Pemilihan tali braided untuk casting kadang-kala membuatkan semua pemancing agak pening kerana tidak pasti tali manakah yang paling sesuai. Namun setiap pemancing mempunyai cara tersendiri untuk membuat andaian akan sesuatu jenis tali mengikut kesesuaian dengan cara pancingan. Terdapat pelbagai jenis tali braided di market namun pilihan kami pada kali ini ialah Fireline Berkley. Terdapat beberapa colors yang digemari oleh pemancing iaitu Crystal, Flame Green, Orange dan Smoke. Tali ini telah kami guna sejak lebih 5 tahun yang lalu dan sehingga kini tali ini adalah yang paling kami puji dari pelbagai faktor.
Diameter Yang Halus
Tali Fireline Berkley terdiri daripada beberapa poundage asas untuk ultralight fishing iaitu:
1lb – DIAMETERS: 0.06mm | Panjang: 125 yards dan 300 yards | Breaking Strength: 0.45kg
2lb – DIAMETERS: 0.07mm | Panjang: 125 yards dan 300 yards | Breaking Strength: 0.9kg
3lb – DIAMETERS: 0.10mm | Panjang: 125 yards dan 300 yards | Breaking Strength: 1.3kg
4lb – DIAMETERS: 0.12mm | Panjang: 125 yards dan 300 yards | Breaking Strength: 1.8kg
6lb – DIAMETERS: 0.15mm | Panjang: 125 yards dan 300 yards | Breaking Strength: 2.7kg
dan juga terdapat poundage yang lebih tinggi. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk pada link ini:
www.berkley-fishing.com/berkley-line-superline-berkley-fireline/1316954.html
Tali Yang Amat Lasak
Tali braided Fireline ini amat tahan lama, sangat tahan lasak. Saya menggunakan Fireline untuk memancing dalam semua lapangan pancing termasuk yang bereba, berkayu dan berbatu dan jarang sekali ia mengecewakan saya.
Nota: Teknik dan skills antara pemancing adalah berbeza berdasarkan pengalaman dan ilmu memahami tali dan setup yang sesuai. Keupayaan dan cara masing-masing adalah berbeza.
Saya pernah menggunakan tali 1lb selama 2 1/2 tahun lamanya semata-mata untuk membuat ujian lapangan bagi mengetahui berapa lama tali Fireline Crystal ini mampu bertahan. Keputusannya amat mengejutkan. Tidak sangka tali yang sehalus ini mampu bertahan begitu lama. Namun, penjagaan yang sesuai harus dilakukan supaya anda juga dapat menggunakannya untuk jangka masa yang lama. Bukan pakai simpan tanpa membersihkannya dengan cara yang betul.
Kelebihan Berkley Fireline
Apa yang pasti tali fireline ini:
– Mempunyai kekuatan yang luar biasa.
– Diameter yang amat halus memberi aksi gewang yang menakjubkan dan hampir halimunan.
– Tali yang amat sensitif. Anda dapat merasa ketukan ikan walaupun kecil dan juga apabila terlanggar struktur.
– Membuat Lontaran yang lancar dan cepat kerana tiada memory dan kelicinan tali disebabkan kualiti pada pembuatan.
– Jarak lontaran yang amat memuaskan.
Jika tali fireline crystal ini lebih terang ramai yang akan menyangka tali ini ialah mono. Walaupun ia berbulu apabila digunakan untuk jangka masa yang tertentu namun ia tetap lasak dan kuat. Lagipun tali braided mana yang tidak berbulu? Semua tali braided akan berbulu namun yang membezakan ialah tahap ketahanan dan kelasakan. Disini Berkley Fireline memberi kelebihan yang agak nyata.
Kesimpulan
Bertahun-tahun lamanya penyelidikan dan pembangunan oleh para saintis di Pure Fishing® telah membuahkan hasil dalam tali pancing yang amat luar biasa ini – tali pertama braided superline yang hampir halimunan. Tali ini memberi diameter lb yang paling halus dalam kategorinya buat masa ini. Ujian lapangan telah dijalankan oleh saintis dan pro anglers dimana tali ini amat senyap apabila berada di dalam air semasa anda memancing walaupun di air yang jernih ia mampu membuat kejutan pada mangsa. Kebanyakkan tali lain memberi bunyi yang agak bising di dalam air dan ini akan menakutkan ikan.
Pada saya, tali Berkley Fireline Crystal adalah tali braided pilihan yang paling saya gemari dan anda harus mencubanya kerana ia terbukti dengan hasil tangkapan yang pernah saya kongsi di Facebook dan di Youtube. Kelasakan dan ketahanan yang amat menakjubkan membuatkan saya tidak pandang pada tali jenis brand lain. Tali ini juga memudahkan apabila membuat ikatan knot seperti FG Knot. Tali ini juga saya gunakan di pelbagai jenis air termasuk air tawar, air payau dan air masin. Dan yang paling penting harganya juga amat berpatutan dari RM50 mengikut pada harga kedai. Bagi saya tali braided Berkley Fireline adalah antara yang termurah di market dengan kualiti yang amat memuaskan hati.
Selamat mencuba.
Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.
Hey guys! You can call me Kanicen and I’m a nature lover. I spend most of my time outdoor with fishing. I have to admit that I am not an expert but I will do my best to share with you interesting stuffs I know. I love ultralight game which means I live to challenge myself with UNREALISTIC LOGIC for satisfaction.
tali dalam siri FireLine ini bukan braided!
Mekasih komen bang. Bole bg suggestion macam mane nk explain. Kat kotak tulis braid.
itu masalahnya, ada tali fireline braid & ada fireline fused. fireline asalnya fused line, tapi bila dah keluar fireline braid memang mengelirukan. itu belum lagi teknologi yang sama digunakan berkley-stren-spiderwire.
Har tu la bang… sy dok tanye pure fishing mereka pun cakap benda yang hampir sama. Mereka ckp mmg braid cume menggunakan improved technology dari fireline fused sebab tu die org labeled tali nie as super fireline sebab nk bg the difference. Apa yg pasti tali nie skrg lebih lasak walaupun dah berbulu teruk.
salam sejahtera, ada sesiapa tahu kat kedai pancing mane yg ada stok ada untuk tali fireline crystal 6lb. sebab dah cari kat area pelabuahan klang, klang and seri kembangan xde… dh penat nak ronda2, call kedai2 lain pun ada, yg ada lebih kedai dalam 2-3lb kat kedai bukit tinggi, yang lain2 xde line kecik sangat… so tuan2 ultralightangler selalu beli kedai mane… blh kongsi alamat or no phone kedai… tq in advance 🙂
Hi bro…
Crystal mmg habis stock. Tgh tunggu masok. 🙂
Bro, minta ikhlas share area klang valley mana nak beli Berkley fireline crystal ni…… masih mencari !!!!!
Hey bro,
Sorry for the late reply. Outstation 2 minggu. Try kedai Ah Seng Fisher Tackles Shah Alam bro. Dia ada jual 🙂
Thank you sir