Gewang Apa Yang Killer Untuk Peacock Bass?

Peacock Bass atau di tempatan dikenali sebagai Ikan Raja adalah salah satu ikan “gamefish” yang amat digemari dan ikan trophy yang mesti ada bagi penggemar-penggemar mancing. Warnanya seperti merak membuatkan ia nampak ganas dan amat teruja. Lebih-lebih lagi jika warnanya menyerlah ketika bergambar menampakkan bertapa “gah”nya ikan Peacock Bass ini.

Setiap pemancing mempunyai ikan kegemaran mereka. Bagi saya Peacock Bass adalah ikan kegemaran dan ikan yang membuatkan saya rasa amat teruja. Bermula dengan lesen pertama dengan ikan peacock bass sebesar anak jari sehinggalah bersize mega ia tetap memberi kepuasan apabila memburunya. Sanggup habis puluhan ribu ringgit untuk memburu sang Peacock semata-mata untuk bergambar dengannya. Trip boating sahaja sebanyak 45 kali dalam setahun di Air Kuning, Perak lokasi favorite  membuatkan saya mencuba hampir semua gewang yang kini biasa digunakan oleh pemburu peacock dan juga umpan-umpan yang tidak masuk akal.

Jadi apakah gewang yang biasa saya gunakan untuk memburu Peacock Bass?

1. Sutun (Sotong) Kanicen

Umpan top ranking yang menjadi kegemaran saya. Ratusan peacock berjaya didaratkan dengan menggunakan sutun. Rekod ultralight peribadi terbesar 53cm dengan 1lb main line masih menjadi igauan. Siapa sangka umpan tiruan sotong boleh memikat sang peacock. Renangan ekor yang kembang kecut menjadi pujaan peacock. Pantang nampak mesti sambar. Size PB yang biasa di pancing dengan sutun adalah yang mega.

Peacock-Bass-Sutun-Kanicen
Peacock-Bass-Sutun-Kanicen

2. Berkely Split Tail

Umpan kedua dalam ranking yang akan saya gunakan apabila bermain dikawasan yang bersamai. Pantang nampak ia akan disambar peacock lebih-lebih lagi apabila cuaca mula panas kerana pantulan cahaya membuatkan split tail ini lebih bercahaya. Peacock Bass cukup suka split tail berkley ini kerana warnanya transparent seakan-akan anak ikan kebiruan. Renangan umpama ikan sakit (harus digayakan) akan membuatkan peacock lagi geram dan menyerang sepantas kilat.

Peacock-Bass-Split-Tail-Idy
Peacock-Bass-Split-Tail-Idy
Peacock-Bass-Split-Tail
Peacock-Bass-Split-Tail
Peacock-Bass-Split-Tail-Idy
Peacock-Bass-Split-Tail-Idy
Peacock-Bass-Split-Tail-Idy-Cullen
Peacock-Bass-Split-Tail-Idy-Cullen
Peacock-Bass-Split-Tail-Idy-Cullen
Peacock-Bass-Split-Tail-Idy-Cullen

3. ChugBug

Gewang hard bait top water yang dahulunya tidak digemari kerana bentuknya yang agak kelakar namun untuk peacock ia adalah makanan utamanya. Bunyi “chug” percikan air dari gewang membuatkan ikan peacock menyambar dengan satu letupan yang amat mengerunkan. Sehingga kini masih ingat lagi satu ketika dulu cara peacock makan top water.

Peacock-Bass-Chugbug-Idy
Peacock-Bass-Chugbug-Idy

4. Flutterstick

Antara gewang sinking favorite kami yang amat sesuai bermain dikawasan atas samai dan poket air atau kawasan yang airnya tidak begitu dalam. Kami diberi peluang untuk mencubanya sebelum berada di pasaran dan ternyata result nya amat membanggakan yang kini menjadi salah satu gewang yang harus ada di dalam box jika memburu Peacock Bass. Warna putih dan red head adalah warna favorite kami. Kayuhan laju dan pause membuatkan peacock geram sangat dengan flutterstick. Kebiasaan peacock akan menyedut flutterstick tanpa disedari.

Temensis-with-Flutterstick-Idy
Temensis-with-Flutterstick-Idy
Temensis-with-Flutterstick
Temensis-with-Flutterstick

5. Jigs

Ramai tidak mengetahui bahawa jigs adalah salah satu killer untuk PB. Sama ada land based atau boating ia mampu memberi result. Keberatan dan mampu membuat lontaran jauh membolehkan kita mencapai kawasan-kawasan yang agak jauh dan terpencil seperti poket air dimana kebanyakkan monsters bersembunyi. Lagi satu teknik yang kami suka ialah jigging PB di lubang-lubang poket air. Amat teruja apabila PB membuat hentakan mengejut.

6. Ofmer Cat Walk

Kecil tapi amat killer. Peacock Bass amat suka dengan Ofmer Catwalk. Pada sesiapa yang cukup suka dengan top water pastikan Catwalk antara gewang yang anda ada sebagai koleksi. Sizenya yang kecil menjadikan ianya diet yang amat digemari oleh si Peacock.

Kesimpulan

Ikan pendatang ini satu ketika dahulu telah dilabel sebagai pemusnah ikan-ikan tempatan kini telah bermaharajalela hampir di seluruh negeri Perak malah ia telah mula menular ke seluruh negara. PB adalah ikan fresh water yang amat pelahap. Pendek kata apa sahaja di lontar ia akan membahamnya.

Terdapat banyak lagi gewang-gewang yang sesuai untuk Peacock Bass. Namun apa yang diberi adalah gewang yang anda boleh guna untuk memburunya. Kami akan terus update post ini dari semasa ke semasa.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

amir-hafiz-musa-produk-kanicen-nix-sebarau-grenti-hampala

Memburu Serigala Air Menggunakan Produk Soft Plastic Grenti Strike – Kanicen Nix by Amir Hafiz Musa

Contest: Kemantapan Local Brand Kanicen Nix Tajuk artikel: Memburu serigala air menggunakan produk soft plastic …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*