Kepentingan mengetahui keadaan air pasang surut laut

“Air pasang pagi, surut pukul lima. Nyonya bangun pagi, siram pokok bunga…”

Waktu saya masih remaja dahulu, saya menyangkakan yang air laut sentiasa akan pasang pada waktu pagi, dan akan surut pada pukul lima, setiap hari!

full-low-tide-Matapalo

Namun, hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja baru saya sedar yang waktu air laut pasang dan surut berubah setiap hari. Saya juga baru tahu yang ketinggian air berubah mengikut keadaan penampakan bulan di langit, akibat daya tarikan graviti bulan. Salah saya sendiri kerana tidak menumpukan perhatian ketika belajar sains di sekolah dahulu.

Banyak kelebihan sekiranya kita, sebagai pemancing, tahu serba sedikit tentang keadaan air pasang surut, dan fenomena air pasang besar, air mati, dan air kecil.

Antaranya, faktor keselamatan, dan faktor untuk mendapatkan tangkapan, mengikut spesis ikan.

Kerap juga saya mendengar berita pemancing yang mati akibat panik bila terperangkap di atas batu di pantai. Ini terjadi kerana mereka tidak sedar bahawa hari itu merupakan hari air pasang besar yang mana air akan naik lebih tinggi dari hari biasa.

6446

Jadi, pastikan anda periksa dahulu jadual air pasang surut mengikut lokasi tempat anda memancing. Saya kerap melihat jadual air pasang surut di laman web Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebelum turun memancing. Sekurang-kurangnya, saya dapat mengetahui sama ada air sedang surut atau pasang ketika itu.

Sebagai contoh, kawasan yang saya selalu kunjungi untuk memburu siakap kerap mendatangkan hasil apabila waktu air surut. Apabila air pasang, boleh dikatakan 100% saya akan balik dengan tangan kosong. Ya, saya tahu rezeki telah ditetapkan tuhan, tetapi saya juga percaya yang kita sebagai manusia perlu berusaha sebelum meletakkan segalanya kepada takdir tuhan.

Ada juga spesis ikan lain yang hanya akan aktif mencari makanan bila tiba waktu keadaan air tertentu. Contohnya ikan tamok/loban yang akan aktif mencari makanan ketika air sedang gerak pasang dan surut.

Di pantai pula, bagaimana kita hendak memancing sekiranya kawasan itu hanya tinggal pasir dan batu pantai dek air surut luar biasa akibat fenomena air pasang besar? Bukan tak boleh nak menunggu, tapi bukan sekejap, berjam-jam juga tu kalau nak tunggu air pasang semula, kan?

Jadi, marilah sama-sama kita menambahkan ilmu tentang keadaan air pasang dan surut laut.

Semoga bermanfaat.

Check Also

Fishing Safety Tips: Jacket Keselamatan

PFD ialah personal flotation devices ia membuatkan ada terapung apabila di dalam air. Terdapat sejumlah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.