membuat lontaran dengan gelojohnya ke tempat ikan menyambar tadi. Akhirnya gewang yang kita baling tadi tersangkut di celah ranting pokok di tebing sungai. Ikan tak dapat, gewang pulak kena cukai…Aduhai…”

Fishing lure
Memang spoil kalau gewang kesayangan tersangkut di pokok…

Pernah terjadi kepada diri saya sendiri(banyak kali jugaklah), dan kemungkinan besar juga pernah terjadi kepada orang lain. Pernahkah anda terfikir kenapa perkara macam ni boleh berlaku?

Jawapan mudah, kerana kita tidak sabar. Tapi pemancing kan semuanya penyabar? Betul, itu saya sokong. Tapi macam dalam kisah tadi, bila berlakunya keadaan ikan menyambar gewang tetapi miss, kita ternampak ada boiling ikan, atau kita nampak ikan dalam air yang jernih, anggota badan dan perasaan kita akan berubah. Bagi saya, perubahan atau perasaan teruja @ excited ini yang menyebabkan kita terlepas pandang beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya kes gewang sangkut di pokok, mainline dan gewang kena tiup angin sampai tersidai di pokok, rod patah sebab terkena batang pokok, dan paling ngeri, treble hook pada gewang melekat pada badan kawan di belakang atau sebelah.

Semoga kita semua dijauhkan dari tragedi ni...
Semoga kita semua dijauhkan dari tragedi ni…

Saya ambil masa yang lama juga untuk sedar. Alhamdulillah saya dapat juga jalan penyelesaian. Bila saya berasa teruja hingga anggota badan saya menggeletar, saya akan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan semula untuk menenangkan diri dalam 2-3 saat. Kemudian baru saya akan sambung buat lontaran seterusnya. Bila diri kita dah tenang barulah kita dapat buat lontaran yang tepat. Bila kita dah tenang juga, baru kita akan dapat kesan keadaan angin dan kawasan sekeliling kita dengan baik sebelum buat lontaran.

Tips ini juga boleh digunakan ketika kita nak daratkan ikan. Banyak juga kes ikan terlepas walaupun dah ada atas tebing, dan ada juga kes mata kail tercucuk pada jari waktu nak pegang dan keluarkan mata kail di mulut ikan. Itu tak campur lagi kes jari terkena duri ikan berbisa macam sembilang, dan paling ngeri setakat ni yang pernah saya jumpa, jari kena gigit dengan ikan pacu.

Kalau dah satu keluarga dengan piranha, gigi dah tentu tajam dan kuat...
Kalau dah satu keluarga dengan piranha, gigi dah tentu tajam dan kuat…

Jadi, pokok pangkalnya kena kawal perasaan atau dalam istilahnya, sabar.

Ini sahaja perkongsian saya kali ni walaupun nampak macam benda remeh. Tapi saya harap, semua pemancing yang sememangnya penyabar, boleh teruskan kesabaran anda sepanjang proses memancing berlangsung.

Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum.

Check Also

fishing-safety

Utamakan Keselamatan Apabila Memancing

Memancing bukanlah sukan yang bahaya akan tetapi anda harus bersiap sedia untuk mengelakkan perkara yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*