Apakah Punca Utama Cincin Rod Retak atau Pecah?

Kita sering dengar isu cincin rod retak, sumbing atau pecah di mana kebanyakkan pemancing tidak tahu apa punca utama yang menyebabkan ia terjadi. Isu ini nampak remeh tetapi masih ramai yang masih tidak memahaminya jadi di sini kami mengambil langkah untuk memberi sedikit tips dalam penjagaan cincin rod supaya anda memahami punca utama kerosakkan pada cincin rod pancing (rod guides).

Punca Pertama: Cara Membawa dan Menyimpan Rod

  1. Cara anda simpan rod semasa menuju ke port mancing atau selepas mancing adalah punca utama rod anda mengalami kerosakkan pada cincin rod anda. Kebanyakkan pemancing suka lipatkan rod (siap pasang) dan membawanya dalam keadaan yang tidak terjaga dengan rapi. Dalam perjalanan ke lokasi pancing (tidak kira letak dalam raga motor atau dalam kereta) rod akan berlaga-laga antara satu lama lain boleh menyebabkan cincin rod anda rosak atau mula retak. Berlaga-laga dengan benda lain semasa perjalanan juga akan menjadi punca cincin rod anda rosak.
  2. Cara anda simpan rod di rumah juga boleh menyebabkan cincin rod anda retak atau pecah dimana majoriti pemancing cukup malas untuk memotong snap dan asingkan reel dan rod. Mereka ini sentiasa membiarkan tali di pasang pada rod dan drag reel tidak di longgarkan. Tekanan yang untuk jangka masa lama pada cincin lebih-lebih lagi di hujung tip rod dengan adanya swivel ataupun snap mampu membuatkan cincin anda berkarat, luka atau sumbing. Nampak remeh kan? Tapi ini adalah fakta punca utama cincin rod anda menjadi karat dan membawa ke isu-isu lain seperti tali putus di mana kerosakkan pada cincin yang agak sukar dikesan.

Punca Kedua: Semasa Memancing

  1. Ini hampir majoriti pemancing lakukan di mana semasa bergerak antara port ke port walaupun hanya 5-10 langkah gewang tidak di letakkan pada hook keeper atau tidak di pegang dengan cara yang betul. Gewang / umpan akan terhuyung-hayang dan mengakibatkan perlanggaran pada cincin, pada blank dan lain-lain. Mungkin bagi anda ia sikit je tapi mata umpan (mata kail, jighead, etc) yang tajam jika kena tepat pada sudutnya boleh memecahkan cincin rod anda. Paling tidak cincin akan ada kesan sumbing halus yang sukar di kesan oleh mata kasar. Bayangkan ia kena beberapa kali di lokasi yang sama apakah yang akan terjadi?
  2. Cara anda bawa rod juga boleh dikaitkan cara anda menyimpan ketika boating. Dalam perjalanan anda akan meletakkan rod di dalam bot dengan beberapa rod lain atau barang lain. Bot yang bergerak, alunan air (ombak) akan membuatkan perjalanan menjadi terentak-rentak yang boleh mengakibatkan cincin rod juga terentak antara satu sama lain atau terentak dengan bot. Adakah anda fikir ini tidak memberi sebarang kesan pada cincin anda?
  3. Ramai tidak sedar semasa memancing karauan yang lebih sehingga snap / umpan terentak pada hujung cincin boleh menyebabkan cincin rod anda pecah atau pun sumbing. Kadang-kadang anda lupa akibat teruja hendak mengejar ikan sehingga berlakunya hentakan yang lebih kuat. Adakah anda fikir tiada apa yang berlaku pada cincin rod anda? Tahukah hentakan ini juga boleh mengakibatkan rod patah?

Punca Ketiga: Penggunaan saiz leader yang tidak kena pada saiz cincin

  1. Ramai beli rod tidak meneliti segala aspek pada rod mereka. Biasanya semua akan main lenjan beli akibat hasutan dan ada yang terlebih pandai. Bagi mereka rod cantik atau lentur sehingga tahap bahaya sudah memadai dan lupa meneliti spesifikasi yang diberi pada rod untuk kesesuaian. Ramai tidak faham tujuan rod itu direka sedemikian. Kebanyakkan pemancing terlepas pandang saiz cincin rod mereka lebih kepada micro saiz tetapi mereka menggunakan saiz leader yang besar diameternya. Perlanggaran (hentakan) knot akan berlaku pada cincin rod yang boleh mengakibatkan cincin pecah.
  2. Ikatan knot yang tidak kemas juga boleh mengakibatkan cincin rod anda menerima tekanan dalam setiap lontaran. Ramai pemancing yang memandang remeh akan isu knot ini. Knot yang besar atau tidak sekata mampu merosakkan cincin rod anda dengan lebih cepat.

Tahukah anda segala isu di atas ini juga boleh mengakibatkan rod anda patah walaupun anda baru pakai rod itu sekali sahaja? Terkejut? Itulah realiti sebenar.

Banyak punca-punca lain yang menjadi penyumbang kepada kerosakkan cincin rod anda dan seterusnya boleh mengakibatkan rod anda patah. Cincin rod yang retak, sumbing ataupun pecah (crack); tali anda akan tersangkut pada kawasan yang ada problem dan semasa anda melakukan lontaran (hayunan) kuat boleh menyebabkan rod tersentak. Sentakan ini boleh menyebabkan blank anda menerima tekanan lebih dan mengakibatkan rod pancing anda patah.

Untuk info lebih lanjut mengapa rod ultralight mudah patah sila baca artikel ini.

https://www.ultralightanglers.com/kenapa-rod-ultralight-mudah-patah/

https://www.ultralightanglers.com/part-1-punca-utama-rod-ultralight-patah/

Berharap tips ini dapat memberi anda sedikit idea dalam penjagaan cincin rod dan juga secara tidak langsung melindungi rod anda. Sila share jika anda merasakan artikel ini boleh membantu rakan-rakan anda.

Terima kasih 🙂

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Menjaga Rod Ultralight Anda?

Kebanyakkan pemancing tidak pernah menjaga batang pancing mereka dengan baik. Kebanyakkannya menyeksa rods tanpa mengira …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.