Etika ketika memancing yang patut dipraktikkan

10645318_10152256987527823_3055786206057976815_n

Kalau tuan-tuan perhatikan pemancing-pemancing dari luar negara kebanyakkannya semuanya bergaya dan sentiasa cuba praktikkan “Etika Memancing” ketika berada dilapangan mancing. Di sini hanya sebilangan sahaja mempunyai sikap sedemikian. Apa kata kita cuba buat perubahan yg sepatutnya supaya pemancing dari negara luar memandang tinggi dan hormat kepada kita sebagai pemancing yang profesional dan bergaya.

Pada pendapat tuan-tuan apakah Etika Memancing yg sepatutnya dipraktikkan oleh semua pemancing-pemancing?

1. Jangan buang sampah merata-rata di kawasan memancing.

2. Pakailah pakaian yang sesuai. Biar bergaya walaupun kumpau.

3. Utamakan keselamatan ketika memancing.

4. Jika ingin C&R pastikan ikan dijaga dengan baik sebelum dilepaskan.

5. Jangan upload gambar dengan ikan yang berdarah teruk dan cedera parah.

6. Belajar cara memegang ikan dengan cara yang betul.

7. Pelajari teknik memancing yang betul.

8. Tegur kawan-kawan dengan cara yang betul dan berhemah jika mereka tidak mengikuti “Etika Memancing” yang betul.

9. Bawa accessories mancing yg MESTI ada seperti Forceps/Playar untuk buka mata gewang dari mulut ikan.

10. Bawa First Aid kit.

11. Pakai baju bila memancing.

12. Jangan hisap rokok ketika bergambar atau ambil video.

13. Jangan pakai selipar ketika memancing. Keselamatan harus diutamakan.

14. Jangan memancing di kawasan yang dilarang.

15. Isi perut sebelum memancing supaya ada tenaga dan dapat kurangkan tekanan ketika memancing.

16. Tepati janji bila berjanji dengan kawan-kawan.

17. Jangan lupa solat untuk yang beragama Islam.

18. Ambil masa untuk berehat dan masa makan utk elakkan stress. Mancing nie hobby jer.

19. Ambil ukuran dan timbang berat guna digital scale jika perlu. Jangan main tembak mulut “anggaran”. Elakkan kontrovesi, tingkatkan produktiviti.

20. Elakkan penggunaan lip grip pada ikan lagi-lagi jenis ikan yang mulutnya lembut atau bersaiz kecik kerana akan menghancurkan/merosakkan mulut ikan.

21. Amalkan penggunaan tangguk / jaring / fishing net untuk mendaratkan ikan.

22. Limitkan tangkapan kepada saiz tertentu,dan kuantiti tertentu sahaja.

23. JANGAN sesekali SUSUN ikan ketika bergambar kerana ia adalah amalan tidak sesuai.

24. Guna set pancing yang bersesuaian mengikut saiz ikan.

25. Pemancing tidak seharusnya sombong kalau terjumpa dengan pemancing lain.

26. Sentiasa tambah ilmu untuk mengenali spesis target atau buruan supaya dapat timbulkan lebih kesedaran tentang habitat mereka dan sebagainya. Angling with knowledge is good.

27. Yang terakhir, jangan gunakan saluran di FB semata-mata untuk bertanyakan lubuk kepada orang yang belum pernah kita jumpa. Berkenalanlah dahulu dengan orang tu, dan tanyalah sekiranya boleh berkomplot bersama suatu hari nanti. Yang paling penting, jangan terasa hati sekiranya orang itu tidak mahu berkongsi lubuk, mungkin dia ada sebab yang tersendiri.

Nota: Artikel ini merupakan salah satu post di group FB Ultralight Anglers.

Check Also

ADAB – Kunci Kepada Pancingan Lebih Berjiwa dan Beretika

Dunia pancingan kini lebih-lebih lagi di Malaysia sedang pesat membangun. Masing-masing berebut cuba berbuat sesuatu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.