Jigging: Titik Berat dan Bentuk Jig Akan Mempengaruhi Aksinya

Artikel kali ini di ambil dari rakan bernama Indra Irwan Ismail (Daiwa Malaysia Ambassador) yang sudi memberi tips dalam memahami Titik Berat dan Bentuk Jigs Yang Akan Mempengaruhi Aksinya.

Tips:

Aksi jig bergantung pada bentuk dan titik beratnya dan bukan pada jenama, jig yang ekonomi juga akan beraksi sama jika ianya mempunyai bentuk yg serupa. Semakin lebar pemukaan jig anda akan lebih mudah dibawa arus.

Jig yang mempunyai corak hologram pantulan cahaya yang baik lebih mudah dikesan ikan melalui pantulan cahaya di dalam air.

Buatlah percubaan di 1-3 kaki dari permukaan air bagi melihat aksi jig tersebut sebelum ianya di turunkan ke dasar, kerana aksi setiap jig berbeza-beza dan aksi tersebutlah yang akan bermain ketika ianya di aksikan di dasar mahupun di pertengahan air.

Dengan mempelbagaikan aksi jig akan meninggikan lagi naluri ikan untuk menyerang jig anda. Kerana setiap ikan sasaran mempunyai kemahuan menyerang sasaran diet yang berbeza (laju/perlahan).

Ingatlah bahawa jig anda mewakili ikan sebenar yang dijadikan diet ikan sasaran, realiti aksi dan kelajuan jig anda haruslah menyerupai aksi ikan sebenar. Fikirlah seperti ikan secara automatik anda akan dapat melakonkan aksi jig anda seperti ikan sebenar.

Refer pada gambar dan penerangan mengenai jig dan center weight.

Kredit: Indra Irwan Ismail (Daiwa Malaysia Ambassador)

Nota:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.