Apakah Itu Trout Fishing?

Hobi memancing didapati berada di salah satu kedudukan sukan yang berlandaskan alam semulajadi yang memberi cabaran yang paling memuaskan. Dan memancing ikan trout ia memerlukan pengetahuan tentang tabiat ikan, ciri-ciri air dan cuaca yang membuatkan trout fishing adalah puncak sukan pancingan ultralight.

Ikan trout atau lebih dikenali sebagai ikan sikang dinegara kita bukanlah sejenis ikan yang amat popular jika dibandingkan seperti di negara luar. Di luar negara ia dianggap sejenis ikan yang harus dipancing kerana mempunyai sifat-sifat sebagai antara ikan jeram yang mempunyai segala perwatakan “GAME FISH” untuk pancingan trout fishing.

trout-strike-sikang
trout-strike-sikang

Ikan jenis trout ini kebiasaannya boleh ditemui di kawasan yang sejuk airnya lebih-lebih lagi di kawasan jeram. Jangka hayat jenis ikan trout ini bergantung kepada jenisnya. Walau bagaimana pun ikan trout ini amat popular dikalangan kaki mancing lebih-lebih lagi di US / Europe namun di Malaysia tidak kurang hebatnya walaupun bilangan ikan trout Malaysia tidak seperti di negara luar.

pancingan-ikan-sikang
pancingan-ikan-sikang

Akan tetapi sejauh manakah pemahaman anda dengan trout fishing? Tahukah anda bahawa trout fishing mempunyai setup yang sesuai? Jika tidak maka inilah cabaran yang setiap pemancing baru harus atasi.

Jika anda ke kedai yang menjual peralatan memancing anda akan dapati terdapat pelbagai jenis setup yang dibuat untuk trout fishing. Jadi apakah setup yang paling sesuai untuk memikat ikan trout?

Trout fishing juga dikenali sebagai Stream Fishing iaitu Jeram yang bermaksud pancingan di kawasan yang berarus seperti sungai dan jeram. Kebiasaannya ia adalah amat susah jika hendak klasifikasikannya dengan size namun kita biasa guna ia sebagai terma yang mudah untuk difahami. Jadi tanya diri anda dengan soalan ini: Ikan apakah yang ada dikawasan berarus dan jeram?

trout-fishing-stream
trout-fishing-stream

Jika anda berada di US anda akan menjawap ikan Trout tetapi di Malaysia ia lebih kepada ikan Sebarau, Tengas dan ikan-ikan kecil yang lain. Ikan Trout di Malaysia adalah amat jarang dan susah untuk ditemui. Sebab itulah Trout Fishing atau Stream Fishing agak tidak di fahami bagi kalangan pemancing di sini. Pancingan jenis Trout atau Stream adalah amat popular di US dan juga di Jepun sebab itu wujudnya jenis pancingan tersebut. Di Malaysia kita cuma menyesuaikannya sebaik yang boleh untuk mendapatkan kepuasan.

Jadi apakah setup pancingan yang sesuai yang anda boleh guna untuk mencari sikang atau ikan trout ini?

Perkara pertama yang anda harus tahu apabila ingin mendalami trout fishing ialah mendapatkan setup yang sesuai. Yang penting anda perlu mendapatkan trout rod. Syarat utama untuk pancingan ikan trout ialah setup anda tidak boleh melebihi poundage 6lbs dan lebih sesuai jika digabungkan dengan rod yang mempunyai aksi fast atau moderate-fast. Rod, reel dan tali yang gunakan harus dimuatkan dengan tali yang sesuai poundagenya dan tidak melanggar syarat pancingan trout fishing. Gunakan mata kail dalam pelbagai saiz #10 hingga #16. Saya lebih suka size hook #12. Reel dan tali utama pula harus digabungkan untuk kesesuaian dengan rod. Kebiasaan game trout ini bukan pada area yang mencabar seperti penuh dengan samai-samai atau kayu-kayu. Ia lebih pada area yang berarus perlahan, tepian pasir, batu-batu yang sederhana dan air yang tidak dalam.

Apakah rod trout yang ada di pasaran?

1. Abu Garcia Fleuret
2. Berkley Cherrywood
3. Abu Garcia Trilene
4. Berkley Trout Dough
5. St. Croix Trout Series
6. Field & Stream Inferno
7. Timberwolf
8. Okuma Celilo
9. Okuma SST
10. G.Loomis
11. Daiwa Presso
12. Daiwa Spinmatic
13. Daiwa Aird
14. Majorcraft Trapara
15. Majorcraft Nextino
16. Majorcraft Troutino
17. Fenwick Eagle GT
18. Shimano Scimitar

majorcraft-trapara
majorcraft-trapara

Dan bermacam-macam lagi rod lain yang sesuai untuk digunakan.

Tips Untuk Pancingan Trout, Trick Dan Teknik

Sudah pasti anda berada disini bukan sahaja untuk memahami apa itu trout fishing tetapi juga pelbagai tips yang lain. Disini kami telah menyediakan beberapa tips berdasarkan pengalaman kami untuk tatapan anda. Kami berharap ia akan membantu seperti mana ia berkesan untuk kami. Jika anda merasakan ada elemen lain sila komen.

Memahami Arus – Jika anda memahami bagaimana arus dijeram maka anda akan memahami semua ini dengan lebih mudah. Arus yang agak kuat biasanya didiami ikan trout yang agak besar manakala yang kecial biasanya berada berdekatan. Mereka cukup suka mengendap anak ikan dikawasan beting pasir. Ikan ini agak agresif. Kebiasaannya dengan sekali strike ia akan cuba membaham mangsanya.

Soft Plastic – Kebiasaannya pendapat ramai soft plastic tidak berapa efektif tetapi percayalah ia sangat efektif dan boleh digunakan. Gunakan warna-warna yang natural supaya ia nampak lebih natural dengan dietnya dan pelbagaikan jika tiada sebarang result.

Spoon – Spoon adalah umpan yang terbaik. Ikan trout amat menggemari spoon lebih-lebih lagi spoon yang berwarna silver. Pastikan anda membawa spoon tiap kali anda ingin memburu ikan trout. Warna spoon seperti silver, gold dan copper adalah pilihan terbaik.

ikan-sikang-trout-fish
ikan-sikang-trout-fish

Gewang – Spinner baits adalah pilihan paling ideal untuk gewang yang berasaskan hard baits. Pilihlah gewang yang sesuai untuk memikat ikan trout. Top water seperti chug bug, popper dan pensel adalah pilihan yang bijak. Jangan lupa gewang seperti Rapala Husky Jerk, Rapala Floating Minnow, Rapala Count Down dan pelbagai jenis minnow yang lain juga sesuai digunakan.

trout-fishing-baits
trout-fishing-baits
spinner-baits
spinner-baits

Pelbagai Gewang – Amat penting mencuba pelbagai gewang untuk memikat ikan trout. Jika telah mencuba dan tiada sambaran cubalah tukar kepada jenis yang lain.

Waktu Makan – Waktu terbaik untuk memancing ikan trout ialah seawal pagi pukul 7 ketika air masih sejuk dan waktu petang lepas lunch time ketika matahari hendak jatuh. Ini lebih pada trout yang berada di luar negara tetapi trout malaysia lebih pada cuaca panas. Lagi panas lagi bagus kerana ia sentiasa menyerang hendap mangsanya di sekitar beting pasir, kawasan berarus dan juga berbatu-batu.

Kesimpulan

Pancingan trout adalah berasaskan setup yang sesuai untuk ikan yang dicari. Trout fishing adalah mudah jika anda memahami konsepnya. Rod trout yang dibuat haruslah disesuaikan dengan ikan yang sepatutnya seperti ikan trout dan ikan-ikan lain yang sesuai dengan perairan kita ialah seperti ikan tilapia, tarpon, peacock bass, ikan-ikan dijeram seperti sebarau, tengas dan sebagainya yang bermain di sekitar kawasan berarus perlahan kawasan yang tidak dalam. Ia bukan digunakan untuk menarik ikan monster seperti patin kerana ia akan memudaratkan rod tersebut. Dan yang paling penting anda tidak akan merasa aksi sebenar rod itu jika ia tidak disesuaikan dengan target ikan yang sepatutnya. Lenturan maxima menarik patin bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Aksi rod trout hanya boleh diperolehi jika anda memahami konsepnya dengan ikan yang sesuai.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Formula Kiraan Panjang Leader. Apakah Panjang Leader Yang Sesuai Untuk Pancingan Ultralight?

Seringkali saya menerima soalan yang sama dari peminat sukan pancingan ultralight berkenaan dengan panjang leader …

2 comments

  1. kat malaysia nie mana nak cari port trout ye?
    kat melaka ada tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.