Kadang-Kadang Mancing Ikan Haruan Boleh Kecewa Dibuatnya

Ada orang cakap senang je mancing haruan ni. Nak cakap salah tak jugak, nak cakap betul pun tak jugak. Bagi saya kadang-kadang boleh kecewa apabila apa yang dicari terlucut depan mata. Lagi geram apabila saiz pula memang saiz idaman. Geram sampai bawak balik motor masih terbayang-bayang di kepala situasi yang terjadi. Aduhhhh…

Sepanjang perjalanan balik memang ada rasa tidak puas hati. Betullah apa orang cakap; kalau da nama gila mancing ikan apa pun terlucut memang akan terbayang-bayang. Lagi-lagi apabila kita tahu saiz tu memang besar.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, saya akan keluar memancing ikan Haruan selepas selesai menunaikan solat Asar di rumah. Tempoh masa kurang dari 2 jam bagi saya lebih dari mencukupi kerana lokasi-lokasi yang menjadi sasaran saya terletak tidak jauh dari rumah. Saya gemar membawa set Ultralight sahaja kerana lebih praktikal dan senang untuk dibawa ketika menunggang motorsikal.

Baca sambungnya di link:

http://www.kanicen.com/mohd-huzairy-aktiviti-waktu-petang-mencari-ikan-haruan-menggunakan-sailang/

Check Also

ikan baung menggunakan sailang rod ultralight dengan gewang diver

Ketuk Dasar Menduga Ikan Baung

Jumaat, 17 ogos 2018. Saya dan sahabat saya Ky Reii telah pergi satu trip memancing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.