Infographic Perbezaan Monofilament vs Fluorocarbon

Walaupun fluorocarbon leader bukan lagi penemuan baru dalam arena memancing namun banyak daripada kita masih tidak pasti perbezaan antara fluorocarbon yang lebih baru dan berbanding tali tradisional monofilament yang telah digunakan ratusan tahun. Jika anda berada dalam kategori ini, sebelum menyimpan spool leader untuk musim akan datang pastikan anda terus membaca dan kami akan cuba untuk memberi sedikit perbezaan antara kedua-duanya.

Pertama sekali, jangan tertipu dengan tanda harga yang lebih tinggi ke atas bahan fluorocarbon berbanding monofilament. Banyak pemancing mencapai fluorocarbon dengan andaian bahawa kerana ia lebih mahal, ia adalah pilihan terbaik daripada monofilament. Walaupun ciri-ciri fluorocarbon lebih unggul, kedua-dua fluorocarbon dan monofilament mempunyai kesesuaian tempat mereka bergantung kepada keadaan. Harga fluorocarbon lebih tinggi adalah disebabkan hasil daripada proses pembuatannya. Jika dibandingkan bahan antara leader terdapat beberapa ciri yang amat penting. Teruskan membaca.

Berkley-Monofilament-versus-fluorocarbon-Infographic
Berkley-Monofilament-versus-fluorocarbon-Infographic

Boleh Dilihat dan Halimunan

Penglihatan atau lebih baik jika diterangkan sebagai “halimunan” adalah kelebihan tarikan kepada jualan tali fluorocarbon berbanding tali monofilament yang biasa. Indeks biasan cahaya fluorocarbon adalah sangat serupa dengan air tawar (lebih banyak lagi daripada monofilament). Dalam erti kata lain, apabila diletakkan di dalam air ia adalah kurang kelihatan berbanding monofilament .

Tidak yakin? Anda boleh cuba sendiri. Ambil kedua-dua fluorocarbon dan monofilament yang berdiameter yang sama dan celupkannya di dalam segelas air. Perhatikan perbezaan ketelusan kedua-dua tali itu.

Kekuatan

Apabila bercakap mengenai kekuatan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Dalam jangka masa pendek, fluorocarbon adalah bahan yang lebih keras daripada monofilament. Ini menyebabkan rintangan dan mampu menahan geseran tinggi yang berguna dalam situasi seperti memancing di sekitar struktur yang mencabar. Juga, kebanyakan tali fluorocarbon adalah lebih nipis diameternya berbanding dengan tali monofilament yang mempunyai kekuatan tahap putus yang sama. Walau bagaimanapun, ini tidak selalunya tepat kerana lain syarikat lain proses pembuatan dan bahannya.

Fluorocarbon juga tidak menyerap air jika anda memancing sepanjang hari. Kebanyakkan pemancing tidak menyedari faktor yang amat penting ini kerana ia mungkin tidak kelihatan seperti masalah besar tetapi ramai yang tidak sedar berapa banyak air tali monofilament sebenarnya menyerap sepanjang hari. Untuk jangka masa yang lama, ini akan menyebabkan monofilament menjadi lemah dan reput.

untuk penggunaaan dalam jangka masa yang panjang, fluorocarbon adalah sangat tahan tidak seperti monofilament. Penggunaan yang lebih, sinar U.V., hujan, kelembapan, dan suhu yang melampau (kedua-dua panas dan sejuk) boleh menyebabkan monofilament lebih mudah putus dan hilang kekuatan. Manakala, Fluorocarbon adalah lebih tahan kepada keadaan ini dalam jangka masa yang panjang. Bagi kebanyakan kita, syarat-syarat ini adalah normal semasa memancing. Disebabkan faktor-faktor ini adalah wajar untuk memberi sedikit pertimbangan jika anda mempunyai stock lama.

Disebabkan itu tali fluorocarbon tidak mudah putus jadi faktor penjagaan adalah amat penting apabila anda membuat keputusan untuk membuang tali itu. Jangan sesekali membuangnya didalam air kerena ia akan berada disitu untuk jangka masa yang amat lama yang boleh memberi kesan sampingan kepada habitat.

Ketumpatan

Bagi anda yang jenis kaki ikan bulan dan segala ikan yang berada dalam kategori trout, ketumpatan bahan leader anda adalah benar-benar penting. Fluorocarbon sebenarnya lebih tumpat daripada air dan dalam erti kata lain, ia tenggelam dan ia tenggelam dengan cepat. Ini adalah bagus apabila anda ingin memujuk ikan yang amat sensitif. Walau bagaimanapun, jika main hanyut (drifting) atau memerlukan leader berada di permukaan, ini adalah tidak sesuai. Mungkin anda ingin menggunakan Nylon monofilament kerana ia adalah ringan dan mampu berada dipermukaan air atau sedikit di dalam air (suspending). Jika memancing saiz yang sangat kecil, monofilament adalah lebih sesuai.

Regangan

Kebanyakan pemancing menyedari bahawa tali monofilament adalah bahan yang agak “elastik”. Anda boleh membuktikan dengan menariknya anda akan melihat ia lebih menghulur/memberi. Walaupun tahap tertentu regangan adalah berfaedah untuk membantu menyerap kejutan semasa berlawan ikan, namun regangan tali yang kurang adalah lebih sensitif jika ada ikan membuat ketukan yang lembut. Fluorocarbon dikatakan mempunyai regangan kurang daripada kebanyakan tali monofilament, bagaimanapun terdapat beberapa perdebatan di kalangan pengeluar yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Ikatan Knot

“Mudah membuat ikatan” adalah perkara yang sering diabaikan oleh pemancing apabila memilih leader kerana ia adalah sangat penting. Simpulan adalah tempat/area yang paling lemah dalam setup anda dan oleh itu ia adalah penting untuk memilih leader yang sesuai yang mudah semasa membuat ikatan sepert FG knot.

Tali monofilament adalah jauh lebih hebat di sini kerana ia adalah lebih lembut daripada fluorocarbon. Atas sebab ini , tali monofilament sering menjadi pilihan apabila mengikat leader untuk game ikan besar yang memerlukan diameter tali yang lebih besar. Oleh kerana fluorocarbon agak keras, ia kurang mudah untuk membuat simpulan. Ambil masa anda apabila mengikat knot jika menggunakan fluorocarbon dan pastikan simpulan duduk dengan betul untuk mengelakkan simpulan terlucut atau rosak.

Kesimpulan

Walaupun fluorocarbon seolah-olah mempunyai banyak kelebihan berbanding tali tradisi monofilament, terdapat beberapa situasi tertentu di mana anda tidak perlu mengeluarkan kos tambahan. Menilai apa yang paling sesuai dengan situasi anda dan membeli dengan sewajarnya adalah pilihan bijak. Juga, adalah penting untuk mengetahui bahawa tidak semua tali yang dikeluarkan menggunakan bahan yang sama. Fluorocarbon atau monofilament sangat berbeza antara pengeluar yang bersaing.

Note:

Segala informasi yang diberi adalah berdasarkan best efforts untuk meluahkan pendapat dan ilmu yang telah diperolehi. Ayat atau perkataan yang tidak sesuai mungkin telah digunakan dan ia adalah luar kawalan kerana kami telah mencuba sehabis baik. Jika ada cadangan sila komen. Kami akan membuat perubahan.

Check Also

Fluorocarbon Shock Leaders / Leader Materials Yang Menjadi Pilihan Pemancing Ultralight

Fluorocarbon boleh digunakan sebagai shock leader (kebiasaannya) atau untuk tali utama bergantung kepada beberapa faktor …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.