Apa Kata Pemancing: Mengapa Saya Suka Soft Plastik?

Saya antara penggemar tegar Soft Plastic dalam teknik casting. Pada saya Soft Plastic lebih bersifat natural apabila digayakan dengan betul. Apa yang penting dalam pemilihan Soft Plastic perlulah sesuai dengan sasaran buruan kerana setiap target ikan ada dietnya tersendiri dan perlu disesuaikan dengan teknik yang kena dengan habitatnya untuk mendapatkan strike.

Ada banyak perkara harus diteliti supaya sesi pancingan menjadi lebih produktif. Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:

1. Warna

Warna Soft Plastic sangat penting kerana perlu sesuai dengan warna dan kondisi air. Jika air jernih, saya lebih suka guna warna natural yang agak gelap supaya renangannya kelihatan jelas oleh pemangsa. Jika air kemerahan, saya lebih gemar menggunakan warna agak cerah seperti putih, pink, oren, kuning dan glow. Warna seperti ini akan memberi biasan yang jelas. Jadi, bawalah SP yang pelbagai warna ketika casting.

2. Saiz

Saiz Soft Plastic sangat penting supaya pemangsa mudah tergoda. Banyak spesies ikan nafsunya berbeza. Jika spesies seperti haruan, bujuk, kerapu dan betutu/ketutu saiz 5cm keatas memang cepat disambar. Bagi ikan bulan / tarpon, pilihlah Soft Plastic yang berukuran 5cm kebawah supaya serasi dipadankan dengan jighead 1.5g -2.5g. Namun, terdapat spesies yang bersifat semua bedal seperti MJ dan siakap.

ultralightanglers-soft-plastik-tips-zamisma-abu-kanicen-nix

3.Bentuk

Bentuk Soft Plastic mempengaruhi aksi renangan dan teknik. Jika menggunakan teknik slow retrieve, pilihlah yang berekor lembut supaya dapat menghasilkan wave@getaran ketika dikarau. Jika ingin digayakan secara slow jerk, bolehlah pilih yg berekor kecil supaya nampak seperti ikan dan udang yg bergerak keatas dan ke bawah. Soft Plastic bersaiz gemuk sesuai untuk dimainkan secara seretan dasar kerana dapat mengejutkan penghuni dasar.

4. Efektif

Memang tidak dapat disangkal bahawa penggunaan Soft Plastic sangat efektif untuk strike dan boleh digunakan di air tawar dan air masin. Ini kerana soft plastik lebih mimik kepada ulat / cacing / serangga yang menjadi makanan utama kebanyakan ikan. Rupa dan aksinya yang hampir sama dengan hidupan menjadikan ia lebih efektif.

5. Harga

Pada saya, harga Soft Plastic bukanlah kemestian untuk memperoleh strike. Yang penting cara kita menggayakannya supaya action dapat menggoda pemangsa.

6. Mudah disimpan

Saya lebih suka menggunakan Soft Plastic yang tidak bersifat alergi jika bercampur walaupun diletakkan bersama brand lain. Ada sesetengah Soft Plastic mudah mencair jika diletakkan bersama. Yang penting, selepas main di air masin bilaslah dengan air tawar sebelum simpan. Jika pernah alami Soft Plastic mencair dan membengkok selepas disimpan dalam box plastic. Jangan pening, plastik bungkusan asal Soft Plastic jangan dibuang. Simpanlah semula dalam bungkusan asal. Untuk Soft Plastic tahan lama, tanggalkanlah hook sebelum SP disimpan.

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan penggunaan soft plastik atau soft baits kian mendapat perhatian sejak momentum sukan ultralight mula diperkenalkan. Bukan sebab ia murah tetapi kerana ia lebih efektif jika dibandingan dengan umpan yang lain. Apa pun setiap penggunaan umpan perlu ada kesesuaiannya. Adakala soft plastik menjadi habuan utama ikan adakala tidak. Apa yang pasti soft plastik lebih menjanjikan strike kerana rupanya seakan-akan hidupan liar yang sudah tentunya menjadi makanan yang sukar ditolak oleh ikan yang ditarget.

Jika rakan-rakan mempunyai pandangan berdasarkan pengalaman. Bolehlah berkongsi di sini. Lain orang lain pengalamannya, padankanlah Soft Plastic dengan jenis dan saiz hook yang sesuai, setiap bentuk Soft Plastic ada cara tertentu untuk pemasangan hook.

Kredit: Zamisma Abu

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Kami akan cuba perbaiki info dalam setiap artikel kami dari masa ke semasa untuk tujuan memperbetulkan apa yang kurang tepat. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

grenti-strike-soft-baits

Teknik Penjagaan Soft Baits Yang Betul

Soft baits atau lebih dikenali sebagai SP (Umpan tiruan plastik) telah menjadi salah satu umpan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.